TERKINI :

Tuesday, September 4, 2012

Muka puak PERKASA yang buat 'kalut kapla jingga' di Masjid


INGAT semua gambaq PM saja takleh sentuh tapi gambaq MB ok.. nak kencing muka pon boleh.....

 Jangan siasat gambaq PM saja, gambag MB dikencing pun siasatlah sama!

Kenyataan media oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Alor Setar isu gambar pemimpin dibiadapi.

1. Isu gambar Perdana Menteri dipijak telah mendapat liputan meluas oleh media dan perhatian oleh pihak polis apabila siasatan telah dimulakan terhadap isu tersebut. Pemuda PAS Alor Setar merasakan perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan kerana boleh mencetuskan suasana ketidaktenteraman di kalangan masyarakat di negara ini.

2. Bagaimanapun Pemuda PAS Alor Setar merasa pelik mengapa hanya apabila gambar Perdana Menteri dipijak, isu tersebut diperbesarkan tetapi sewaktu gambar Menteri Besar Kelantan (YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (YAB Lim Guan Eng) dikencing, isu tersebut tidak difokuskan oleh media serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Ingat samseng orang sama jangan dok ingat samseng kita saja.....

Membanteras budaya politik ganas dan samseng

Sesungguhnya, KEADILAN merasa kesal atas provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan yang mendakwa pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September 2012 yang lalu.
Tindakan agresif dan ganas mereka - mengugut, menjerit, memadamkan lampu, membaling kasut dan cuba melempar batu – semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam. Apatah lagi ia dilakukan dengan keizinan pihak imam dan pengurusan masjid berkenaan.

Kumpulan provokator tersebut hanyalah kelompok minoriti dan serpihan kecil. Ini terbukti apabila puluhan ribu rakyat Kedah hadir mendengar ceramah DSAI di perkarangan Stadium Darul Aman selepas peristiwa tersebut.

Adalah jelas, provokasi yang dilakukan merupakan rentetan dari siri politik ganas dan samseng yang dilakukan oleh UMNO dan para pendokongnya, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan yang dialami apabila menyedari bahawa ia telah gagal menyekat sokongan berterusan rakyat kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13 akan datang.

Janji baru PR - Tarikh p/raya kena umum awal.....

Hanya Malaysia rahsiakan tarikh piliharaya

Rossem, 04 Sep 2012

KOTA BHARU: “Tidak ada kerajaan di dunia ini yang merahsiakan tarikh pilihan raya kecuali Malaysia,” kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sedangkan negara lain termasuk Indonesia telah menetapkan pilihan raya (Pemilu) pada 9 April 2014 selepas mengadakan pemilihan presiden dan wakil rakyat pada 9 April 2009.

“Begitu juga pilihan raya Filipina akan diadakan pada 13 Mei 2013. Rakyat sudah tahu. Singapura juga begitu, pilihan raya republik itu akan diadakan pada 2016.

“Negara lain termasuk Iran, Qatar, bahkan negara Afrika seperti Kenya tidak merahsiakan tarikh pilihan raya,” katanya pada ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana malam tadi.

Menteri Kabinet Najib Taraf Ketua Kampung saja....

Menteri Kabinet Najib Taraf Ketua Kampung saja.... 
Salah siapa ni????Hati-hati tangan yang memangkah!!

RAIS sembang merapu lagi.....

eleh sembang tak kena kat depa....
 YANG UGUT NAK BUNUH TOK GURU APA TINDAKKAN !!!!

UMNO guna premis MARA untuk mesyuarat..!!

PERKASA Kedah !!! Yang ni hangpa tak mau HALANG??
UMNO guna PREMIS MARA ??? UMNO Merbok guna UiTM...
UMNO Padang Terap guna Kolej MARA...
UMNO Kedah tak ada DUIT dah ka ???


PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah

Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangkamasa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu.

Tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan.

AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star , Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah.

Kehadiran luar jangka di rumah terbuka YB Mohd Nasir Mustafa


KUALA KEDAH – Seawal jam 9 malam, semua juadah yang disediakan telah habis, oleh itu pihak penganjur terpaksa menyediakan juadah tambahan untuk memberi peluang kepada pengunjung yang tidak berpeluang menikmati makanan pulang dengan perut kosong.

Majlis yang bermula selepas Maghrib sehingga 11 malam itu menerima kunjungan yang diluar jangkaan. Hampir-hampir 10 ribu orang pengunjung yang hadir menjadikan Medan Selera Anjung Kuala sesak dan padat. Menurut Adun Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa, kehadiran yang di luar jangkaan ini membuatkan semua juadah yang disediakan habis sebelum waktu jamuan berakhir.

“Saya menyediakan makanan untuk tujuh ribu pengunjung, tetapi saya tidak menyangka kehadiran mencecah hampir 10 ribu orang,” katanya sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri Adun Kubang Rotan.

[video] Suasana Hari Terbuka Pas Kedah








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...