TERKINI :

Thursday, October 4, 2012

Elaun x-PM lagi rendah dari x-Menteri....!

Elaun Yang Diterima Bekas Menteri BN Selepas Dilantik Ke Jawatan Lain

 Jom lihat elaun bekas Menteri BN yang diterima mereka selepas dilantik ke jawatan lain.Fakta berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan :
1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menjadi Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri - sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Menteri Kerjaraya yang juga bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

HEBAT...NEGARA PALING RAMAI MENTERI KABINET ...


Pelik tapi benar.....Kenapa nak habiskan duit cukai untuk bayaq gaji kepada menteri2 kabinet yang sebegitu ramai?

Antara bajet rebat hp dan gejala sosial...mana perlu diutamakan?

Bajet: Mana peruntukan tangani gejala sosial?

Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas membawa tema: “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat”. Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.

Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.

MUHYIDDIN nie kumok mulut tak sebelum bercakap... macam bau petai ja nie...?

  • ( 1994 - 1997) At various times the KLSE was the most active exchange in the world, with trading volume exceeding even the NYSE. - wikipedia...ni time DSAI jd menteri kewangan..
  •  Anwar pernah diiktiraf antara menteri kewangan terbaik dunia..pertumbuhan ekonomi 8% setahun selama 8 thn berturut2 tk pernah siapa2 lg pecahkan rekod ini..dan hutang negara sgt la sikit..itula yg org keliling dia start iri hati..bermulala episod fitnah.

Kuliah maghrib untuk Orang UMNO .....

Orang UMNO kena baca ini...

Selama ni orang UMNO dok ingat hasil kerajaan Pusat itu adalah dari cukai pendapatan dan untung Petronas semata-mata. Depa ingat rakyat biasa yang rata-rata berpendapatan rendah ni tak bayar cukai.
Jadi Kedah La kena bagi tusyen, nak habag kata setiap rakyat Malaysia yang pakai baju wajib bayaq cukai. Pengimport kain yang mengimportnya dari luar negara kena bayaq cukai dekat kerajaan. Untuk menampung pembayaran tu pengimport masukkan siap kos cukai yang dibayar itu dalam harga barang yang kenakan kepada pemborong, turun kepada peruncit. Bila pengguna (rakyat bawahan) beli pakaian secara automatik dan tak disedari dia membayar cukai tersebut kepada kerajaan.

BAJET PR vs BAJET BN.....nilai lebih kurang sama cuma belanja saja pie kelain...!


Ha Ha Ha Kabinet Bayangan la pulak... layan...

oleh AnakKedah007

 
Ha Ha Ha dok tanya Pakatan Rakyat kabinet bayangan tapi depa tak layan last kutip kat blog papagomo bawak masuk mai... Tapi aku tak kesah walaupun senarai nie bukan mai dari PAKATAN RAKYAT kita boleh lihat sendiri tokoh-tokoh yang diberikan tu....ini bermakna PR tidak ketandusan pemimpin...mereka sendiri pun nampak jadi ketokohan itu ada dalam PIMPINAN PAKATAN RAKYAT jadi skrg apa mau susah belambak dok beratoq nak bagi khidmat terbaik kepada rakyat yg rakyat dok susah hati buat apa kita buat perubahan laa

Takan masih nak kekalkan barisan dari BN nak harap HISHAMUDIN baru nie kantoi bab ISA sampai habih 4juta duit rakyat kena bayaq kat pesalah ISA.. nak harap AHMAD MASLAN dah jatuh kedebuk dah harga saham FELDA.. nak harap SHAFIE AFDAL dok kalut isu berkepit dengan PELAKON.. nak harap MENTERI KEWANGAN, MENTERI WANITA MERANGKAP PM ajak masuk dewan hujah bab BELANJAWAN pun tak berani bukan lagi ajak BERDEBAT...

Sudah-sudahlaaa tuuu...pakat bungkus kain baju laa...

