TERKINI :

Monday, September 24, 2012

Dr M, Melayu mahu bersatu, tetapi bersatu diluar UMNO.....


Saya telah cuba untuk tidak menulis tentang Dr Mahathir lagi tetapi tidak dapat saya berbuat demikian kerana beliau masih lagi menyalahkan semua orang di atas perpecahan orang Melayu sebagaimana anggapan beliau sekarang. Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia semalam beliau menzahirkan perasaan sedih di atas apa yang telah terjadi kepada orang Melayu yang pada beliau akan hilang kuasa politiknya di sebabkan perpecahan sesama sendiri.

Tidak susah untuk memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai Melayu yang tamak kuasa yang telah memecahkan Melayu itu. Ia tidak lain selain dari Anwar Ibrahim yang telah menjadi duri dalam daging kehidupan sepanjang hayat beliau. Mahathir masih lagi bercakap tentang Melayu yang beliau sendiri telah pecahkan dan hasil dari perpecahan itu di lontarkan kesalahannya kepada semua orang kecuali diri beliau sendiri.

Mengenal Manusia yang pernah digelar MAHAFIRAUN....


Manusia ini pernah digelar MAHAFIRAUN. Tepat sekali gelaran itu terhadapnya. Kini beliau mengaku Partinya adalah ibarat SYAITAN di mana beliau telah menjadi Penghulunya selama 22 tahun.

Orangyang mengaku dirinya Melayu yang berasal dari Kerala ini amat licik serta penuh dengan tipu muslihat serta bijak memutar belit. Beliau amat berkesan dalam mempengaruhi minda orang-orang Melayu dari mazhab UMNO. Bila perlu beliau akan berpura-pura menangis air mata buaya di atas nasib bangsa Melayu. Ketika lain mula beliau menempelak dan menghina kebodohan orang Melayu. Bila rasa diri dibenci,beliau berpura-pura merajuk....lantas orang-orang di sekeliling yang terpedaya berlumba-lumba ke penas mencium tangannya, sampai ada tumit kasut yang patah.

Loooo PEMUDA UMNO baru nak khatan.....

Gambar paling aneh minggu neh...

"Salam semua... Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi bila Mak Long hang runtun tangan tunjuk gambaq nih, teruih Pak Long jadi cool. Kesian, baru nak masuk Jawi rupanya depa-depa neh. Patut pendek akai... hehe...
Tak pendek akai mai mana...

Marah penerbit filem Amerika hina Islam tapi buat demo kat Kampung Baru...
Depa bukannya malu nak tunjuk bendera keris telanjang tu kat Amerika tapi saja nak kaitkan DAP sama ngan Amerika dalam isu hina Islam. Serupa la Umno tu pencinta Islam sangat... haha...

Tak pendek akai mai mana...

Marah kat Ngeh yang bengong tu, tetiba ajak Pas keluaq Pakatan...

Pas dalam Pakatan bukan pasai Ngeh tu KJ oii... tapi ataih satu iltizam nak hanyutkan Umno yang dah busuk sampai ke usus tu jauh ke tengah laut... Dari hidup membusung menyesakkan hidung, lebih baik beramboih keluaq kampung... Takkan yang tu pun tak paham-paham kot...

Hangpa semua baru nak masuk Jawi ramai-ramai ka... Ermm, patut laa...

Rakyat dibohongi, sogok wang dan restui samseng

Oleh MOHD AZMI ABDUL HAMID

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) amat kecewa dengan budaya pemimpin kerajaan yang terus menerus mengguna wang dan paksaan kepada kakitangan kerajaan untuk hadir dalam perhimpunan.

Jelas ini bukanlah petanda demokrasi yang sihat, malah adalah petanda kerendahan minda dan jiwa pimpinan kerajaan untuk berhadapan dengan realiti apabila tidak yakin dengan sokongan rakyat.

Sampai bilakah budaya seperti ini akan dikekalkan kerana ia adalah suatu cara membohongi bukan sahaja rakyat malah kerajaan sendiri.

Kami mendapati betapa kerajaan kali ini mengguna habis-habisan semua kakitangan kerajaan untuk memastikan kehadiran mencapai bilangan yang akan digahkan sebagai perhimpunan yang berjaya.

Tidak cukup dengan surat arahan dan amaran bahawa tindakan boleh diambil jika tidak hadir, malah kakitangan juga ada yang diberi peruntukan kewangan untuk memastikan mereka tidak ponteng dalam acara bersandiwara menyokong kerajaan.

Dari acara menyambut hari Kemerdekaaan sehingga kepada majlis jamuan Hari Raya, dari perhimpunan belia sehingga acara sambutan hari kebesaran negara; beratus juta ringgit dikeluarkan untuk meramaikan majlis tanpa berfikir mengenai implikasinya.

Iklan air - Satu Lagi Projek untuk bodohkan rakyat..

Penduduk resah dengan penggambaran iklan air

Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.

NONEMereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.

Tuu dia aihh !! Nak menipu pasai air tak ada di Selangor siap buat filem...

Produksi ‘Diupah’ Buat Filem Cipta Situasi Catuan Air Burukkan Selangor

PETALING JAYA 24 SEPT: Sebuah produksi hari ini dikesan menjalankan penggambaran yang menggambarkan situasi krisis air bagi memburukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Penggambaran yang dijalankan di sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ.

Menurut beberapa pelakon, mereka dibayar RM50 setiap orang.

Malah beberapa di antara mereka termasuk beberapa krew juga tidak mengetahui tujuan penggambaran tersebut dibuat.

Selain itu menurut bekas Pengerusi JMB, Dr S Paramanathan, bekalan air di rumah mereka pada masa ini berada dalam keadaan baik, tidak seperti yang cuba digambarkan.

