TERKINI :

Saturday, September 15, 2012

Cara Najib Altantuya Halang Kemaraan Anwar Di Labuan Terbongkar!


 
Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.

Hisham dah mula start gelabah lihat sambutan orang Johor..lalu hari nie ambik U turn..!!!

Hisham dakwa kenyataan diputar belit
 
NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Dengan 13 juta pengundi, desakan pembersihan daftar pemilih semakin kuat

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Jumlah pengundi bagi pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang diwartakan oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Ogos 2012 adalah seramai 13,052,374 orang dan Selangor mencatatkan jumlah pengundi luar negara tertinggi iaitu seramai 579 orang.

Dalam statistik terkini SPR yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider, jumlah pemilih biasa berjumlah 12,778,127 orang manakala jumlah pemilih tidak hadir yang merangkumi tentera, polis dan pengundi luar negara pula berjumlah 274,247 orang.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pemilih tidak hadir tentera paling tinggi seramai 24,979 orang manakala Selangor mempunyai jumlah pemilih tidak hadir polis tertinggi iaitu 16,525 orang.

Secara keseluruhannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pemilih tidak hadir (tentera, polis, luar negara) yang paling tinggi iaitu 40,543 orang, diikuti oleh Perak 38,367 orang dan Johor 25,058 orang.

Selangor baru-baru ini mengumumkan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serantak dengan PRU.

Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan pengumuman kerajaan Selangor yang diperintah oleh PR itu.

Rakyat dirasuk projek mi segera

BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.

Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.

Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.

Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.

Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya.  Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.

Sebagai seorang aktivis OKU  dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.

Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia

TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.


“Apakah petanda itu?

“Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

“Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.

Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.

Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.

Merah ang-ang!

Oleh Izmil Amri



Saya suka warna merah. Warna ini garang dan agresif. Mungkin sebab itu maka dipilih menjadi warna pergerakan pemuda United Malays National Organisation sebagai warna kemeja-t mereka sewaktu mahu ‘bertembung’ kononnya dengan perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu. Tahun ini kelibat mereka tidak kelihatan pula. Mungkin baju merah mereka itu sudah luntur.

Tetapi pokoknya warna merah ini adalah warna yang memberi seribu makna. Selain UMNO, sebuah partai politik berteraskan kaum, yang turut memilih warna merah sebagai warna pegerakan mereka ialah parti-parti sosialis di seluruh dunia.

Merah sebagai simbol

Bendera berwarna merah adalah lambang pergerakan-pergerakan politik sayap kiri sejak Revolusi Perancis, dan telah menjadi identiti partai politik sosialis sejak sekian lama.

Parti Buruh British menggunakan bendera berwarna merah sebagai lambangnya sejak awal penubuhan parti itu sehinggalah lambang itu digantikan dengan ‘sekuntum mawar merah’ sewaktu persidangan Parti Buruh pada tahun 1986.

Pakai skirt masuk masjid, mana blogger Umno, mana PERKASA?


Masa keluar gambar Teo Nie Chin masuk masjid dulu riuh blog penchachai Umno belasah. Konon nak mempertahankan kesucian masjid.

Kat bawah ni aku kopipes salah satu tulisan dalam blog penchachai
apa jaminan teo nie ching BERSIH untuk melayakkan dia masuk masjid ?
tak pakai tudung,pakaian ketat silap aribulan datang bulan ?
apatah lagi kalau kaki seks bebas macam elizabeth wong ?

sundalan punya pas, kalau nak undi pun takkan sampai tahap gila babi macam ni ! - GAP. 
Kat bawah ni gambar seorang perempuan bukan Islam masuk masjid yang aku cukup yakin kaki seks bebas macam elizabeth wong dan berkemungkinan jugak datang bulan.

Mana suara penchachai Umno BN yang sebelum ni lantang mengkritik, mana suara PERKASA yang sebelum ni lantang mengkritik, kononnya nak mempertahankan kesucian masjid.

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno


Shah Alam, 14 Sept: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu, Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,” kata Hairie yang terkenal dengan watak ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.

Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru

 MELENTANG HARI                                                                                                             

Kerajaan negeri Selangor nampaknya bertegas tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor serentak dengan pembubaran parlimen. Cara itu membolehkan pilihan raya peringakat Dun di Selangor diadakan secara berasingan.
Abdul Khalid Ibrahim
Perkara ini sudah ditegaskan oleh MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Manakala  kerajaan Pakatan Rakyat lain, terutamanya Kelantan tetap mahu ikut membubarkan DUN nya serentak dengan pembubaran parlimen. Perkembangan terbaru Pulau Pinang dan Kedah juga sepenedirian dengan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran parlimen.
Perbezaan di dalam tindakan dan keputusan ini sepatutnya tidak perlu dijadikan polimek. Baik Khalid maupun Nik Aziz ada alasan tersendiri dengan keputusan itu. Perlu diingat senario politik di kedua-dua buah negeri itu juga berbeza. Perkara penting pilihan raya akan menentukan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan kelak.

Pihak SPR tidak begitu berkenaan dengan keputusan Pakatan Rakyat Selangor itu. Menurut mereka ia banyak kerja dan menghabiskan wang negara. Peruntukan untuk pilihan raya menelan RM400 juta manakala untuk Selangor saja RM50 juta. Sebagai sebuah badan bebas (yang dipertikaikan kebebasanya sepanjang masa) memang SPR mahu kerja senang. Badan itu tidak fikir risiko dan juga kerugian bakal dihapai oleh kerajaan Selangor tetap adakalanya berbuat sesuatu polisi dan peraturan menguntungkan UBN.

Hebat!!! 40 ribu di Stadium Darul Aman malam ni... bersama Ustaz Azhar Idrus


Lagi catatan baru program ceramah besar di Kedah, kali ini di perkarangan Stadium Darul Aman. Santai Anak Muda sempena Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadam mengundang Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Hairie Othman, Ali bekas rocker dll. Program ini bukan program politik... cuma ia memberi impak yang sangat besar terhadap politik kerajaan negeri Kedah yang menampakkan kesungguhan membanteras penagihan dadah termasuk jugaklah penagihan ayaq ketum yang menjadi minuman rasmi cyber trooper puak belah sana nun.

Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid?

SEALAM PERASAAN

Kate dan suami memasuki masjid.
Bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia menghantar sms kepada saya mempertikaikan kenapa kunjungan puteri di Raja Britian Kate Middleton dan suaminya Putera William ke masjid berhampiran KLL tidak dibantah dan diterima seadanya.

Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.
Tanya beliau apakah kaki mugil Kate suci dari kaki pemimpin DAP itu? Apakah bezanya kaki mugil dengan kaki kematu? Beliau juga menyuruh saya membelek gambar-gambar terkini Kate yang dipaparkan dalam majalah Closer yang boleh diakses menerusi internet.

Memang dalam paparan gambar itu Kate memasuki masjid. Sekeping gambar menunjukkan Kate berjalan menaiki tangga dan kedua belah kakinya nampak jelas. Gambar itu juga turut memaparkan kasut Kate yang diletak di atas tangga.

Saya yakin gambar kaki dan kasut Kate yang diletakkan di atas tanggan beralasankan permaidani tidak disiarkan dalam akhbar penjilat buntut, atau majalah Kiblat dan Al Islam terbitan Utusan Melayu.

Cabaran Untuk Rakyat Malaysia yang otak diselaputi doktrin UMNO BN..!!

Biar gambar menjawab jawapan Bangang Menteri UMNO ini..!!!

 Habis ini buktinya apa...

Gambar Ini Adalah Sebagai Jawapan Kepada Dato Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri... Siapa Kata Rakyat Johor Tak Suka DS Anwar Ibrahim?.. Gambar Ini Bukti Bahawa Rakyat Johor Semakin "Sayang" Dengan Pemimpin Pakatan Rakyat Dan Bakal Membuat Perubahan Besar Pada PRU13 Nanti... Tak Lena Tidurlah Nampak Gayanya Pemimpin UMNO Johor Terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin & MB Johor, Abdul Ghani Othman... Untuk Parlimen Sembrong, Ini Kali Lah !!!

Luahan Rakyat Serawak di fb Najib Razak

Assalamualaikum Ybhg Dtk Seri,


Saya adalah rakyat biasa yang menghampiri separuh abad usia, menetap di Bintulu, Sarawak. Sebagai anak kelahiran kampung, saya telah melalui pelbagai fasa aspek pembanguanan sama ada dalam kehidupan seharian atau alam pekerjaan. 