Barack Obama perli Najib..!!


Garis panduan papan iklan di Alor Setar wajibkan model perlu pakaian sopan

3 Oktober 2012

Contoh
ALOR SETAR - Mulai tahun depan, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan menguatkuasakan sepenuhnya garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.

Datuk Bandar MBAS Mat Noh Ahmad berkata pihak MBAS sedang membuat operasi di setiap papan iklan yang tidak mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh MBAS.

"Terdapat rungutan daripada orang ramai tentang penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan yang tidak memenuhi standard dan bagi menangani isu itu, kami akan menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Papan Iklan yang dijalankan secara berkala.

Generasi Muda mampu merubah dan berubah...!

oleh: Siti Aishah

Bila kita berbicara soal peranan ia adalah bahasa yang jelas menjuruskan tentang pemahaman apa strategi,gerak kerja dan penumpuan kita dalam memastikan sesuatu golongan sasaran itu berjaya kita dampingi.Dalam konteks anak muda pastinya ramai mempunyai pendapat yang sama iaitu anak muda di waktu ini adalah antara penyumbang dalam carta perubahan negara,namun apakah cukup bahawa segerombolan anak muda yang menyokong hanya bila tiba musim berkumpul semata-mata?bagaimana kita menterjemahkan peranan mereka yang menyokong menjadi agent perubahan dan di akhirnya mereka dan persekitaran mereka juga akan turut bersama kita?

Bhai… Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala…


oleh: Sysop

Bhai… Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala… tiada dolak daliknya tentang hukuman yang berkaitan dengannya.. Ianya jelas diterangkan didalam ayat-ayat Al Quran…. Malah ada juga beberapa ayat didalam Taurat dan Injil yang berkaitan dengannya.. Cuma bagi Bible… banyak yang sudah diselewengkan..Ada pihak yang memperlecehkan tulisan gua berkenaan dengan hudud nih pada keluaran yang lalu.… malah ada yang kononnya mengaku pejuang Islam.. keras dengan sikap nak melaksanakan hudud secara mendesak tanpa memberikan pendidikan sewajarnya…  Betul gua setuju hudud kena dijalankan tanpa tangguhan… cuma.. seperti mana yang lu orang semua tahu… Islam adalah agama yang rasional… Islam berkembang bukan dengan mata pedang… Islam berkembang kerana sikap umatnya yang zuhud kepada Allah dan mengikut acuan yang digariskan oleh Rasulullah.. Islam bukan ditegakkan dengan sikap umatnya yang samseng, sombong, ujub, riak dan taqabbur…..
 

Pecahkan ruyungnya dahulu sebelum mendapatkan sagunya

 oleh Aspan Alias,


Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ketahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara ‘direct’ atau ‘indirect’ di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.

Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga dikampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap ditempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.

Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum mushrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah

Kompaun parkir: MBAS beri diskaun



ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melancarkan kempen bayaran tempat letak kereta dengan memberi diskaun kepada pengguna yang menerima kompaun tempat letak kereta (TLK) dan notis peringatan di kawasan majlis bandar raya itu.

Datuk Bandarnya Datuk Mat Noh Ahmad berkata kempen selama sebulan yang bermula Isnin lepas (1 Oktober) bertujuan bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan yang menerima kompaun TLK MBAS menjelaskan bayaran kompaun tersebut pada harga diskaun.

"Dalam tempoh kempen ini, kadar bayaran kompaun TLK sama ada yang semasa atau yang tertunggak telah ditetapkan kepada RM10 bagi setiap kompaun manakala bagi notis peringatan, bayaran kompaun telah ditetapkan kepada RM20," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Media bersama MBAS di Kelab Golf Diraja di sini malam tadi.

Geng 1malaysia tak puas hati peniaga asing tapi menteri kata puak asing nie tak ada masalah..!!

