TERKINI :

Thursday, September 13, 2012

UMNO ibarat pencuri yg menjerit.. Tolong Pencuri...Pencuri...Pencuri...

IMBAS KEMBALI…..

Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.

Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.

Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?

Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.

“Tak payah lah guna istilah ‘ketirisan’ lah atau ‘leakage’ lah. Ini apa ni.. cakap saja curi!,”

Syaitan Dikenali...Berani anda serah anak dara pada perogol yang kita kenali...?


Sokong BN seperti duduk dalam gelap -Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam, kata Dr Badrulamin Baharon.

SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Badrulamin Baharon menyifatkan orang masih menyokong Barisan Nasional (BN) adalah orang yang duduk di dalam kegelapan.

“Pakatan Rakyat tawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat daripada BN. Kita (Pakatan Rakyat) sudah berjanji akan menurunkan harga minyak jika kita memerintah kerajaan pusat nanti. Kita juga berjanji akan menurunkan harga kereta. Tetapi kenapa ada orang yang masih tidak suka kita?

“Nak juga harga minyak mahal, nak juga harga kereta mahal. ‘We have better offer than BN’. Tetapi ada orang yang masih mahu menyokong BN.“Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam,” kata Badrulamin di majlis makan malam anjuran PKR di Seremban malam kelmarin.

Kuliah Maghrib - MUFTI Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?

Mufti di M’sia: Bekerja untuk Umno atau Tuhan?
Mendiamkan diri dan tidak ambil peduli bagi mufti UMNO-BN adalah suatu kebiasaan di negara ini. Mereka hanya akan menerima arahan dari ketua politik sahaja.
Namun, merekalah yang arif dan sepatutnya menegakkan apa yang hak dan memainkan peranan dalam menjauhi kemungkaran dalam masyarakat. Tetapi, hanya segelintir sahaja yang pernah meluahkan kebimbangan terhadap masalah sosial dan rasuah yang berlaku di depan mata mereka. Setiap hari, penipuan dilaporkan dalam berita. Kes-kes yang melibatkan menteri tertinggi telah dibongkar dan menjadi rahsia yang terbuka.
Walaupun begitu, mufti yang dilantik UMNO ini tetap berdiam diri. Mereka malah menahan diri dari menegur. Namun, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan ketua mereka dan memberi penjelasan yang diperlukan-walaupun ia tidak logik dan masuk akal-bagi perbuatan korup dan kesalahan ketua mereka.

Cuba tengok.. kjaan PR nak jual kereta murah.. pengedar sokong..mai puak umno tak sokong..

Persatuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta. 
 
Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.

“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya.

Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.

Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.

Dah dapat pengerusi 'porno' maka pemikiran pun kira campur laki pompuan tu biasa laa!!

Adakah UMNO setuju tandas unisex campur lelaki perempuan cadangan MCA?



Oleh Pakdee Jantan

MCA mengutuk tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu/Islam di kampung-kampung yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan dalam majlis kenduri kendara.

Walaupun pemisahan khemah mengikut gender ini telah berlangsung sejak beratus tahun di kalangan masyarakat Melayu yang kuat pegangan Islamnya, namun ia ditentang habis-habisan oleh MCA yang mendesak amalan itu dihapuskan. Maka UMNO dengan penuh ketakutan tak akan berani mengangkat suara untuk membantah cadangan MCA itu.

Apakah selepas ini MCA akan mendesak pula supaya tandas lelaki dan wanita dihapuskan, pakai campur satu tandas saja. Lepas itu tidak mustahil pula kalau MCA akan desak supaya orang Islam yang bersolat jamaah pun jangan dipisahkan lelaki perempuan maksudnya dalam satu saf tu bercampur lelaki perempuan. Apakah mustahil kalau UMNO akan mengikut arahan 'tuan besar' mereka MCA itu demi untuk mendapatkan sokongan dan undi dari orang MCA dalam pilihanraya?

