TERKINI :

Saturday, September 8, 2012

Kisah Kasut Terbang di PUMPONG antara Hujah Blogger PR & BN..!!!

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
 

Berhempas pulas nampaknya sebuah blog bukan upahan (sebab UMNO tak bayaq dekat blog ni, buat kerja bodoh tanpa upah) mempertahankan diri terhadap isu penyerang masjid Pumpong baling kasut ke dalam masjid.

Isu baling kasut ke dalam masjid ini didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar serta beberapa orang saksi yang berada dalam masjid ketika itu. Ohya sebelum tu, nak habag bagi kat orang di luar zon utara apabila disebut 'kasut' maka orang Kedah ni pukoi borong semua... sepatu, sandal, terompah, selipar atau apa-apa saja alas kaki semua depa sebut kasut. Bukan apa, nanti ada pulak pahlawan maya taik kucin UMNO kat KL nun akan putaqbelit pulak kata sekejap selipar, sekejap kasut.

[Gempar] Benda Ajaib Ke-8 Dunia ditemui di Malaysia...


Dalam isu ROGOL nie jika Menteri Wanita kena rogol baru parlimen nak bahas..!!

MP cabar Nazri bahas isu rogol statutori

MP Puchong Gobind Singh Deo mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk membahaskan pendirian menteri yang bertegas bahawa undang-undang berhubung serangan seksual dan rogol bawah umur tidak perlu dipinda.

NONEPeguam itu memberi alasan, beberapa keputusan mahkamah berhubung kes rogol statutori tidak menggambar hasrat Parlimen dalam menggubal hukuman mandatori.

"Mengarut jika dikatakan bahawa Parlimen berhasrat supaya ada pilihan untuk kesalahan yang sama seperti itu," katanya.

Beliau mempertikaikan tindakan mahkamah yang melepaskan tertuduh dalam kes seperti itu atas kelakuan baik, walaupun hukuman (penjara) lima tahun dan maksimum 20 tahun untuk menyatakan tahap keseriusan jenayah berkenaan.

Keputusan itu dibuat dalam oleh hakim dalam dua kes yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada banyak pihak, termasuk oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Heng Seai Kie, yang mengemukakan memorandum kepada kerajaan supaya menyemak semula undang-undang tersebut.

Pakatan: BN guna politik lapuk takutkan pengundi

8 September 2012
Tian Chua
Tian Chua
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan Barisan Nasional (BN) kini menggunakan politik lapuk dan tidak relevan dengan menakutkan para pengundi supaya tidak menyokong mereka dalam Pilihan Raya Umum  ke-13 atas alasan kononnya masa depan negara tergadai jika memilih perikatan tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, persaingan politik merupakan perkara biasa atau normal dalam arena politik dan BN tidak seharusnya menggunakan kenyataan-kenyataan lapuk untuk menakutkan para pengundi.

“Perkara ini tidak pernah menjadi satu isu jika BN mengeluarkan kenyataan yang jika undi PR, masa depan negara akan tergadai.

“Ini bermakna BN sendiri yang sedang berada dalam ketakutan kerana mereka takut kehilangan kuasa jika PR dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Anwar: Dr M betul, jangan ikut 'syaitan'

anwar ibrahim jelajah merdeka bus tour in seremban
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" kerana mereka akan selamat sekiranya bersama "malaikat" yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat.

Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata,
dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ''syaitan'', beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.

"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.

''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan," sindir Anwar lagi.

Kata nie negara 'demokrasi' yang dok halang orang bergerak dan kempen tu apa kejadahnya..!!


Cakap sedap la Tok Hakim oi.. Cuba kena anak perempuan hang kena rogol..!!!

 
Hakim dikecam kerana kenyataan berhubung seks
 
Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC) menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kenyataannya ketika melepaskan seorang pemilik pusat asuhan kanak-kanak atas dakwaan merogol kanak.

WCC yang bertindak sebagai pemerhati kes itu berkata, kenyataan yang dibuat dianggap "menghina" dan "tidak sensitif kepada isu kejantinaan".

BAS jelajah Anwar disimbah cat lagi

Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

NONE"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.

''Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa," kata Shamsul.

Apabila rakyat mula pertikai kerja buat polis...!!!

BILA LAGI PIHAK POLIS NAK TUBUHKAN PASUKAN KHAS, BURU, JEJAK,TANGKAP, GARI DAN REMAN PARA PESALAH!!!!!!!

Laporan rasmi polis telah pun dibuat setelah dicabar.

Isu Sang Saka Malaya: Umno Juga Gunakan Bendera Sang Saka Tak Apa Pun??

