TERKINI :

Wednesday, September 19, 2012

Ni la talian hayat Umno yang sebenaqnya... tolong laa...


Tolong la woii... tolong laa...
Ni la talian hayat Umno yang sebenaqnya... tolong laa...

Bila Pemimpin Umno Terpaksa Menjilat Ludah Sendiri

Hari ini :
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.Baca disini

Dulu :

Ingat tak bagaimana pemimpin UMNO membidas idea cadangan Anwar sebelum ini yg akan jadikan 16 September sebagai cuti umum bila Pakatan Rakyat memerintah?

Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri..

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. ”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Terima kasih Tun Mahathir

Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.
 
Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

MB Selangor tak layan meroyan anak Chua Soi Lek

Tee Yong tidak setaraf, MB Selangor tuntut permohonan maaf

 
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Menteri besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengatakan bahawa ahli parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong bukanlah setaraf untuk berdebat dengannya dan menuntut permohonan maaf daripada ahli politik MCA itu berhubung isu Talam.

“Malah, saya juga dicabar berdebat oleh Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong (picture) tetapi beliau bukanlah individu yang sepatutnya membuat cabaran itu kerana tidak setaraf.

“Tee Yong dan bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh terus membangkitkan isu Talam ini di media arus perdana tetapi saya tidak akan terlibat dalam permainan politik kotor mereka.

“Bagaimanapun, saya sedia mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan Tee Yong sekiranya beliau memohon maaf kerana menuduh kerajaan negeri bailout Talam RM1 billion- tuduhan yang telah dibuktikan tidak benar oleh laporan audit KPMG, kata Khalid dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Pakatan: Tidak perlu ragui keupayaan kami memerintah

 
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka sudah bersedia untuk memerintah negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang yang perlu dilaksanakan sehingga April depan sebaik sahaja mandat Barisan Nasional (BN) tamat.

Gabungan antara DAP-PAS-PKR itu beranggapan bukti yang mencukupi sudah ditunjukkan di empat negeri pimpinan mereka — Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan — yang mana turut diiktiraf oleh Laporan Audit dari Ketua Audit Negara sejak tiga tahun mereka menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Kelantan selepas pilihan raya umu 2008 yang turut menyaksikan BN tewas dua pertiga majoriti Parlimen.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut  merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.

“Saya rasa apa yang lebih penting adalah kewibawaan dan trek rekod yang Pakatan telah buktikan di negeri yang diperintah ... itu adalah aset yang berharga dan integriti yang ditunjukkan kerajaan PR.

Sebelum nak jadi MB SELANGOR luu jawab soalan nie dulu

Noh Omar sila berpenjelasan persoalan berikut?
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

 
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.

Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara. (Tulisan saya di ruangan ini keluaran lalu perlu dibaca untuk memahami isu sebenar).

Senarai Dosa2 Besar yang Dihalalkan UMNO

 
 
Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.

a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.

Kenapa kita mesti BERTERIMA KASIH kepada BARISAN NASIONAL....

Kita kena berterima kasih pada BN. Sedikit sebanyak BN telah berjasa kepada kita juga. 55 tahun mereka mentadbir negara. Jangan bohong dan menafikan jasa2 bn terhadap kita. Jangan kita lupa. Jalan yang kita gunakan hari neh dibina ketika bn menjadi pentadbir. 

Sekolah yang kita pergi, juga dibina ketika bn menjadi pentadbir. Pendek kata kemudahan, kemajuan dan teknologi yang kita gunakan dan rasai hari neh adalah di atas gerak kerja oleh kerajaan bn selaku pentadbir.

Selama 55 tahun rakyat telah memberikan mandat kepada bn untuk mentadbir negara ini. Dalam masa itu, jika bn mahu, mereka boleh je tidak bina jalan. Tidak bina sekolah. Tidak bina hospital. Tidak bina universiti. Tidak bina segala2nya. 

Tetapi mereka tidak. Mereka bina. Ya, mereka buat pembangunan dan kemajuan terpilih tetapi still ya, mereka masih bina meskipun hanya sesetengah tempat jek dapat merasai kemudahan tersebut.

Universiti yang kita pergi, yang kita belajar, yang kita cari ilmu, adalah hasil gerak kerja dan usaha dari pentadbir bn. Kerana kita ke universiti, kerana kita diberikan ilmu, kerana itu kita menentang barisan nasional untuk terus jadi kerajaan. Ini juga adalah jasa bn dan wajar kita berterima kasih.

Talam oh Talam, senjata makan tuan.. saja ja #UMNO buat-buat tak faham..!!

Dr Dzulkefly Ahmad, 19 Sep 2012


Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang ‘Talam Debt Recovery Exercise’ (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.

Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala ‘kejahilan’nya mempopularkan istilah “Talam-Gate’. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.

Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SUSUPAN PAGI 

 
Yang Dipertua, soalan saya no 454 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?

Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijula dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa. Ini kerana ada desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterina berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya.

SSM patut siasat NFC, bukan SUARAM...

Tony Pua

KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER: Demi memastikan badan hak asasi manusia, SUARAM tidak lagi terlibat dalam siasatan skandal pembelian kapal selam di mahkamah Perancis, kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa sahaja untuk menyerang NGO tersebut.

Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua apabila mengulas tindakan yang bakal dikenakan pihak kerajaan terhadap organisasi tersebut yang telah pun berjaya diiktiraf mahkamah Perancis untuk terlibat sama dalam siasatan kes skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Tony malah mencadangkan supaya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk terlebih dahulu menyiasat syarikat milik keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang terlibat dalam skandal seleweng dana rakyat melalui projek Pusat Fidlot Nasional.

