TERKINI :

Wednesday, October 17, 2012

AUDIT 2011: PAKATAN RAKYAT ADALAH WAJAH BARU UNTUK MALAYSIA

“AUDIT 2011: PAKATAN RAKYAT ADALAH WAJAH BARU UNTUK MALAYSIA – TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS”

01 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 17 Oktober 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan pencapaian kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat penarafan yang baik dan memuaskan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang telah dibentangkan sebagai satu pengiktirafan bahawa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat adalah ‘wajah baru untuk Malaysia’.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan, “Nilai keadilan sosial dan kebajikan rakyat adalah keutamaan di dalam urustadbir kewangan negara dan negeri. Dengan laporan audit ini, rakyat sewajarnya dapat menilai kemampuan dan kompetensi serta akauntabiliti yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat berbanding ketidakcekapan dan pecah amanah yang menjadi budaya UMNO dan BN sejak 55 tahun negara mencapai kemerdekaan”.

Kalau benar BN itu telus, kenapa takut isytihar harta?

oleh Aspan Alias

Kecelaruan yang negara alami kini, bukannya kerana masalah yang disebabkan oleh rakyat sebenarnya. Masalah yang ada pada hari ini adalah masalah yang disebabkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tidak memberi masalah kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaan dan pimpinanlah yang memberikan masalah kepada rakyat sehinggakan rakyat sudah berang di dalam hati mereka yang menyebabkan mereka mempersoalkan segala tindak-tanduk pimpinan dan parti yang memerintah negara kita sekarang ini.

Isu yang terbesar di dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.

Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP, yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya rasuah di negeri Pulau Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri telah lakukan di Pulau Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.

Cerita PAPUA menyebabkan KEDAH rugi RM134 juta.. Siapa puanya idea meniaga bagi lingkup duit rakyat Kedah nie???

Syarikat Kedah pinjam RM134 juta untuk projek di Papua

NONEAnak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.

"Pinjaman tersebut diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London," laporan itu dipetik.

Mana Hilang duit RM30K kepunyaan rakyat Kedah.. Sila buat laporan POLIS & SPRM untuk di cari sampai lubang cacing..!!!

Kedah bayar untuk baiki rumah tak wujud

Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.

Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.

"Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.

Bukti RAKYAT DAPAT KUAH... KRONI bedal siap dengan ISI & TULANG lagik...!!!


Jika Kjaan BN tidak bagi RM147bilion itu bocoq anda tahu berapa banyak RUMAH ORANG MISKIN dapat dibina?


Bukan PAS lawan KCS Sobri Sudin woii... tetapi Pakatan dengan kerjasama 80% KCS lawan Rasli


Oleh Enggang Qadha

Lama dah dok tunggu Utusan Meloya dan TV3 sahut isu Dato’ Rasli Basir. Alhamdulillah hari ini muncullah sebuah artikel dari akhbar pemfitnah No 1 Malaysia iaitu Utusan Meloya bertajuk ‘PAS lwn KCS...’. Penulisnya Zaini Hassan tetapi idea dan mungkin tulisan keseluruhannya juga adalah nukilan Sobri Sudin bekas Setiausaha Akhbar seorang MB di zaman BN. Sobri Sudin adalah pemilik blog Padi Jantan, semua idea yang tertera dalam tulisan itu muncul dalam blognya dan penentangannya terhadap Dato’ Amiruddin Hamzah, Exco kerajaan negeri Kedah begitu konsisten dalam penyiaran fitnahnya saban waktu. (Nota: Isu Sobri Sudin lain kali kita cerita.. sekarang kita tumpu pada isu Rasli).

Dah depa tak bagi BKT JALIL jom kita serbu SENAWANG SEREMBAN pula...!!!

Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov

bukit jalil terpaksa di tolak sebab renovation...
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily.

Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dah terbukti Pakatan lebih bagus dari BN

Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya.
 
Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat.
 
Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya" katanya.

