TERKINI :

Thursday, September 6, 2012

Talam vs NFC: Ukuran prestasi kerajaan yang bakal dipilih rakyat

Dr Dzulkifli Ahmad

1.    Sejak 3 Julai lalu, Dato' Chua Tee Yong telah melontarkan pelbagai tuduhan jahat terhadap kerajaaan negeri di bawah kepimpinan TS Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri telah menggunakan dana negeri untuk membayar pemaju Talam Corporation RM1 bilion dengan membeli hartanah Talam dengan harga yang tinggi sekaligus menyelamatkanTalam daripada kebankrapan. Mereka juga membuat tuduhan tidak berasas bahawa akibat daripada pembelian aset ini, Talam terselamat daripada digantung Bursa Malaysia.

2.    Kami telah membuktikan bahawa dakwaan tentang Talam yang mengalami permasalahan hutang dan tersenarai sebagai syarikat PN17 (bermasalah hutang), sebenarnya telah lebih awal sebelum kegiatan ‘mengutip semula hutang-debt recovery exercise’, meregulasasikan (menysusun semula) pembayaran hutang dan telah dapat mengeluarkan syarikat itu daripada tersenarai sebagai syraikat PN17 dalam Bursa Malaysia.

3.    Namun CTY dan konco-konconya dalam Umno termasuk Ir Mohd Zain yang menggelar kes ini sebagai ‘TalamGate’ dan juga kawannya Noh Omar tidak henti-henti  membuat kenyataan tentang kononnya kerajaan negeri telah melakukan satu ‘bailout’ dan ‘merompak’ duit rakyat sebanyak RM1 bilion.

4.    Langkah bijak yang dijalankan oleh MB Selangor dengan melibatkan salah sebuah lima firma audit antarabangsa terbesar yakni KPMG untuk menjalankan satu siasatan ‘due diligence’ ke atas seluruh usaha yang ‘mengutip semula hutang-debt recovery exercise’, yang disebut sebagai ‘rund-tripping dalam bahasa kewangan. Ini adalah bersesuaian dengan prinisp keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang didukungi kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR

Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya  dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Nasib hangpa laa puak FELDA oi...kena mohong beradap....

klik gambar
SAHAM FGVH TERUS MERUDUM

Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan utk simpanan masadepan...
Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa2 beban peneroka. Hutang Tanam Semula antara RM 50k - RM 157k dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20k- RM40k dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Rumah 'syaitan' yang hampir roboh

Mohd Rashidi Hassan, 06 Sep 2012


Teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum masih lagi hangat dinujumkan. Selepas banyak sangkaan meleset, kali ini ramai menjangkakan PRU ke-13 akan diadakan November depan, sebaik Parlimen meluluskan Belanjawan 2013 dan sekembalinya jemaah dari Makkah.

Banyak faktor yang bakal menentukan tarikh PRU. Jika sesiapa pun pada kedudukan Perdana Menteri, beliau harus terlebih dahulu mempertimbangkan kekuatan dalaman organisasinya, sebelum mengambil kira faktor luaran.

Tidak guna hendak 'bertegang urat' dengan parti lawan jika parti sendiri penuh dengan cacamerba dan hampir karam. Inilah yang berlaku kepada Umno sebenarnya. Umno yang tidak pernah menafikan pengakuan bahawa mereka adalah 'syaitan yang dikenali'.

Apa beza tayang punggung dengan harga teropong ini...?

oleh anakkedah007

LAPORAN AUDIT NEGARA...
PENYELEWENGAN DLM PEMBELIAN TEROPONG UTK MARITIM M'SIA
INILAH JENIS TEROPONG YANG DIBELI
JIKA 100 UNIT DIBELI...
BERAPA BANYAK WANG RAKYAT DISONGLAP???

SAPA YG JADI KERAJAAN SELAMA NI???

hangpa nak bg puak2 nie perintah lagi kaa... 
haram tak ada sekoq pon kena tangkap atas kesalahan ini...
KATAKAN TIDAK PADA BN

Hallo PUTRAJAYA...Saham FGV apa cerita.. dah semput dah nie...

