TERKINI :

Tuesday, August 28, 2012

Menjelang dua tahun perkhidmatan E-Idaman di Kedah

ALOR SETAR -  Pihak Environment Idaman Sdn Bhd  telah menandatangani Perjanjian Konsesi selama 22 tahun bersama dengan Kerajaan Persekutuan pada 1 September 2011.

Environment Idaman Sdn Bhd mengambil alih perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Kedah dan Perlis sejak tahun 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman Sdn Bhd, Encik Mohd Saiful Anuar Zainal berkata, dengan termeterainya perjanjian konsesi itu, perjanjian Interim bersama PBT yang telah ditandatangani pada tahun 2009/2010 dengan sendirinya terbatal.

“Aktiviti pihak syarikat akan dikawal selia oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (PPSPPA) yang telah ditubuhkan di bawah Akta 672,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, katanya, pihak PBT masih memainkan peranan penting dalam memastikan tahap kebersihan berada pada tahap yang baik pada setiap masa.

“Pada 1 September 2012 ini, genaplah dua tahun perlaksanaan penswastaan penuh bagi negeri Kedah dan Perlis dan sepertimana yang telah dijadualkan di dalam perjanjian konsesi, bermulalah perlaksanaan KPI penuh bagi ibu negeri Kedah dan Perlis iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK),” jelasnya.

Nah..!! Utusan kantoi dengan Karpal siap pohon maaf lagik...

 Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

utusan malaysia apologize to karpal singh notice 260808Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.
joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02
Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam.

Turun Harga Kereta : Persatuan Automotif Sokong, Penyokong PR Sokong tapi BN tak Sokong..!!!

Sokongan harga kereta lebih rendah, kemenangan moral buat Anwar, kata PKR
KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Industri automotif Malaysia menyokong cadangan PKR untuk menurunkan harga kereta dengan merendahkan duti eksais, memberi kemenangan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu itu, kata pengarah komunikasi parti Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

Ahli dewan undangan negeri Seri Setia berkata hari ini cadangan menurunkan harga kereta oleh Anwar secara perlahan-lahan dalam lima tahun untuk mengelakkan harga kereta dan kereta terpakai jatuh mendadak.

"Beliau (Anwar) berkata kerajaan persekutuan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) mula-mula akan berbincang dengan pihak konsultasi berkenaan dengan pemilik saham termasuk pihak kewangan, pihak industri dan penjualan berkenaan duti eksais yang diturunkan dalam bajet nasional," kata Nik Nazmi (foto fail).

Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan bahawa industri automotif Malaysia telah memberikan sokongan agar harga kereta lebih rendah dengan menurunkan duti eksais, telah menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk menurunkan harga  kenderaan di salah sebuah pasaran terbesar Asia Tenggara.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyokong  kenyataan pembangkang bahawa  rakyat Malaysia terseksa untuk membayar harga kereta antara yang termahal di dunia dan terdapat keperluan menurunkan duti eksais yang kini antara 65 ke 105 peratus.

Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata harga yang lebih rendah melalui penurunan cukai sangatlah diharapkan. 

Persatuan Automotif Malaysia [MAA] sokong dasar 'Turunkan harga Kereta' PR

 Harga kereta harus diturunkan perlahan-lahan, kata industri

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Industri kereta Malaysia telah menyokong untuk harga kereta yang lebih murah dengan mengurangkan duti eksais secara beransur-ansur yang dilihat sebagai memberi tekanan kepada Putrajaya untuk meringankan beban memiliki kenderaan di salah satu pasaran terbesar Asia Tenggara.

Sokongan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) datang selepas pembangkang di peringkat persekutuan berkata mahu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang membayar harga kereta tertinggi di dunia dan akan mengurangkan harga secara beransur-ansur dalam duti eksais yang kini dikenakan antara 65 dan 105 peratus.


Rafizi Ramli: Berjanji mengurangkan harga cukai. — Foto fail
Putrajaya juga telah menunjukkan tidak lama lagi, harga kenderaan akan diturunkan secara beransur-ansur, kira-kira sebulan selepas pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, berjanji untuk mengurangkan harga cukai kenderaan menjadi lebih rendah.
Akhbar harian The Star juga memetik sumber industri yang mengatakan bahawa Dasar Automotif Negara (NAP) akan menangani pengurangan harga kereta secara beransur-ansur di negara ini, di mana lebih daripada 600,000 kenderaan dijual setiap tahun kepada penduduk yang hanya 28 juta orang.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata harga lebih rendah melalui cukai yang lebih rendah akan dialu-alukan.