Hah, mana mau lari lagi pencacai umno sekalian, mana laporan Audit negeri umno pulak, nak jugak tengok. kah..kah..kah

Sudah 3 tahun Audit menunjukkan bn tidak lebih baik dari Pakatan ni bukti jelas Pakatan mampu memerintah, bayangkanlah kalau pentadbiran pusat tak beri kerjasama penuh pun kita boleh buat camni, macam mana pulak kalau Pakatan yang memerintah pusat nanti?.

BOLASEPAK KEDAH - PRESIDEN KFA KENA MAIN DENGAN PUAK TANGAN HITAM......

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Nampaknya masalah tangan hitam dikatakan masih wujud dalam KFA sebab apa dikatakan sebegini kerana sekarang nie mereka bersembang mengatakan NELSON akan di panggil untuk pemilihan semula... TAPI bila dilihat macam ada benda yang tak kena lagi....sepertimana isu MARLON tahun lepas yang macam-macam ALASAN diberikan untuk nak bagi lihat team KEDAH LINGKOP.... sebenarnya isu ini sudah lama saya utarakan..musim bola yg lepas pun isu tangan ghaib nie diperkatakan...misi mereka untuk lihat orang marahkan kerajaan PAKATAN RAKYAT KEDAH sebab yang jadi PRESIDEN ialah MB KEDAH UST AZIZAN... jadi mereka tangan hitam inilah yang memainkan peranannya.... Hati mereka ini diluar nampak manis dan setia pada negeri tapi hakikatnya mereka ini hati sudah keras dengan fahaman POLITIK...mereka akan lakukan apa sahaja untuk dilihat MB KEDAH itu gagal.....
Kasehan kat Nelson yang cuba nak bercakap dengan saya tadi....tapi line putus banyak kali....Rasa2nya dia ada masaalah tentang kehadran nya ke Malaysia.....

Punca BN suka sembang bab LIWAT, AGAMA, KUDA TUNGGANGAN... Jika bab nie dah lama dah tersungkuq..!!

itu la orang habaq kata kita ada duit sebenarnya..tapi BN HARAM JADAH nie saja yg dok biaq duit bocoq merata... nak sembang bab nie tak mampu itu yg dok sembang bab LIWAT, NEGARA KRISTIAN, MELAYU DI TINDAS, MELAYU HILANG KUASA, PAS KUDA DAP, PKR KUDA PAS.... memang HARAM JADAH aihh hangpa nie...


Pemuda PAS lapor polis isu twitter Tan Keng Liang

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS memandang serius isu tulisan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang dalam twitter yang didakwa telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Kandungan tulisan itu (gambar) antara lain mempersoal dan mempersenda arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang Islam.

Laporan polis itu akan dibuat Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) di Balai Polis Dang Wangi pagi ini.

Rombongan mereka akan diketuai ketuanya Kamaruzzaman Mohamad bersama pimpinan DPPWP yang lain.

Sementara itu semalam, PAS kawasan Sabk Bernam turut membuat tindakan serupa, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Hari tu bukan main riuh kata Wakil PBB puji SPRM atasi pasal RASUAH kita tapi hakikatnya ...menipu lagik...!!!

Wakil PBB perjelaskan, komen mengenai rasuah disalah lapor

NONEWakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah persidangan antarabangsa baru-baru ini berkata komen beliau telah disalah tafsir oleh pihak media.

Dimitri Vlassis (kiri), yang merupakan ketua cawangan rasuah dan jenayah ekonomi UNODC berkata, beberapa komennya semasa sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur 10 hari yang lalu telah disalah faham atau diambil di luar konteks.

Vlassis berkata beliau mahu membuat penjelasan kerana komennya itu telah "disalah tafsir dan mungkin telah menimbul tanggapan yang silap".

Menurut wakil PBB itu, beliau memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tahunan keenam Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Kuala Lumpur.