 
Saham FGV jatuh bawah paras psikologi

Harga saham syarikat perladangan gergasi Felda, Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah jatuh di bawah paras psikologi RM5, apabila ditutup pada harga RM4.85 semalam, dan dijangka mencetuskan satu lagi pusingan debat mengenai kontroversi penyenaraiannya Jun lalu.

palm oil palm kelapa sawit 201107Harga sahamnya telah berlanjutan merosot sejak pertengahan bulan Julai - dengan berkisar sekitar paras RM5 dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, saham FGV datang merosot 15 sen kepada RM4.85 selepas dibuka pada harga RM5 dalam dagangan awal pagi.

Ini selaras dengan prestasi kaunter perladangan lain di tengah-tengah laporan bahawa harga minyak sawit dijangka menerima tempias daripada pertumbuhan ekonomi yang lemah di negara-negara pengguna utama, dengan inventori minyak sawit Malaysia juga dijangka meningkat.

Semalam, harga saham PBB jatuh 58 sen melambung turun kepada RM13.28, saham KLK merosot 52 sen kepada RM22.94 manakala saham IOI Corp turun 15 sen kepada RM5.04.

Pasaran utama serantau utama juga merosot pada hari Rabu menjelang laporan pekerjaan AS dan Bank Pusat Eropah.

Senjata baru untuk tumbangkan UMNO...tunggu lagi..cepat gunakan segera...

 Inilah video paling laris yang memeningkan kepala UMNO
Oleh ENGGANG QADHA

Lebih 136 ribu sudah menyaksikan video ini di You Tube selepas tiga hari berada di alam maya. Jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke semasa. Jumlah yang menyaksikan tentulah jauh lebih besar kerana video ini juga dirakam dan diedarkan melalui pelbagai cara yang lain (selain You Tube). Setiap klik tayangan juga mungkin disaksikan oleh beberapa orang yang berkumpul di hadapan screen monitor komputer. Jumlah yang menyaksikan tentu mencecah jutaan orang.

Kelmarin seorang moderator kursus menayangkan video ini di hadapan sekumpulan peserta kursus motivasi (terdiri dari pelbagai status yang tidak dikenalpasti ideologi masing2, sebab kursus bukan berkaitan dengan politik), daripada 89 peserta kursus, 77 tidak bersetuju tindakan penyerang masjid tersebut manakala selebihnya enggan komen. Ia boleh dijadikan satu sampel kajiselidik bahawa di kalangan rakyat yang rasional mereka tidak bersetuju tindakan melampau digunakan terhadap masjid dan menganggap itu bukan cara yang waras untuk bertindak

Apabila MODEL pun sudah boleh menolak BN apathah lagi ANDA..??

oleh AnakKedah007
Yakinlah sahabat seperjuangan semua... cahaya kemenangan semakin hampir...lihatlah bagaimana TURKI mendapat kemenangan beberapa tahun lepas dimana apabila semua rakyat jelata mula bangkit menolak rejim BN...kategori semua ini ialah datang dari segenap segi... bayangkan jika seorang MODEL pun sudah mula menolak...takan anda yang faham apa itu RASUAH, KRONI, ISLAM, BANGSA, RACIST...tidak menolak rejim ini... jadi perbanyakkanlah kita semua berdoa....


Apalah Nasib Najib Rosmah: MODEL Pun Tak Suka Kat Hangpa


Daa nasib badab bro...

Model pun dapat nilaikan kepimpinan PM Najib (kalau betui dia pijak ler)....alahai
Wa ingat kot golongan model model tu semua penyokong tegar UMporNO/Bn
Pak polisi tak nak siasat gambo pemimpin PR kena bakar kena pijak,kena kencing ke?
Ha..UMno Teganu durhaka pada Sultan Teganu tak nak siasat ke?
Kes pijak gambar PM, model serah diri

ISA ZALIM : Status OKT di Kem Tahanan Kamunting..apa crita?

oleh

Regim Pemerintah masih meneruskan kezaliman yang nyata, dengan terus menahan OKT (orang kena tahan) melalui AKTA ZALIM ISA di Kem Tahanan Kamunting.
 
