TERKINI :

Wednesday, August 29, 2012

Terbaik Untuk Warga Felda.. Harga Saham anda hari nie 'naik' ke RM5.00 dari RM5.05...


Apa yang aku faham.. ROGOL orang sudah tak salah di BUMI MALAYSIA..!!!

Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, kata bekas menteri
Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.

Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

2.9 | Program Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kedah & Perlis



Program Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 2012 (Ahad) - Kedah & Perlis

8.30-9.30 pg
Bakar Bata (DUN)
Alor Setar (P)

Sarapan Pagi

Restoran Zeti, Kg Berjaya,
Bakar Bata, Alor Setar, Kedah

10.00–11.30 pg
Kangar (P)
Kuala Perlis (DUN)

[Dedah Bukti] Kepada anak-anak Ghafar Baba.. Terimalah hakikat bahawa Mat Sabu pernah ziarah beliau..

Sumber: Fb

Ada lagi orang umno yang menyatakan kebenaran...

Ini dia soalan cepumas yang sekog pun ulamak UMNO takleh nak jawab!!!

Oleh TOK SENAPI

Berkatalah otai besaq UMNO yang mengisytiharkan BN sebagai Parti Setan baru-baru ini, Mahathir bin Md Iskandar bahawa, "Saya tidak tolak hudud tapi saya tolak hudud PAS." Katanya lagi, hudud PAS tak adil.

Ucapan ini bukan kali pertama TS dengaq tapi dah berkali-kalai sejak dia jadi PM lagi. Apabila ditanya wartawan, tang mana yang kata hudud PAS tu tak adil? Maka jawab Mahathir, kalau orang Islam mencuri kena potong tangan, orang kapiaq mencuri kena penjara atau denda. Adil bagi Mahathir, kalau dah mencuri dua-dua tu (Muslim dan kafirin) kena potong tanganlah.

Kalau macam tu penilaian mengenai konsep 'adil' Mahathir Md Iskandar, maka banyaklah perkara yang Allah tentukan dalam dunia ini 'tak adil'. Muslim kena solat, kafirin tak payah, waktu Muslim solat kafirin dok relax tengok tv. Muslim kena posa, kafirin tak payah. Waktu Muslim posa, kafirin enak-enak jamah makanan. Haktu rupanya penilaian 'keadilan' menurut fikrah UMNO.

TS nak tambah lagi... kat akhirat esok Muslim yang beriman masuk syurga, puak-puak kapiaq masuk neraka. Mahathir nak kata apa? Takkan dia nak tepuk dai, ihh tak adil sungguh... ada yang masuk syurga ada yang masuk neraka... Adakah maksud keadilan UMNO ialah dua-dua pihak (mungkin MCA dan UMNO) pakat dok sekali dalam kawah kat akhirat esok??? (ni soalan bukan tuduhan)

TS rasa macam tak guna nak nasihat otai besaq UMNO tu, cuma nak nasihat orang bawah2 UMNO... nak habag bagi hukum Allah itu adalah teramat adil. Umat Islam yang terhukum, bertaubat maka dosanya akan terhapus dengan hukuman tersebut. Maknanya kat akhirat esok dah tak kena. Manakala bukan Muslim pulak... kalau tak dihukum mengikut hudud pun tapi hukum ikut Penal Code, kat akhirat esok depa tetap masuk neraka lantaran kekufurannya.

Ada satu soalan cepumas yang telah ditanya kepada Mahathir dan UMNO sejak 22 tahun lalu sampai laa ni tak jawab-jawab ialah....

"Kalau hudud yang PAS buat tu tak betoi, mana dia draf hudud UMNO yang betoi tuu?".

Sekog pun ulamak ulamak takleh jawab soalan ni...

Mujahid Yusof Rawa - Syawal dan hudud

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Saya mengambil masa yang panjang untuk menulis sesuatu tentang perkara serius kerana tidak mahu tersasar dari intipati tajuk. Saya lebih selesa tajuk santai sambil menceritakan keadaan dan peristiwa. Tajuk serius memerlukan pentakrifan dan pengkategorian yang jitu dan mantap manakala bersantai gambarannya adalah longgar dan bersahaja.

Saya belum mencuba menulis dengan kombinasi kedua-dua cara serentak, pasti ia sesuatu yang menarik apabila pembaca mendapati dalam bersantai ada keseriusan dan dalam keseriusan ada santai.

Adakah harapan?

Saya mendapati ruang yang baik untuk saya menulis dengan cara santai dengan saya membicarakan persoalan hudud yang muncul di ambang Syawal.

Apakah mesejnya bahawa hudud muncul di ambang Syawal dan pada penghujung umat Islam berpuasa di bulan Ramadan, Allah sahaja yang mengetahui, namun Syawal adalah bulan kemenangan, adakah ini membawa petanda bahawa isu hudud yang sekian lama dibahaskan di seluruh dunia Islam akan muncul di Malaysia dalam suasana penuh kemenangan, yakni orang ramai dapat menerimanya?

