TERKINI :

Friday, September 21, 2012

Apa beza antara gambaq nie dengan "ISU NGEH" yang KJ dok bising siang tadi..???

 

 
Tahniah kepada umNO yang sentiasa mempertahankan Islam Dulu, Kini dan Selamanya....
APA BEZA KAT ATAS NIE DENGAN ISU 'NGEH' YANG KJ DOK BISISNG DI MASJID KG BARU SIANG TADI..!!!

Putrajaya itu Kerajaan Persekutuan, bukannya Kerajaan Pusat

Aspan Alias, 

Sudah lama saya hendak menyebut secara khusus tentang apa yang saya hendak perkatakan ini walaupun saya pernah menulis tentangnya secara rambang dan tidak khusus kepada sesiapa yang hendak bercakap tentang kenegaraan dan politik. Tetapi oleh kerana kita dapati kesilapan ini masih terlalu jelas dan tidak diperbaiki saya ingin menyebutnya kali ini.
Saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin kita dan semua yang mahu mendengarnya bahawa negara kita ini adalah sebuah negara persekutuan. Di negara kita tidak ada kerajaan pusat. Di Putrajaya itu adalah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan (federal government), bukan kerajaan pusat (central government).
Negara yang mempunyai kerajaan pusat adalah negara-negara ‘unitary’ seperti Thailand, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Negara kita terbentuk di atas persetujuan kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat untuk membentuk bersama sebuah gabungan persekutuan. Harus diingat yang negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan ini hanya wujud pada 2hb Feb 1948 apabila negeri-negeri yang berada di dalam semenanjung ini menandatangani perjanjian persekutuan itu.
Maka terbentuklah sebuah negara persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya mencapai kemerdekaan pada 1957 dahulu. Pada tahun 1963 tanggal 16 September persekutuan ini disertai oleh Sabah dan Sarawak maka persekutuan ini dinamakan Persekutuan Malaysia. Hari kelahiran Malaysia itu baru sahaja dirayakan buat kali yang ke-49 dua hari yang lepas.

Hina Nabi: Sekadar demo tidak memadai buat Umno

KUALA LUMPUR: Sebagai parti pemerintah, sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.

Justeru, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Sehubungan itu, sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar.

“Sebagai sebuah parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya,” katanya.

Khalid Samad menang lagi kes ke atas Adun Umno

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.

Target Umno bukan sekadar musnahkan Suaram ...

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya tidak fikir rakan-rakan saya, termasuk ketua pengarang di Utusan Malaysia atau Buletin Utama TV3, tidak terkecuali di  Berita Harian, begitu bebal dan tertutup minda mereka ketika mengulas isu mengenai NGO hak asasi manusia, Suaram (Suara Rakyat Malaysia).

Benar, mereka mengetuai media awam yang "ditransformasikan" sejak sekian lama sebagai lidah rasmi Umno-BN, dan berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan taukeh-taukeh politik yang "mungkin tercungap-sungap kelemasan" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti! Berpada-padalah ketika berusaha memuaskan hati pemimpin Umno, tanpa meletakkan kerjaya seorang wartawan di tahap begitu rendah.
 
Utusan, Berita Harian, TV3
Namun, apabila menyelak akhbar Utusan dan menonton rancangan berita TV3, dan pagi tadi (7 September) membelek rencana Berita Harian (juga tidak lupa, sehari sebelumnya, Mingguan Malaysia), saya tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Suaram -- yang hanya mempunyai beberapa kerat penggeraknya -- menjadi target utama untuk dibelasah. 

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam

KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Ngeh Koo Ham baru-baru ini menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada umat Islam atas kenyataan silapnya itu.

Menurut Mahfuz, media-media pro-Umno Barisan Nasional (BN) itu tidak memberikan sebarang contoh penghinaan para pemimpin Umno terhadap Islam.

Pimpinan UMNO-BN bila pula nak mohon maaf ?


Foto Ihsan facebook/cmlimguaneng

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER: DAP kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang mempersoalkan kejujuran permohonan maaf pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan Twitter beliau yang diputarbelitkan sebagai menghina Islam.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu.

“Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan.”

“Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas.” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata antara perkara yang dimaksudkan termasuklah apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri telah menfitnah bahawa anak lelakinya yang di bawah umur telah mencabul rakan sedarjahnya sedangkan murid perempuan tersebut tidak ada.

Video Himpunan Sejuta Ummah




Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika


KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

orang yang bawa umno pun tinggalkan umno, takkan la pencacai baru habis sekolah nak mati-mati selamatkan umno

Orang yang bawa Umno pun keluar Umno


Mengapa Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN sedangkan dia antara orang yang bawa umno ke Sabah.

Kalau fikir-fikir dah tentulah dia akan terus bersama umno, ye la, dia antara yang bawa umno masuk Sabah, sudah mestilah dia akan jaga umno tu sepeti anak sendiri.

Tapi macam juga seorang bapa, kalau anak dah terlalu degil dan dah teruk sangat perangainya, silap-silap "bapak pun tak mengaku anak" ( ingat tak kisah seorang penceramah umno yang dibuang bapa tu). jadi sama lah macam Tan Sri Ibrahim Menudin yang punya alasan sendiri untuk tinggalkan umno, padahal umno itu lubuh duit, lubuk kekayaan dan jawatan.

Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,

Pakatan janjikan rumah mampu dimiliki pula...!

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa cadangan 
bajet PR akan menangani dua isu yang menyebabkan 
harga rumah meningkat di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Bajet cadangan Pakatan Rakyat (PR) minggu hadapan akan mengetengahkan perumahan mampu milik, subjek sensitif bagi penduduk kota dan kesatuan sekerja telah meminta Barisan Nasional (BN) untuk bertindak terhadap harga rumah yang semakin meningkat lebih cepat daripada peningkatan tahap pendapatan.

PKR sebelum ini berjanji untuk memotong harga kenderaan, menawarkan pendidikan tinggi percuma dan bergerak pada harga perumahan dilihat sebagai pemanis untuk memenangi lebih banyak sokongan bagi menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum seterusnya yang perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata cadangan bajet PR akan diumumkan pada 24 September oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dan akan menangani dua isu yang menyebabkan harga perumahan meningkat.

“Sebab pertama adalah spekulasi. Tidak dinafikan bahawa Barisan Nasional (BN) telah cuba untuk menangani masalah ini dengan mengawal kredit bagi perumahan.

“Akan tetapi ini adalah gaya buku teks dalam menangani isu ini dan sudah terlalu lewat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, dengan menambah sekatan kredit tidak berkesan oleh kerana spekulator tidak lagi mendekati bank untuk dana dan sebaliknya, menggunakan sumber-sumber mereka.

Bukan Islam hina kita bising mai yang Islam dok hina apa cerita?

Hina Nabi: Jangan fikir bukan Islam sahaja

KOTA BHARU: Umat Islam jangan hanya fikir penghinaan penganut bukan Islam terhadap agama dan nabi semata-mata tetapi berfikir juga bagaimana menghadapi sikap orang Islam sendiri yang menolak Islam.

Penghinaan bukan Islam terhadap Islam seperti filem Innocence of Muslim bersesuaian dengan mereka yang bukan Islam, "walau bagaimanapun kita wajib membantah."

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah (gambar) ketika menyampaikan kuliah Jumaat sesi pertama, di Dataran Ilmu, di sini pagi ini.

"Di negara kita, umat Islam sendiri menolak hukum Islam yang lebih hina dari menghina Islam oleh bukan islam sendiri," katanya.

Katanya, media massa sering mengeluarkan kenyataan pemimpin negara dan sekutunya tentang penolakan hukum hudud sejak sekian lama hingga ke hari ini.

"Sudah sekian lama PAS memberi penerangan tentang hudud kepada pihak ini tetapi sampai sekarang tidak faham-faham dan asyik kata hudud PAS salah dan sebagainyanya.

Yang pasti gambaq najib tu tipu.....

Kecacatan gambar berpunca dari tempat dihantar

NONEPertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.

"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Yong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya.

- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...