TERKINI :

Tuesday, September 25, 2012

TERKIAL-KIAL LIDAH umNO(Baru) KEDAH, AUTA MEREKA DISIRAMI TITAH TUANKU SULTAN.

AHAD: 7 ZULKAEDAH, 1433 / 23 SEPTEMBER, 2012
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB

Sebelum saya lanjutkan rencana ini, disini saya lontarkan satu soalan cepu emas kepada pembaca, pembaca sendirilah berusaha mendapatkan jawapannya, "Diantara titah resmi Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti INSANIAH ke-14 adalah benar lagi benar, atau tohmohan dendam kesumat lidah pemimpin umNO(Baru)Kedah, kepada Kerajaan PR dan pemimpinya. Siapa yang benar dan siapa yang dusta?".

Saya terpanggil kali ini dan saya kemukakan soalan diatas untuk menyingkap tabir, agar dapat melihat tingkah laku pesilat dan gelagat mereka mengikut puak dan penyokong umNO(Baru) Kedah yang tak kesudah. Mereka bertelagah dalam banyak pekara, menanti masa sahaja untuk pecah. Jadi untuk palam kambus membendong fenomina tersebut, mereka cetusan dan gempaq mengubah padang bersekali pintu goal mensasar arah dekat kerajaan PR Kedah. Supaya reda mengabui mata pengikut penyokong umNO(Baru) tak perasan terhadap pergeseran pertembungan jawatan, kuasa dan pemegang dana sekali sekali gugur dari sumber Putrajaya. Jadi puak-puak pemimpin umNO(Baru)bN Kedah, tak kesudah berentak berebut untuk ditabal mertabatkan sebagai juara didepan mata ahli penyokong mereka. Walau formula auta propoganda diguna.

Tu dia aihh.. Lepas K-POP....BN nak guna GANGNAM laa pulak..


Kajian di pertikaikan kata 'populariti Najib merosot'... tak caya tanya UTUSAN..


Tahukah anda bahawa MCA lagi tolak ISLAM dari DAP..!!!

UMNO diperalat MCA

Oleh: Kelah Times


Kelah Times ingin sama-sama memperingati penyokong-penyokong UMNO supaya menjauhkan diri dari kafir MCA.

Mereka menganggap Islam sebagai perkara remeh dan tidak pernah ada dalam agenda menjadikan Islam agama rasmi Malaysia. Malahan mereka ingin menghapuskan apa yang sudah termaktub iaitu Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Kebencian mereka kepada Islam sudah terbukti dengan pelbagai statement dan perbuatan mereka. Jika orang Islam menyuarakan kemarahan terhadap penghinaan kepada hukum hudud MCA akan kata ia perbuatan orang hilang akal. Sebaliknya jika himpunan Perkasa untuk menyerang masjid dan mengganggu tazkiroh, mereka sokong.

SPRM cari kes RASUAH kat KEDAH tak jumpa...


Kajian tipu nie... mana ada orang nak sokong PR dah...!

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut


[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

42% CINA mau hudud... Tapi UMNO saja yang tak mau....

42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua


Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

[Gempar] Mat Bashah sudah jadi jurucakap PR Kedah..!!



He He He Dok Kalut Orang Pulak... Kerusi dia pun dok lawan berebut..!!!

Jika blogger PR yg tulis camnie KOMPOM DAH KENA GARI dah..!!

Tudia... samseng DAP tikam Ketua Pemuda UMNO Kepong?


Oleh Saiburi Sudin

SS tak mau komen banyak-banyak, cuma nak siarkan petikan berita dari sebuah blog Umporno.

Cuba kalau geng Pakatan yang siar berita macam ni, rasanya baru pasang niat nak buat dah ada yang kena gari pi balai... tapi oleh kerana negara 1Malaysia ni depa rasa bapak depa punya, ikut suka depalah nak fitnah apa pun.

Fikir-fikirkanlah...

@KedahLa.blogspot

Isu JET - Awat POLITIK UMNO MELAYU nie ada sifat dengki mendengki...???

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Gua Jika Boleh Nak Beli Kapal Nie Nak Bagi Pemimpin PR terbang sana sini untuk buat kerja mereka...

Orang Melayu tak habis2 nak DENGKI antara satu sama lain...bab JET pon nak jadi ISU.....macam la depa tu baguih sangat....

Najib & Rosmah tu, kalau pergi OVERSEA, Duta2 Malaysia banyak COMPLAINT cakap BOROS shopping. Kadang2 siap tempah LIMO lagi nak bawak barang2 shopping mereka.

Tapi kita matang la. Standard dia PM, bukan orang2 biasa.....lantak dia laaa.....

Kalau DSAI naik JET, tambah2 lagi orang SPONSOR, itu pun kan KECOH ker?

Nampak sangat kita Melayu nie KEBELAKANG....macam dah tak ada ISU dah nak gebang....

Nah ambik sebijik.. dok kalut tuduh orang terima dana Soros last anak dalam rumah sendiri yang mengaku dah terima dah..!!

Selain NGO pro demokrasi, Majlis AIDS Malaysia akui terima dana Soros


Soros juga dikatakan membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia yang
 pernah diketuai oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. — Gambar Reuters 
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.
Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.

Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Kutip duit TOL 14 hari bersamaan RM210juta.... takan benda nie bila PR perintah tak boleh turunkan TOL sikit....

Tu dia mcm nie punya kutipan kira pr nak turun harga tol tu tak janji kosong laaa...kutipan 14hari sepanjang musim raya hr tu pon dah boleh 200juta lebih.... Tuuu dok kata negara akan bangrap situ laaa....

