TERKINI :

Tuesday, September 11, 2012

Mana PERKASA mana UMNO nie SULTAN JOHOR dah murka kat puak beli barang tentera kecoh..tak mau demo kaa..???

Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini.

"Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ismail Ibrahim yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak membekalkan peralatan kurang bermutu tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda.

Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.

Tu dia aihhh Konvensyen PR di Bukit Jalil la pulak..best best best....

Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok.

"Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

"Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya.

Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.

Namum, jika kerajaan gagal mengotakan janji tersebut mereka maka janji ditepati perlu ditukar kepada janji dimungkari, jelas beliau.

Projek Kerajaan BN RM23juta untuk Skim pengairan apa sudah jadi..???

PANASS DI PADANG TERAP ! ...

Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal..Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.

Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik?

ada Video & Keratan Surat Habaq bawah nie...

Tanya BN semua tak praktikal la bangrap la sedangkan duit telah hilang RM3.5billion bila bagi AP tak telus

Negara hilang RM3.5 bilion akibat pemberian AP tidak telus, kata PKR


Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan Negara. — Gambar file

PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan untuk melaksanakan tender terbuka ke atas pengagihan permit import kereta (AP) dengan mendakwa negara hilang RM3.5 bilion akibat amalan agihan tidak telus.

Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan negara, berbanding dengan kaedah ketika ini yang digunakan oleh kerajaan yang menyebabkan negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3b hingga RM3.5b setiap tahun.

Rafizi turut mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja kepada kepada setiap AP dan baki keuntungan selebihnya dikaut oleh kroni akibat dasar tidak telus ini.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

“Sebelum 2009, pemberian AP hanya diberikan percuma terutamanya kepada kroni. Selepas 2009 ekoran desakan daripada orang awam, setiap AP dikenakan caj tetap RM10,000,” tambah Rafizi lagi.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

Pakatan akan pisahkan kuasa PM-Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memastikan jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tidak dipegang oleh individu sama jika diberi mandat memerintah negara kelak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pengasingan kuasa itu bagi memastikan kedua-dua pihak masing-masing boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas khususnya dalam menangani krisis ekonomi global yang sedang berlaku.

"Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah tumpuan kepada kerja dan tanggungjawab, yang mana Menteri Kewangan terpaksa menumpukan tugas untuk menyelamatkan parti dari urusan kewangan negara.

"Tindakan pengasingan kuasa ini akan kita laksanakan apabila Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti, ini bukan cadangan tapi akan dilaksanakan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Amalan Perdana Menteri memegang portfolia kewangan serentak katanya telah bermula sejak zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2008 yang ketika itu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Macamana la pulak kes nya kalau depa baling teloq buruk kat keta Najib..ada bukti pun duk siasat lagi..????

Penghulu Mukim, JKKK Dan AJK Umno Jasin Antara Terlibat Serangan Ke Atas Bas Jelajah Merdeka Rakyat 


SEREMBAN - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.

Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.

“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.

“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.

“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.

Tu dia aihh Kaya laa orang TOBIAR macam nie..!!

Tobiar lubuk harta karun?
Tobiar lubuk harta karun?
Mukim Tobiar yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri.
 
PENDANG  –  Bagi yang tidak mengenali Mukim Tobiar, pasti akan beranggapan tiada apa yang istimewa namun sebaliknya mukim itu menyimpan sejarahnya tersendiri satu ketika dahulu.

Sinar Harian difahamkan, tempat itu  dikenali sebagai lubuk harta karun atau sebagai pengkalan duit oleh penduduk kawasan terbabit.

Penduduk, Rozali Zakaria, 78, mendakwa, perkataan Tobiar itu adalah perkataan dari bahasa Siam yang bermaksud pengkalan duit dan lubuk harta karun memandangkan kawasan itu diduduki penduduk berbangsa Melayu
yang fasih berkomunikasi dalam bahasa Siam.

“Tobiar kini dijadikan salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Pendang.

“Nama itu kini begitu terkenal di daerah Pendang, namun bagi penduduk generasi baru mereka tidak mengetahui mengenai sejarah dan asal-usul kampung ini yang boleh dikatakan begitu menarik,” katanya.

