TERKINI :

Saturday, September 1, 2012

Sejak Bila 'countdown merdeka' jemput sultan...depa semalam pun tak jemput YDP Agung..awat tak bising..!!!


inila dikatakan Bododh Sombong..!!

Merdeka: PAS kutuk kibar bukan Jalur Gemilang

Harakahdaily, 01 Sep 2012

KUALA LUMPUR: PAS tidak boleh menerima sama sekali tindakan sesetengah pihak yang menaikkan bendera bukan Jalur Gemilang pada sambutan ambang kemerdekaan malam semalam.

"PAS menuntut siasatan dijalankan serta merta untuk mencari dalang tersebut. Perbuatan ini sangat tidak wajar dan satu pengkhianatan kepada kesepakatan yang diterima pakai oleh rakyat Malaysia," tegas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sudah menafikan penglibatan Pakatan Rakyat dalam isu menaikkan bendera Sang Saka Bangsa oleh pihak tertentu pada himpunan Janji Demokrasi di sekitar Dataran Merdeka malam semalam.

Pengakuan Pemuda yang kibarkan bendera "Sang Saka Malaya"


 Mengapa kami kibarkan Sang Saka Malaya?

NONESaya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.

Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Kenapa UMNO Menentang Undang-Undang Anti Lompat?

Oleh Shahbudin Husin

Undang-undang anti lompat yang mahu diperkenalkan di Pulau Pinang tiba-tiba mendapat serangan berterusan daripada UMNO. Hasrat DAP mahu menguatkuasakan undang-undang itu disifatkan bertentangan dengan hak, kebebasan dan demokrasi. Tun Mahathir juga turut mengecam DAP sambil menyifatkan ianya bertentangan dengan kebebasan yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.

Suatu ketika, UMNO pernah berhasrat mahu menguatkuasakan undang-undang itu tetapi membatalkannya di saat akhir. PBS kemudiannya cuba menguatkuasakan undang-undang itu tetapi dibatalkan oleh mahkamah kerana dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kerana adanya kebebasan melompat itulah akhirnya kerajaan PBS Sabah tumbang apabila beberapa ADUN Sabah bertindak menyertai UMNO.

Di Perak pada tahun 2009, UMNO berjaya merampas negeri itu daripada PR apabila tiga ADUN melompat parti dan menyokong BN.

Hakikatnya, kerajaan Sabah sekarang adalah warisan aksi lompat parti kerana jika tidak kerananya, tidak tahu bagaimana nasib UMNO di negeri itu. Di Perak pula, pilihanraya kali ini akan menentukan kerajaan lompat ini terus direstui rakyat atau sebaliknya.

Kedah masih berpeluang....

Kumpulan maut masih terbuka

Kumpulan maut masih terbuka
Penyudah Mat Yo semakin tenggelam.
 
BERAKHIRNYA pusingan pertama, kumpulan B yang dilabelkan ‘Kumpulan Maut’ kini masih berpeluang mencongak nasib masing-masing untuk memburu dua slot ke suku akhir.

Juara Liga Perdana, ATM dilihat sedikit selesa sementara Terengganu dan Kelantan serta mempunyai jumlah mata yang tidak jauh bezanya masih berpeluang merebut slot suku akhir.

PELUANG CERAH

ATM memulakan rentak cemerlang setelah menewaskan Kedah 2-0 di gelanggang lawan pada 22 Ogos lalu. Tiga hari kemudian, juara Liga Premier ini mengejutkan finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu menerusi kemenangan tipis 2-1 di Selayang.

Enggan dilabel pasukan pilihan, namun skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, B Satiananthan dilihat berpeluang cerah meski pun sekadar terikat seri 1-1 dengan Kelantan dalam aksi terakhir di Selayang Selasa lalu.

Bermula pusingan kedua, pasukan yang berpengkalan di Lembah Klang ini kini meletakkan sasaran baru mahu meraih tiga mata lagi bagi menjamin tempat pada saingan suku akhir nanti.

