TERKINI :

Monday, October 15, 2012

Aduhai SPR..Orang dok kalut mintak media bebas sama rata depa dok pikiaq kempen lepas jam 12 dari fb dan twitter...

 
SPR kesan kempen di media alternatif lepas 12 malam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.
  
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.
  
Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.
  
"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.
    

Kenderaan Awam dan Buang Ayaq Besaq nie hari-hari rakyat dok tunaikan hajat tapi Kjaan meniaga rugi..!!!

 
2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion
 
LAPORAN AUDIT Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

[Laporan Audit] RM3.2bil perabih hasil nya 'tak memuaskan'

Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'

NONE
Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.

Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

MENUNGGU PRU13, PAS-PR, SEDIAKAH KITA?

RENCANA: IBN ABDULLAH AL AWAB
ISNIN: 29 HB ZULKAEDAH, 1433/15 OKTOBER, 2012

IA PASTI DATANG....

PRU13 pasti datang. Walau PM1Malaysia, Presiden umNO(Baru) Pengerusi bN, Menteri Kewangan merangkap Menteri Watina (wanita & betina) DS Najib RM al Haj takut gerun membubarkan parlimen membolehkan PRU13 diadakan. Walau dah beberapa kali DS Najib RM al Haj acah-acah dengan nada berani hakikatnya pengecut hangit, bilamana beliau berkata, "Kalau saya tengok dihadapan saya kehadiran yang ramai macam ni, rasa-rasa macam esok nak mengadap Agong nak bubar parlimen, tapi kena tengok fikir la dulu". Ucapan basi tersebut dan berlalu hampir 3 bulan, haram tak jadi kenyataan, ia sekadar gurauan pemasin gusi busuk saja. Berulang kali turun naik ke Sabah ke Sarawak, masih gerhana penuh matahari peluang Najib RM al Haj umNO(Baru)bN dapat mempertahankan PUTRAJAYA.

Jadi disini, pada hemat saya pujian Najib itu, sekadar lawak temberang. Kerana baik Najib RM al Haj sendiri, maupun pemimpin umNO(Baru)bN yang hadir ketika itu, mereka sepakat bersetuju, kehadiran mereka yang dikatakan ramai itu adalah kerahan dan paksaan keatas penjawat awam dan anak-anak sekolah. Mereka diberi bas percuma diangkut ke distinasi DS Najib RM al Haj ketempat berucap. Kehadiran mereka pula bibayar diupah mengikut title dan kedudukkan. Dapat slot muka free dikaca tv dengan buah tangan air kotak cap dacing rasuah, sebungkus mee maggi dan sehelai baju T wajah DS Najib RM al Haj . Kenyataan ini mereka sama-sama pakat-pakat setuju dalam hati dan realiti, tetapi nafi diluar sana. Amalan itu selama-lama dipraktikkan oleh umNO(Baru)bN, hatta sampai peringkat BERNAMA pun turut temberang, kampoh tempek gambar 2,3,4 keping jadikan 1 gambar nak bokti bohong sungguh ramainya orang sambut dengar merapu DS Najib RM al Haj.

Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang

Blog Orangni
 
Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.
 
Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup.

Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

UTUSAN spin lagi cerita Peraturan Pakaian Sopan di Papan Iklan.. DAP sila saman UTUSAN sebab mohong.......

"Kalau Utusex Meloya yang habag... keputusan nombor ekog saja boleh pakai pun!"


Oleh: Mat Kering Bakag Bata

Dok tengak minum dekat kedai catok Taman Wira tadi, sorang rakan TS pensyarah Insaniah mai hempok surat khabag atas meja. "Apa pulak nii...?" tanya dia.

TS tengok sepintas lalu muka depan akhbar Utusex tu, kemudian komen:
 
"Mokalau kata Utusan ni, keputusan nombot ekog saja boleh pecaya pon... tu pun kaki ekog yang habag." Kami pakat gelak deraih sampai habih satu kedai pakat perati.

TS ingat kesian sungguhlaa dekat UMNO di penghujung hayatnya ni, pulun sungguh nak pecah belah Pakatan Rakyat dengan cerita adu domba yang bohong-bohong. Depa harap ada orang PAS pi serang DAP pulak dengan kenyataan tu walhal itu adalah kenyataan yang telah masuk mesin putarbelit Utusex Meloya untuk memperbodoh-bodoh rakyat.

Nak faham cara mudah isu TALAM.. mai pakat baca tang nie..!!!

Rasanya sudah lama tidak mendengar YB Chua Tee Yong 'berkokok' (maaf) tentang isu Talam. Tahu-tahu sahaja pada minggu lepas,  pemilik rumah PKNS telah berdemonstrasi untuk menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor (KNS)  ‘mengambil alih hutang perumahan mereka’. Menurut mereka, kalau KNS boleh ‘mengambil alih hutang Talam’, mengapa KNS tidak boleh ambil alih hutang mereka?

Tatkala mendengar hujah semudah itu, tahulah kita bahawa mungkin YB Chua & pimpinan BN lainnya telah insert maklumat yang mengelirukan kepada pemilik-pemilik rumah ini. Namun sebenarnya bukanlah susah untuk YB Chua ‘kelentong' pemilik-pemilik rumah ini. Kerana penstrukturan semula hutang Talam merupakan kaedah yang agak kompeks.

