TERKINI :

Saturday, October 13, 2012

Mansuh dan bubarkan sahaja SPRM tuuu....

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
SABTU: 28 ZULKAEDAH, 1433/13 OKTOBER,2012. 


ARAKIAN PEMIMPIN NEGARA 1MALAYSIA

Dunia dan negara kita Malaysia tidak terkecuali sedang menghadapi himpitan kekangan kemelesetan ekonomi. Disebabkan fenomina alam sejagat yang tidak menentu, jadi ianya memberi tekanan dan mengundang inflasi, menjurus rakyat negara kita sebahagian besarnya menderita. Rakyat memberi kuasa kepada umNO(Baru)bN memerentah dah 55 tahun, negara dalam cengkaman dan genggaman urustadbir negara 1Malaysia dengan sewenang-wenangnya.

Kini diterajui oleh DS Najib RM al Haj mewarisi umNO(Baru)bN dari Pak Lah dan PAk Lah dari Dr Mahathir. umNO(Baru)bN melalui Menteri Kewangan juga Perdana Menteri 1Malaysia DS Najib RM al Haj telah bentang belanjawan bajet negara 2013. Bajet negara dibuat umNO(Baru)bN sudah termaktub 14 tahun berturut-turut kebanggaan dan megahnya umNO(Baru)bN dengan Bajet Depesit berganda yang tempang. Hinggakan dikhabarkan hutang negara dalam dan luar telah melebihi daripada separuh anggaran pendapatan negara. Kini negara berhadapan dengan jurang muflis seperti dialami oleh beberapa negara Eropah sejak dua tahun ini.

Umno halang perjuangan untuk tegak Islam

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan bukan DAP yang menghalang perjuangan PAS menegakkan Islam, sebaliknya Umno yang bersikap sedemikian.
 Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskandar al- Hiss, berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang dengan sikap Umno yang berkuasa.
"Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat.  Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.

"Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?" soal beliau.

Tegas beliau lagi, halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri itu pada 1994.

"DAP tidak menghalang dengan kuasa.  Mereka hanya mengeluarkan kenyataan yang bagi kami hanya sebagai satu pandangan yang berbeza.  Yang mana perbezaan itu, Insya-Allah boleh diperbincangkan dari masa ke masa di dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.

PETRONAS pula macam nak BERPOLITIK..!!!

Minyak Itu Pemberian Allah...

 

Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang kpd negara secara berterusan akn me

njadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.

Kwn saya ramai yg bekerja di Petronas. Namun ada yg saya setuju pendapat mereka mengenai Petronas dan ada yg saya tak bersetuju. Bagi saya minyak mcm juga seperti air atau dulu bijih timah. Sewajarnya air tidak dijual kpd rakyat dgn harga yg mahal kerana ia hasil semulajadi yg diberikan Allah.

Begitu juga dgn minyak. Bukannya Petronas lahirkan minyak tapi ia sudah ada cuma dicarigali oleh Petronas utk mendapatkannya. Ia bukan dicipta tetapi telah tercipta oleh yg Maha Esa. Biarlah Petronas mencari hasil keuntungan berganda syarikat milik rakyat ini di luar negara dgn pelaburan seperti paip saluran gas, loji2 penapis, loji2 petrokimia dan sebagainya.

Sharizat perempuan yang tak reti malu!


Kat banyak tempat aku pernah kata, umNO nie tak reti malu untuk rompak wang rakyat. Bukan setakat umNO, MCA,MIC,GERAKAN,PPP semua serupa. Ada juga wanita umNO yang pertahankan Kak fidah dan anak mami dalam skandal AP dan NFC. 

Aku jawab balik, ” bukan setakat orang lelaki, orang perempuan dalam umno (pemimpin) pun tak reti malu nak rasuah dan menyeleweng kuasa”. Rupa-rupaya apa yang aku kata berbulan yang lalu betui sungguh. hangpa bacalah sendiri kenyataan Sharizat:

Gua ada 10 sebab untuk bersetuju dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu beb…

Gua sokong AES!!!

2-3 hari ni, ramai yang dah bising pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).. Ramai yang kata, AES ni jadi alat untuk kerajaan kutip duit rakyat di jalanraya..

Dan disebelah puak-puak berhaluan kiri, dorang anggap AES adalah satu cara baru bagi kerajaan untuk ‘melanun’ didalam negara..

Gua sebenarnya malas nak komen pasal AES ni beb walaupun gua dah dapat 2 saman yang dihasilkan oleh sistem baru ni.. Tapi gua terpaksa tulis jugak diatas permintaan ramai..

