TERKINI :

Sunday, September 30, 2012

Belanjawan baik berikan hak kepada yang berhak

Sejak daripada pembentangan belanjawan 2013 pada 28 september yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd  Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap sebagai menteri kewangan  di dewan rakyat. Kita dapat melihat pelbagai reaksi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, daripada pihak kerajaan sendiri, pembangkang, ahli akademik dan juga rakyat.  Seperi kebiasaan  semua rakyat daripada golongan atasan sehinggalah golongan yang paling bawah akan mengharap sesuatu  yang akan menguntungkan mereka daripada belanjawan kali ini.
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah  ianya diluluskan. Sebanyak  RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan  kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga  akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti,  petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan  dan tidak terlepas juga mahasiswa.

Rosmah jugak yang untung dalam bajet laki dia nie..!!


Naib Pengerusi Bank yang bangang...


Apa la bangang...orang nak bagi mengaji tak payah buat pinjaman...tak payah berhutang....tak payah gadai atau pajak bendang....Kalau tak berhutang baru la berkat....

Pemerintah cadang nak hapus pinjaman, jadinya mengaji FREE. Setuju sajalah. Ini tidak, berikir bukan2, menjejaskan peluang belajar anak2 melayu, itu fikiranya. Terima saja sudah lah.

Modai depa 'anak melayu' ....pasai pa? Pasai melayu mudah lupa kata madey....hari ni curi duit org melayu sok lusa org mlayu akan lupa. Paihtu depa buat lg dan lg..ni la pemikiran mlayu ameno

apa kena mengena ngan ngaji pandai tak pandai.. janji ngaji FREE.. apa la.. nama ja naib pengerusi bank... 

agaknya boleh tak didakwa dbawah akta hasutan sbb ajak org lain utk tak stuju hapuskan hutang PTPTN.

Bajet BN - Membela Tokey Gula dan Tokey Arak..!!!


Kalau cukai arak naik...toke arak anak madey rugi la sebab tak de orang nak beli....
Rakyat rugi dan sengsara takpe..jgn anak Madey rugi..

Menentang ekstremisme dari mana sekalipun

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

SAYA tertarik membaca tafsiran ayat 222 Surah Al-Baqarah oleh pengarang Tafsir Al-Mizan ‘Allamah Sayyid Hussein Tobatobaíie . Ayat 222 tersebut adalah berkaitan dengan haid (‘datang bulan’ menurut orang Melayu).

Pengarang Tafsir Al-Mizan menyatakan: “Manusia mempunyai pelbagai pendapat dan adat tentang wanita ketika mereka dalam keadaan haid. Penganut Yahudi bersikap terlalu keras dalam hal ini. Mereka meninggalkan wanita yang haid hatta dalam makan dan minum. Wanita Yahudi yang haid akan dipisahkan dengan suami mereka dan wanita dilarang makan bersama ahli keluarga dan juga akan tidur bersendirian.

“Penganut Nasrani pula terlalu meringankan soal haid ini sehingga mereka bebas bercampur dengan wanita haid malahan boleh tidur dan mengadakan hubungan kelamin dengan wanita tersebut.

“Orang Arab jahiliah pula tidak mempunyai kaedah tetap dalam hal ini. Bagi orang Arab di Madinah dan persekitarannya, mereka lebih mengguna pakai adat resam orang Yahudi. Manakala ada juga orang Arab jahiliah yang suka mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka yang sedang dalam haid atas kepercayaan sekiranya isteri mereka hamil ketika itu, anak yang dilahirkan akan menjadi ganas dan suka menumpahkan darah – kualiti yang dibanggakan Arab Badwi.”

Pengarang Al-Mizan seterusnya menyatakan: “Ayat 222 (Surah Al-Baqarah) ini hanya melarang suami daripada mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya yang sedang dalam haid.

Ia tidak mengenakan apa-apa sekatan ke atas wanita-wanita yang sedang haid dan mereka boleh bersama-sama dalam soal makan, minum hatta tidur sekali pun. Dengan lain perkataan Islam mengambil jalan sederhana (tengah) iaitu antara sikap melampau pihak Yahudi dan sikap terlalu bebas dan terlalu meringankan pihak Nasrani.”

Inilah antara ciri wasotiyyah (kesederhanaan) ajaran Islam.

Apa punya negara.. rakyat duduk 40 tahun tanpa elektrik...

Di Semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik

AGAK mengejutkan, sebelum ini kita sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia.

Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap.



Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat.

Bajet 2013 tidak mesra pekebun getah

TEMERLOH: Pekebun kecil getah kecewa nasib mereka tidak dibela malah tidak disebut langsung dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.
Seorang pekebun, Ahmad Mat Yaman (gambar) berkata, nasib golongan mereka pada masa ini perlu diambil perhatian kerana harga komoditi itu dalam keadaan rendah antara RM2 ke RM3 sekilogram dan sudah berlarutan beberapa bulan.

Katanya, hasil itu pula lazimnya dibahagi dua antara pemilik kebun dan penoreh menyebabkan pendapatan harian semakin kecil tidak berpadanan dengan kos kehidupan pada masa ini.

Tambahnya, kerajaan perlu membela nasib mereka yang pendapatan mereka bergantung kepada hasil getah kerana kenaikan harga barang keperluan serta kedatangan musim hujan atau tengkujuh yang mana pada musim tersebut mereka tidak boleh menoreh.

