TERKINI :

Tuesday, October 16, 2012

Sangkakala untuk UMNO.


Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan colonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diujudkan dan menentang Malayan Union. 

Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO. Hari ini UMNO lah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka. 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka dari berkuasa.UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan. 

Kasih jangan bertompok-tompok, benci jangan merata-rata

oleh Aspan Alias


Jika Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk menjadi pentadbir kepada negara, satu isu yang mesti diperbaiki ialah tentang keadilan untuk rakyat bersuara dengan jujur dan telus. Sekarang PR sedang menghadapi ketidak-adilan pihak media dan penguasa kepada media perdana. Berita dan sebaran maklumat sungguh tidak adil kerana sikap media yang terlalu berat sebelah yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak. Kita latih bahagian editorial Utusan dan TV3 untuk menjadi lebih beretika dan professional dengan menyiarkan berita yang seimbang dan adil. Kita hendakkan perubahan ini kerana hendak melaksanakan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika PR mendapat mandat ini merupakan perkara yang paling utama untuk diperbaiki kerana menyiarkan berita dan isu dengan berat sebelah itu akan menjejaskan imej kerajaan itu seperti yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang, kerajaan yang mandapat mandat itu wajar memberi peluang kepada parti pembangkang semasa itu (UMNO) dan lain-lain yang bersekutu dengannya untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas.

Semua Jawatan MENTERI dia nak pegang tapi Parlimen haram tak mau datang..!!!

Menteri Wanita dibidas, tak hadir penggulungan

Salmiyah Harun, 16 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian itu.

Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).

Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka.

"Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang.

Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita".

Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie.

JANGAN SIMPAN TELOR DI BRA BINI, PADAHNYA MENTERI WATINA 1MALAYSIA.

RENCANA: IBN ABDULLAH AL AWAB
SELASA: 30 HB ZULKAEDAH, 1433/16 OKTOBER, 2012

SOALAN CEPU MAS. HADIAH TUNTUT DEKAT G. SOROS.

Barangkali tajuk rencana saya diatas, baik cucu saya di Pasti, maupun anak bongsu di SRK dan SMK. Apalagi mahasiswa/i dimenara gading IPTA dan IPTS apalagi penyokong PR dari PAS, DAP dan PR serta rakyat di Sabah dan di Sarawak. Termasuklah ahli-ahli umNO(Baru) dan komponan bN bersekali dengan menterinya. Ketua turus penjawat awam amnya rakyat 1Malaysia yang mengikuti dan menyelami standard dan quality sesaorang pemimpin itu dengan rajin membuat koreksi dan penilaian dapat menjawabnya bersekali mengenali dan menjawabnya untuk full mark. Rebutlah peluang jangan tertinggal dalam teka membina minda anda. Tajuk tersebut anda tahu sendiri mengenali batang tubuhnya, jantina hatta kerjanya kan?

Saya yakin Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Karam Singh Valia di TV3 pasti senyum, Mat Sabu, LGE, MSO, Cikgu Bard dan sewaktu dengannya dapat jawab tepat 100% yakin jawapannya. Dan PAStilah ianya tidak tersasar sampai ke Monggolia untuk mencari jawapan. Biarkanlah saya dedah klu bebayangnya sikit.

Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!!Jeng!!! Gah terdedah minggu lepas manusia utama lagi istimewa yang mendapat perhatian sungguh-sungguh dari pengemar politik, dari pembangkang maupun dikalangan bN kerana dapat menunaikan pelawaan penyangak mata duit Soros melunasi harapan yang Soros pinta agar menemuinya. Pertemuan rahsia yang beracun dua tahun dulu 2010 yang tak dapat ditepis, terus membohong menyepi takut lontaran boomerangnya kena mata buta tertikam hati mati.

Kewangan Kedah baik, pengurusan memuaskan

KUALA LUMPUR: Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2011 secara keseluruhannya adalah memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan adalah berjumlah RM252.36 juta, berbanding sejumlah RM328.28 juta pada tahun 2010.

Dalam pada itu, peningkatan hasil pada tahun 2011 berjumlah RM20.52 juta atau 4.5% berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM40.63 juta atau 9.4%.

Ini menyebabkan surplus Kerajaan Negeri pada tahun 2011 berjumlah RM2.39 juta berkurangan mendadak berbanding surplus tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Surplus ini mengurangkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan tahun 2011 sejumlah RM2.39 juta menjadi RM295.84 juta berbanding RM298.23 juta pada tahun 2010.

Artikel 'skandal seks': Mat Sabu saman Mashitah

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas.

Mashitah (kanan) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan.

Ada GLC Kedah rugi sebab kegagalan projek utama..

Anak syarikat kerajaan Kedah rugi akibat kegagalan projek utama

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian, menurut Laporan Ketua Audit Negara hari ini.

Dalam laporan tersebut, empat anak syarikat yang terdiri daripada Kedah Corporation Berhad (KCB), Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB), Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Kedah BioResources Corporation Sdn. Bhd. (KBioCorp) telah dipilih untuk diaudit Jabatan Audit Negara.

Antara projek yang didapati oleh pihak audit yang merugikan ialah antaranya projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea dan projek 99 East di Langkawi.

Akibatnya, prestasi kewangan KCB bagi tahun 2008 hingga tahun 2010 secara keseluruhannya adalah lemah kerana mencatatkan kerugian sebelum cukai bagi 3 tahun berturut-turut.

