TERKINI :

Wednesday, September 12, 2012

Nak lari mana..kan dah kantoi.. tu laa syok sangat dok baling cat tu..lanie dah kantoi..suruh la UMNO bela hang skrg nie..??

Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan
 

Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.
Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)

Isu Nasa - Anwar & PKR relax je trima keputusan PAS tapi yang dok melatah jiran sebelah..apa kejadahnya pulak..??

Anwar: PKR hormati keputusan Majlis Syura, isu Nasha 'hak peribadi Pas'
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa, yang diputuskan Ahad lalu, dan tidak akan mencampuri urusan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan Majlis Syura yang tidak membincangkan isu Nasharudin perlu dihormati dan ia adalah hak Pas untuk menentukan sebarang keputusan.

"PKR tidak akan campur tangan ke atas sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Syura kerana itu hak peribadi mereka," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

UMNO: Bermasalah dengan rakyat, bermasalah sesama sendiri

oleh Aspan Alias

Saya hendak menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam. Saya telah membuat komen tentang pandangan Dr M yang Pakatan Rakyat akan memerintah lama jika menang dalam pilihanraya yang ke-13 nanti. Pandangan itu adalah pandangan yang sangat natural. Jika PR diberikan mandat ke Putrajaya, rakyat akan selalunya memberikan setidak-tidaknya dua penggal untuk memerintah.
Dalam pada itu UMNO dan BN yang menjadi pembangkang pula mempunyai masa untuk memperbaiki diri dan belajar menjauhi diri dari segala dosa dan noda yang telah mereka lakukan terhadap rakyat. Pakatan Rakyat pula akan menjadi perhatian rakyat dan sebagai sebuah komponen yang telah melalui liku-liku yang memeritkan untuk memperbaiki siasah dan politik negara tentalah PR akan lebih berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran negara.
Rakyat semakin hari semakin pandai dan matang dan PR tentulah bersedia untuk melengkapkan diri untuk mentadbir rakyat yang kian hari kian celek dalam segala-galanya. Dengan itu akan wujudlah sistem dua parti yang akan memberikan rakyat segala kuasa penentu untuk masa depan negara.
Tetapi apa yang dikatakan oleh Dr M yang PR akan memerintah lama itu ada kebenarannya. UMNO yang tidak pernah duduk di kerusi pembangkang amat susah untuk memperbaiki diri kerana mereka tidak pernah merasakan kesusahan. Saya selalu membandingkan nilai di antara pembangkan seperti PAS bersama DAP itu dengan UMNO ibarat ‘ayam kampung dengan ayam daging’..

Calon PRU: MB Kedah enggan campur tangan

Azizan Abdul Razak
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk memuktamadkan calon Pas Kedah yang layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Pusat dan pemimpin yang paling layak untuk mengulas isu berkaitan calon PRU13 adalah pemimpin Pusat.

“Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon Pas Kedah, yang paling layak ialah pemimpin Pas Pusat,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang menyebut bahawa Pas sudah selesai memuktamadkan calon PRU13, di mana 95 peratus daripadanya mendapat persetujuan Majlis Syura.

Menurutnya, buat masa ini, beliau lebih gemar berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh Pas Pusat.

Program Kuliah Ustaz Azhar Idrus, Penganjur Terima Surat Ini Mufti Negeri Perak... Jom Terjah!!!

Air percuma: Khalid sedia berdepan saman

Harakahdaily, 12 Sep 2012


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik portal Selangorku berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.

Beliau mengulas isu 711 pengguna air di negeri itu yang memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

FGVH: Tahniah KWSP kerana 'pintar' membeli

Dr. Dzulkefly Ahmad, 12 Sep 2012

Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti 'prinsip keramat pelaburan': 'buy low, sell high', (beli murah,jual mahal) saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini?

KWSP sebagai salah satu 'pelabur asas' FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.

Jelasnya, harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong mengalami kejatuhan lebih teruk akibat kebimbangan harga komoditi ini.

KL Kepong turun 4% dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya 1% berbanding FGV yang turun sebanyak 12 %. Untuk pengetahuan umum, saham Facebook, pensenaraian terbesar di dunia telah mengalaminkemorosotan harga ke paras lebih 50% dari harga IPO- pensenaraiannya.

PR dan BN: Sama Tapi Berbeza

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai persamaan pada perkara-perkara pokok kenegaraan.
Perbezaan yang wujud adalah mengenai pendekatan prinsip pemerintahan dan soal demokrasi.
Secara ringkasnya “Ada lima yang sama dan ada lima yang berbeza di antara PR dan BN.”

Lima Persamaan Pokok
  1. Lima persamaan yang wujud adalah dimana kedua-dua gagasan politik ini sama pendirian di dalam tiang-tiang kenegaraan iaitu: Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi;
  2. Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara;
  3. Islam sebagai agama rasmi;
  4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
  5. dan Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk bumiputera.

Rakyat harus sedar bahawa kelima-lima tiang-tiang ini terpelihara dan tidak berubah tidak kira siapa yang memerintah di Putrajaya.

Oleh demikian, tidak perlu lagi mana-mana pihak cuba menimbulkan sengketa melalui media, ceramah atau tulisan yang mahu melagakan kedua-dua gagasan politik ini mengenai lima perkara pokok yang menjadi persamaan.