[Saham Felda Jatuh] KWSP sekali lagi penyelamat kerja bodoh kerajaan BN..


Tatau nak cakap apa dah. Ulas lebih2 kang ada plak yang mengamok cakap heyy ko tak reti bab saham dediam sudah la. Padahal kita hanya bercakap apa yang berita laporkan. Itupun ada orang yang panas tak pasal2. 

Instead of marahkan berita yang melaporkan, dia marah pula kita sebab asyik bercerita pasal saham felda jek. Alahai benda neh maklumat umum. Tak suka orang bercakap mengenainya ataupun tak boleh terima bila orang pongpang2 pasal saham felda, jangan buka facebook dan twitter beb. Itupun nak kena ajar ke? Apa pun tak boleh.

Baca berita kat bawah neh beb ;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.
Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.

Saya setuju.... Dr M kata PR akan memerintah selama-lamanya...

Jumaat lepas Mahathir telah bercakap lagi, kali ini di Lembah Pantai. Walaupun usia sudah begitu lanjut Dr M tetap mundar-mandir berkempen untuk kemenangan BN dalam pilihan raya nanti. Mahathir tidak ada masa untuk menjadi seorang negarawan tetapi beliau tetap seorang ahli politik semata-mata. Tetapi itu pilihan beliau sendiri.

Dr Mahathir berkata jika Pakatan Rakyat memerintah ia akan memerintah sampai bila-bila dan tidak akan berpeluang lagi bagi BN untuk kembali ke Putrajaya jika rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat kali ini. 

Apa yang diperkatakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya. Kata Dr M jika Pakatan memerintah ia akan memerintah buat selama-lamanya.

Belajar melalui kesilapan dan kesalahan orang lain merupakan cara pembelajaran yang paling baik kerana ia tidak melibatkan pihak sendiri dalam proses pembelajaran itu. Tindakan Mahathir keluar berkempen ini merupakan satu petanda yang BN berada di dalam keadaan terdesak. Pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling sengit pernah dialami oleh BN sejak dahulu.

Jika Mahathir terus keluar berkempen ianya memberikan semangat yang kuat untuk rakyat membantu Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara. Ianya menandakan yang PR hanya perlu sedikit sahaja usaha lagi untuk mengambil alih Putrajaya itu.

Fitnah Terbaru Blogger Upahan UMNO: Ini Jawapannya...


Sebelum itu ini artikal dari blogger UMNO :

EKSKLUSIF TERHANGAT DARI KEDAH..!!! BUKTI KRONI AZIZAN DIBERI PROJEK BALAK JUTAAN RINGGIT..!!!


Fitnah UMNO Kepada MB: Inilah Jawapan Saya Setakat Ini...

Hari ini MBI panggil semua Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang berada di bawahnya, dan dibuat penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat dari pagi hingga petang. Saya menunggu hingga jam 7 malam untuk mendapat laporan dan maklumat tambahan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh beberapa blog UMNO beberapa hari lalu.

Petang khamis lalu, sewaktu menjanjikan jawapan itu, CEO MBI ada memberi penjelasan ringkas setakat yang berada dalam pengetahuannya daripada maklumat yang digali daripada fail projek itu. Kerana saya sudah berjanji untuk cuba memberikan jawapan selepas Isnin, maka saya perturunkan dulu apa yang saya ada, sebelum MBI memberikan maklumat detail terhadap persoalan itu jika ada!

Jangan dok percaya la puak jemuan nie TUANKU.. kes beli teropong pon tak selesai lagi...

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Awas jika nak memasuki TOILET di negara yang aman ini..!!!

Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti

Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
  
"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.
  
Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit  meminta pertolongan.
  

[#Pesanan] Jika PENCURI masuk rumah anda PASTIKAN anda BELASAH jangan bagi MATI..jika tidak...

Pelajar belasah penceroboh asrama dibebas sebulan dengan jaminan polis

Pencuri maut dibelasah pelajar
Mangsa maut dibelasah sekumpulan pelajar asrama di sebuah sekolah agama persendirian selepas pemeriksaan menemui beberapa barang dipercayai dicuri mangsa.
 