Semasa sidang akhbar tersebut, Vlassis berkata, beliau telah ditanya mengenai persidangan IAACA dan sama ada perbelanjaan untuk mengadakannya itu berbaloi.

Benarlah DAP KEDAH tidak faham seni berpolitik...!!??!!???

Inilah masalahnya bila nak berpolitik tapi tak faham akan seninya... bab ini selalunya puak BN lagi terra bila dilihatnya... cuba bayangkan GERAKAN YANG HINA UNDANG-UNDANG ini tapi mereka duduk SPIN mengatakan DAP yang halang hajat PAS....

Hakikat dilihat DAP KEDAH masih kurang seninya..dahulu isu MARKET BABI di ALOR SETAR yang di tutup... mereka bukan main melatah sampai nak keluar PR....kini melatah semula dengan PERATURAN ini... cuba lihat huraian TERAS & SALIMAH...

Teras, Salimah sokong iklan wanita tutup aurat

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Negeri Kedah menyokong penuh keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang menetapkan peraturan pakaian model wanita yang menutup aurat dan berpakaian sopan dalam pengiklanan di bandaraya tersebut.

Demikian dinyatakan Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Salimah Negeri Kedah, Rubiyah Haron dalam kenyataan bersama.

Kata mereka, peraturan untuk menetapkan garis panduan mengenai penggunaan model wanita dalam iklan khusus untuk orang Melayu Islam dan umumnya untuk kaum lain adalah munasabah dan sangat dituntut dalam hukum syariat.

AES - PULAU PINANG gantung macamana dengan KEDAH SELANGOR KELANTAN..???

P Pinang gantung pemasangan AES sementara tunggu kajian

NONEPulau Pinang tidak akan meneruskan dengan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik, sementara menunggu kajiannya sendiri berhubung pelaksanaan projek kontroversi tersebut.

"Pulau Pinang akan mengkaji perkara itu sebelum memasang kamera (dan) membincangkan (ia) dengan semua pihak yang berkepentingan," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Majlis Kepimpinan Pakatan petang semalam, Lim menyifatkan kamera AES sebagai 'kamera 1Malaysia'.

"Hari ini mereka memanggil semuanya '1 Malaysia', jadi AES boleh jadi 'kamera 1Malaysia'," katanya.

Apa sebab Musa tarik balik saman ke atas Anwar?

oleh Mohd Sayuti Omar,

Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Ia semacam ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Musa dan Anwar: Berdamai?
Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Gani Patail.

Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh pihak defedan (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini, sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah dicapai. Keputusan itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Adakah KFA lembab.. berkemungkinan NELSON terlepas ke PERAK..!!!


Jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).

Pas dakwa Umno 'menikus' depan MCA
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas berkata pihaknya ada tiga bukti Umno terpaksa tunduk terhadap ugutan dan tindak tanduk MCA terutamanya dalam isu-isu berkenaan dengan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan mendakwa, pada 23 September 2011, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pernah menegaskan di hadapan media, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN).

Katanya, ekoran ugutan keras MCA itu, sehingga kini Umno terpaksa 'menikus' demi kepentingan survival politik mereka.


"Bukti kedua, pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

Daerah Kuala Muda terima ketua polis baru



SUNGAI PETANI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima kepimpinan baru apabila bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, ACP Khalil Arifin memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda, bermula hari ini.

Khalil menggantikan ACP Hashim Ali yang dinaikkan pangkat sebagai SAC dan meneruskan khidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Veteran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas daripada pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Chang di IPD Kuala Muda, di sini hari ini, disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Khalil, 53, merupakan anak kelahiran Kulim dan mula menyertai PDRM sejak 32 tahun lalu. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).- Bernama

TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA


Kenyataan Media

JINGGA 13

Tarikh : 17 Oktober 2012

TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA MALAH LEBIH SERIUS DARIPADA MEMIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI DAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA

Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang). Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama islam. Tan Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...