TERKINI :

Monday, September 3, 2012

Live Ceramah Bersama Saifudin Nasution & Bang Mat Sabu



Depa Kata UMNO dok bertokak di DUN Sg Limau kawasan MB Kedah

oleh DepaKata.co.cc


Kenapa pemandu kerata pegawai khas Yb Menteri..Sebotas Dun Sungai Limau..??

Sedarkah anda.. Tahun lepas kita beraya di hidangkan sirap 'komunis'... mai tahun kita berendangkan 'hudud'..!!!

 PIALA HUDUD

Malam sebelum 31 Ogos 2012, org rumah tertekan remote control tertengok TV3 – berita utama Buletin TV3. Masih terngiang-ngiang kat telinga teringat ucapan berdesing PM depa (kalau PM kita, dia akan bagi ucapan untuk semua rakyat Malaysia, tapi dia PM depa, maka ucapannya ditujukan untuk depa saja la), yang depa panggil sebagai Datuk Najib Tun Razak kat kaca TV.

Kata Datuk Najib lebih kurangnya:

“Tuan-tuan dan puan-puan, pembangkang ini tidak ada isu lain, tiap kali pilihanraya timbul isu hudud, tak habis-habis dengan isu hudup yang dimainkan mereka!!’

Macam-macam dia kondem PAS pasal bab hudud ini, cuma yang saya nak tulis kat sini satu benda saja. PM depa ini kata:

“Ini, Haji Hadi – hari tu waktu pilihanraya sebelum PAS menang di Terengganu, Haji Hadi cakap “Kalau kita menang di Terengganu, sebaik saja ayam berkokok sebelum fajar menyinsing, kita akan isyhtiharkan Hudud di Terengganu, tapi tuan-tuan dan puan-puan, PAS dah menang di Terengganu hari itu, dan ayam yang berkokok itu pun sudah lama mati, tapi Hudud tidak terlaksana pun”

MADA Janji Tak Di Tepati.... dah 5 tahun rakyat sengsara... depa buat bodo sahaja..!!!

Jalan : Kg. Pulai Tokai – Kobah
Selenggaraan : Mada Simpang Empat
No. Jalan : C4 Pulai
No. Tiang TNB : AB/A 30 hingga KP/A 19/2

Orang-orang kampung dah puas bersabar. Ketua unit dan JKKK kalau rasa tak boleh nak buat kerja, tolong bagi kat orang lain yang boleh buat kerja. Berlambak lagi eih orang yang lebih layak pegang jawatan hangpa tu.Hangpa makan elaun tu untuk apa kalau orang kampung dok merana. Bila keluar internet, masuk surat khabar, hangpa meroyan satu kampung. Malu la konon. Itulah akibatnya kalau tak mau jaga kebajikan orang kampung.

Pegawai-pegawai MADA, hangpa kata bila dah siap rumah burung tu baru nak buat jalan. Lanie bukan setakat dah siap, burung pun dah beranak pinak dah. Jalan tak buat-buat jugak. Buat lawatan pi merata dunia boleh pulak. Hangpa jangan dok janji kalau hangpa tak mau buat. Nanti orang kampung menyampah. Hangpa jangan ingat orang kampung ini dongoi-dongoi belaka. Nak tau dongoi tak dongoi, tunggu PRU 13 ni...!



Sejak Bila PERKASA dapat TAULIAH dari SULTAN KEDAH nie..???

Isu Tazkirah : Tindakan Perkasa Melampau


Sejak bila pulak Majlis Agama Islam Kedah memberikan mandat pada Perkasa untuk bertindak menguatkuasa kepada sesiapa yang tidak ada tauliah memberikan tazkirah...Pihak berkuasa berkenaan selalunya datang tunjuk surat kuasa atau waran tapi puak haramjadah perkasa nie....main pungai kasut.......

Baik POLIS siasat kes lain lagi baguih dari dok siasat kes bendera tuu...!!!

Syabas Kepada Pengibar Sang Saka Malaya

Polis tidak perlu meneruskan siasatan terhadap mereka yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemilang pada sambutan ambang merdeka anjuran Ngo malam menjelang kemerdekaan dua tiga malam lalu. Ini kerana individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera puteh merah berlambangkan bulan sabit berbintang pecah 11 itu sudah mengakui kerja itu kerja mereka.

Bendera Sang Saka Malaya.
Seperti mana diakui individu berkenaan menerusi blognya, mereka membawa bendera bernama Sang Saka Malaya itu bukan atas suruhan atau idea mana-mana pihak termasuk parti pembangkang, tetapi ia adalah atas inisiatif mereka sendiri.