Inilah yang menjadi persoalannya, dapatkah orang ramai menerimanya?

Kenyataan Tun Mahathir resahkan Umno-BN

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.

Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".

Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.

Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.

Nasihat kepada profesor: Kaji, bukan buat andaian politik

http://2.bp.blogspot.com/-bOjfXHOtYJE/T2rbG3rmJQI/AAAAAAAACMM/w5GyizF8Z1g/s1600/signboard.jpgBerhubung kenyataan Prof Dr Suhaimi Abu Talib yang disiarkan dalam Malaysiakini, berkenaan isu pemberian air percuma kepada rakyat di negeri Selangor jelas membawa sikap sebenar Umno dan BN yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini

Kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangan yang berlaku dalam negeri Selangor.

Pandangan Dr Suhaimi sangat tersasar apabila beliau mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan?

Apakah beliau tidak meneliti rekod rizab kewangan kerajaan Selangor sekarang ini berbanding rekod kewangan zaman BN?

Dulu BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan MIMBAR, tidak ada kebajikan kepada rakyat.

Tetapi mengapa rizab selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta?

Kedah bangkit selepas tumpas 2 kali....


Aikkk Aduhai Najib..Menantu Kacang Hantu nie macamana boleh timboi

UMNO sembunyikan suspek penjenayah?


Diburu Kerana Menipu : Najib sorok bakal menantu di Malaysia....hebatkan...!!!


Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.

Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.

Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.

Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian.

Daniyar mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, pernah menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mahathir - Mula Meroyan Tak Ketahuan Punca..!!!

  Mahathir Terus Berdolak Dalih

Selepas menuduh ada malaikat yang buat kesalahan, hari ini Mahathir Mohamad berdolak dalih pula mengenai hudud. Katanya dia bukan tolak hukum hudud tetapi hanya menolak hukum hudud Pas. Itulah dolak dalih Mahathir mengenai hudud sejak berdekad lalu.

Katanya hudud Pas tidak adil dan tidak ada dalam Qur'an. Soalnya Mahathir hanya tahu berkata-kata dan menuduh tetapi dia tidak pernah membuktikan dari juzuk mana enakmen jenayah syairah (hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Kelantan bertentangan dengan Qu'ran seperti mana dakwanya itu.

Tidak dipastikan apakah Mahathir melihat dan meneliti kanun jenayah itu atau hanya mengulas dari Putrajaya dengan sentimen politik semata-mata. Atau pun beliau hanya berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh Inchek Ibrahim Ali.

Jawaban Mahathir itu tidak dapat diterima sebagai satu pandangan yang baik dan ikhlas melainkan ia bermotif politik serta berniat jahat.

Dalam pada itu kalau hukum hudud Pas itu tidak adil, tidak Islamik, mengapa Umno sekurang-kurangnya kalaupun tidak BN membentangkan deraf hukum hududnya sendiri bagi dibandingkan dengan hudud Pas? Sudah lebih 20 tahun Mahathir mempertikaikan hukum hudud Pas ini tetapi gagal menyediakan hukum hududnya sendiri.

SELANGOR : Zaman UMNO tak ada tapi Zaman PR..macam-macam ada..!!!

 Selangor Cemerlang Di Bawah Pakatan Rakyat Berbanding BN

Semasa mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat. Pendek kata tak de apa-apalah...rakyat dapat habuk jer....

Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 bilion...

P/S : Nilah beza mereka yg bijak mentadbir dgn mereka yg kaki rasuah dan suka berniaga dgn rakyat....tak nampak lagi ker....

Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah di Jalan Kuala Kedah

28 Ogos 2012

ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.

Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.

Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...'

"Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.

Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.

Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Kerajaan sentiasa dengar dan atasi masalah rakyat

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa prihatin dan ‘mendengar’ masalah rakyat negeri Kedah apabila menaiktaraf dan membaiki lampu jalan yang sedia ada di kawasan sekitar Alor Setar agar dapat menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi,YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa penambahan lampu jalan sekitar Jalan Simpang Kuala telah dilaksanakan di bawah Program Bandar Selamat dan pembaikan lampu jalan sedia ada di Jalan Alor Mengkudu yang mengalami kerosakan kabel juga telah diperbaiki.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis ketika menjawab pertanyaan daripada ADUN Kota Darulaman, YB Encik Lee Guan Aik berkenaan dengan usaha kerajaan negeri dalam menghadapi masalah lampu jalan di sekitar Alor Setar, semasa Mesyuarat ke Tiga Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri ke 12.

Alhamdulillah... kemenangan sulung KEDAH perolehi keatas TERENGGANU


 KEDAH 2 - 1 TERENGGANU

Alhamdulillah! Peningkatan dari segi permainan walaupun perlu diperbaiki dari segi hantaran dan urgency dalam permainan. Fokus perlawanan akan datang kerana kini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata.

Tahniah Khyril! 2 gol cantik dari beliau mengukuhkan lagi reputasi beliau sebagai antara penyerang plorifik Malaysia. Teruskan rentak jaringan KM18!

PULUN KEDAH PULUN!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...