Sesudah di terajang sampai nak mampos hari nie hangpa mengaku..baguih sungguh

Polis akui serangan terhadap peserta himpunan Bersih dan wartawan ‘tak bertanggungjawab’

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Seorang pegawai polis veteran hari ini mengakui serangan terhadap peserta dan wartawan oleh polis semasa himpunan Bersih pada 28 April lalu sebagai “hina, tak bertamadun dan tidak boleh diterima”.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa membuat pengakuan tersebut didalam inkuiri dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke atas himpunan reformasi pilihanraya 28 April lalu yang telah dicemari insiden ganas dan kelam kabut.

Beliau turut memberitahu SUHAKAM bahawa polis sepatutnya tidak boleh menahan peserta yang bersurai dengan menarik mereka keluar daripada restoran.

“Tindakan ini sangat hina, tak beradab dan sama sekali tidak boleh diterima. Saya akan siasat dan ambil tindakan,” kata Khairi.

Khairi juga menambah peranan media telah diakui sejak lama dulu lagi dan polis sepatutnya tidak mengganggu mereka kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diberi.

“Semasa taklimat pada hari tersebut, saya memberitahu mereka kepada bahawa wartawan hanya menjalankan tugas mereka. Saya juga berpesan jangan mengasari mereka kerana ia akan mencalar imej polis,” katanya lagi.

MCA kurang ajaq.. DAP pun tak pertikai macam nie.. UMNO tengok saja..

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam 

KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula.

“MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu,” kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily.

MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran.

Seperti yang lazim, PAS Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan kaunter makanan mengikut gender tetapi para pengunjung boleh duduk di mana-mana meja saja.

[Video & Gambar] Debat isu Talam - Di sebalik cerita Utusan Malaysia

DEBAT Gagal: MCA takut berdepan dengan wakil Pakatan Rakyat

Kerata laporan UTUSAN.. [KLIK SINI]
KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER: Datuk Chua Tee Yong yang juga merupakan ahli Parlimen Labis, hari ini menolak empat orang wakil yang dilantik oleh Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai jurucakap beliau berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ketika sidang medianya, beliau percaya perdebatan hari ini hanya berunsur politik semata-mata.

“Sebenarnya beliau tidak ikhlas untuk mengetahui isu Talam dan beliau hanya ingin main politik”. Kata Pua lagi.

Jelas Pua, perdebatan yang dikatakan oleh Datuk Chua di Labis pada masa yang sama mengenai isu ini tidak benar sama sekali, kerana perdebatan tersebut  telah diadakan pada malam Ahad yang lepas.

“Perdebatan tersebut sebenarnya tidak langsung dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid sebelum acara perdebatan tersebut”, katanya lagi.

Tambah Pua lagi perdebatan malam ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat, supaya rakyat tahu apakah sebenar yang berlaku bagi isu Talam yang cuba dimainkan oleh UMNO Barisan Nasional dan MCA terutamanya Datuk Chua sendiri.

Towkey Ikan Bakaq Sekinchan dah merayu jangan pulau kedai dia lagi..!!!

Panas ! Towkey Ikan Bakar Sekinchan dah Kantoi...Mohon Maaf kepada Pelanggan Semua...


Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.

Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .

KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.

Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.

Anwar Ibrahim: Isu Talam, Salah Siapa?


Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13

oleh Aspan Alias

Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi ‘kuda pelejang’ pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat ‘complicated’ dalam UMNO itu.
Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti.

[Video] Anwar - suruh MACC buka file saya..jika salah mai tangkap..!!


Anwar Ibrahim: Isu 3 Billion, Saya Nak Cabar MACC Buka Balik Fail Itu

selepas ini ramailah rakyat Malaysia berbondong-bondong akan menyaman kerajaaan Malaysia bila monifesto tak tertunai...!!!

Ada-ada aje: Saman Manifesto macam menarik sahaja

 
Jika 711 rakyat Selangor berjaya menyaman kerajaan Selangor kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto PR dalam pru 2008 lalu. Maka selepas ini ramailah rakyat Malaysia berbondong-bondong akan menyaman kerajaaan Malaysia lah sejak 1970 hingga kini UBN memerintah Malaysia.

