TERKINI :

Monday, October 8, 2012

Jika BN jatuh orang inilah yang paling merasakan panasnya

Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula

Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.
Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.
Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan UMNO yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.

Nahhh Ambik...'Tak boleh di dalam, depan stadium kita himpun'.....


KUALA LUMPUR: Kalau tak bagi buat 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' dalam stadium, kita akan buat di hadapan stadium, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menolak permohonan untuk mengadakan himpunan tersebut di situ.

"Tidak ada masalah kalau pihak stadium tolak permohonan kita atas alasan hendak baiki bumbung.

"Kita hendak buat perhimpunan itu bulan Januari depan dan pada 3 November ini kita anjurkan dahulu perhimpunan pelancaran untuk perhimpunan di Stadium Bukit Jalil itu," kata beliau sambil menjangkakan masih sempat kerja memperbaiki bumbung itu diselesaikan.

Perhimpunan pelancaran pada 3 November ini, kata Mohamad, akan diadakan di Negeri Sembilan di tempat yang akan diberitahu kelak.

Akhbar The Sun hari ini melaporkan, pengurusan Stadium Nasional dijangka akan menolak permohonan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran yang merupakan penerusan kepada perhimpunan-perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.

Menteri akui Gaji CEO Tabung Haji RM85,000 sebln...

Gaji CEO Tabung Haji tak dibayar sembarangan, kata menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan beliau tidak menentukan gaji Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.

NONEJelasnya, bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji dan Lembaga Keputusan badan itu berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan.

"Tabung Haji (membayar) mengikut janji perkhidmatan yang diberikan. Dan kita membayar gaji berdasarkan kepada profesionalismenya, kepakarannya, dan kadar pasaran yang ada.

"Jadi bukan secara sebarangan atau (ada perkara yang hendak) disembunyikan. Tidak ada. Ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub di Tabung Haji," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, MP Pokok Sena Datuk Mahfuz membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan gaji yang terlalu tinggi diterima oleh Ismee.  

Jawapan Kepada Mahathir : Undi Untuk BN, Undi Untuk Syaitan


SHAH ALAM 08 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi untuk pembangkang adalah mengundi untuk spekulator mata wang George Soros.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan itu sentiasa disuntik untuk menakutkan rakyat yang sering dilontarkan sejak dahulu apabila menjelang Pilihanraya Umum (PRU).

Katanya, Mahathir dan pemimpin Umno-BN lain sangat takut sekiranya BN kalah dalam PRU 13 akan datang. Ini disebabkan kebanyakan dari pemimpin-pemimpin ini mempunyai ‘kepentingan’ serta mempunyai hubungan yang kuat dengan yahudi.

“Tengok sahaja Mahathir, beliau menggunakan duit rakyat untuk bertemu dengan bekas Presiden Amerika George W. Bush.

“Kemudian Kerajaan Pusat membayar puluhan juta kepada APCO Worldwide kononnya mahu memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, sedangkan ahli APCO itu terdiri daripada bekas menteri Israel dan pegawai besar tentera Israel,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata mengundi Umno-BN sama seperti mengundi ‘syaitan’.

SUK Negeri Kedah lantik YDP Majlis Daerah secara tidak sah!!!

Ohhh rupanya selama ini SUK Negeri Kedah lantik YDP Majlis Daerah secara tidak sah!!!


Oleh: ENGGANG QADHA


Ini bukan isu kecil. SUK Negeri Kedah Datuk Paduka Rasli Bin Basir menukar atau melantik Yang DiPertua Majlis Daerah selama ini adalah tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri); jelas adalah membelakangkan undang-undang di dalam Seksyen 10 (1) (a) dan (b) dan Seksyen 11, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Maknanya pelantikan YDP adalah tidak sah!? SUK berkuasa melantik atau menukar Pegawai Daerah tapi bukan YDP Majlis Daerah, sekalipun secara kebetulan DO dan YDP adalah orang yang sama. Perkara ini telah dirujuk kepada beberapa pakar perundangan dan mereka memberi tafsiran yang sama iaitu SUK tidak berhak melantik tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Jika lantikan itu tidak sah, apakah ia juga akan memberi kesan kepada semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat majlis daerah, adakah juga tidak sah? Kelulusan tender dan pelantikan kontraktor tidak sah? Peruntukan dan pembayaran tidak sah? SUK sudah pening sekarang. Adakah amalan tersebut hanya berlaku sekarang atau sejak zaman BN lagi? Mai tang soalan ni, semua pakat-pakat penin!

Tanda-tanda perhimpunan BERSIH d'BKT JALIL akan gagal.....


