TERKINI :

Friday, October 5, 2012

Mahfuz dgn Samad Ali Pichy bekas pemain S'pore

jangan lupa esok...


Rahsia tektik busuk media BN didedah!

Mengenal tujuh strategi utama media BN

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Kaedah penting yang diguna BN untuk mengekalkan kuasa sejak 12 PRU lalu ialah 3M, itu semua orang tahu. Dengan media penting (media) yang dikuasai sepenuhnya oleh mereka, jentera (machinery) kerajaan yang disalahgunakan dan duit (money) kerajaan yang banyak, dihamburkan untuk ‘merasuah’ rakyat – BN mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kekuasaan.
Elok kalau rakyat difahamkan pula dengan tujuh strategi utama yang dimanipulasi BN dengan menggunakan media. Jika rakyat faham akan permainan media BN ini, maka apa saja perkara yang cuba dimanipulasi pihak mereka akan menjadi sia-sia. Ia semacam kefahaman yang terpasak kemas di kalangan ahli dan penyokong tegar PAS bahawa; apa saja yang datangnya media pro BN seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai PAS adalah karut. Kejayaan tarbiyah PAS selama beberapa dekad berhubung sikap mereka terhadap media penipu itu menyebabkan PAS tidak pernah risau dengan manipulasi jahat untuk memecahbelahlan PAS dengan isu dalaman (kononnya).
Para penyokong Pakatan (tetapi tidak tegar) dan golongan atas pagar perlu didedahkan strategi BN dalam menangani isu ini supaya mereka juga kalis propaganda BN. Biar lepas ini tiada siapa lagi yang boleh diperbodohkan BN dan hanya penyokong tegar BN akan percaya akan propaganda mereka. Maka perlulah terlebih dahulu segolongan rakyat ini didedahkan strategi yang diguna BN dalam memanipulasi isu.

Bila Azalina Jadi Badak Sumbu


Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi. Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.
Azlina, Sallahudin bertemu buku dengan ruas.

Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya. Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.

Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.

Mahfuz suruh guna ST1M

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN)."AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya buk an saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya."Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

PAS menyahut seruan ke Bkt Jalil.....

Pas Kedah sedia gempur Stadium Bukit Jalil

ALOR SETAR - Pas Kedah bersedia menggerakkan seramai 50,000 ahli parti pelbagai peringkat untuk bersama menuntut pilihan raya yang bersih, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November depan.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, program yang dirancang Pakatan Rakyat (PR) itu adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam usaha PR menuntut pilihan raya yang adil ekoran usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) masih gagal dilaksana.“Selepas perhimpunan Bersih 3.0, kita masih tidak nampak usaha yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pas Kedah akan berusaha menghimpunkan seramai ahli yang boleh untuk sama-sama menuntut beberapa perkara yang masih tidak diendahkan,” katanya.Menurutnya, pihaknya akan membentuk satu Jawatankuasa Khas Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah bagi mengemudi pergerakan ahli ke himpunan tersebut.“Kesemua ahli yang akan ke himpunan itu akan berkumpul di satu tempat yang bakal dimaklumkan kelak dan bergerak secara konvoi ke lokasi program pada 2 November,” katanya.

Menilai Bajet Najib 2013.

Ada beberapa sebab mengapa kita tidak akan melompat gembira bila kerajaan Najib memberi bonus dan gula2. Gula menyebabkan kencing manis. Gula2? Gula2 menyebabkan lagi segera kaki kena potong.

IKLAN

(1) semua nya wang kita.

Pertama siapa yang menbiayai bonu s dan gula2 tersebut? Jawapan nya- kita semua termasuklah yang menerima gula2 tersebut. Bukan UMNO yang membuat wang itu semua untuk rakyat. UMNO hanya tahu bagaimana membelanjakan duit untuk beli undi untuk kekal berkuasa.

