TERKINI :

Thursday, August 30, 2012

[Gambar] Akhirnya Dataran Merdeka di Kuningkan malam ini.. MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA... dari BN..!!!


[Gambar] Walaupun polis cakap 'Haram.. Haram.. Haram..', rakyat masih 'keras kepala'

Walaupun polis cakap 'Haram.. Haram.. Haram..', rakyat masih 'keras kepala' nak sertai jugak HIMPUNAN HARAM ni! Degil betul rakyat Malaysia ni!

Gambar Terkini dari Dataran...kuning kuning najib pening..

gambar di ambil dari facebook

[gambar] “Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”



Tour BAS DSAI : Yang UMNO dok dengki pasai paa..???

 UMNO dengki DSAI berkempen guna BAS.

kah kah kah

Sementara tunggu member2 update perhimpunan janji demokrasi di dataran sebab aku tak pergi, kita layankan satu isu yang timbul disebabkan sikap baghal orang umno. Mungkin ramai yang dah tahu yang dsai akan berkempen jelajah satu malaysia guna bas.

Bas tersebut juga boleh menjadi pentas ceramah bila dibuka.. lihat gambar contoh kat bawah neh geng ;




Bas tersebut lebih baik jika dibandingkan dengan bas mewah najib.

Dataran Merdeka dah start di Kuningkan dah..!!!


Puisi Khas A.Samad Said untuk malam ini...!!!

NONESasterawan negara Datuk A Samad Said hari ini menyiarkan satu puisi khas sempena perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam ini.

Puisi berkenaan, yang dimuatkan di laman Facebook, antara lainnya menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu.

A Samad yang popular dengan gelaran Pak Samad juga menyeru pembacanya supaya meraikan sambutan berkenaan walau "dihindar untuk mengalir ke Dataran".

Tulisan berkenaan dipercayai merujuk kepada tekanan oleh pihak berkuasa kepada rancangan 47 NGO yang dipimpinnya untuk berhimpun pada malam ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam dilaporkan mengalu-alukan rancangan NGO tersebut untuk memenuhi Dataran malam ini dengan berbaju kuning.

Bagaimanapun, polis hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut bertentangan dengan undang-undang negara.
Berikut adalah petikan penuh puisi A Samad berjudul "Janji Demokrasi":

Dari Dataran Merdeka jam 9.00 malam...!!!



JANJI DEMOKRASI - Berhimpunlah di mana-mana dibumi Malaysia untuk sambut MERDEKA..... Janji "KUNING"

 
KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya.

Negara Islam UMNO, Negara Pengekspot Babi

 
Tulang Besi mendapat maklumat berkaitan ekspot daging babi Malaysia dari link ini.. Mengikut laman ini, data di bawah ini diambil dari laman Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOSTAT) (Sila rujuk geraf di akhir artikel ini)

Sekiranya maklumat ini benar, maka perkara ini amat dikesali sama sekali. Di kala ini UMNO ke sana ke mari mengaku memperjuangkan Islam. Mereka memperlekehkan PAS kerana sudah tidak memperjuangkan ISlam. Mereka menuduh PAS membuang agenda Negara Islam kerana berkawan dengan DAP.

Padahal PAS berhenti menggunakan slogan Negara Islam semenjak selepas PRU 1969 lagi di kala PAS menyertai Barisan Nasional. PAS menggunakan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2007, setahun sebelum PAS menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Rupanya dalam UMNO mendabik dada mengatakan mereka memperjuang negara Islam, negara Islam yang sama juga menjadi negara pengekspot babi.

Awat yang kerajaan takut sangat dengan JANJI BERSIH nie.. org nak pie lepak-lepak jee..!!

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
USAH DISEKAT KEINGINAN RAKYAT SAMBUT MERDEKA
12 Syawal 1433 bersamaan 30 Ogos 2012

 
Himpunan Janji Demokrasi telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram oleh Polis DiRaja Malaysia kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka. Hanya kerana notis serta kebenaran menggunakan Dataran Merdeka, menyebabkan Himpunan Janji Demokrasi yang turut sama mahu menyambut merdeka tidak diizinkan berlangsung. Walhal, kerajaan awal-awal lagi promosikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan mengajak seluruh rakyat hadir bagi memberikan sokongan sebagai tanda kemeriahan sambutan itu.

