TERKINI :

Tuesday, October 2, 2012

Nak #tanyanajib sat... Nie TNB Untung RM3b tapi menteri kata tarif kena naik...pebodoh puak UMNO sudah laa..!!


"Meniaga minyak dengan bantuan kerajaan lebih untung dari meniaga unta, wow!!!"


Tahukah anda siapa pemilik Syarikat minyak kelima terbesar dunia ini.. Dikuasai oleh Mokhzani Mahathir dan Shahril Shamsudin. Mokhzani adalah orang ke 14 paling kaya di Malaysia anak bekas PM dan Shahril adalah anak kroni rapat Dr M. 

Inilah Sapura Kencana Petroleum. Syarikat ini dengan Petron (dikuasai oleh San Miguel yg juga sahamnya dikuasai oleh Mokhzani Mahthir adalah sangat berpotensi mengatasi Syarikat Petroleum Nasional PETRONAS; tak mustahil). 

Nak #tanyanajib ... Awat Hinanya Sekolah Agama Rakyat di mata "mereka"....!!


Jom #tanyanajib pasai pa dia ponteng dewan semalam..!!


Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Nak kata macamana laa.. Menteri BN kata kena naik tapi PR kata boleh bawa turun...!!!

Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Tu dia JUTAWAN I.S.A. sudah lahir disebabkan kebodohan Kjaan Malaysia salahguna kuasa......

5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan gantirugi bagi penahanan secara tidak sah berjumlah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak dengan defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

Khyril Muhymeen sah milik Kedah sehingga 2015



Khyril Muhymeen sah milik Kedah sehingga 2015. Kesetiaan beliau kepada negeri jelapang padi ini amatlah dihargai. Semoga karier beliau bersama Kedah akan terus menguning lebat dan negara akan terus merasa kehebatan beliau!

Nantikan video eksklusif temubual bersama beliau bersama Hijaukuning.Com.

Dulu, Kini dan Selamanya Hijaukuning!

Dari fb Hijaukuning.Com

Air mata mengiringi belanjawan terakhir UMNO

oleh Izmil Amri


Hanya air mata yang dapat dititiskan di akhir ucapan pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang berbusana hijau dan berhempas pulas menyebut perkataan-perkataan arab dengan lidahnya yang tidak fasih. Perlu pula merujuk skrip yang telah siap ditulis oleh entah siapa.

Malah untuk menyindir lawan politiknya juga Najib Razak malah terpaksa berlakon dengan bersusah payah, dengan aksi tangan dan riak wajah yang dibuat-buat; berbekalkan skrip juga. Ini amat menyedihkan sekali. Menitis air mata dibuatnya.

Kejenuhan Najib Razak untuk berucap sambil menyedari ini mungkin kali terakhir beliau berucap membentangkan belanjawan juga amat mengharukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Wajahnya yang kian tua dan ganyut menambah simpati terhadap insan yang akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terakhir Barisan Nasional.

Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan

JENGOK BAJET                                                                                                                        

Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.

Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.
Jiwa Najib tak sehebat baju hijau.
Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.

Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.

Pembangkang dalam konotasi perlimen ialah pihak membuat teguran terhadap apa-apa juga yang dipandang tidak baik agar ia menjadi baik. Bangkangan juga memberi idea atau input baru bagi mencantikkan lagi apa-apa keadaan yang tidak indah bukannya menambahkan keburukan dan kejelekan. Misalnya kalau pembangkang memberi tegruan dan menambah makluamt terhadap bajet diberikan Najib ia akan menjadikan bajet itu cantik dan sempurna lagi. Natijahnya yang mendapat nama dari kebaikan itu bukan pembankang tetapi Najib dan kerajaan sendiri.

Rebat smartphone...siapa untung?

Rebat Smartphone Adalah Teori Ekonomi Bodoh Najib - Rafizi Ramli

Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.

"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1,000”.

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800”.

Fokus Pakatan meningkatkan pendapatan isi rumah


KUALA LUMPUR, 1 Okt— Pelan ekonomi negara harus berubah dari hanya merancang untuk mencapai sasaran ekuiti semata-mata, tetapi memastikan pendapatan minima RM4,000 sebulan dapat dicapai dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.

Dia berkata, pertumbuhan ekonomi seharusnya digerakkan oleh perniagaan kecil dan sederhana, dan bukan sekadar “seorang dua bos besar”.

Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang tersebut membentangkan cadangan bajet 2013 dari PR dan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan daripada mengejar sasaran ekuiti.

“Kenyataan ini bagaimanapun berubah menjadi semua orang membuat andaian bahawa PR berjanji untuk membayar wang kepada orang ramai sehingga mencecah RM4,000 sebulan,” kata Anwar lagi.

“Caranya haruslah berdasarkan pengembangan pembangunan ekonomi dan memastikan pendapatan penduduk bertambah,” dia berkata dalam sesi debat di dalam cadangan Bajet 2013 yang dibentangkan kerajaan.

Di Malaysia, kaya semakin kaya, miskin semakin miskin

Anwar Ibrahim: Majoriti penduduk tidak dapat manfaat. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia.

Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk,” kata Anwar.

JKM banci kerugian dialami mangsa banjir Pendang

PENDANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan membuat bancian kerugian dialami 55 keluarga mangsa banjir di sini selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah JKM Kedah, Zulkipli Ramli berkata bancian perlu dilakukan sebelum bantuan seperti membaiki rumah, makanan, pakaian dan peralatan sekolah diberikan untuk meringankan beban mereka.

"Jenis bantuan berdasarkan nilai kerugian setelah siasatan dibuat," katanya kepada pemberita ketika di temui di Pusat Pemindahan Banjir Dewan Belia Pendang, di sini, hari ini.

Zulkipli berkata, bantuan awal lazimnya, diberikan dalam tempoh tiga hari selepas mangsa pulang ke rumah untuk menjalankan kerja mengemas rumah akibat dinaiki air banjir.

Setakat ini, seramai 206 mangsa dari 55 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir sudah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan JKM, seperti kain selimut, bantal, tikar, peralatan mandi dan makanan, katanya.

Banjir di Pendang beransur surut



1 Oktober 2012

ALOR SETAR - Banjir yang melanda 10 buah kampung di Pendang semakin surut namun 206 orang mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan tidak dibenarkan pulang sehingga keadaan selamat.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Pendang, Mohd Izudin Inusneah berkata sehingga pukul 11 pagi ini semua mangsa masih berada di Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini.

"Mereka yang dipindahkan membabitkan 57 keluarga dari Kampung-Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar, Bonggol Besi, Sukamari, Alor Punti, Pondok Haji Husin, Tanjung Radin, Tanah Merah Dalam dan Lubuk Gajah," katanya ketika dihubungi.

Mohd Izudin berkata air Sungai Pendang pagi ini berada pada paras 2.7 meter setelah mencatat sedalam 2.85 meter semalam.- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...