Bila kekal berkuasa UMNO akan terus (a) mengaibkan, (b) menghamba-abdikan and (c) menipu kita. Sebab- semua duit itu datang dari cukai yang di kutip dari rakyat dan perkerja yang sedang membaca artikel ini. duit itu datang dari 1 juta pembayar cukai yang merupakan hanya 10 % dari 10 juta perkerja dalam negara ini. duit itu semua datang dari cukai yang dikutip dari perusahaan dan perniagaan dalam negara kita. Mereka yang berkerja membangunkan negara ini dalam kilang2 dan perusahaan menghasilkan perkhidmatan dan barangan adalah perkerja2 yang membayar cukai. Lebih banyak duit sepatutnya boleh diberi jika cukai yang dikutip dari GLC. Tapi GLC diurus dengan buruk. jika semua GLC2 itu beroperasi dengan baik dan untung, kutipan cukai dari mereka tentulah lebih tinggi. Tapi kita tahu, kebanyakan GLC2 adalah sarang dan lubuk melakukan rasuah dan menghisap darah rakyat.

Apa beza kisah kenduri ala Jayalalithaa Ali Rustam dengan lembu di kondo?

Oleh Penarik Beca

Kalaulah Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baca berita bertajuk "Apa tujuan taja kahwin anak Ali Rustam", "Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka", "Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM" dan "Pakatan buat laporan SPRM terhadap Ali Rustam", barangkali dia akan bertanya, adakah dia diperlakukan dengan adil oleh Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? 

Barangkali dia akan bertanya, apa beza majlis kenduri ala Jayalalithaa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan lembu di kondominium?

Semalam, saya tulis di ruang Facebook saya: 
Mana satu betul? Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam beritahu The Malay Mail bahawa kos kenduri kahwin anaknya itu hanya RM600,000 sahaja.  
The Star Online pula melaporkan, setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan pula menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun". 
Katanya lagi, kalangan penyedia makanan dan perkhidmatan lain untuk majlis tersebut turut berbuat demikian secara percuma. 
Kalau semua percuma , tidakkah melibatkan salah guna kuasa? 
Saya bukan Ketua Menteri atau orang yang ada kuasa. Adakah orang akan taja kenduri saya? Ini persoalan penting untuk ditanya. 

BIZ MLM paling untung di saat ini....

63,558 masuk perangkap kamera AES


DUA kamera AES (dalam bulatan) yang merakamkan kesalahan memandu melebihi had laju di Kilometer 6.6 Lebuh raya Kajang - Puchong.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang beroperasi sejak 23 September lalu.

Jumlah itu bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Jom kuningkan BKT JALIL

Pakatan himpun di stadium Bukit Jalil teruskan tuntutan Bersih

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi meneruskan tuntutan lapan perkara tuntutan Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai.
"PR memutuskan untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu tempat yang Perdana Menteri sarankan untuk mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan, perlu buat himpunan di sana.

"Kami membuat himpunan ini kerana kami dapati lapan perkara yang dituntut Bersih tidak dihiraukan, terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang lansung tidak berubah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.

Kadar cukai turun tapi kutipan hasil tanah meningkat


Penurunan cukai tanah oleh kerajaan negeri Kedah sebanyak 25 peratus hingga 75 peratus sejak 2008 tidak menghalang pejabat-pejabat tanah di seluruh negeri mencatat pungutan tinggi dari setahun ke setahun.

Perkara ini turut diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara dalam penyata kewangan kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2010, di mana penerimaan hasil cukai tanah turut menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan negeri.

Penerimaan hasil cukai tanah meningkat bagi tahun 2010 sebanyak 21.9 peratus di mana kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding RM85.37 juta bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2012, sehingga Julai, kutipan terus meningkat, iaitu RM 101.4 juta walaupun ianya belum ke akhir tahun.

Meninjau keberkesanan serta langkah yang dilakukan, wartawan Warta Darul Aman menemubual Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohamad Nor Haji Rofie.

Warta Darul Aman: Bagaimanakah jumlah kutipan cukai tanah setelah ia turun pada Mac 2008?

Dato’ Mohamad Nor: Alhamdulillah, tahun ini adalah yang terbaik kutipan hasil. Untuk tahun ini (2012) sehingga Julai, kita (pentadbiran tanah negeri) telah berjaya mendapat kutipan hasil sehingga RM101.4 juta. Ini melebihi daripada sasaran kita. Jika tahun lepas untuk tempoh yang sama, kita hanya mendapat RM97 juta sahaja. Maka saya harapkan ianya terus meningkat sehingga ke hujung tahun ini.