Sambutan Hari Merdeka adalah milik rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sesiapa sahaja perlu digalakkan menyambutnya sebagai tanda mengingati negara yang mendapat kemerdekaan penuh pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Malangnya, dengan pengharaman ini, ada sebilangan rakyat ternafi untuk menyambut kemerdekaan negara dengan cara mereka. Apakah sambutan hari kemerdekaan hanya untuk versi yang direstui oleh kerajaan semata-mata?

Janji Bersih d'Kedah : Malam nie jam 10 di JAM BESAR SG. PETANI

BN selesa di Kubang Pasu, Pas nekad rampas Jerlun

NURUL FATIHAH SULAINI
29 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
Pertandingan dua penjuru bagi satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kubang Pasu dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), menyaksikan perbezaan undi yang ketara terutamanya bagi kerusi parlimen.

Biarpun Barisan Nasional (BN) tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.

Bagi kerusi berkenaan, ada desas-desus menyatakan bahawa kerusi calon BN, Datuk Ahmad Zaini Japar yang menang dengan majoriti 6,995 dalam PRU12, Ahmad Zaini menerima 13,219 undi menewaskan Che On Yusof dari PKR dengan 6,224 undi mungkin akan digantikan nama lain.

WWW 1 - Utusan kalah saman lagi..

WWW 1: Mahkamah arah fail taksiran ganti rugi
 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan agar peguam Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin memfailkan notis taksiran ganti rugi saman beliau terhadap Utusan Malaysia.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh timbalan pendaftar, Mazuliana Abd Rashid di pejabat pendaftar mahkamah pagi ini.

Menurut peguam Mohammad Zamri Ibrahim, timbalan pendaftar telah melapangkan tarikh agar peguam-peguam Nizar memfailkan taksiran ganti rugi mengikut di bawah akta yang baru diwartakan.

[Gambar: Zamri (kiri) bersama Nizar dan peguam di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.]

 "Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, perbicaraan tidak akan berlaku kerana Utusan Malaysia tidak pernah memfailkan permohonan mengenepikan penghakiman tersebut.

Manakala bagi kes saman TV3 ditetapkan pada 19 September nanti untuk tujuan pegurusan kes bagi peguam plantif, Nizar memfailkan jawapan terhadap pihak defenden, TV3.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh tersebut di kamarnya pagi tadi.

Mohammad Zamri menjelaskan perjalanan kes saman terhadap TV3 itu masih panjang melainkan pihak TV3 bersetuju untuk menyelesaikannya pada 19 September nanti.

"Jika TV3 ingin membuat penyelesaian kita akan pertimbangkan sebaik-baiknya tetapi jika mereka ingin meneruskan maka perbicaraan akan diteruskan," tambah beliau.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu telah memfailkan saman fitnah pada 10 Julai lalu kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW 1.

Namun pihak Utusan Malaysia dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.

Yang nyata peneroka tetap berhutang 800 unit tersebut

Felda ambil alih hutang peneroka beli saham mulai 1 September

29 Ogos 2012
Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan 
 
SERDANG - Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik  pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari  ini.

Kembalilah kepada Islam

oleh Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Tiada jalan pintas dan apa-apa juga jalan lain yang boleh menyelamatkan umat Islam melainkan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Buatlah dan rancanglah apa pun tidak akan dapat membuka simpul permasalahan sosial yang kini sangat membimbangkan kita.

Isu buang bayi, zina, sumbang mahram, dadah, maksiat dan syirik serta murtad dan juga jenayah lain tidak akan dapat dibendung selagi manusia berdegil tidak mahu kepada ajaran al-Quran sebagai pembimbing mereka. Malahan Allah cabar manusia mencari dunia lain untuk hidup jika tidak suka dengan peraturan-Nya lagi.

Kembalilah kepada asal walaupun dunia menganggap kita ketinggalan zaman dan kolot kerana terbukti pada zaman sebelum Merdeka dan pada zaman awal Merdeka dahulu apabila kita dapat menjaga tata susila dan adat resam serta berpegang teguh kepada ajaran islam. Ketika itu pergaulan lelaki perempuan terbatas dan kurangnya pengaruh budaya tidak sihat dari barat. Di samping tidak ada langsung bahan lucah daripada internet dan sebagainya. Umat pada masa itu mampu bertahan dan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenarnya.

Sebahagian daripada kita sudah jauh daripada Rasulullah SAW dan bertambah jauh dengan Allah walaupun kita rasa 'perjalanan' kita itu betul. Hakikatnya tidak kerana banyak penyelewengan yang kita lakukan terhadap Islam dan tidak memegang amanah saperti yang dituntut oleh agama.