“Malangnya dalam bajet semalam tidak disebutkan langsung usaha kerajaan untuk membantu nasib pekebun getah seperti subsidi atau berusaha mengawal harga getah bagi pekebun kecil seperti kami, yang bergantung sumber pendapatan dengannya”.

“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan terutama menjelang waktu penggal persekolahan baru tahun depan,” katanya.

Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya

Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah diuji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.

Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.

Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO di peringkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.

PESAWAH padi dianaktirikan dalam bajet Najib.. tiba masa #TumbangBN

 
Petani dapat Apa..???

Dr Asri saran ulama berhati-hati keluar pendapat

30 September 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
 
GEORGETOWN - Golongan ulama disaran agar berhati-hati mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara supaya buah fikiran mereka itu tidak mengelirukan masyarakat.

Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ulama yang tidak cukup pengetahuan untuk menyelesaikan permasalahan melibatkan hukum boleh melembabkan masyarakat dengan fatwa mereka yang salah.

"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," katanya ketika berucap pada seminar Ulama dan Kebangkitan Rakyat anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mohd Asri berkata, sejarah membuktikan kebangkitan atau kejatuhan sesebuah masyarakat bergantung pada kekukuhan institusi ulama dan golongan itu harus memperkasa barisan mereka jika mahu menjadi pembela rakyat.

Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi

NALURI SABTU

Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke par atmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan.
Hasan: Masih terkenang Pas.
Apabila kita sudah tidak setuju dengan sesebuah parti atau pertubuhan atau apa saja, kita tidak wajar mempertikaikan apa-apa yang dibuat oleh parti yang kita tinggalkan. Baik atau buruk bukan lagi tanggungjawab kita. Tuhan kita tidak marah kalau kita tidak mempedulikan lagi. Apabila kita keluar meninggalkan kemunkaran, kejahatannya kita sudah bebas dari menanggung dosa.

Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16.

Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini?

KDYMM Sultan Kelantan mengampuni perkenan untuk menziarahi YAB Tuan Guru di rumah beliau di Pulau Melaka

 Sejuk mata memandang..

Adakah Bajet Najib bisa menjadikan “sokongan melantun ketara kepada BN”.

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13
September 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.

“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.

Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.

Jangan lupa bahawa BN pernah tipu kita suatu masa dahulu..!!!


PTPTN & KWSP Lubuk Duit IPTS

Oleh Deth Mustaine

Tahukah anda mengapa sekarang ini universiti-universiti swasta makin bersepah macam cendawan tumbuh? Ada yang khusus dalam bidang perubatan, multimedia, sains, pertanian, seni dan ada yang menawarkan pelbagai bidang di bawah satu kolej atau universiti. Rumah kedai pula banyak yang convert jadi dewan kuliah.

Ini kerana adanya skim PTPTN dan pengeluaran wang KWSP untuk kegunaan pendidikan. PTPTN adalah lubuk duit bagi universiti dan kolej swasta dimana mereka boleh menjana sejumlah wang yang besar dalam masa singkat dari setiap pelajar walaupun mereka belum lagi menamatkan pengajian. Ini bermakna, semua yuran dan kos pengajian telahpun dibayar oleh PTPTN walaupun pelajar itu belum lagi menghabiskan tempoh pengajian. Setiap kali pengambilan pelajar baru bermakna memperoleh wang. Pelajar dipaksa berhutang berpuluh ribu ringgit demi segulung diploma atau ijazah.

Kalau dulu-dulu, lepas habis belajar, kemudian dapat kerja. Tiba akhir bulan bukan main seronok sebab pertama kali pegang duit ‘banyak’ dapat gaji pertama. Masa tu dah mula berangan-angan nak beli itu ini. Masa itu langsung tak fikir lagi masalah nak bayar hutang. Mana taknya, masa belajar semua guna duit sendiri (maksud aku duit mak bapak la). Tamat pengajian, semua settle. Tak ada apa hutang nak bayar (kecuali  hutang budi balas jasa mak bapak bila dah bekerja)

Bajet "Bunga Telor" - Najib Bakal Di"Mubarakkan"

Bajet 2013, bajet ‘bunga telor’


Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.

Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BR1M sana BR1M sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.

Belanjawan Najib - Mai nak habaq hangpa apa itu BONUS & apa itu ELAUN..??

BELANJAWAN 2013 DAN BONUS

 
Saja nak bagi api, mana tahu kut-kut menyala untuk bakar BN pada PRU13 ni !!!

JKM Kedah urus bantuan untuk 43,531 orang


BALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah terpaksa menyelesaikan sebanyak 43,531 kes yang melibatkan semua skim bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Timbalan Pengarah JKM Negeri Kedah, Encik Ahmad Abdul Rashid berkata, setiap tahun pihaknya memperuntukkan sebanyak RM14 juta untuk membantu golongan berkenaan seperti fakir-miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

“Pada tahun ini, kita mendapat lebih sedikit peruntukan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan basikal kepada pelajar-pelajar miskin dalam Daerah Baling di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang, di sini.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menyelesaikan sebanyak 619 kes melibatkan semua skim bantuan di bawah Kerajaan Negeri bagi Daerah Baling berbanding 1,799 kes bagi Daerah Kuala Muda.

“Kita juga turut menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar-pelajar miskin di negeri ini,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...