Ini menunjukkan usaha gigih serta semangat yang kuat ditunjukkan oleh pegawai-pegawai serta kakitangan di pejabat-pejabat tanah di peringkat daerah dan juga PTG dalam usaha mencapai sasaran serta objektif. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

YAB Menteri Besar juga mengakui perkara ini, di mana kejayaan adalah yang terbaik dalam kutipan hasil, walaupun kadar cukai tanah telah diturunkan sebanyak 25 peratus hingga 75 peratus.

belok kiri walaupun lampu merah

DBKL telah memasang papan tanda di enam persimpangan lampu isyarat bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bahawa mereka boleh membelok ke kiri walaupun lampu isyarat pada waktu itu berwarna merah.


KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.

Geng dapat tayar free pun dah reti demontrasi nie...

Pemandu teksi hilang sabar
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Pemandu teksi hilang sabar
Sebahagian daripada pemandu teksi yang menyertai mogok, kelmarin.
Pemandu teksi hilang sabar
Mogok selama lima jam itu turut menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan pusat beli-belah berhampiran.
 
KUALA LUMPUR - Lebih 200 pemandu teksi Lembah Klang mogok di hadapan pusat membeli-belah di Bukit Bintang kelmarin, sebagai tanda protes terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang disifatkan menjalankan penguatkuasaan ke atas pemandu teksi tanpa bertolak ansur.

Tindakan sedemikian dilihat tidak wajar dalam situasi yang disifatkan mereka kini sukar ‘mencari makan’ dengan kewujudan perkhidmatan bas percuma Go KL yang menambah ‘seksa’ mereka untuk memperoleh pendapatan.

Protes bermula sejak kira-kira jam 2.30 petang, berlarutan sehingga jam 7.30 malam apabila mereka tidak mahu berganjak selagi tiada pihak tertinggi SPAD yang turun berjumpa mereka.

Patuhi syarat papan iklan

Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Patuhi syarat papan iklan
Setiap papan iklan di kawasan MBAS perlu mengikut panduan ditetapkan.
 
ALOR SETAR - Pemasangan papan iklan di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) perlu mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan termasuklah penggunaan bahasa dan pemakaian.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, terdapat rungutan daripada orang awam tentang penggunaan papan iklan yang tidak memenuhi standard penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Menurutnya, selain itu, terdapat juga papan iklan yang yang dibina di bangunan rumah kedai di kawasan bandar dan dijadikan sebagai papan iklan untuk disewa oleh pemilik bangunan.

“Mereka yang ingin membuat iklan atau papan iklan perlulah mengikut syarat yang ditetapkan MBAS dengan mengemukakan permohonan papan iklan ke Bahagian Kesihatan Awam, MBAS.

“Sekiranya mereka membina papan iklan secara haram, tindakan kompaun akan dikenakan sebanyak RM300 selain tindakan menurunkan papan ikan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mesra Media MBAS 2012, malam kelmarin.

Wanita kena sembelih trauma


Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Ibu tunggal, Jamaliah Ali, 55, yang cedera parah akibat dikelar penyamun di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun di sini Selasa minggu lalu masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Adik mangsa, Habsah Ali, 52, berkata, sejak kakaknya mula sedar dan boleh bercakap seperti biasa, beliau tidak mahu pulang ke rumah kerana masih trauma serta meminta mereka sekeluarga berpindah dengan menyewa rumah lain.

“Dia (Jamaliah) beritahu semasa kejadian suspek memakai helmet bertutup serta tidak bersuara untuk mengelakkan wajahnya dicam sebelum bertindak kejam terhadap kakak,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, kakaknya yang sebelum ini ditempatkan di zon merah wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin.

“Buat masa sekarang dia belum boleh makan melainkan minum sahaja kerana doktor perlu membuat pemeriksaan lanjut pada bahagian dalaman di kawasan leher yang cedera.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...