TERKINI :

Tuesday, October 9, 2012

Antara Najib & Moursi...



Jika negara kita bagaikan Mesir yg di perintah oleh orang yg soleh, maka inilah hasil dalam masa 100 Hari Mursi Memerintah Mesir.....Sangat hebat!!

1. Minggu pertama, Moursi membebaskan wartawan Mesir yang ditahan di Sudan dan menjemputnya dengan pesawat presiden.

2. Pemecatan 70 Jenderal dan Kudeta dengan Cinta pada Marsekal Thantawi dan Anan, Panglima dan wakil Panglima militer.

3. Penghapusan
hutang 40.000 petani yang memiliki hutang di bawah 10.000 pounds yang di masa Mubarak ditangkap dan dimasukkan ke Penjara.

4. Pelaburan 270 Milliom dollar yang ditanam di Mesir, hanya dalam 1 bulan Moursi berkuasa.

5. Selama 100 hari ini, Moursi tidak menerima gaji selama menjadi Presiden.

6. Moursi mengembalikan izzah Mesir dengan menguasai gurun Sinai yang di masa Mobarak, 70 % lalulintas udara dan darat dikuasai Israel.

biaq p laaa kes terpencil ja nie...negara kita masih aman...


Cerita Mat Sabu dipukul laa pulak....

Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul

GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.

Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

Geng Noh Omaq lagi balas duit rakyat...!

Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j

NONETender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Keon masih bersama Hijau Kuning

SYUKUR ALHAMDULILLAH....Khairul Helmi Johari a.k.a Keon masih bersama Hijau Kuning....Terbaik

Antara penglipurlara Mahathir lwn Soros.



Kenyataan Dr Mahathir semakin hari semakin bizarre. Orang Melayu kata macam buang tebiat. Sewel, biul dan merapu. Terbaru Dr Mahathir berkata mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundi Soros dan mengundi Soros bererti penaklukan semula. Re-colonization. 

Makna nya kalau Anwar PM- maka Soros dibelakang nya. Haji Hadi, Kit Siang semua menjadi antek neo-kolonialisme. Begitu? Rakyat Malaysia yang 29 juta ini apa pula? Anak kambing? Who are you trying to kid DR Mahathir? ( kid =anak kambing). Keluarga Shahrizat anggap kita lembu. Mahathir anggap kita anak kambing.

Siapa Soros? Kita tahu dia seorang yang kaya dan membuat pelaburan melalui beberapa syarikat milik nya terutama flagship company nya- Quantum Funds. Dia guna kekayaan nya untuk membantu pertubuhan dan gerakan2 mendapat kemerdekaan. Dia juga seorang dermawan yang terkemuka membantu rakyat yang buta huruf, kebuluran dan yang ditimpa mala petaka.

Dr Mahathir kata dia tak bagus dan penyangak. Tapi jutaan rakyat dalam negara yang duduk dibawah pemerintah yang zalim menganggap Soros sebagai anugerah Tuhan kepada mereka.

Khas untuk 'penjilat umno'

Aku nak mintak maaf...
Pada semua rakan taulan aku yang berada dalam bangsa Umno...
Sebab... semua dari kita kena terima kenyataan...
Tapi.... jangan marahkan aku plak kerana ini berfakta...

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mana makan gaji buta kaaaaa?

Kereta sapu bermaharajalela
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2012
Kereta sapu bermaharajalela
Kereta sapu sesuka hati meletakkan kenderaan berdekatan khemah Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah yang didirikan untuk ruang menunggu penumpang.
 
SUNGAI PETANI - Pertambahan bilangan kereta sapu di sekitar pusat bandar Sungai Petani terutama hujung minggu dan hari cuti am mengganggu periuk nasi pemandu teksi sedia ada, selain mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang kenderaan awam.

Ramli Awang, 40, berkata, pengalaman itu dirasai sendiri anak perempuannya berusia 20 tahun yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres apabila diserbu pemandu kereta sapu.

“Apabila anak saya sampai di stesen bas pada waktu malam, pemandu kereta sapu terus menyerbu ke arahnya dan beberapa penumpang lain untuk bertanya mahu ke mana.

“Mereka terus mengekori walaupun penumpang sudah turun berjalan dari bas. Keadaan ini membahayakan kerana mereka tidak mempunyai sebarang permit membawa penumpang,” katanya.

Baguih laa jika mcm nie...tapi...jangan hangat taik ayam jaaa...

Polis luaskan program cegah jenayah ke kampung

ALOR SETAR - Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar akan mengadakan program membabitkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah di Kampung Belukar, Telaga Mas dekat sini pada 20 Okt ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Adzaman Mohd Jan berkata program sehari itu diharap dapat mendedahkan orang ramai di kampung tentang peranan polis dalam kerja pencegahan termasuklah terhadap jenayah jalanan.

"Setiap tahun kita adakan program ini di kawasan bandar tetapi kita tahu di kampung-kampung juga berlaku jenayah walaupun statistiknya tidaklah terlalu tinggi.

"Jika diberi pendedahan yang sempurna mungkin kita akan dapat mengurangkan jumlah kejadian jenayah di kampung, kerana itulah tahun ini kita ubah mengadakan program ini di kawasan kampung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...