 Kita seolah-olah telah hilang punca dan diharapkan jangan sampai Allah tutupkan hijabnya hingga hilang perjalanan untuk kembali kepada-Nya. Kembalilah ke pangkal jalan dan ambillah kembali segala ajaran Islam itu sebelum terlambat. Hal ini kerana bila-bila masa sahaja bala akan diturunkan jika masih berdegil atau sekurang-kurangnya kembalikanlah kepada kehidupan sebagaimana datuk nenek kita hidup sebelum zaman merdeka dahulu.

Walaupun sederhana tetapi masih dapat mengekalkan identiti sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab kepada agamanya dan masih lagi dapat mengekalkan budaya serta adat resam datuk moyang kita dahulu. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan juga anak cucu kita serta menzalimi masyarakat yang lain yang mahu kepada keharmonian hidup dan aman damai.

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka !

Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan.

RAIS YATIM kantoi... mamat tu cuma ajak-ajak ayam jaa..!!!


oleh AnakKedah007

  
Perhimpunan itu memang berunsur kepartian BN sahaja.
Apa hairan jika Rais Yatim cuma ajak-ajak ayam kepada orang awam menyertainya? 
Pasai apa kata macam tu cuba hangpa baca kat bawah nie...

Isu Penubuhan Kelab Penyokong di IPT : Jika BN boleh maka pastikan PR pun boleh


KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
ISU PENUBUHAN KELAB PENYOKONG UMNO DI KAMPUS
10 Syawal 1433 bersamaan 28 Ogos 2012

Merujuk kepada kenyataan Sdr YB Khairy Jamaluddin di mana Pemuda UMNO akan menubuhkan Kelab UMNO atau penyokong UMNO di kampus IPT pada 26 Ogos di Rembau Negeri Sembilan.

DPPWM menyambut baik usaha ini selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik. Difahamkan dalam pindaan tersebut, pemimpin parti politik dari kedua kubu kerajaan dan pembangkang dibolehkan untuk hadir ke universiti-universiti dalam program mahasiswa dan mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik juga diperbolehkan atas kebenaran Naib Canselor .

Sebagaimana mudah dan tanpa karenah serta sekatan keatas UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional , kami juga bertegas agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut memberi ruang dan peluang yang sama kepada parti – parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk masuk ke kawasan kampus secara terbuka. Sikap pilih kasih dan memilih bulu dengan hanya membenarkan UMNO mendominasi keadaan akan menyebabkan hilangnya rasa hormat kepada pihak kementerian sendiri. Jangan hanya membenarkan apa yang dilakukan oleh UMNO tetapi perkara yang sama dihalang kalau dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

TQ Gerakan atas cadangan TMB...!!!

oleh depakata.co.cc

Depa dok kata Tak pa aihh gerakan oi...hang tok sah kalut laa.. tinggai 6,7 bulan ja lagi MB Azizan nak dok kerusi tuuu.. hangpa pulon bagi menang PRU13 dan AMBIK Mukriz tu jadi MB pihak hangpa.. dia kan hensem bergaya lagi...Habih cerita.... tapi jika Mat Bashah tak jamin laa....

Tapi Jikalau Hangpa Boleh Menang Laaa..!!!

Setiap keluarga Beris Jaya terima dividen RM4225

SIK – Berikutan kenaikan keuntungan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun lepas sebanyak 13 peratus maka seramai 553 ketua keluarga di bawah Skim Penempatan Semula Beris Jaya menarik nafas lega kerana menerima dividen bersih sebanyak RM4225 berbanding tahun lepas hanyak sebanyak RM2900.

Perbezaan keuntungan dividen pada tahun ini berbanding tahun lepas adalah amat ketara iaitu sebanyak RM1325. Skim Penempatan Semula Penduduk Beris atau lebih dikenali sebagai Skim Bandar Baru Beris Jaya dimulakan pada pertengahan tahun 2002.

Pada tahun 2003 semua penduduk yang layak mula menikmati dividen hasil ladang bermula daripada sebanyak RM570 pada 2003 dan meningkat dari tahun demi tahun sehinggalah pada tahun ini ahli menerima dividen sebanyak RM4225.

Setakat ini KLPK, agen pengurus ladang ini telah menjana keuntungan ladang sebanyak RM20,026,275 sejak dari tahun 2003 hingga JUN 2012.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...