Kata individu berkenaan mereka berbuat begitu kerana mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang telah ditenggelamkan oleh pihak tertentu.

Kata individu itu juga perbuatan itu bukan untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya itu seperti mana dituduh ke atas mereka. Mereka membawa atau mencipta semula bendera itu bagi mengimbasi perjuangan menutut kemerdekaan ke atas negara ini yang dimulakan oleh Kesatuan Melayu Malaya (KMM) dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Ibrahim dan rakan-rakan adalah mereka yang awal memperjuangkan kemerdekaan tahun 1938 bukannya pemimpin Umno kacukan kolonial.

Kemeriahan Aidil Fitri dan kekaguman anak perantau Kedah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA 
 
Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon telah mencatatkan kehadiran paling tinggi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008. Dianggarkan lebih 50 ribu yang hadir pada rumah terbuka yang diadakan buat kali kelima oleh Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Rakyat datang berpusu-pusu tanpa jemputan berulang kali dalam televisyen seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Hanya banner dan banting yang menjemput mereka datang.

Walaupun majlis rasmi bermula jam 11 pagi, namun seawal jam 10 pagi orang ramai telah ‘membuka’ pintu pagar untuk meraikan Aidil Fitri di kediaman rasmi Menteri Besar itu. Sehingga selepas jam 4 petang orang ramai yang kebanyakannya datang berkeluarga, tidak putus-putus berkunjung. Khemah jamuan penuh sesak. Maka terpaksalah sebahagiannya melepak di mana-mana sahaja ruang di kompleks Seri Mentaloon, dari atas ruang surau hinggalah ke atas rumput, semuanya penuh dengan rakyat jelata.

Kehadiran orang ramai untuk majlis yang terdapat jamuan percuma bukanlah luar biasa. Ia tidak menggambarkan sokongan politik kerana nawaitu sebahagian besar yang datang adalah untuk makan. Namun harus diingat bahawa orang yang tegar pendirian politiknya sukar untuk hadir ke majlis jamuan yang dibuat pihak lawan.

hang Sekat Laa Selagi Hang Boleh Sekat Najib Oi.. Sesungguhnya Gelombang Rakyat Akan terus Menerjah..!!

 Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Sabah
Oleh Mohd Sayuti Omar

Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.

Najib Razak: Sering kahusan.
Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

PR tak ada masa nak pikiaq menukar Jalur Gemilang tu..Kami nak tukar BN sebenarnya...!!!

PR akan kekalkan Jalur Gemilang
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI


ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan bendera Jalur Gemilang walaupun setelah berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, pimpinan PR tidak pernah menyuarakan pendapat mahupun berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera Gabungan Janji Demokrasi.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur malam kelmarin dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak mendapat restu pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan perhimpunan tersebut.

“Perkara ini ditegaskan oleh wakil NGO dan pimpinan PR bahawa ia sama sekali tidak benar untuk menggantikan bendera Malaysia. Isu ini tidak seharusnya dibangkitkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Perkasa halang, tazkirah Anwar di kecoh

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Perkasa-Anwar
Jamaludin (tiga,kanan) bersama ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi petang semalam.
ALOR SETAR - Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.

Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.

Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.

Wahai Perkasa jangan biadap sangat.. w/pon tak hormat Anwar & Tok Imam Masjid tapi hormat sikit Masjid tuu..!!!

Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut
ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan.

Jelajah Merdeka di Alor Setar.. biar gambar yang menyatakan semua..!!!

[BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang

  
Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.

Video PERKASA buat kacau dalam Masjid Pumpong Alor Setar



komen dari facebook:

1] laaa kuliah belom bagi lagi dah kata nak cakap politik...dengaq la dulu dia nak cakap apa...yang dok buat kalut buih tu buat apanya...mai bercakap pulak bukan saja2 masuk buta ceroboh mcm hgpa mai ceroboh nie..tok imam bagi kebenaran...jadi salah tangmananya..tak suka pie report kat majlis agama ka kat polis ka yg mai dok terpekik terlolong dalam rumah Allah nie buat apa nak tunjuk hero kat sapa..tak hormat kat anwar dan tok imam pon hormatlah sikit kat rumah allah...akai ada kaa..awat hgpa ingat dengan kelaku 'macho' hangpa nie orang akan suka orang akan bangga... mau dok hilang undi lagi ada laa...buat laa lagi..

2] Kemarin dulu Najib mai Kulim lepas tu pi Aloq Setaq tak sapa pun teringin nak buat kacau, kami bg stadium lg kat hamga... Awat hari ni Anwar mai Kedah hampa kalut dok pi ganggu majlis dia? Dunia mana hampa dok ni?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...