TERKINI :

Thursday, September 27, 2012

Ingatkan orang kaya macam Syed Mokhtar hidup tak ada hutang....?

Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.

“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.

“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.

Apa cerita lama...lama kena kat hgpa...perabih harta rakyat lepas tu nak tutup buku.....

Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'

muhyiddin visit penang 160612Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri.

"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan pangkat Nor Mohamed kepada menteri memandangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara itu didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing.

Nor Mohamed sendiri juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam.

Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

Nie cerita Najib dengan JET aka Kapal Terbang yang di sewa..!!!

RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini
 
NONEJumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan. [Read More]

PANAS! Tian Chua Cabar BN Dedah Pemilik Sebenar Jet!


Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.


Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan."

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: "Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.[Read More]

Selepas baling kasut inilah hasil survey pilihanraya di Kedah..!!

 

Betulkah orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang..??

Jet Peribadi dan Kenyataan Mansor Othman
oleh MSO
 
 
MENYELAM MALAM

Antara sebab kenapa saya tidak mahu melibatkan dalam parti politik secara rasmi ialah kerana melihat budaya politik Malaysia tidak ada standard atau tidak ada kelas. Sejak dari dulu lagi saya melihat orang Melayu bermain politik secara bodoh dan bangang. Mungkin beginilah ciri-ciri rakyat di sebuah negara yang berada di pre-kemerdekaan dan pre-tamadun. Saya menyifatkan orang Melayu separuh masak. Keadaan separuh masak ini serba salah, cerdik pun tidak bodoh sangat pun tidak.

Saya masih ingat saya pernah menulis sebuah buku awal tahun 90-an menafikan yang negara ini merdeka dan rakyatnya tamadun. Buku itu berjudul "Merdeka Kedua".

Saya akan cuba membawa cuplikan pandangan saya dalam buku itu satu hari nanti. Buku itu mendapat perhatian seorang naib presiden Umno yang kemudian membawanya kepada presiden parti. Kecut perut juga saya dengan kejadian itu.

Kebodohan politik Melayu terbawa-bawa sampai ke hari ini. Saya tidak perlu mengulas hal ini, boleh disaksikan sendiri dan lihat dari juring mana kecacatan, kesumbangan dan kebodohannya. Usah difikirkan kepada matlamat dan kepentingan Melayu menerusi politik, tetapi tengoklah apa isu-isu yang dimainkan sudah memberi jawaban kepada kita. Isu yang ditimbulkan tidak sedikitpun boleh membangun bangsa dan negara.

Politik adalah satu ruang besar untuk membina negara dan bangsa. Seharusnya perkara besar ini diolahkan secara berkualiti dan tidak dicampuri dengan soal-soal remeh temeh. Apa lagi orang Melayu akan marah kalau dikatakan dia tidak Islam, seharusnya politik ditangani dengan penuh ketertiban? Kita marah kalau kita dikatakan Islam tempelan dan tidak syumul. Tetapi itulah hakikatnya.

Tanya kepada diri sendiri sejauh dan sedalam manakah Islam kita? [Read More]

Bila Kadir Menari Sumazau Depan Hj Hadi

Bila Kadir Menari Sumazau Depan Hj Hadi

Kiri - Kadir membelakangkan camera mendepa tangan menari
Politik sekular membenarkan maksiat dan hak asasi mengizinkannya. Namun batas-batas dan rukun agama tidak membenarkan walaupun dalam keadaan apa dan untuk apa sekali pun. Ketegasan ini dikatakan rigid, sebenarnya inilah istimewanya agama yang membezakan penganutnya dengan penganut agama lain.
Atas prinsip itu saya membuat catatan ini dengan harapan ia akan melepaskan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan ia juga melepaskan tanggungjawab orang Islam lain sebagai kewajiban umum, fardu kifayah. Dalam istilah fardu kifayah tanggungjawab umum kalaupun dipikul oleh seorang saja ia sudah memadai.

Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di pentas bersama dengan beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih melepak.
Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak memperkecilkan tarian tradisional KadazanDusun itu yang merupakan tarian meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi. Slog untuk tarian itu sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas nama Parti Keadilan Rakyat yang memperkecil-kecil dan menghina tarian berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.

Walaupun slog itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan. Untuk menunjukkan semua sporting dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas. Sebegitu mendengar pengumuman itu saya yang berada agak jauh dari pentas mendekati kerusi-kerusi viip...di hadapan pentas, bukan teringin hendak menari, tetapi kerana timbul juga rasa bimbang manalah tahu ada pemimpin Pas yang berpinar biji mata naik ke atas. [Read More]

Bajet Pakatan cadang bantuan kebajikan RM550 sebulan

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

 


Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) dalam Bajet 2013 dibentangkan pihaknya hari ini mencadangkan bantuan kebajikan akan dinaikkan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat secara lebih konsisten.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan kebajikan sebanyak RM550 sebulan kepada 84,000 keluarga dapat menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat di negara Malaysia.

Menurutnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Kenaikan RM550 sebulan jauh lebih tinggi berbanding RM500 dalam 50 tahun sekali yang dibuat oleh kerajaan BN. [Read More]

Kajian Umcedel peringatan untuk BN, PR

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.

KUANTAN – Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dilihat lebih mendorong kepada pandangan pembangkang.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Abu Jimi Samat secara peribadi berpendapat, kajian itu memberi peringatan kepada BN untuk lebih berusaha keras bagi mempertahankan pengundinya.

"Kajian itu ada betulnya, namun itu tidak bermakna kita akan menyerah kalah sebaliknya akan terus berusaha untuk menawan hati pengundi.

"Bagus juga kajian itu kerana ia secara tidak langsung akan membuka mata pemimpin BN serta tidak meletakkan BN dalam keadaan selesa," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, responden yang terlibat dalam kajian itu tidak ramai jika dibandingkan dengan pengundi sebenar.

"Kita masih ada pengundi atas pagar. Tidak dinafikan, sukar untuk membaca kecenderungan mereka sehingga tiba hari mengundi. Apa yang pasti, mereka akan memilih parti yang mampu membangunkan negara serta memberi kemudahan kepada rakyat," katanya. [Read More]

 

Lebih 50 rumah rosak akibat ribut di Baling

               

BALING - Lebih 50 buah rumah di beberapa kawasan perumahan dan kampung di daerah Baling rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku, pada pukul 1.30 petang tadi.

Antara kawasan terlibat ialah 15 buah rumah di kawasan perumahan Taman Batu Pekaka dan lebih 20 buah rumah, di Taman Seri Gading Kuala Ketil di sini.

Turut dilanda ribut itu, lebih 20 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dan DUN Kupang antaranya, di kampung Rambong Batu 7, Sekolah Dalam Wang dan Becah Tok Bulan dengan kebanyakannya rosak teruk di bahagian bumbung.

Seorang mangsa ribut, Esah Ismail, 57, dari kampung Sekolah Dalam Wang berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang meninjau lantai yang basah di tingkat atas sebelum tiba-tiba ribut kuat menerbangkan bumbung rumahnya.

"Saya menjerit kuat bila ribut menerbangkan bumbung rumah dan menjatuhkan bumbung itu tidak jauh dari rumah kami," katanya di sini hari ini.

Menurut Esah, ketika kejadian beliau tinggal bersama seorang anak dan tiga orang cucu dan bersyukur kerana tiada yang cedera.

Seorang lagi mangsa ribut di Kuala ketil, Ibrahim Saud, 44, memberitahu semua bumbung dan pelbagai perkakas eletrik dalam rumahnya rosak kerana ditimpa hujan lebat ketika ribut berlaku.

Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Ketil, Khairul Azhar Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain ketika ditemui Bernama berkata, pihak mereka sedang membuat bancian kerosakan akibat bencana ribut itu. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...