Intitusi Pendidikan - PAS ada.. MCA ada.. MIC ada.. UMNO ada apa..???

 
ini intitusi pendidkan PAS punya..

Antara Dangdut Mas Idayu dalam kehidupan Tentera

Panas!! Dangdut Mas Idayu & Tentera Malaysia

Terima Kasih kepada wartawan kami di Taiping.
Malam semalam, ake terima berita ini.

Ceritanye begini:

Kem Taming Sari RAJD SP, rupa-rupanya mengamalkan satu teknik yang luar biasa untuk jaga negara kita. Latihan itu ialah karaoke di Kem Tentera. Majlis karaoke dilangsungkan dalam kawasan Kem Taming Sari. Pelik sungguh bunyinye.siap dengan lampu bebola berwarna. Kalau hangpa tengok dari jauh, nampak macam tempat karaoke sungguh. Orang awam tak boleh masuk. Pegawai pun berkaraoke sekali.

 Bila wartawan tanya kat orang-orang keluar masuk kem tentera itu, jawapan yang kawan kita dapat ialah “depa release tension”. Aku tau, anggota tentera, termasuk yang dah pencen akan mempertahankan majlis karaoke itu dengan alasan, “hangapa orang luaq, mana tau tentang tension kami?”

WOI, orang tentera yang dah kena tarbiyah dengan umNO, aku nak tanya kat hangpa, “apakah tension kamu jauh lebih hebat daripada tentera HAMAS?” depa lagi teruk. Dengan sumber kewangan dan senjata terhad, depa lawan dengan Israel yang serba lengkap. HAMAS lawan untuk kemerdekaan tanah air mereka, Palestin. La nie hangpa angkat senjata ke? Jangan bikin malulah wei…

Duit PA sytem tentera punye atau sewa dari luar? Kalau tentera punya, maksudnya hangpa salah guna harta rakyat Malaysia. Kalau kata wang hangpa, itu dah kira majlis bukan rasmi. Kalau bukan rasmi kenapa tak buat kat luar kem tentera? Nasib baiklah hangpa nyanyi lagu Mas Idayu, bukan bawa masuk Mas Idayu terus.

Mungkin ada yang nak tanya, “salah ke tentara berhibur?”

Naik Jet semua kecoh... Barang Naik.. Minyak Naik... TOL Naik sekoq tak kecoh..!!!!

Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar

KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.

Penggambaran Video Krisis Air, Umno BN Semakin Memalukan

Kenyataan Akhbar AMK Selangor: Penggambaran Video Krisis Air, Umno BN Semakin Memalukan

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyelar usaha buruk, yang dipercayai didalangi Umno Barisan Nasional apabila secara terdesak dan memalukan menjalani penggambaran video bagi menggambarkan krisis air di Selangor. Tindakan tidak matang dan berniat jahat itu dilakukan di sekitar Petaling Jaya dan berusaha membina persepsi negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

AMK Selangor hairan melihat bagaimana jahat dan begitu buruknya strategi politik Umno Barisan Nasional, serta memperalatkan orag awam yang dipercayai diupah bagi "menjayakan" video tersebut. Sebagai sebuah parti antik yang mempunyai pelan politik, AMK Selangor merasa Umno Barisan Nasional sedang benar- benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

25.9 | Kuliah Maghrib di Masjid Tandop

Aku PAS manakala Ayahku UMNO....

Kisah Aktivis PAS Kawasan Tanjong Karang Masuk PAS Kerana Ayahnya UMNO!

"Dulu semasa aku remaja, kira-kira tahun awal 80an, ceramah-ceramah dan penerangan agama agak kurang. Tiada internet, pengajian agama agak tandus. Remaja bagaikan tiada haluan. Ramai yang hanyut. Agama hanya untuk orang tua. Muda-muda enjoy dulu. Seolah-olah tiada hubungan antara cara hidup anak muda yang tak ikut agama dengan akhirat yang terasa amat jauh lagi... Mereka itu adalah termasuk aku...

"Sedangkan ayahku pula adalah UMNO totok dan tulin. Tetapi padaku bukan sahaja tulin tetapi juga 'tuli'. Segala dari UNNO, baginya seolah-olah wajib ditaati. Sedangkan cara hidup pemimpin-pemimpin UMNO jarang nak jumpa yang baik. Aku mula merasai kesesatan yang ayahku lalui ini. Aku mulai cari jalan keluar.

Inilah bila orang bagi gaji suruh buat kerja tak mau buat - Ijazah dari Insaniah didakwa tiada MQA

Ijazah didakwa tiada MQA

ALOR SETAR - Graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) terkilan dengan sikap pentadbiran kolej universiti itu kerana sijil mereka didakwa tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.

Sumber berkata, tujuh graduan terbabit melahirkan rasa terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada Konvokesyen Insaniah, 17 September lalu tidak diiktiraf.

“Graduan cuba mendapatkan sijil, tetapi dimaklumkan sijil itu tidak boleh diberikan kerana tidak mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

“Difahamkan, mereka sudah pun membuat aduan kepada dekan kuliah berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya.

Menurut sumber lagi, penuntut terbabit memberi tempoh seminggu kepada pentadbiran Insaniah, dan sekiranya gagal menyediakan sijil berkenaan, mereka akan tampil membuat kenyataan.

“Antara punca proses permohonan MQA tergendala didakwa kerana pengurusan kolej gagal menyiapkan dokumen untuk akreditasi secara sempurna, menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...