Usah risau Dato Sri.. jangan guna JET KERAJAAN macam UMNO sudah...!!

Saya Tidak Berahsia, Benarkan Gambar Naik Jet Disiar - Anwar



KUALA LUMPUR 24 SEPT : Tiada rahsia menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan gambar menaiki jet eksekutif bersama pemimpin Pakatan Rakyat(PR) dipaparkan dalam media sosial masing-masing, kata Ketua Umum PKR itu di parlimen hari ini.

Malah Anwar menyifatkan ia adalah satu percubaan Umno-BN memperbesarkan isu itu dan menakutkan ahli korporat lain untuk tidak membantu PR.

Anwar menjelaskan keperluan menaiki jet terbabit untuk ke Labuan kerana keadaan terdesak disebabkan tiada penerbangan pada petang itu.

Anwar bidas kerajaan tidak mahu bentang Laporan Audit sebelum bajet

Jamilah Hamzah
24 September 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum Bajet 2013.

Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata, Kerajaan Pusat bertindak demikian kemungkinan kerana ada agenda yang tersendiri.

Katanya, "Nazri sengaja lengahkan pembentangan audit sebelum Bajet 2013 disebabkan agenda lain."

"Nazri mungkin tidak mahu ahli Parlimen membahaskan kekurangan yang terdapat pada belanjawan itu nanti," kata beliau di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri dipetik berkata, kelewatan pembentangan laporan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan Bajet 2013 dengan terperinci.

Tu dia macam nie caranya #NAJIB nak sembunyi HUDOHNYA LAPORAN AUDIT NEGARA..!!


KUALA LUMPUR 24 September: Kerajaan cuba menutup kelemahan dan salahguna kuasa apabila mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, lazimnya LKAN perlu dibentangkan pada hari pembentangan belanjawan supaya prestasi kewangan negara dapat dinilai setahun sebelum itu.“Ini untuk membolehkan Ahli Parlimen guna sebagai asas perbahasan. Seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menutup kelemahan dan salahguna kuasa,” kata Azmin.

Demikian reaksi beliau berhubung jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen, bahawa LKAN akan dikeluarkan berasingan, seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013.“Ini perkembangan baru yang amat mengejutkan. Tempoh (bahas) terbatas, kurang dari dua minggu. 

Soros layan FOREX.. Tun bising.. mai kawan dia layan sampai rugi RM5.7 bil duit negara duduk buat senyap jee...

Rugi RM5.7 bil: Salahkan Soros, angkat orang BNM
 
Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat?

Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.

"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.

[KANTOI] Soros kawan Tun Mahathir sebenarnya..!!!

KANTOI !!! KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI

Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros


Sekarang ini Dr Mahathir cuba memaki Soros sekali lagi dengan menuduh  Soros sekali lagi. Boleh percaya ka ini orang lagi?

Nak pilihanraya pun dah kecut dah nampaknya NAJIB nie.. 5X dok ulang benda yang sama jee..!!!

PRU13: Makna bayangan kelima Najib
G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH


ANALISIS – Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.

Nampaknya semua menarik nafas!

Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.

Beberapa penganalisis politik yang didampingi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.

Ketika membuat bayangan keempat, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.

Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Jangan Salahkan UMNO yang mencuri tapi salahkan kita yang mengundi..

oleh AnakKedah007.blogspot.com



Yang kita dok bising
HARGA MINYAK MAHAL..
HARGA KERETA MAHAL..
HARGA BARANG MAHAL..
HARGA BELAJAR MAHAL..
HARGA RUMAH MAHAL..
HARGA TOL MAHAL...

Ini semua diibaratkan kita membiarkan PENCURI bermaharajalela dalam kampung..
Tapi kenapa kita salah kan PENCURI.. apabila semua ini berlaku..
Jangan salahkan pencuri..sebab kerja pencuri ialah mencuri.
Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela...!!!!

Kita carilah mereka yang sanggup nak atasi pencuri ini..
mereka yang berfikiran nak tangkap pencuri...
mereka yang sanggup nak menghukum pencuri...
supaya pencuri ada sifat takut nak mencuri...
supaya pencuri pikiaq 1000X untuk mencuri...

Inilah yang dikatakan negara kita "aman & selamat"..!!!


RUEN YUAN (duduk tengah) bersama mangsa-mangsa samun merayu bantuan pihak polis 
membendung jenayah ketika mengadakan perjumpaan di Segambut, Kuala Lumpur semalam.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Seramai 20 mangsa beberapa kes rompak di Taman Sri Segambut, Segambut di sini meminta pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan dan menempatkan sebuah balai polis bergerak bagi mengatasi masalah jenayah yang meningkat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, tiga kes rompak berlaku dalam tempoh seminggu sehingga menyebabkan penduduk terutama golongan wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal dalam ketakutan setiap hari.


Seorang peniaga, Sia Mei Kei, 56, berkata, kes samun yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM50,000.


“Kumpulan perompak menyerbu masuk rumah saya pada awal pagi ketika saya mahu keluar berniaga.


“Saya terpaksa menurut segala perintah mereka dengan menyerahkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah kereta bagi mengelakkan mereka mencederakan saya sekeluarga,” katanya ketika membuat aduan di Pusat Perkhidmatan Gerakan Segambut di sini semalam.


P/s: Kata Malaysia negara paling selamat...kah kah kah

Idea Tutup Pasar Malam waktu Magrib - Dulu ada dengaq MBAS nak buat.. apa cerita lanie..??

Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib
JANATUL FIRDAUS YAACOB
24 September 2012
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Pasar Malam Padang Jawa
7.21 malam: Kemeriahan urusan jual beli Pasar Malam Padang Jawa diteruskan seperti biasa.
 
BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...