Penuhlah mahkamah Malaysia dengan kes-kes saman menyaman manifesto yang dijanjikan tetapi tidak ditunai. Selepas itu, perkembangan politik negara akan jadi lebih menarik, rakyat dapat pula buat duit lah... selama hari ini pemimpin sahaja , terima kasih kerajaan BN...wow

Maka dengan ini badan kehakiman negara kita didaulatkan, tetapi bolehkah badan judiasari ini bebas daripada campurtangan badan eksekutif negara ? masa sahaja yang menentukan jawapannya.

[Video] Baru minggu orentasi U dah terkinja-kinja dengan gangnam style..!!

Mahasiswa di sebuah universiti di utara telah melakukan tarian "Gangnam Style" yang jelas sekali menjolok mata pada Malam Apresiasi Seni Minggu Suai Kenal.

Sangat mendukacitakan kerana mahasiswa/i yang baru nak mengenali alam kampus sudah dihidangkan hiburan yang melalaikan seperti ini, bukan dengan hiburan yang mendekatkan lagi dengan Allah.
Mahasiswa sekarang belum merdeka, pemikiran mereka jelas masih dijajah. Inilah kesan yang berlaku jika pihak atasan dan perwakilan pelajar gagal menterjemahkan ajaran islam yang sebenar, sedangkan mereka berautoriti untuk melakukannya.

Bukti kebenaran kata-kata Dr. Mahathir?


Blog Mutaligat tulis:
Sudah lama juga Umno tidak mengacau ceramah PAS di Bukit Katil. Seingat kami ceramah Tamrin dan Mahfuz di Kg Bukit Katil dalam bulan puasa baru-baru ini pun tidak diganggu.

Namun sebaik sahaja puasa tamat, Umno kembali buat perangai tidak bertamadun dan kebudak-budakan menganggu ceramah PAS di Kg Bukit Palah malam tadi.


Sejak dari awal lagi Umno memasang khemah hanya kira-kira 100 meter dari tapak ceramah PAS. Memang khianat dan jahat puak-puak UMno. Memang layaklah Dr Mahathir menggelarkan Umno/BN sebagai Syaitan yang dikenali. -
Mutaligat.
Semua orang sedia maklum baru-baru ni Dr. Mahathir ada keluarkan satu 
statement yang sangat sensasi lagi kontroversi. Dr. Mahathir kata BN tu 
macam syaitan. Kecuali la yang cuna harapkan berita dari TV dan Utusan 
memang taktau kut.

Kedah sanggup terima Import janji menang..!!

Azizan: Kedah sedia terima calon import


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

ALOR SETAR - Pas Kedah tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya calon sedia ada tidak berkualiti dan mendapat persetujuan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, untuk memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) Kedah, tidak mustahil keputusan hanya akan diputuskan di saat akhir.

“Mungkin kita import calon luar Kedah jika mahukan yang berkualiti, namun terpulang pada pucuk pimpinan parti. Jika ada calon layak berlambak di Kedah, tak kan nak import lagi. Namun sebarang kemungkinan tetap ada,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, sejarah membuktikan, calon luar juga berpotensi menang sekiranya tiada calon sesuai layak diketengahkan di kawasan tertentu.

Program larian kitar semula tawar hadiah motorsikal untuk cabutan bertuah


ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan menganjurkan Program Larian Kitar Semula dan Habitat 2012 pada 17 November ini bertempat di Stadium Darul Aman dan pelepasan akan diadakan pada jam 7.30 pagi.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PPSPPA sejak tahun lepas. Ianya diadakan serentak di setiap negeri di seluruh Malaysia. Penyertaan terbuka untuk kategori pelajar sekolah, remaja, dewasa dan veteran. Syarat penyertaan larian ini adalah peserta perlu membawa lima naskah surat khabar atau 10 botol plastik bersama penutup atau 10 kotak tetrapek atau 10 tin minuman. Setiap peserta akan diberikan kemeja T dan sijil penyertaan.

Hadiah wang tunai dan cabutan bertuah berupa motosikal serta  hadiah lain turut disediakan.

Tarikh tutup permohonan pada 10 Oktober 2012. Pendaftararn dibuka secara online melalui www.ppsppa.gov.my atau terus pergi ke pejabat negeri PPSPPA cawangan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-22459393




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...