BN Kantoi Lagi - Tweet #Merdeka55 gunakan penghantar SPAM untuk dilihat sampai 3juta lebih..!!

Tweet #Merdeka55 gunakan penghantar SPAM, kata Firma kajian Twitter Politweet.org - Rais Yatim wajar letak Jawatan


Firma kajian: Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot- Lapuran Malaysiakini

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

Terperangkap : Bersih 3 isu terbalik kereta polis.. mai Janji Demokrasi kena isu bendera & tonggek pungkoq pulak..!!!

Terperangkap dalam isu bendera 

Sepatutnya pihak penganjur lebih pro-aktif dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan provokasi yang dirancang untuk memburukkan keadaan. Kita percaya usaha mengibarkan bendera 'sang saka' yang menyerupai bendera Indonesia dan Singapura itu adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu.

Ini bertujuan untuk memberikan gambaran dan publisiti buruk terhadap penganjur Janji Merdeka. Pihak berkuasa khususnya PDRM telah 'memberikan layanan baik' terhadap peserta Janji Merdeka kerana 'kes' PDRM sedang dalam siasatan Suhakam. Jadi, sesuatu tindakan yang berbeza perlu dilakukan bagi memberikan gambaran buruk terhadap perhimpunan Janji Merdeka. 

Pihak penganjur sepatutnya segera mengenalpasti individu yang terlibat, merakam segala aksi mereka dan segera mengeluarkan kenyataan menolak sebarang hubungan dengan kumpulan atau individu berkaitan. Jangan menunggu pihak-pihak yang menentang Janji Merdeka untuk mengeluarkan kenyataan, barulah pihak penganjur bersuara untuk menafikannya.

[X'klusif] Siapa kata MB Kedah Tak Sihat... Nie Dia Mai Rumah terbuka PAS Kedah

Aduhai BN dalam dok kutuk Buku Jingga.. tapi hangpa dok ciplak juga...!!!

 Bukti Buku Jingga Realistik.. Najib Ciplak Lagi 

KUALA LUMPUR 31 Ogos: Tindakan kerajaan mengambilalih Lebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link atau EDL di Johor membuktikan prinsip ekonomi yang disyorkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) adalah tepat. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, keputusan terbaru kerajaan itu sekaligus menolak tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang mendakwa prinsip ekonomi Buku Jingga boleh menyebabkan negara muflis.
Katanya, dasar Pakatan Rakyat adalah menetapkan pengambilalihan konsesi tol dengan matlamat menghapuskan tol sebagai satu daripada 10 program pertama yang akan dilaksanakan jika berkuasa.“Ini berasaskan fakta bahawa jumlah bebanan yang ditanggung rakyat dan kerajaan (dalam bentuk tol yang dibayar dan pampasan tahunan kepada pemegang konsesi) adalah jauh lebih mahal daripada kos operasi dan kadar pulangan pelaburan yang munasabah yang ditanggung oleh pemegang konsesi seperti PLUS,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman

Anwar: Teruskan Jelajah, jangan gentar ancaman
WAN ZAILANI ABDUL RAHMAN
1 September 2012
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan kerosakan pada bas PKR yang diletakkan di pekarangn Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.
 
Bas PKR
Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
 

Walau Disabotaj Bas Merdeka Teruskan Perjalanan #kedahlanie

PETALING JAYA 1 SEPT: Walau diserang, Bas Merdeka Rakyat tetap meneruskan program gelajahnya, demikian tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin serangan samseng ke atas bas Merdeka Rakyat berkenaan gagal mematahkan kemaraan jelajah tersebut.

Malah dalam sidang media sama, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu bas tersebut telah mula bergerak menuju ke distinasi jelajah seterusnya, Grik.

Pagi tadi kira-kira jam 4.30 pagi Bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.

Dok Kalut Bab Bendera 'Sang Saka Merah' laa pulak...