Kezaliman juga berganda keatas 12 OKT yang dibebaskan baru-baru ini, bila mereka difitnah kononnya telah INSAF dan mengaku untuk tidak mengulangi perbuatan lampau. Sedangkan tidak pernah dibuktikan apa sebenarnya kesalahan yang mereka lakukan. Malah tiada pernyatakaan atau pengakuan yang menunjukkan mereka mengaku kesalahan dan bersedia INSAF.

Fitnah kononnya INSAF juga merupakan penyiksaan berterusan, walaupun mereka dibebaskan dari KEMTA.

Masyarakat akan memandang dengan pandangan serong angkara fitnah yang dilemparkan oleh Pemerintah. Derita FITNAH ini bukan sahaja ditanggung oleh OKT, malah keluarga mereka, lebih-lebih lagi anak-anak yang belum mampu berhujah dengan teman-teman.

Komen rakyat di fb Najib - bahasa kias seribu erti..jenis makan dalam....

Dr M perlu ingat, kerbau sudah tidak berapa banyak lagi sekarang

oleh Aspan Alias

Dr Mahathir berkata BN mampu memperolehi kemenangan majoriti 2/3 dengan beberapa syarat. Di antara syaratnya ialah ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj calon-calon UMNO sendiri. Setiap ahli UMNO mesti memberikan sokongan seratus peratus kepada calon UMNO dan BN untuk membentuk kerajaan dan jika calon-calon BN disabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri BN mungkin menghadapi kekalahan.
Kenyataan Mahathir itu adalah satu kenyataan yang benar. Bagi pihak Pakatan pun serupa. Jika semua rakyat menerima calon Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti bukan setakat 2/3 tetapi mungkin lebih dari itu.
Maksud saya itu ialah, syarat-syarat yang dikatakan oleh Mahathir itu merupakan perkara yang ‘obvious’ dan itu bukanlah formula yang baru. UMNO sememangnya menghadapi masalah sabotaj itu sejak beberapa lama dahulu dan telah mengalami banyak kekalahan di banyak tempat.
Semasa Dr Mahathir sabotaj UMNO pada pilihanraya 2008 dahulu banyak kerusi UMNO telah tertewas. Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin UMNO yang berpengalaman dalam melakukan sabotaj kepada parti yang beliau tubuhkan sendiri dengan keluar dari parti itu dalam waktu pilihanraya sudah hampir pada 2008 dahulu.
Tetapi jika ahli-ahli UMNO sabotaj calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang, itu merupakan tindakan ulangan yang mereka telah lakukan pada 2008 dahulu. Diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, seramai 1.5 juta ahli-ahli UMNO telah melakukan sobotaj terhadap calon-calon UMNO dan BN dengan mengundi calon-calon pembangkang. Mengundi calon-calon pembangkang kali ini sudah menjadi biasa kerana mereka sudah terbiasa melakukannya.

MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat

ROSLINDA HASHIM
6 September 2012
Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia akur pada arahan Pusat sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan.

Katanya, sekiranya beliau tidak lagi layak menerajui Kedah, beliau sendiri akan menyerahkan jawatannya itu kepada calon yang sesuai.

“Saya serahkan kedudukan saya kepada Pas Pusat, namun buat masa ini, saya masih mampu terajui Kedah. Jika saya tidak lagi layak, saya akan serah jawatan ini pada orang lain,” katanya, ketika ditanya desas-desus yang mengaitkan masalah kesihatan beliau sebagai alasan pihak tertentu mendesak beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kedudukannya ditentukan oleh ahli Pas dan Pusat, bukannya hak mutlak dirinya.

“Prinsip saya mudah, itu bukan hak saya, hak ahli Pas,” katanya.

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Alor Setar 02/09/2012



siri 1

Dok kalut wujud TMB...Depa dulu waktu Syed Razak awat tak buat....


'Semua Exco adalah Timbalan MB', kata Azizan

Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - “Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar,” tegas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, apabila ditanya desakan beberapa pihak yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.

Katanya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya.

“Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat. Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...