TERKINI :

Friday, September 28, 2012

Analisis PRK UKM 2012

Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013. Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.

Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka. Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.

Maaflah Najib gua tak dapat terima Bajet Lu sebab lu tarak turun harga kereta...


Maaflah Najib gua tak dapat terima Bajet Lu sebab

Apa kata pimpinan PR bab Bajet Najib...

Pembangkang sambut sinis Bajet 2013
 
Pembangkang hari ini menyambut sinis pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan sebentar tadi:

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang


Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.

Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan.

Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."

Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang

Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.

Mengundi Umno itu bukan wajib hukumnya!

Oleh Sakmongkol AK47

Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi Umno? Ye — kenapa mesti? Why at all? Adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong Umno?

Umno guna 3 isi — bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika Umno kalah. Agama Islam akan tergugat jika Umno kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.

Jika Umno bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.

Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan Umno.

Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan. Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas.

Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa.

Inilah dia tema Belanjawan BN sebentar lagi..!!!

 

Najib mungkir janji turunkan Taib Mahmud

Oleh BOESTAMAM SARI

DI Sarawak, ada sambutan Hari Malaysia. Tetapi di sana juga PM Najib Razak pernah berjanji kepada rakyat negeri itu bahawa kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri itu akan diganti dengan tokoh lain.

Ringkasnya lama sebelum ini pun rakyat memang sedar bahawa Najib akan menggantikan Taib Mahmud dengan pemimpin lain.

Bagaimanapun, mutakhir ini isyarat pengunduran Taib Mahmud itu sudah pudar dan tidak akan kedengaran lagi.

Dalam pada itu, sekian banyak pula laporan dalam Sarawak Report yang kita baca mengenai jumlah harta kekayaan Taib Mahmud ini.

Antaranya, skandal melibatkan perusahaan perkayuan Sarawak melibatkan Asia Plywood. Keluarga Hii di Miri dinamakan sebagai kumpulan yang terlibat.

Menurut Sarawak Report, keluarga Hii sudah menerima konsesi daripada rakan kongsinya, Taib Mahmud, untuk menebang hutan sekitar Bintulu- Miri untuk buka ladang kelapa sawit.

Taib, dedah laporan itu, bertanggungjawab mengeluarkan konsesi menebang hutan sejak 30 tahun lalu. Oleh itu, kayu Sarawak tidak mendapat pensijilan Forest Stewardship Council kerana penebangannya yang tidak terkawal dan tidak menjalankan dasar penghutanan.

Tarikh PRU13: Najib berdepan jalan mati!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Harapan untuk berlakunya PRU13 pada hujung tahun ini nampaknya semakin tipis walaupun masih tidak mustahil untuk berlaku. Halangan besarnya ialah musim haji. Jemaah haji terakhir akan pulang ke tanahair pada hujung bulan November. Umno pasti tidak mahu tercalar sokongan di kalangan orang Melayu dengan isu Melayu sebab itulah sasaran terakhir mereka.

Parlimen boleh dibubarkan pertengahan bulan November dan PRU diadakan pada awal Disember, di mana semua jamaah haji sudah pulang ke tanahair. Namun ia terganggu pula dengan Persidangan Tahunan Umno mulai 29 November.

Tidak munasabah Perdana Menteri membubarkan Parlimen sebelum persidangan Umno. Jika dibubar awal Disember, SPR memerlukan masa 21 hari untuk mengadakan hari penamaan calon dan pengundian. Hujung bulan Disember adalah musim tengkujoh di Pantai Timur.

Harapan untuk berlaku PRU pada awal Disember masih ada jika Umno membuat keputusan membatalkan persidangan tahunannya. Ataupun BN tidak memperdulikan musim banjir di Pantai Timur sebaliknya mahu mengeksploit banjir untuk keuntungsn politik. Alasannya, BN tidak mahu Melayu yang mudah lupa ini 'terlupa' akan pelbagai ganjaran dari propaganda Bajet 2013 yang dibentangkan 28 September ini.

