TERKINI :

Sunday, September 9, 2012

Alhamdulillah Lapotan Polis telah dilakukan untuk menyiasat perbuatan samseng di Melaka semalam..

4 Laprn Polis terhadap samseng & ahli UMNO yang ancam harta & nyawa smsa prog eidulfitri @KEADILAN Jasin - Shamsul Iskandar
Laporan polis telah dilakukan... jadi kita serah kepada pihak yang berkenaan siasat insiden tersebut.. Insya'allah kita yakin Polis dapat menyelesaikannya kerana kejadian lempaq cat itu berlaku siang hari dan juga didapati ada Polis berpakaian preman dalam golongan mereka yang melakukan provokasi tersebut.. ini berdasarkan dari kesah Pengawal Peribadi DSAI di tahan oleh polis-polis tersebut sewaktu insiden beliau mengeluarkan pistol.

Jadi sudah pasti Polis sudah memantau dari awal akan provokasi tersebut.. dengan itu ini akan memudahkan siasatan ini di selesaikan. Jadi kita harap mereka akan dapat selesaikan siasatan ini dengan pantas sepantas mana mereka menyelesaikan siasatan kes gambar PM Najib tempohari....

UTUSAN bohong lagi... kini depa fitnah sykt air Kedah pulak [SADA]

Pegawai SADA nafi berita daripada UTUSAN

Masalah Selesai dah... tak caya tengok bawah nie

Polis bersetuju dengan lagak ganas samseng yang menyerang bas Anwar

Seorang pengawal keselamatan Anwar terpaksa mengeluarkan pistolnya ketika bas Anwar ditahan oleh sekumpulan samseng upahan Umno di pertengahan jalan.

Tindakan nekad tersebut berlaku memandangkan serangan ganas oleh samseng upahan Umno kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Ini adalah kali kedua bas tersebut diserang.Tetapi kali kedua ini bas tersebut diserang secara terang-terang dengan lagak seolah-olah negara sudah tidak ada undang-undang.

Detik cemas takala bas itu ditahan dalam perjalanan oleh sekumpulan samseng seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam kerajaan yang bertamadun seperti Malaysia ini. Apakah budaya samseng sebegini mahu diserapkan sebagai budaya kita yang baru sahaja menyambut hari ulangtahun ke 55 tahun kemerdekaannya?

Amat pilu sekali, kerana ketika kejadian itu, dilaporkan telah sedia ada beberapa polis berpakian awam bersama di situ. Apakah tugas mereka hanya lihat dan menunggu hingga saat-saat cemas baru mahu bertindak?

Kenapa polis berpakaian awam ini hanya muncul dan bertindak untuk menangkap Pengawal Anwar yang terpaksa mengeluarkan senjata pistolnya ketika keadaan begitu gawat?

Nie dia Lepat habaq kat hangpa cara nak hentam Anwar....


Kalau Dr M sokong Najib....

oleh Aspan Alias

Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.
Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.

Pistol Itu Milik Sykt Keselamatan & Pegawai Terbabit Dibenarkan Bawanya Semasa Bertugas


SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.

"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai.

“Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.

Ada Polis SB sewaktu kejadian lempaq cat di Melaka...!!!

Rakyat cuma persoalkan kenapa sebegini boleh berlaku..?? Mana dia JANJI DEMOKRASI  yang dilaung-laungkan untuk semua rakyat berkempen..??


Anwar: Biar polis siasat isu senjata api

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

TPM salahkan Anwar bila lihat anak pompuan dia berpelok dengan jantan bukan mahram..!!

Anak Muhyiddin terpengaruh dengan pembangkang?


SEMALAM Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri tanpa rasa bersalah melontarkan fitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) menyarankan rakyat agar menyokong seks bebas rujuk sini [seks bebas].

Beliau nampaknya cuba menyalahkan pembangkang apabila anak perempuannya sendiri mengamalkan pergaulan bebas.

