oleh aspan alias
Selangor tidak akan membubarkan
Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau
sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan
negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran Parlimen
seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang lalu.
Kita sudah mendengar pendirian
dari Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya
mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu
respon P Pinang dalam hal ini.
Sesungguhnya Selangor adalah
salah sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan
negeri itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada
pihak lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang
berdaulat itu.
Pendirian negeri Selangor iru
bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan
dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan kembali berkuasa
dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah dilihat sebelum
ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu pengundi yang
dipersoalkan ‘ligitimacy’nya sebagai pengundi.