ALOR SETAR-Lapan pelajar lelaki sebuah sekolah agama persendirian yang ditahan reman hingga lima September lalu berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian dibebas dengan jaminan polis selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, setakat ini mereka dijamin polis dan belum dituduh kerana pihak pendakwaan masih dalam proses melengkapkan siasatan dalam tempoh berkenaan.

Sebelum ini pelajar berkenaan ditahan reman selama tujuh hari mulai 30 Ogos lalu sehingga 5 September untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Pada 30 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipukul sekumpulan pelajar apabila menyedari mangsa memecah masuk asrama sebuah sekolah agama persendirian di sini awal pagi hari sebelumnya.

19 jabatan/agensi telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kedah untuk dinilai

ALOR SETAR - Sebanyak 19 jabatan/agensi telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kedah untuk dinilai di bawah Program Indeks Akauntabiliti bagi tahun ini.

Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali berkata, ketua-ketua jabatan/agensi perlu mengambil tahu apakah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan pasukan naziran Bendahari Negeri termasuklah saranan-saranannya.

“Pastikan sembilan kawalan dalam pengurusan kewangan ini dilaksanakan sebaik-baiknya dengan memfokuskan terhadap tindakan-tindakan pembetulan yang ditetapkan deadline dan mengenal pasti dengan jelas siapa yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Index Akauntabiliti 2011 di Hotel Holiday Villa, di sini.

Menurutnya, indeks akauntabiliti ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan ia mengukur pencapaian jabatan/agensi Kerajaan Negeri dari segi pematuhan kepada dasar, peraturan dan prosedur kewangan.

“Taraf pematuhan yang tinggi bermakna pengurusan kewangan jabatan/agensi itu cemerlang (empat bintang) dan sekiranya memperolehi satu bintang bermakna pengurusan kewangannya tidak memuaskan,” katanya.

Beliau memberitahu, penilaian pada tujuan berkenaan adalah kerana markah diberi terhadap indikator-indikator yang ditetapkan bagi sesuatu aspek atau kawalan dalam pengurusan kewangan itu.

Jitra - Awat la masalah banjir dari Zaman JEPUN nie tak boleh selesai... Tok Ketua tak reti pikiaq kaa..???

Jitra dilanda banjir teruk

Kalidas (kanan) bersama penduduk ketika air mula surut kira-kira jam 3.50 petang,
Kalidas (kanan) bersama penduduk ketika air mula surut kira-kira jam 3.50 petang,
Kalidas menunjukan air yang memasuki salah sebuah rumah penduduk.
Kalidas menunjukan air yang memasuki salah sebuah rumah penduduk.
 
JITRA – Seramai 68 keluarga Kampung Muhibah mula berasa resah setelah rumah mereka dinaiki air setinggi lebih satu meter dalam kejadian hujan lebat kira-kira 2.30 petang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Muhibah, Kalidas Munusami, 47 berkata, tidak sampai 30 minit hujan lebat, air sudah mula naik sehingga ke paras dada.

Katanya, kejadian banjir kilat hari ini (semalam) merupakan paling teruk dalam tahun ini dan boleh membahayakan nyawa kanak-kanak serta orang ramai.

“Kita minta Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tampil tolong atasi masalah banjir ini seberapa cepat yang boleh.

“Kita percaya banjir ini adalah berpunca daripada sistem perparitan utama di jalan Jitra menghala Alor Setar di mana ia menempatkan lorong perparitan yang sempit sejak zaman jajahan Jepun.

KUIN terus diberi kepercayaan pihak luar negara

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya mengendalikan Latihan Intensif Perbankan dan Kewangan Islam kepada kumpulan pertama dan kedua kepada kakitangan Bank Pusat Nigeria (CBN) pada April dan Mei lalu, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di bawah Pusat Kewangan, Perbankan Islam dan Keusahawanan Global (GCIBFE) terus diberi kepercayaan memberi latihan yang sama kepada kumpulan ketiga kakitangan CBN seramai tujuh orang.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Pengantarabangsaan dan Alumni INSANIAH, Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff. Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INSANIAH Holdings, Dr. Hj. Ramli Saad, Pengurus Besar GCIBFE, Tuan Hj. Besar Nawawi Ngah dan timbalannya, Dr. Bello Lawal Danbatta.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...