Anak perempuan beliau yang terkenal sebagai penyanyi yang sihat dan seksi tanpa rasa segan silu bergambar sambil berpelukan dengan lelaki bukan mahram disiarkan di facebook untuk tatapan ramai.


Ulamak Muda UMNO tak ajaq kaa anak buah depa nie adab-adab dalam Masjid



Kami bab kasut nie maleh nak ambik port bro..sbb ini dah masuk part 3,4,5 dah bab utama skrg apasal bantahan mereka sampai tahap terpekik terlolong di dalam kwsn masjid tu bro.. jika tak mau hormat tok imam dan anwar kenalah ada sikit dalam hati tu hormat akan rumah Allah... bab tak puas hati kpd mereka boleh suarakan bantahan dan pergi buat report kat jabatan agama biaq tok imam dan anwar dikenakan tindakan....nie tak dok terpekik terlolong dalam kawasan masjid tu buat apa.... bab nie Ulamak Muda Tak AJAQ kaa....

Antara Politik Biadap, Tayang Punggung dan Hukuman Antara Dua Darjat..!!




KOMENTAR – Aksi yang sama, namun hukuman berbeza. Bezanya mereka menyokong pemimpin kerajaan sementara pihak sana menunjukkan protes kepada pimpinan kerajaan.

Tiada siapa dapat menafikan aksi ‘tayangan punggung’ sebagai satu tindakan biadap dan menyalahi adat ketimuran nusantara yang didukung oleh masyarakat kita.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini, soal hukuman yang nyata berat sebelah dan dirasakan tidak wajar dihadapi oleh kedua-dua pihak.

Memang benar aksi biadap tersebut nyata tidak mencerminkan budaya rakyat merdeka dalam negara tercinta ini tidak kira pada ketika itu disaksikan beratus penyokong disekeliling mahupun kumpulan sendiri.

Mat Bashah anggap selesai... betoi ka selesai ???

Umno Kedah: Kemelut Sg Petani dianggap selesai

Kemelut Umno bahagian Sungai Petani dianggap selesai apabila Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju mengembalikan kuasa pentadbiran sejak mengambil alih tahun lepas kepada jawatankuasa bahagian itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kelancaran persidangan perwakilan bahagian itu hari ini tanpa sebarang pertikaian atau masalah mencerminkan masalah bahagian telah diselesaikan.

"Saya gembira melihat semua pimpinan bahagian dan bekas pemimpin dapat duduk semeja. Dengan perkembangan ini, saya yakin kita dapat hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa masalah.

"Persiapan dan kerjasama semua ahli supaya mesyuarat ini lancar menyebabkan saya tidak teragak-agak menyerah kembali pentadbirannya kepada jawatankuasa bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian itu di Institut Kemahiran Mara (IKM), di Sungai Petani hari ini.

[Pusat Hiburan] TAHNIAH... habaq lagi tangmana di Kedah nie utk kita suruh POLIS pie serbu..


ALOR SETAR - Sebanyak 59 set komputer dan 38 mesin simulator yang dirampas pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan di sebuah bangunan berhampiran Lebuh Raya Darul Aman.

Jurucakap polis berkata, serbuan pada jam 3 petang melibatkan 12 anggota dan dua pegawai.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat orang awam berhubung kegiatan perjudian di kawasan berkenaan.

“Sewaktu serbuan, terdapat 14 pelanggan sedang leka bermain mesin itu manakala dua wanita berusia 18 tahun dan 30- an adalah penjaga premis berkenaan.

“Mesin simulator dan set komputer itu dirampas kerana pemiliknya melanggar syarat lesen apabila hanya mempunyai lesen simulator dan snuker,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan berjumlah RM367,000 dan kes disiasat mengikut Enakmen Hiburan Negeri Kedah.

Antara perbuatan menghina pimpinan pembangkang.. mana POLIS?


Adakah ini juga 'menghasut', polis?

Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

Setakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Jangan jadi "ULAMAK ANJING"..???

Dr Asri Selar Ulama Muda Umno

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dr Asri juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...