Oleh: SemutApi 89

Bendera Sang Saka yg menjadi isu sekarang bukan bendera baru dalam peradaban Melayu. Mengikut sejarah,  Kerajaan Hindu Majapahit (1293-1520) yg mula memperkenalkan bendera Sang Saka. Ia dinamakan Sang Saka Merah Putih kerana warnanya cuma merah dan putih tanpa logo lain. Bila Indonesia merdeka, mereka juga menggunakan bendera ini (Sang Saka Merah Putih) sebagai bendera nasional republik itu kerana ia melambangkan perjuangan Melayu Raya (Nusantara). Merah sbg lambang perjuangan Melayu/Nusantara, manakala putih sbg lambang kesucian bangsa Melayu/Nusantara. 

Bendera Indonesia Sang Saka Merah Putih

Di Malaysia, pihak yg mula menggunakan bendera Sang Saka ,merah putih ini ialah pejuang Melayu anti-British di bawah Kesatuan Melayu Muda (1938-1945) dan kemudiannya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  (1945-1948), iaitu parti politik pertama orang Melayu di negara ini. Apabila PKMM menyertai Umno pada 1946, Umno turut menggunakan bendera Sang Saka merah putih ini hinggalah kini. Cuma dalam bendera Sang Saka versi Umno warna merah putih ditambah dgn gambar keris sebagai simbolik perjuangan Melayu. Bendera Umno ini berbeza sedikit dgn bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan pada malam ambang merdeka di mana bagi bendera Sang Saka Malaya warna merah putih ditambah gambar bulan bintang sbg tanda kedaulatan Islam.

Terbukti kumpulan ULAMA MUDA cakap mereka pemimpin UMNO bukan dengaq...!!!

Ulama bisu umno akhirnya bersuara, tapi..
... mahukan Dr. Asri pula yang bercakap bagi pihak mereka... Apa macam punya spin wahai ulama muda umno? Dr. Asri dah lama dahhhhh menyuarakan pandangan beliau dalam pelbagai isu. Lagi pun, Dr. Asri bukan ahli umno dan tidak menganggotai Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Umno!!! 

Fathul Bari: Terima kasih atas nasihat, Dr Asri harus mula terlebih dahulu

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno. 

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.

Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”

“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Catatan Pencerahan : Politik kita memang caca marba

Oleh : RIDZWAN BIN ABU BAKAR
(Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah)



Membaca, meneliti dan menghadam tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan tajuk “Politik kita memang caca merba” yang disiarkan oleh Malaysiakini.com dan Drmaza.com mengamit saya untuk memberi komentar ringkas terhadap tulisan tersebut dengan pengakuan bahawa beliau tetap dihormati dengan nilaian ilmu yang ada padanya dan juga kehebatan beliau dalam menganalisis isu serta keberanian beliau dalam melontarkan pemikiran baru untuk dihadamkan oleh masyarakat umum dengan gaya amat kritikal, bernas, mencabar minda dan membentuk pemikiran dalam masyarakat samaada yang pro mahupun kontra.


Ulasan ini akan dibuat dalam bentuk point demi point berdasarkan kepada isu yang dilontarkan oleh beliau melalui artikel yang dimaksudkan.

1. Dr Maza memulakan tulisannya dengan meletak tajuk “politik kita memang caca marba”, saya bersetuju dengan tajuk yang diberikan oleh Dr Maza, bahkan ulasannya tentang politik yang seharusnya berasaskan kepada minda dan tawaran khidmat pengurusan yang baik sememangnya menjadi hasrat semua ahli politik yang berkecimpung dalam medan politik dengan hasrat untuk “menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama”.

Apabila undang-undang pilih bulu

leh MOHAMED HANIPA MAIDIN

PEMAIN bowling negara, Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Dengan keputusan itu Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman 5 tahun penjara yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

Mahkamah Sesyen Butterworth pula mengenakan hukuman berkelakuan baik selama tiga tahun ke atas jurueletrik Chuah Guan Jiu setelah mahkamah mendapati beliau bersalah kerana melakukan rogol ke atas kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kedua-dua kes tersebut kini mendapat perhatian hangat. Rata-rata ramai orang yang berpendapat hukuman ke atas dua-dua perogol tertsebut adalah terlalu ringan mengambil kira usia mangsa yang terlibat.

Sebelum saya komen lanjut kita perlu terlebih dahulu memahami serba sedikit isu tersebut dari sudut undang-undang. 

Saya tak dibayar sesiapa..!!!

Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa
Ammar
Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini.
 Foto Sinar Harian

BATU PAHAT - Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

Dengan org kampung bukan main berlagak...dengan Indon penakut piang....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...