Seperti yang kebanyakan rakyat kehendaki, pembangunan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Tapi pembangunan tidak mempunyan makna kepada rakyat biasa walau setinggi mana pun bangunan pencakar langit, seindah mana pun hamparan karpet atau seluas mana kehijuan ladang- ladang sawit.

Tidak dinafikan memang ada tempiasan kebaikan seperti pada diri saya sendiri, peluang pekerjaan, peluang anak- anak belajar peluang- peluang perniagaan bagi mereka yang kuat berusaha. Tapi yang paling jelas jurang antara yang berkuasa & kaya dengan yang kurang berada semakin jauh. Mungkin ini adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.

Noh Omar Perlu Berhenti Cakap Kosong Dan Mengarut

AMK Selangor hari ini ingin mempersoalkan motif kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang kelihatan begitu terdesak mahukan pilihanraya di Selangor berlaku serentak dengan Pilihanraya Umum ke 13 dan kelihatan seperti tidak memahami isu mengapa Pakatan Rakyat memilih untuk membubarkan DUN berasingan dengan pilihanraya persekutuan.

AMK Selangor hairan dengan kegopohan Noh Omar itu dan ternyata beliau kelihatan tidak peduli dengan masalah senarai daftar pemilih yang meragukan serta tidak mempedulikan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil.Senarai daftar undi di Selangor ketika ini berada pada satu tahap menggusarkan apabila keraguan yang dicatat dan dilaporkan mencecah angka ratusan ribu daftar pengundi dan tiada tindakan komprehensif diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Dakwaan Noh Omar bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor takut untuk menyerahkan mandat kepada rakyat itu amat lucu, kerana Kerajaan Selangor sedia ada masih mempunyai tempoh mandat yang sah untuk mentadbir Negeri Selangor. Justeru tidak timbul soal takut menyerahkan mandat seperti yang diwar-warkan dan kenyataan Noh Omar itu menunjukkan beliau seorang pemimpin kosong, yang tidak mengerti apa-apa dan hanya tahu bercakap.

Inilah Bukti Pakatan Rakyat menggalakan 'pelacuran' di Selangor

Bukankah pelacuran bercambah di Selangor sekarang ni di bawah Pakatan Rakyat? 
 
Bukankah Ronnie Liu bertanggungjawab membanyakkan pusat2 pelacuran yang menyamar jadi pusat urut di Selangor? 

Tapi, kenapa MPSJ menjalankan operasi benteras pusat2 urut pulak ni?

Kalau mengikut laporan Sinar Harian di bawah ni, pusat2 urut di dalam jajahan MPSJ telah diserbu malam hari itu. 

KLIK IMEJ

  
Bukankah MPSJ ni di bawah penguasaan Ronnie Liu (NOTA: bapa Ronnie Liu ini adalah pengundi PAS sejak zaman berzaman).  

'Rakyat Kedah suka Kerajaan Negeri sekarang'




ALOR SETAR – Penduduk Kedah kini ‘suka’ dengan pemerintahn yang dijalankan oleh kerajaan negeri sekarang kerana kerajaan negeri sekarang mementingkan pembangunan fizikal dan rohani secara serentak ditambah pula dengan rekod sifar rasuah.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, orang Kedah suka kerajaan negeri sekarang memerintah kerana menolak rasuh dan sejak merdeka rakyat sudah penat dengan gejala rasuah dan sebagainya. Selain itu, hasil balak Kedah kini juga sudah mencapai RM80 juta setahun.

Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini.

“Alhamdulillah perjalanan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjalan dengan lancar dan dijangakan hujung tahun ini siap. Bayangkan kita hanya kerajaan negeri bukan pusat tapi kita mampu membina sebuah universiti walaupun tanpa bantuan pusat satu sen pun,” ujarnya.

“Kini banyak negara nak hantar pelajar mereka untuk belajar di KUIN dan ada di antara mereka yang ditolak demi memberi kepentingan kepada rakyat tempatan. Jika nak dibandingkan dengan pemerintahan yang lepas apa mereka buat,” soalnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...