TERKINI :

Friday, August 31, 2012

Dok Kalut Jaja Janji Orang Last Janji Depa Pon kantoi tahap maxima tak sedaq...!!

BN hanya tunai 7.25% janji sepenggal

KUALA LUMPUR: Kalau separuh dari tanah rizab Melayu tergadai dan hutang negara pula hampir mencecah pada paras siling 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tidak ada nilai langsung dakwaan Umno kononnya telah menunaikan janji.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan sebagai bukti kegagalan Umno.

"Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal.

"Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya.

"Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz.

Di sisi yang lain pula, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dakwaan Menteri Pertahanan mengenai peratusan janji yang ditunaikan oleh BN itu hanya akan menjadi bahan ejekan dan cemuhan rakyat.

"Rakyat yang berbangsa Melayu akan mempersoalkan apa guna dakwaan Zahid yang belum tentu betul itu kalau rekod dalam dalam tahun 1995 sahaja menunjukkan hampir 44 peratus daripada jumlah asal tanah rizab Melayu terlepas dari tangan orang-orang Melayu," kata Mahfuz.

Menurut beliau, tanah rizab Melayu berjumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 merosot kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu hampir 44 peratus daripada jumlah asal.

[Read More]

Doktor nasihat Ustaz Azizan berehat di hospital

Saya telah menziarahi YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam di Kedah Medical Centre, Alor Setar.

Saya telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.

Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting.

Untuk itu, saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.

Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.


Dato' Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!



Untuk Makluman Hari Ini PUBLIC HOLIDAY






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...