TERKINI :

Sunday, September 2, 2012

Puluhan juta wang dibelanjakan, Jalur gemilang tidak juga berkibar

oleh Aspan Alias

Semalam genap 55 tahun negara kita merdeka dan begitu rapi persediaan yang diuruskan untuk merayakan hari kemerdekaan ini oleh kerajaan. Perayaan ini merupakan satu perayaan yang termahal sekali dan itu tidak mengapalah kerana memang sudah menjadi budaya kita berbelanja berlebih-lebihan untuk perayaan. Wang yang dibelanjakan pun bukannya duit siapa tetapi duit rakyat yang membayar cukai dengan keringat dan darah mereka.

Perayaan mengingati hari kemerdekaan di negara kita merupakan perayaan yang terboros sekali. Setahun yang lepas saya sempat melihat majlis ulang tahun negara Australia melalui kaca TV yang saya sudah lupa dari saluran mana. Tetapi Australia merayakan secara ‘simple’ tetapi meriah. Majlis itu yang berlangsung dalam kurang dari dua jam hanya mendengar ucapan Perdana Menteri yang ringkas. Tidak ada bas disewa oleh kerajaan untuk mengangkut orang ramai dengan elaun kehadiran sebanyak RM30, baju-T dan sebagainya.

Semua Ahli Jemaah Kabinetnya hanya duduk di atas barisan kerusi yang ‘simple’ dan mudah dan kita boleh tahu mereka tidak menggunakan wang rakyat yang begitu banyak untuk merayakan hari kebangsaan mereka. Sebaliknya kita di sini membelanjakan wang rakyat berpuluh-puluh juta untuk merayakan hari kebangsaan kita. Tetapi tak mengapa juga rakyat kita kebanyakannya tidak kisah harta benda mereka diperkosa seperti ini dan ada yang masih memberikan sokongan pihak yang membelanjakan wang mereka dengan boros itu.

Isu Selangor : Adakah SUK & Setiausaha Sulit Sultan Sedang bermain wayang kulit..???


Isu jemputan cuba gugat hubungan MB-Sultan S'gor

Faekah Husin, 02 Sep 2012

Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat Kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan.

Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos samada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam Kemerdekaan.

[Gempar] Geng PERKASA cuba ganggu majlis Tazkirah Anwar di Pumpong Kedah

MediaRakyat-Perkasa member trying storm the masjid to stop @anwaribrahim fm Tazkirah

" KeadilanDaily (@Keadilan_Daily): Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & m'baling kasut kedlm masjid ketika tazkirah disampaikan. 



Tu dia sejak PR perintah Mat Rempit pun dah jadi "dalam Hati Ada Taman"

 PANAS : Pengakuan berani mati Mat Motor mengenai Pakatan Rakyat.

Jangan kalau taknak mampos katak. Jangan baca luahan mat motor kat bawah neh. Luahan neh boleh menyebabkan orang tersedak. Kalau agak2 ada sakit jantung ke apa segala sakit mohon jangan baca. Kang jadi apa2 aku takmo tanggungjawab.

Lue sendiri nak baca lue tanggung arh sendiri. Gua satu sen takmo jamin.
Assalam...
Nak kongsi info berkenaan Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin berkenaan mat motor atau bikers. Pada sambutan kemerdekaan negeri selangor pada 30 Ogos 2012, bikers diberi penghargaan turut sama2 berarak dalam acara perbarisan kemerdekaan. Motorsikal pelbagai jenis turut serta. Antara kelab motor yg turut serta ialah ARC, RD CLUB Malaysia dan Retro Kapar. Sambutan kemerdekaan BN ado?
Ini menunjukkan keprihatinan PR terhadap setiap golongan. Kalau PR memerintah sejak dulu, Khir Toyo tak dapat la runtuhkan Litar Lumba Batu 3 tu. Kelab motor yang ada turut mempamerkan contoh tauladan yang baik contohnya bersolat berjemaah bila tiba waktu solat tidak kira dimana. Ini contoh mat motor PR bukan ikut style mat rempit BN.

ADUN UMNO kutuk Ustaz Azhar Idrus....


Video : Adun Kuala Berang kutuk Ustaz Azhar Idrus

Jkkk Studio

November la pulak... lanie hang buat la bila pun Najib oi pilihanraya tu... lawan tetap lawan.. #ABU

PM Beri Petunjuk PRU November

SANDAKAN: Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan.

Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.

Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.

Memang dahsyat punya anti Islamlah kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP/PR...


JIKA KURANG NAMPAK JELAS DAN INGINKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS... SILA KLIK PADA FOTO.

Sila lihat perbandingan peruntukan kepada Hal Ehlwal berkaitan dengan Islam anatara kerajaan Pulau Pinang semasa dibawah pemerintahan Gerakan/UMNO dengan DAP/PR.

Langsung tidak perihatin Kerajaan DAP/PR kepada kegiatan Dakwah Islam. Kerajaan Gerakan/UMNO sentiasa mengambil berat dan memberikan perutunkan yang besar.

CISH!!!! tak berguna satu sen pun kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Adakah patut Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah diberikan semasa Gerakan/UMNO memerintah diberi RM1.5juta ( tahun 2009 ) dan RM1.75juta (2012) .

Sumbangan hafaz RM75,000 ( tahun 2009 ) tahun 2012 dinaikkan kepada RM150,000.. Kerajaan Gerakan/UMNO.. SIFAR.

Piala Malaysia : Kronologi Helmi penerajang Forkey Doe malam tadi..!!

petikan dari gawang.my
 
Berikut merupakan kronologi insiden pergaduhan pada perlawanan antara Terengganu dan Kedah mengikut sumber kami di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.

- Forkey Doe dilayangkan kad merah selepas dikatakan menyiku pertahanan Kedah.

- Forkey Doe dikatakan menyepak kaki Sabri Abu setelah beliau diarahkan keluar padang kerana dilayangkan kad merah.

- Helmi Eliza menerpa dan menyepak Forkey Doe kerena berang dengan tindakan penyerang import tersebut.

DSC 0290s

DSC 0289s

Apabila syaitan hulurkan salam

Mohd Rashidi Hassan, 02 Sep 2012

GAMBAR HIASAN JE NIE
Dalam tempoh seminggu yang lalu, Umno-Barisan Nasional cuba untuk mendapatkan momentum dengan memainkan pelbagai isu bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat, khususnya dalam isu hudud. Sebelum itu, dalam bulan Ramadan mereka memainkan isu air di Selangor.

Sehari dua ini, Umno melalui akhbar Utusan Malaysia miliknya, cuba untuk menghangatkan dalaman PAS, dengan memainkan sokongan ulama PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Namun, kita percaya kepimpinan dan ahli-ahli PAS cukup matang untuk menilai dan memperhalusi propaganda jahat Umno melalui Utusan, barang dijauhkan kita daripada tempias fitnah mereka.

Apa jua propaganda dan adu domba yang cuba dimainkan Umno, malangnya mereka terperangkap dengan pengakuan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memperakui bahawa Umno-BN tergolong dalam kelompok 'syaitan yang dikenali.'

Di dalam al-Quran, memang disebut Allah dengan jelas ayat 'hizbus syayatin' atau parti syaitan yang bertentangan dengan 'hizbullah' (parti Allah).

Namun PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, tidak pernah menuduh Umno-BN syaitan. Kami pun tidak pernah mengakui kami ini malaikat.

Pesanan Kepada Pimpinan PAS yang gila 'WARTAWAN'

Pemimpin Pas digesa tidak ghairah beri kenyataan
Wartawan Sinar Harian
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas diingatkan tidak terlalu ghairah memberi kenyataan dalam media sehingga boleh mencetuskan perselisihan pendapat antara satu sama lain.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menekankan batasan bersuara perlu dilihat dari aspek isu kontroversi tanpa menghalang mana-mana pihak memberi kenyataan terhadap isu bukan kontroversi.

Lebih jelas katanya, hanya dua individu yang layak menjawab isu sedemikian sebagaimana diputuskan peringkat kepimpinan sebelum ini bagi menjawab isu kontroversi yang dibangkitkan media.

“Kita telah mengambil keputusan baru-baru ini supaya yang sepatutnya memberi respons dalam isu kontroversi ialah presiden parti dan ketua penerangan. Kita sudah mengambil keputusan seperti itu supaya tidak timbul lagi percanggahan.

Jika ada segelintir dalam berperang dengan BN & NAJIB buat kelaku bangang maka.....