Malah tumpuan sebarang perbincangan atau perdebatan hendaklah berkisar kepada lima perbezaan yang memisahkan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Akai pendebat terbaik tahap nie jelah produk UMNO BN.. tahap pencacai ja hujah nya..!!

Inilah individu yang menyakitkan hati orang sabah dan sarawak ek?

Hebat orangnya. Budak yusri neh bukan calang2 orang. Pendebat terbaik lagi. Ko ada? Aku takde.

Wakakaka..

Apa yang membuatkan orang sabah dan sarawak marah kat dia sekarang neh ialah dia mengeluarkan hujah2 yang menguriskan ahti orang2 sabah dan sarawak. Nak tahu apa dia? Baca kat bawah neh ;

Pada hari Ahad yang lalu dalam program TV1 Bicara Kampus; salah seorang panel iaitu Md Yusri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah mencetuskan api kemarahan orang Sarawak kerana mengatakan:-

1. Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada Semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung

2. 5% royalti minyak itu lebih baik untuk Sabah Sarawak daripada tiada langsung diberikan oleh Kerajaan Persekutuan

3. Sarawak adalah sebuah negeri maju kerana wujudnya restoren makanan segera McDonald di Kuching

4. Jangan salahkan orang semenanjung mengambil peluang pekerjaan yang ada kerana orang Sabah Sarawak lebih gemar untuk menjadi PETANI dan NELAYAN?


Mahathir Pinjam Dana Yahudi Dari Bank Dunia Ok jaa...!

Dalam kempen terbaru UMNO dan Barisan Nasional memburukkan SUARAM sekaligus cuba mengaitkan PKR kononnya mendapat bantuan George Soros. 

Tiba-tiba Tulang Besi teringat rekod Bank Dunia. Bahawasanya pada tahun 1998, semasa Dr Mahathir masih Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pinjaman berjumlah USD2.1billion telah dibuat oleh Dr Mahathir kepada Bank Dunia. 

Memandangkan Bank Dunia ini dianggap sebagai sumber kewangan Yahudi oleh UMNO, maka ia bermakna Dr Mahathir telah meminjam USD2.1 billion dana Yahudi untuk Malaysia. 

Berbeza dengan tuduhan UMNO kononnya PKR mendapat kewangan dari George Soros yang tiada bukti sama sekali, yang ini ada bukti bertulis yang jelas lagi terang.

ADUAN UNTUK MAJLIS DAERAH YAN


Calon PAS Kedah.. Segak di luaq nak melingkop di dalam...


Masa balik raya tempohari waktu pie makan kenduri kat rumah pak menakan di jitra depa dok kata bahawa ada orang dok susun macam main chess setiap calon di Kedah. Nie calon PAS saja tak masuk PKR & DAP...

Depakata puak yang dok buat dia ada kabel besaq dengan orang atas. Dulu pada tahun 2008 bab calon tak ada dok pikiaq orang hang orang aku punmain lawan saja namun mai tahun 2012 dia dah jadi lain... Mungkinlah ini dikatakan ujian kemenangan....

Puak-puak nie dengaq kata bukan main semangat dok susun calon depa sampai sanggup membelakangkan mesyuarat PAS kawasan memilih calon mereka sampai sanggup turun kesetiap cawangan berjumpa ketuanya untuk ambik tanda tangan kata depa tak setuju denga calon kawasan pilih...

Ini belum lagi menolak sana menarik sini calon yang mereka suka....semua ini bila berlaku akan mengakibatkan ketidak puasan permainan ini dimainkan...

Video terbaru semakin panas di Alor Setar

Ramai-ramai pakat dok kerumun apa tuu??? Jom terjah!...


Oleh Saiburi Sudin

Pakat dok kerumun ramai-ramai tengok apa tu? Pertunjukan ulag sawa orang juai ubat?  Atau video lucah China Doll dengan pelakon Siam berwajah Anwar part II?

Mai kita tengok dari arah tepi pulak.. Haa, baru nampak jelas.

Anwar Ibrahim : Ini Pilihanraya Akhir UMNO BN Sebagai Pemerintah Di Malaysia


Nak aman lagu mana.. budak-budak lagi dah jadi pencuri..!!

Polis lumpuh geng curi motosikal didalangi pelajar 



MOHD. Ismail Ibrahim (dua dari kiri) melihat rangka motosikal yang ditemui semula pada sidang media di Sik, semalam.

SIK 10 Sept. - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dianggotai pelajar sekolah setelah menahan dua remaja di Kampung Belakang Sekolah, Batu Lima di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, dalam tangkapan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Ogos lalu itu, pihaknya menahan suspek yang juga merupakan pelajar sekolah berusia 14 dan 16 tahun semasa meleraikan komponen motosikal di sebuah rumah di kampung berkenaan.

Katanya, turut ditemui adalah rangka 31 buah motosikal ienis Honda EX-5 yang dilaporkan dicuri.

"Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis yang diketuai Inspektor Azizah Abd. Aziz telah melakukan serbuan di rumah berkenaan.

"Semasa polis tiba, kedua-dua pelajar ini sedang leka meleraikan komponen motorsikal yang dicuri mereka di Kampung Sena, Sik beberapa minggu lalu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ya Allah ketemuilah adik ini semula di negara yang aman ini..!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...