Kantoi!!! Bendera Malaysia: Umno tiada modal, fitnah PR

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

2hb Sept di Perkarangan Stadium Darulaman bersama DSAI

Hari Ini Dalam Sejarah.. Tiada Countdown MERDEKA di siaran TV pada malam MERDEKA...!!!

oleh Abang Ngah



Hari ini dala sejarah sambutan kemedekaan pada tahun ini tidak ada Program Diambang Merdeka di Dataran Merdeka seperti tahun-tahun yang lepas [contoh seperti video diatas].

Rakyat di biarkan sunyi sepi tanpa berita dan siaran langsung di RTM, TV3 serta siaran siaran TV Swasta yang lain untuk menanti dan membilang detik MALAUNGKAN MERDEKA tepat jam 12.00 malam pada 31 Ogos 2012...

55 tahun MERDEKA Malaysia berjaya menghasilkan 234,647 orang tak sah..!!!


Mana rakyat Johor yang dok maki NIZAR tuu tak rasa nak mintak maaf kwpada dia semula..???

Untuk Rakyat Johor yg terlalu Marah hingga turun berdemo,membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan bahawa Mantan MB Perak Dato Sri Nizar tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke negeri Johor kerana menghina Sultan Kamu....Mungkin Allah nak tunjukkan kebenarannya......

Nah!!!!! Baru2 ini Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Nampaknya lepas PRU13 MB Kedah boleh berehat dah kot..!!!

Oleh DepaKata.Co.cc

Depa dok kata Nampaknya jika macam nie selalu election pru13 nanti rasanya sudah tiba MB kita berehat dari memegang jawatan MB dan boleh menyerahkan batton kepada pengganti beliau pulak... bab pengganti tu rasanya kita tak perlu susah hati kerana ramai lagi pimpinan yang berkeliber untuk diketengahkan menjadi MB...berkenaan siapa tu rasanya kita serahkan kepada Pimpinan PAS Pusat kerana bab nie mereka lebih arif....
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu.

Kemeriahan dari Jalan Sultan ke Dataran Merdeka

 
KUALA LUMPUR 31 OGOS: Rakyat Malaysia berbilang kaum dan dari semua lapisan semalam memilih untuk menyambut ambang Hari Merdeka dengan caranya tersendiri – dengan berbaju kuning dan berarak dari Jalan Sultan hingga ke Dataran Merdeka.

Sekitar 3000 peserta berpakaian kuning dan hijau menyertai perarakan “Selamatkan Jalan Sultan” dengan meriah dan bersemangat sebelum bergabung dengan ribuan lagi peserta himpunan Janji Demokrasi yang siap menanti di sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut berarak memenuhi sepanjang Jalan Sultan sambil melaungkan slogan-slogan ‘Merdeka’, ‘Bersih’ dan ‘Selamatkan Jalan Sultan’. Turut kelihatan bersama ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Pengerusi gabungan NGO Pertahankan Warisan Kita Haji Ishak Surin dan beberapa orang wakil NGO yang lain.

Kjaan Negeri Kedah anjur Karnival Gaya Hidup Pemadam 14-16 September

 Karnival Gaya Hidup Pemadam 14-16 September di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR - Masalah keruntuhan moral dan penagihan dadah semakin menjadi-jadi di begara ini. Disebabkan itu, kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia mengambil inisiatif mengadakan Karnival Gaya Hidup Pemadam di Stadium Darul Aman.

Exco Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh berkata, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat Kedah mengenai masalah penagihan dadah yang sedang kini serius maka kerajaan negeri akan mengadakan program ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sidang media berkenaan dengan Karnival Gaya Hidup Pemadam, di sini.

Taulah Geram..tapi yang hangpa pie rimbok sampai mati buat apa..???

8 pelajar asrama direman tujuh hari
Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Polis menahan lapan pelajar lelaki sebuah sekolah agama persendirian berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kesemuanya ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga 5 September untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipukul sekumpulan pelajar apabila menyedarinya memecah masuk asrama sebuah sekolah agama persendirian di sini, awal pagi kelmarin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...