Ekonomi Rakyat, Negara Berkat


Selari dengan semangat Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah saya bentangkan semalam di Parlimen dengan tema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat.” Belanjawan ini berteraskan kepada tiga asas utama iaitu – meningkatkan pendapatan, mengurangkan beban kos meningkat; melahirkan golongan usahawan, mengalakkan persaingan konstruktif ; dan mewujudkan masyarakat madani yang bermaruah.

Pakatan rakyat komited untuk mengembalikan asas kebijakan ekonomi – memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama. Amalan lapuk yang memperkaya segelintir keluarga penguasa dan kroni; amalan rasuah dan pembaziran yang melampau wajib dihentikan. Menjadi tugas kerajaan untuk memastikan dana khazanah negara di tadbir dengan bertanggungjawab dan memastikan pengagihan adil kepada rakyat yang berhak.

Pakatan Rakyat akan menubuhkan – Badan Perumahan Kebangsaan – dalam usaha menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat selain mengurangkan cukai eksais kenderaan sebanyak 20% menjelang 2013. Ini dijangkakan akan menambah pendapatan isi rumah di kalangan rakyat.

Kepercayaan UMNO adalah segala-galanya adalah pemikiran usang


Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang. Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.

Kenyataan Dr Mahathir itu telah memisahkan ramai Melayu di antara dua pihak yang bertentangan dengan lebih dalam lagi dan kata-kata Dr Mahathir itu sangat menyentuh ramai Melayu yang sedang dalam pencarian sekarang ini. Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.

Jika benar UMNO telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini. Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan UMNO untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahupun di dalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya di Pekan.

Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya di antara bajet yang selalu dibentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.

Fikiran 'agama' yang mengharukan Umno

oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
KOLUM Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.

PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.

Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.

Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.

60 rumah di Pendang dilanda banjir petang semalam

27 September 2012

PENDANG - Kira-kira 60 buah rumah di 15 kampung di daerah ini ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Kuar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Pondok Haji Hussin, Tanjung Radin dan Ayer Puteh.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata kejadian berlaku pukul 3 petang semalam dan membabitkan kediaman di kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Pendang.

Katanya JPAM Pendang kini dalam keadaan bersedia untuk memindahkan mangsa jika paras air banjir meningkat.

7 rumah di Sungai Limau rosak teruk akibat ribut


27 September 2012

YAN - Tujuh rumah masing-masing dua di Kampung Sungai Bujur dan lima buah di Kampung Teluk Tawar, Sungai Limau dekat sini, rosak teruk berikutan kejadian ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu yang disusuli angin kencang beserta hujan lebat menerbangkan bahagian bumbung rumah tujuh keluarga terbabit, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mangsa Mohamad Ali Lebai Hasan, 52, berkata ketika kejadian dia sedang menidurkan cucu lelakinya berusia tujuh bulan dalam buaian dan tiba-tiba terdengar bunyi angin kencang.

"Kali pertama tiupan angin tiada apa-apa. Bila angin kuat kali kedua, bumbung rumah saya diterbangkan angin. Saya bersama cucu dan ahli keluarga yang berada dalam rumah terus bergegas keluar.

"Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga tidak mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.

lesen memandu sepatutnya sekali saja seumur hidup..




gua akan buat beberapa kira-kira matematik beb..rakyat malaysia yang mempunyai lesen memandu seramai 18 juta orang, 18 juta x rm 30.00 = rm 540juta setahun.. kahkahkah..

woi.. kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional sedang berniaga ''dadah'' dengan Rakyat malaysia.. rakyat saja rugi di PAKSA bayar walau apapun asalan..

BN tetap untung besar! setengah billion tiap-tiap tahun masuk poket siapa beb? insuran lagi? rotax lagi? kahkahkah.. Bangang sungguh rakyat malaysia ni kan? undilah BN.. anda pasti akan Menangis dalam Ketawa.. kahkahkah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...