KCB mengalami kerugian berjumlah RM1.51 juta pada tahun 2008 dan kemudiannya terus mencatatkan penyusutan kerugian pada tahun 2009 dan 2010 105 masing-masing berjumlah RM0.97 juta dan RM0.31 juta dan seterusnya menyebabkan kerugian terkumpul KCB meningkat kepada RM2.85 juta pada tahun 2010.

Adakah DAP KEDAH BODOH berpolitik..???

Apa pandangan anda mengenai DAP KEDAH?


DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka tidak akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam. Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

Penarikan balik saman bukti wujud konspirasi, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa lega dengan penarikan kes saman terhadapnya oleh bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi berkata keputusan itu membuktikan wujudnya konspirasi dalam pendakwaan liwat dan kes mata lebam ke atasnya pada 1998 yang lalu.

Musa pada pagi ini menarik kes saman yang difailkannya atas alasan telah mencapai persetujuan di luar mahkamah dengan peguam defendan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum berlangsung perbicaraan hari ini.

“Saya bersyukur dan puas hati dengan penarikan kes saman ini.

“Tetapi persoalan yang timbul sekarang ini ialah wujudnya bukti konspirasi dan rekaan cerita terhadap pendakwaan saya pada 1998 lalu,” kata Anwar di luar mahkamah.

Dibiayai berjuta, sekolah agama dibekal makanan luput tarikh

KUALA LUMPUR: Meskipun dibiayai dengan harga berjuta ringgit, Laporan Audit 2011 mendapati makanan mentah yang dibekalkan ke 10 sekolah menengah agama di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang adalah pada tahap kurang memuaskan.

Antara kritikan yang diterima ialah makanan mentah yang dibekalkan tidak berkualiti, tidak mengikut sukatan yang ditetapkan dan lebih teruk lagi tidak berlabel halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melebihi tarikh luput.

Selain itu, Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang turut melaporkan stok bahan makanan utama yang boleh disimpan lama tidak mampu menampung keperluan minimum selama 3 hari manakalan spesifikasi bekalan bahan mentah dan bermasak yang dibekalkan – kualiti ikan yang dibekalkan tidak dapat ditentukan.

Beliau turut mengkritik prestasi kebersihan dapur dan dewan serta pengurusan dan keselamatan dapur yang disifatkan ‘kurang memuaskan’ – antaranya borang pesanan makanan disediakan kurang dari 48 jam dan tiada tarikh pesanan dicatat dalam borang dan pekerja yang tidak dilatih dalam Kursus Pengendalian Makanan.

Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 18 buah Sekolah Menengah Agama (SMA) yang terletak hampir di semua daerah dengan asrama dan pengurusan bekalan makanan bermasak adalah di bawah tanggungjawab JAIP.

“Laporan Utusan berniat jahat!” –YB Lee Guan Aik



ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik menyelar tindakan Utusan Malaysia menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.

YB Lee Guan Aik yang juga Pengerusi DAP Kedah menegaskan bahawa, berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.

“Pada 14 Oktober 2012, iaitu kelmarin, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).

Mana dia duit keuntungan rakyat RM147bilion.. hangpa bagi kepada siapa wahai NAJIB si PM Malaysia..??

Audit: 23 syarikat untung RM255b, hanya 10 bayar dividen
Wartawan Sinar Harian
15 Oktober 2012

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion.

Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu.

Musa Hassan tarik balik saman terhadap Anwar

NONEBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Datuk seri Anwar Ibrahim berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka bukti dalam perbicaraan Liwat 1.

Penarikan balik saman oleh Musa bekas direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman di mahkamah yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata ekoran penarikan balik saman tersebut, mereka tidak menuntut kos.

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM - Mana PEMUDA PAS PKR & DAP KEDAH.. takan nak harap NGO SAMM sahaja buat laporan POLIS

SIDANG MEDIA: LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA TERHADAP TAN KENG LIANG YANG MENGHINA ISLAM


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu rapat akan membuat laporan polis terhadap kebiadapan pemimpin pemuda Barisan Nasional yang mempersenda dan menyebabkan kemarahan umat islam di negara ini.

Berikut adalah lokasi balai/IPD/IPK di seluruh negara yang akan berlangsung report polis terhadap Tan Keng Liang yang menghina Islam melalui laman sosial twitternya;
N.Sembilan
IPD Seremban 2
16 Oktober, Jam 11.00 pagi
012-3696474

Perlis
IPD Kangar
16 Oktober, Jam 5.00 petang
019-4342244

Kedah
IPK Kota Star
16 Oktober, Jam 4.00 petang
017-5568557

Manusia dah terjun sampai 39km tinggi dari bumi...kita nak tukaq UMNO BN pun takut...

Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa


LOS ANGELES 15 Okt - Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.

Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam

"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.

Mai kita tengok video Najib 'belajaq' bab Najis dengan budak sekolah...!!!


nasib baik dia tak jawab Wasotiyah.. huhuhu..

UMNO MENIKUS DI HADAPAN MCA


Setiausaha Agung MCA  Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak  apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam .

Saya melihat beliau pura - pura bertanya  " Adakah  PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam ?
Persoalannya   "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian ? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan  kepada  masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?

Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ? dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti islam pula ? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya.

Pemimpin MCA juga selalu mengulang statement bahawa "DAP  tunduk kepada PAS"

Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.

Apabila suruh MUSANG menjaga REBAN AYAM.. maka beginilah jadinya.. BN ohh BN..!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...