Perbezaan di antara menyalahgunakan kuasa dan rasuah itu seperti ‘omelette’ dan telur dadar.

Persidangan IAAC: Najib hanya setakat membaca teks ucapan sahaja

Perbezaan di antara menyalahgunakan kuasa dan rasuah itu seperti ‘omelette’ dan telur dadar. Sesiapa yang menggunakan kuasanya memang akhirnya menjadi perasuah. Saya masih tertarik untuk menyebut kembali tentang isu rasuah yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau di persidangan IAAC (International Association of Anti Corruption) beberapa hari yang lalu. Walaupun Najib tidak sesuai orangnya untuk bercakap tentang rasuah, tetapi beliau berhak untuk bercakap kerana bercakap itu adalah kebebasan seseorang manusia walaupun ianya tidak kena pada tempatnya.
Isu rasuah ini merupakan satu isu yang sangat besar untuk kita dan ucapan Najib itu amat menarik kerana beliau begitu faham tentang isu ini. Hanya yang mahir dalam sesuatu bidang itu, termasuk rasuah membolehkan seseorang itu bercakap tentangnya. Hanya seorang yang mahir dalam ilmu tasauf itu yang boleh memberikan gambaran tentang Tuhan dan jalan kepadaNya.
Bagi Najib beliau tentu mahir tentang isu rasuah ini kerana beliau merupakan ketua kerajaan yang telah mendapat tanggapan sebagai sebuah kerajaan yang paling rasuah di antara negara rantau ini. Apabila ilmu tentang rasuah ini tinggi maka ia boleh mengelakkan tindakan terhadap penyalah guna kuasa dan rasuah itu dengan mudah kerana rasuah tidak mengenal undang-undang. Malahan sistem perundangan negara itu sendiri boleh dilemahkan oleh rasuah yang sudah menjadi ketagihan mereka yang berkuasa sekarang ini.

"Projek Mahathir" satu "rancangan sulit" iktiraf warga asing...

 Surirumah akui dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'


Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Majlis JAMUAN HARI MALAYSIA untuk 15ribu orang habih kos RM412500...


JAWAPAN SOALAN PARLIMEN

UTUSAN melutut pada Teresa Kok pula..terbang lagi RM50K.....!!

Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok


Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.

Apa punya sengal penyokong BN nie.. mai nak sekolah hangpa sikit...!

Penyokong bn meh sini kejap.

Hak ek ney..



Penyokong bn tetap tegar nak pertahankan kenaikan harga gula. Dorang tak boleh terima jika aku tak sebut betul2 kenapa aku wajar complaint. Demm. Aku akan sudi tulis bagi tarbiah dorang habis-habisan kenapa aku complaint kenaikan harga gula. 

Aku bukan apa. Aku neh jenis yang memahami. Ada sesetengah orang tue takan faham sehingga diberitahu dari A sampai Z. Ada sesetengah orang tue pula belum aku sebut A dia dah faham sampai Z. Dasat siot. Pandai gile.

kah kah kah

Kata penyokong bien yang nampaknya tak puas ahti dengan aku dan mereka2 yang complaint bab kenaikan gula di malaysia ;
Mr Berahim · 15 minutes ago
Harga gula naik RM0.20 sekilo telah menyebabkan rakyat menderita tak mampu membeli kereta import, guna Astro full package, lepak kat coffee bean, makan mekdi, kepsi, pizza hut, main kat legoland, melancong ke pulau langkawi, pulau pangkor. dan paling menyanyatkan hati, rakyat tidak mampu menggunakan penapis air hi-0..  zalim betul kerajaan ye?

Sudahlaaaa Hisham.. Koo yang kentut buat-buat tutup hidung kata busuk....

Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.
“Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu.

Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama.

Siapa George Soros nie..kami tak kenai pun?

Pakatan: Kami tidak kenal George Soros


MP Pakatan Rakyat hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua juga berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.

"Kami tidak ada hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros," katanya.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya.

Malangnya Malaysia bila ada TPM & MENTERI PELAJARAN yang tak reti kira-kira....

Muhyiddin tak pandai baca angka, kata Khalid

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa bekerja keras menyelesaikan masalah yang ditinggakan semasa BN memerintah di negeri itu.

Katanya, ia termasuk berjaya memungut kembali hutang Talam Corporation sebanyak RM1 bilion yang gagal dipungut semasa zaman BN.

Selain itu, kerajaan negeri juga terpaksa menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai yang juga ditinggal semasa zaman pemerintahan BN.

Kejayaan Pakatan Rakyat itu katanya sekaligus menyangkal kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pentadbiran BN lebih baik dari Pakatan Rakyat.

