ISU BAJET - NAJIB SERANG ANWAR, SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB MASUK GELANGGANG
NAJIB sekali lagi diminta untuk berani selaku anak jantan, selaku PM
yang bermaruah untuk tampil berdepan dan berdebat dengan Ketua
Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Cabaran ini dibuat oleh Ketua
Pembangkang sendiri apabila melihat 'hebat'nya Najib menyerang
Pembangkang bahkan menyerang peribadi DS Anwar sendiri sewaktu beliau
membentangkan bajet "gula-gula" petang semalam di Parlimen.
![]() |
Alangkah bertuahnya jika kita punyai PM seperti ini |
Anwar ketika ditemubual sejurus selepas pembentangan Bajet 2013 oleh Najib berkata,"Berdebat dengan saya. Jika
anda bersedia untuk menyerang pembangkang dan pemimpin pembangkang,
mengapa anda tidak boleh melibatkan diri dalam perdebatan? (Terjemahan melalui Malaysian Insider).