Banyak pembaca gua tanya pendirian gua tentang AES yang dikatakan sebagai ganti kepada Saman Ekor dulu..

Maaf lah kalau gua cakap yee…, errr…, untuk pengetahuan korang, gua sangat-sangatt bersetuju dengan AES tu beb…

Gua ada 10 sebab untuk bersetuju dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu beb…

UMNO dan lailatul qadarnya

oleh Aspan Alias


Pilihanraya hampir tiba. Seperti biasa apabila PRU mendatang, BN khususnya UMNO, isu wang akan berkisar. Isu RM40 juta merupakan isu di Sabah yang mengaitkan Musa Aman, Ketua Menteri negeri di bawah bayu itu. Isu pengakuan Micheal Chia di Hong Kong semasa dia di soal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah negara itu telah mengakui yang wang itu adalah kepunyaan Musa Aman. Nazri telah memberi tahu Parlimen bahawa wang itu adalah wang UMNO dan bukannya wang Musa. Nampaknya Nazri lebih tahu siapa yang punya wang itu.

Yang lebih tahu ialah Najib kerana PM Najib tidak memberikan apa-apa komen tentang isu RM40 juta ini. Najib mungkin tidak payah memberikan komen kerana wang yang berputar di sekeliling UMNO ini merupakan satu perkara yang biasa dan Najib tidak payah memberikan komen tentangnya.

Tetapi jumlah RM40 juta ini adalah jumlah yang besar kepada kita tetapi ia merupakan jumlah yang diibaratkan sebagai habuk di atas tunggul sahaja oleh pemimpin UMNO sekarang ini dan mereka menganggap isu itu sebagai isu remeh dan tidak perlu mendapat layanan dari sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai isu pilihanraya.. Bagi BN wang sebanyak itu hanya wang runcit untuk kegunaan pekerja-pekerja yang menjaga pejabat UMNO sahaja.

[Video] Inilah sebab dikatakan UMNO TIDAK IKHLAS...

Pelawaan Umno tidak ikhlas, tegas Pas
NURUL AINI MOHAMED ALI
12 Oktober 2012


 
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian menolak ajakan berterusan Umno mahu menjalin kerjasama sambil menyifatkan pelawaan itu bukan kerana perpaduan ummah, sebaliknya hanya bermotifkan politik semata-mata.

Sehubungan itu Pas menegaskan pihaknya tidak akan "melayan mereka", meskipun Umno kelihatan mengulangi pelawaan pihaknya sejak 2008.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak akan wujud kerjasama antara Pas dan Umno walaupun atas dasar perpaduan ummah kerana baginya isu perpaduan dalam konteks negara sengaja ditimbulkan tetapi ia bukan tujuan utama.

“Kami tidak akan kerjasama dengan Umno. Mereka (Umno) hanya guna isu perpaduan dalam negara tetapi realitinya, perpaduan yang dibangkitkan itu hanya menjurus kepada kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Dok tuduh ANWAR terima duit SOROS last depa sendiri terima duit dari HONG KONG

PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'
Wartawan Sinar Harian
13 Oktober 2012
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

Duk tuduh ANWAR last 'DIA' yang mengaku jumpa Soros

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’
NURUL AINI MOHAMED ALI
12 Oktober 2012
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat 
Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, mala mini. – Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."

Pelantikan MKK dilanjutkan ke September 2013


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) selama setahun sehingga 30 September 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, lanjutan itu dilakukan berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir dan bertujuan mengelak sebarang kekeliruan yang mungkin berlaku di kawasan perkampungan.

Menurutnya, tempoh memegang jawatan MKK tamat pada bulan September tetapi dilanjutkan setahun lagi untuk memudahkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Seperti yang kita tahu, pelantikan MKK hanya dilakukan dua tahun sekali. Jadi selepas ini baru diadakan pelantikan baru,” katanya sebagai mengulas keluhan beberapa penduduk yang tidak mengenali MKK kawasan masing-masing.

3 prinsip yang wajib diikuti oleh ahli & pimpinan PAS

Salahuddin Ayub garis 3 prinsip yang wajib diikuti semua termasuk ahli Majlis Syura'?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menghormati Majlis Syura, berpegang kepada keputusan muktamar dan mentaati keputusan kepimpinan yang dibuat secara kolektif adalah antara prinsip paling asas yang perlu dipegang oleh semua ahli dan kepimpinan PAS.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ketiga-tiganya perlu menjadi prinsip paling asas kepada semua kepimpinan dan ahli PAS yang mahu melihat parti itu 
Satu nasihat yang sangat baik untuk semua ahli PAS tak kira pimpinan atau ahli biasa termasuk tentunya ahli Majlis Syura'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...