"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok Kuala Selangor semalam.

TUN sedang bersilat pulut untuk pertahan diri....

Mahathir Sedang Mempertahankan Dirinya


Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.

Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli palirmen itu tertidur di hujung kakinya.Dia juga berjaya mengehelkan Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapa yang makan anak.

Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dair terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi seorang politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?

Terbaru dia bermadah berbunyi;  satu undi untuk pembangkang merupakan satu undi untuk penyangak mata wang Soros. Satu undi untuk Soros pula katanya undi untuk menukar kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan baru. Matahhir terus-terusan menuba rakyat agar terus mengekalkan kerajaan yang ada hari ini walaupun dia sendiri tahu akan kebobrokkannya kerana dia sendiri adalah pelakon dan pemain utama.

Tuuu dia...Tahun nie laaa p/raya nampak gayanya...

PRU13 tahun ini! - Anwar Ibrahim

GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.

Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

“Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin.

Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
8 Oktober 2012



DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Selepas GENEVA dan VGMC...Kjaan Malaysia buat "SKIM CEPAT KAYA" juga...

JPJ sasar pasang 831 kamera AES dalam 18 bulan
 PEKAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad hari ini.
  
Beliau berkata setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.
  
"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.
   

Hangpa jumpa dan tangkap peragut hangpa buat apa?....

Bila peragut kena belasah
SUHARNE ZAINUDIN, ANITA ABU HASAN & NUR FARHANA ABDUL MANAN
8 Oktober 2012
Izzah
Mukadimah

Jenayah dan kes ragut di Malaysia bukan sekecil lubang jarum. Bukan calang-calang kemarahan orang ramai kepada peragut.

Perbuatan meragut membabitkan kekejaman. Bayangkan ibu sarat mengandung, terbunuh akibat peragut. Belum lagi ratusan mangsa cedera parah ketika menyelamatkan diri daripada peragut.

Pokoknya pelbagai insiden melibatkan nyawa disebabkan peragut.

Dalam kecoh sana sini peragut, tidak kurang juga ada kalangan mereka yang salah sasaran.

Terjolok sarang tebuan dan buku bertemu ruas.

Bukan seorang dua yang pernah tersadai dilanyak orang awam.

Sebenarnya kes peragut dibelasah orang awam bukan isu baru lantaran kemarahan masyarakat tidak pernah surut.

Tidak keterlaluan dikatakan, kini menjadi satu kepuasan bagi sesetengah individu apabila berjaya menyepak, menerajang menumbuk dan memaki hamun peragut. Ada di kalangan peragut hampir hilang nyawa akibat dibelasah.

Kesian TUN...makin tak ketahuan biji dah hidup dia.....

Undi-Soros: Pakatan bidas Tun Mahathir
Mustafa Ali 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang boleh diibaratkan memberi undi kepada George Soros, spekulator mata wang dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang nilai intelek dan "dihambat bayang-bayang sendiri."

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, kenyataan tidak masuk akal Dr Mahathir itu seakan-akan menjatuhkan standard beliau sendiri sebagai seorang bekas perdana menteri dan negarawan.

“Saya tidak sangka sama sekali beliau sanggup mengeluarkan kenyataan itu. Hujah beliau sudah seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung pula, tiada langsung nilai intelek,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Misteri kubur di ladang getah


POKOK SENA – Jarang sekali kedengaran tanah perkuburan terbiar di kawasan tanaman pokok getah. Namun, itulah yang berlaku di sebuah perkampungan di Mata Air berhampiran Bukit Payung, di sini.

Penduduk kampung, Hanafi Saad, 80, berkata, misteri dan sejarah tanah perkuburan itu masih bermain di minda sejak dia mula tinggal di situ.

Katanya, walaupun dia dilahirkan di perkampungan tersebut, tetapi sejarah asal tanah perkuburan itu masih menjadi persoalan orang ramai.

“Apa yang saya tahu, sejak dila-hirkan lagi, tanah perkuburan itu sudah wujud. Dianggarkan sudah melebihi 80 tahun yang lalu.

“Bagaimanapun, sejarah asal mahupun misteri tanah perkuburan itu masih belum terjawab,” katanya kepada Sinar Harian.

Hanafi berkata, pada asalnya, tanah perkuburan itu adalah tempat pengebumian jenazah penduduk kampung berkenaan.

“Pada tahun 1980, apabila masjid baru dibina, semua jenazah baru akan dikebumikan di tanah perkuburan di masjid berkenaan.

“Sebab itulah tanah perkuburan tersebut terbiar. Itu yang saya tahulah..,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...