Setelah pelbagai pihak bangun menghentam dan memperlekeh usaha penganjur perhimpunan 'Janji Demokrasi' gara-gara mengibarkan bendera 'Sang Saka Bulan Bintang', barulah sekumpulan anak muda menjelaskan bahawa mereka berniat menyedarkan masyarakat terhadap sejarah negara. Niat memang baik dan bagus, tapi tempat, suasana dan ketikanya tidak sesuai!

Tindakan anak-anak muda itu umpama memberi peluru pada ketika pengkritik 'Janji Demokrasi' ketiadaan peluru. Tindakan itu lebih banyak menyusahkan daripada memberikan manfaat. Malah, tindakan kalian kini dikaitkan Najib dengan Pakatan Rakyat

Jika betul-betul berazam untuk memperkenalkan semula 'Sang Saka Bulan Bintang', mengapa tidak dilakukan di perhimpunan 'Janji Ditepati' yang berlangsung di hadapan perdana menteri di Stadium Nasional Bukit Jalil? Tunjukkan kepada Najib sebab dia yang berkuasa sekarang. Mungkin dia mampu melakukan sekarang demi 'Janji Ditepati'.

Kesian BN nie dah tak ada isu dah kaa sampai bising sangat bab 'jemput Sultan' & 'bendera' nie..!!!


Sejak bila countdown sambutan kemerdekaan jemput Sultan? Itu yang Addin pelik.. apabila Najib dan pencacai-pencacainya memainkan isu ini.
Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menghormati Sultan kerana tidak menjemput baginda ke program countdown sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam.
Adakah mereka sudah lupa atau pun buat-buat lupa. Program Himpunan Janji Di Tepati pun sendiri Najib tidak menjemput Yang Di Pertuan Agong untuk hadiri ke program tersebut, kenapa pulak tidak menjadi isu? Ini bermakna BN sendiri yang membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Sebenarnya Najib dan pencacai-pencacainya sudah semakin bodoh.. dan rakyat pula sudah semakin pandai untuk menghukum Najib dan pencacainya pada PRU 13 nanti.

Sejak dulu sampai sekarang 'SEKOQ' pun samseng UMNO/BN tak kena dakwa..!!



Cerita dan Gambaq Samseng UMNO kat bawah

Tekanan PR menyebabkan BN tiru Buku Jingga

EDL: Pengambilalihan adalah kesilapan, akibat tekanan daripada PR, kata Jazlan
September 02, 2012
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Keputusan kerajaan untuk mengambilalih Lebihraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Baru adalah sebahagiannya sekurang-kurangnya disebabkan oleh tekanan dari maklumat salah disebarkan oleh pembangkang dan bukanlah satu langkah baik, kata ahli parlimen Pulai dari Umno.

 Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga ketua Umno bahagian Pulai menambah bahawa kerajaan tidak seharusnya mengubah perjanjian penswastaan hasil perbincangan bertahun-tahun dan selepas kontrak telah telah ditandatangani.

 "Kerajaan terbalikkan keputusan itu kerana Pakatan Rakyat (PR) juga memperbodohkan rakyat dengan Buku Jingga mereka di mana mereka berjanji perkara yang mereka tahu mereka tidak boleh penuhi seperti jalan bebas tol," kata Nur Jazlan (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Pohon Rumah KEDA sampai sekarang tiada maklum balas..!!!

Tidur di ruang tamu, mohon PPRT tiada maklum balas
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Tidur di ruang tamu, mohon PPRT tiada maklum balas
Pintu rumah yang didiami 12 sekeluarga ini hanya ditutup menggunakan zink.
 
PENDANG - Seorang bapa di Kampung Pida 5 di sini, terpaksa menumpang rumah ibu bapanya selama tiga tahun kerana permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), tidak mendapat maklum balas.

Abu Bakar Salleh, 39, berkata, pekerjaannya sebagai penjaga kolam udang menyebabkan dia tidak mampu membina rumah sendiri.

Menurutnya, pendapatannya hanya digunakan untuk menguruskan perbelanjaan seharian dan menyara tujuh anak yang mana lima daripadanya masih bersekolah.

“Selama tujuh tahun saya membuat permohonan PPRT ini namun, sehingga kini pihak terlibat tidak memberikan apa-apa respons mengenainya dan kali terakhir adalah tahun lepas tetapi masih tiada tindakan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...