Menurutnya lagi, motif SSM sangat meragukan dan turut ingin tahu apa sebenarnya maksud ‘akaun yang mengelirukan’ yang dituduh terhadap badan itu daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ada RAHSIA BESAR Pimpinan UMNO Kedah telah jatuh ke tangan blogger PR..!!

Oleh: Kedah La

Laporan polis di atas adalah satu dari berapa banyak laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang diri dan keluarganya diganggu. Wanita tersebut bukan ahli politik yang perlu dijatuhkan, begitu juga suami dan ahli-ahli keluarga terdekat bukan ahli politik. Dia cuma suri rumah yang tidak fasal-fasal hari-hari terpaksa berendam air mata angkara kalbu kotor dan busuk seorang pemimpin UMNO Kedah cuba mengkucarkacirkan rumahtangga orang.

Bagi Kedah La ini adalah isu tanggungjawab social lebih mengatasi isu politik sebab jika isu ini mahu dipolitikkan maka biar kami menunggu sehingga Parlimen dibubarkan untuk melancarkan serangan maut terhadap isu besar ini. Namun tanggungjawab social kami ialah biarlah perkara tersebut diselesaikan dengan baik lantaran ia melibatkan maruah banyak pihak. Maruah pihak yang diganggu serta keluarganya, serta pihak yang mengganggu pun ada maruah... betul tak?

Khalid Samad - Polis baru siasat tapi menteri kata dah di tangkap.. mana satu betul nie?

Siasatan Polis Berhubung Gambar Pimpinan PR Yang Dipijak dan Dikencing

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada. Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi

oleh Muhammad Adam Lee bin Abdullah,

 

Saya mulakan ulasan ini dengan mengungkapkan setinggi-tinggi syukur saya ke hadhrat-Nya kerana menunjukkan saya jalan-Nya yang lurus ini, iaitu iman dan Islam. Namun begitu, saya turut ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa atas sikap serta perangai buruk sesetengah mereka yang kononnya mengaku beriman dan seorang Islam tetapi dalam masa yang sama telah berkali-kali menodai kesucian dan maruah agama ini tanpa segan dan malu. Memang benar sekali, penghinaan terang-terangan terhadap Islam di negara kita dimulai sekitar tahun 1980-an lagi; malah, ketika pentadbiran sebelumnya, kalau adapun berlaku perselisihan faham PAS-Umno mengenai agama, tidaklah begitu tersiar secara eksklusif. Justeru, rasanya umum sudah tentu boleh mengagak, siapakah sebenarnya punca terhadap gejala tidak bermoral ini.

Juga, kenyataan Tun Mahathir yang pernah disiarkan dalam stesen televisyen pada Februari 1996 mempersenda hukum hudud jelas sekali mencerminkan kedangkalan penghayatannya terhadap rukun iman itu sendiri, apatah lagi sanggup mempersenda sunnah Rasulullah SAW menyimpan janggut, umpamanya. Walhal, dalam masa yang sama, mereka jugalah yang bersandiwara sehingga kini kononnya merekalah pemimpin dan pentadbir Islam agung yang patut dicontohi, dengan menyajikan slogan dan program-program kosmetik semata-mata.

Salah satu cara nak jimat wang negara...#UMNO bukan pikiaq pun..

 
 tengok kita buat camna nak jimatkan duit yg dibazirkan ini....klik bawah nie....

Penjelasan Isu TALAM

ADA LAGI -

Tunggu mandat akhir jika mahu PRU13 serentak, syor Pas


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.

Mahfuz berkata, pendekatan itu akan mengelakkan isu ada negeri yang mahu mengadakan pilihan raya umum negeri asing berbanding PUR13 peringkat persekutuan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April 2013 manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.

Jika tidak, kata Mahfuz, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Karnival 'Jom Pi Muzium Padi' 27 Sept hingga 6 Oktober



ALOR SETAR - Muzium Padi Negeri Kedah akan mengadakan Karnival 'Jom Pi Muzium Padi 2012' bermula 27 Sept ini hingga 6 Okt bagi membolehkan orang ramai memahami dengan lebih dekat proses penghasilan padi dan beras, yang menjadi makanan ruji masyarakat di negara ini.

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kedah Suhaidi Shukri berkata pelbagai program dirancang sepanjang karnival 10 hari itu yang disertai pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

"Ini adalah tahun kedua kita adakan karnival itu. Setelah kita lihat karnival tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan, jadi kita teruskan lagi pada tahun ini dengan sasaran 100,000 pengunjung.

Tahun lepas kita mencatatkan kira-kira 70,000 pengunjung," katanya pada sidang media di Muzium Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata selain pameran dan jualan, pelbagai acara turut diadakan termasuk pertandingan orang kuat, demonstrasi masakan, persembahan hiburan dan acara bendang seperti pertandingan polo bendang, tangkap itik dan serkap ikan.

Meriah di Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dato’ Ir Phahrolrazi

TANDOP – Walau pun cuaca kurang baik serta  diselangi dengan hujan lebat namun ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk berkunjung meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi.

Majlis yang diadakan di kediaman beliau, Taman Gunung Bayu di hadiri kira-kira tiga ribu orang dari segenap lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Di kesempatan majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan IPTA dan kafalah di samping sumbangan tradisi duit raya kepada kanak-kanak.

KUIN tangkis dakwaan bahawa pembinaan kampus induk cuma angan-angan

ALOR SETAR – Perkembangan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil yang pesat dan membanggakan sejak permulaanya hinggalah ke hari ini telah menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyangka bahawa pembinaan kampus tersebut hanyalah angan-angan kosong dan pelaburan yang membazir sahaja.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, sebelum ini, ada pihak yang menyangka bahawa usaha penubuhan KUIN ini hanyalah sebuah angan-angan sahaja.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Konvokesyen KUIN ke -14 di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...