Ikhlas: 50% peniaga asing miliki MyKad, Pasport palsu
ahli persatuan Ikhlas
Ridzuan (tengah) bersama ahli persatuan Ikhlas yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuatnya 
di Balai Polis Travers, Bangsar, di ibu negara semalam.
 
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.

Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.

“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.

“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.

Akhirnya Be End yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menang PRU13


Tok Non


Tok Non sungguh teruja apabila terpandang senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan oleh lidah rasmi Utusan Meloya. Rasanya dah lima tahun TN tak beli suratkhabar putar alam itu tapi bagi ini TN membazirkan duit beli jugak.

Soal siapa 'menteri' yang tersenarai itu tak penting, boleh jadi ada rasionalnya dan boleh jadi merapu tapi yang TN berbesar hati ialah; apabila pihak BN menyenaraikan kabinet bayangan seperti itu maka dari segi psikologinya mereka sudah meletakkan keyakinan bahawa Pakatan akan menang dan memerintah, ataupun sekurang-kurangnya dalam lubuk nurani mereka berkata, tidak mustahil Pakatan akan menang!

Pusat abai tanggungjawab isu tebatan banjir


ALOR SETAR – Kerajaan negeri menggesa agar masalah tebatan banjir yang telah mengambil masa yang lama dapat diselesaikan dengan segera.

Demikian antara saranan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja, Ustaz Azizan Abdul Razak apabila ditanya oleh pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini.

Tebatan banjir yang melibatkan Sungai Pendang dan Sungai Kedah tidak dapat dilaksanakan kerana projek berkenaan merupakan projek kerajaan pusat dan kontraktor yang akan mengendalikannya juga dipilih oleh pusat.

“Oleh itu, ianya mendatangkan masalah kepada Kedah. Banjir merupakan bencana alam sepanjang zaman. Terbaru ini kes banjir di Pendang. Kerajaan pusat patut simpati kepada rakyat Pendang. Mereka juga sebahagian dari rakyat Malaysia yang perlu mendapat hak yang sewajarnya.

"Sepatutnya banjir seperti itu tidak berlaku lagi tapi setakat ini perkara itu tidak diberi perhatian serius dan kesannya rakyat Pendang menanggung kerugian termasuk kehilangan harta dan punca pendapatan," kata beliau.

Sambungnya lagi, tebatan banjir telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan semua peruntukan berkaitan adalah di bawah tanggungjawab pusat.

Bolasepak Kedah menanti kedatangan semula Nelson..



Mungkin ramai telah terbaca akan emel yang diterima Azraai Khor dari Nelson. Admin mengharapkan usaha membawa semula beliau ke bumi Darul Aman menjadi kenyataan. Admin juga secara personal dihubungi Nelson dan beliau sememangnya mahu kembali ke Kedah. Walaupun diasak beberapa kali sama ada Kedah pilihan utama, beliau lantas menegaskan Kedah adalah pilihan utamanya tidak kira apa pun berlaku. 

Sambil menyatakan umur beliau yang sudah berusia 32 tahun dan sedikit gusar, itu bukanlah penghalang kerana Marlon telah membuktikan umur bukan satu faktor untuk cemerlang. Tambahan beliau, permainan beliau masih sama dan bebas dari kecederaan buat masa ini. Kontrak beliau bersama Bernechea FC Chile akan tamat hujung bulan ini dan diharapkan KFA segera merealisasikan kepulangan beliau. 

Lakukan apa sahaja untuk pastikan beliau kembali!

Sudah tentu semua peminat hijaukuning ternanti-nanti dengan ketibaan beliau!

Sama-sama kita nantikan perkembangan beliau di Hijaukuning.Com.

Hari Ini Dalam Sejarah.. Najib PM paling penakut..!! #tanyanajib betoikaa..??

 Ha Ha Ha... .Dalam sejarah Malaya Ni...
hat nie la yg P.M Paling Penakut Yg penah Rakyat Taw...hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...