Bahkan ianya satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh KNS untuk ‘memaksa’ pihak yang berhutang untuk membayar balik hutang, tanpa melaksanakn pendekatan bailout yang sering diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Justeru, sememangnya mudah untuk pemilik-pemilik perumahan ini di’kelentong’ oleh YB Chua & konco-konconya.

[GEMPAR] Ketua Pemuda GERAKAN hina ISLAM...mana UMNO?


Lebih 60% penonton TV3 dah angkat kaki... nampaknya akan ikut jejak Utusan tak lama lagi..!!!

TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan?

TV3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.

Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.

Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.

Peluru Hidup nak tibai UMNO BN akan dilepaskan hari ini....

Laporan Ketua Audit Negara dibentang hari ini
JAMILAH HAMZAH
15 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan dibentangkan di Parlimen hari ini, kata  Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Menurutnya, Jabatan Audit Negara akan turut  memberi taklimat berhubung dengan isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Tambah beliau, berdasarkan pengauditan terhadap 456 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan sepanjang tahun lalu, sebanyak 388 (85.1 peratus) penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Tanpa Teguran manakala 25 (5.5 peratus) penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi dan bakinya 43 (9.4 peratus) penyata kewangan masih dalam proses pengauditan.

Rembat duit berjuta kena penjara setahun rembat buah rambai seguni nak kena 7 tahun...!!!

Curi seguni rambai: Buruh berdepan penjara 7 tahun, denda
RUBIAH OMAR
15 Oktober 2012
Curi seguni rambai: Buruh berdepan penjara 7 tahun, denda  
Rosli mengaku mencuri seguni buah rambai milik peneroka
 warga emas di Felda Belara, di sini, 10 Oktober lalu.
 
KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'merembat' seguni buah rambai di sebuah kebun milik seorang peneroka di Felda Belara, di sini, seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh, Rosli Abd Malek, 41, yang juga anak jati Felda tersebut boleh dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku mencuri seguni buah rambai milik Bek Jusoh, 76, pada Rabu lalu.

Pas dakwa pengaruh Dr M makin rapuh

PRU 13 pengaruh Dr M
PRU 13 pengaruh Dr M
 
[MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13]
 
SHAH ALAM -  Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk ‘menimbulkan kecelaruan’ pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang.

Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi ‘atas pagar’ susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Belanjawan Alternatif PR Cerminkan Kesedian Untuk Memerintah - Dr. Maszlee, Pensyarah UIA

SHAH ALAM - Pembentangan belanjawan alternatif oleh Pakatan Rakyat secara konsisten semenjak 2008 menunjukkan kesediaan mereka untuk memerintah sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.

Ini ditambah pula dalam situasi PR yang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan pusat untuk berbuat demikian dan sumber data yang terhad bagi merangka belanjawan mereka.

Belanjawan PR juga satu cabaran terhadap Kerajaan Pusat agar tidak sekadar membentangkan belanjawan yang bermanfaat kepada rakyat, malah yang sihat untuk pertumbuhan ekonomi.

Demikian menurut Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik selepas program Wacana Sinar ini.

Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur

ROSLINDA HASHIM

Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur
Ahli Majlis Daerah Sik dan Ahli Majlis Daerah Bandar Baru memegang
 sepanduk masing-masing ketika tunjuk perasaan hari ini.
 
ALOR SETAR -  Ekoran tiada maklum balas susulan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir melepaskan jawatannya, 5 September lalu, satu lagi demonstrasi aman diadakan di hadapan Wisma Darul Aman, hari ini.

Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.
          
Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Akta Pencabulan Akta 171, Basir Ismail berkata, Ahli Majlis seluruh negeri Kedah sebulat suara mahu Rasli meletakkan jawatannya secara sukarela.
           

Kisah antara si Najib Dol dengan Kereta Lembu


Si Najib Dol sepupu Sharip Dol pening memikirkan mana nak dapat 500 kupang untuk bayar ke penduduk Kpg Dusun seperti yang dijanjikan.

Tukang jaga jalan Kg Dusun, Pak Saman datang jumpa Najib Dol...

"Tak perlu risau tok... aku ada cara...."

"Apanya? Cepat lah beritahu, nanti hang Tukang jaga jalan pun hilang tahu..." kata Najib Dol...

"Kg Dusun ramai yg guna kereta lembu... kita boleh ambil untung daripada kesalahan kereta lembu..." kata Pak Saman...

"Macam mana?" tanya Najib Dol...

Keadilan dituntut dalam Islam

ALOR SETAR - Umat Islam mestilah melaksanakan keadilan dalam seluruh aspek kehidupan kerana ia adalah perkara yang dituntut oleh Allah SWT.

Ingatan tersebut dibuat oleh ADUN Alor Mengkudu YB Dr. Ismail Salleh ketika menyampaikan tazkiroh ringkas di Masjid Tunku Abdul Malik, Alor Binjal di hadapan para jemaah.

"Semua kita adalah pemimpin pada kedudukan kita, sama ada pemimpin masyarakat atau keluarga. Sebagai pemimpin kita kena berlaku adil kepada semua yang berada di bawah tanggungjawab kita.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...