“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri yang mengetuai persatuan utama mewakili industri kenderaan di negara ini.

Aishah bagaimanapun menambah bahawa dia tidak berfikir harga patut dikurangkan pada “satu pukulan” kerana ia boleh menyebabkan pembelian kereta terhenti kerana orang ramai menunggu harga jatuh.

Wasiat Merdeka Mat Sabu masuk Utusan Malaya

UTUSAN DEDAH SURAT WASIAT MAT SABU KEPADA ISTERINYA

Berikut adalah wasiat Timbalan Presiden Pas yang telah di dedahkan oleh media. Wasiat ini di tujukan kepada ahli2 Pas yang selama ini dok bikin bising dengan depa punya wala"

Oleh itu kepada ahli Pas jangan tak wala' dengan wasiat ini.. Jom pakat turun di dataran atau di lokasi negeri masing masing.

Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu menyeru ahli PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan. Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," - Mat Sabu.

Lafaz Niat untuk ingatan sebagai "Bumi Di Pijak Milik Orang"


“Adakah hudud tidak dilaksanakan di Malaysia oleh kerana Karpal?”

 Adakah Darah Karpal Halal?


Lanjutan dari isu Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh, saya telah menerima SMS dari seorang ‘hamba Allah’ yang menyatakan bahawa darah Karpal halal dan PAS perlu membunuhnya sekiranya PAS ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hudud. Kenyataan tersebut membuat saya tergelak terbahak-bahak! “Adakah hudud tidak dilaksanakan di Malaysia oleh kerana Karpal?” saya tanya kembali. Adakah Karpal Perdana Menteri Malaysia? Adakah DAP parti pemerintah saya bertanya lagi! Kasihan seribu kali kasihan, orang Melayu yang diperbodohkan UMNO dan sub-kontraktornya!

Mengapa Karpal dijadikan sasaran sedangkan MCA jauh lebih lantang menolak hudud? Sedangkan kempen MCA secara jelas menyatakan bahawa “undi MCA dan MCA akan pastikan Malaysia tidak menjadi Negara Islam dan Hudud tidak dilaksanakan”. Oleh itu, kata-kata menuduh Karpal sebagai anti-Islam adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai agenda politik tersendiri, maka pandangannya bias dan berpilih kasih!

Apabila berlaku ‘Perang Teluk’, angkat kaki, ‘blah’…

Oleh Lanh

SEKARANG ini bukan saja kes perceraian menjadi-jadi malah krisis rumah tangga bagaikan tidak terbendung sehingga terjadi kejadian tragik seperti membunuh atau membunuh diri di kalangan suami isteri. 

Ada beberapa peribahasa Melayu menyentuh mengenai hal rumah tangga ini; antaranya ‘sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri’ dan ‘pukul anak sindir menantu’. Hal ini membuktikan betapa halusnya orang Melayu dalam menyelami permasalahan hubungan kekeluargaan.

Pada musim raya ini, dikhuatiri ‘suhu’ hubungan suami isteri juga panas, misalnya persoalan balik kampung dan perbelanjaan raya boleh mencetuskan ‘Perang Teluk’. Ya, kehidupan suami isteri amat perlukan panduan agama bagi melahirkan kerukunan rumah tangga yang dalamnya terdapat unsur-unsur mulia seperti keadilan dan tolak ansur. 

Namun dalam kehidupan suami isteri, kerap benar kita (termasuk penulis) tersasar, terjadilah pelbagai perang rumah tangga seperti Perang Teluk, Perang Dingin, Perang Periuk Belanga dan Perang Mulut. Hendaknya semua peperangan ini dapat diselesaikan secara aman; bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak rosak. 

Tak pernah aku dengar nak sambut merdeka kena minta permit..gila apa..!!!

oleh AnakKedah007

Aduhai letih la layan kepala otak UMNO nie.. hidup sudah merdeka 54 tahun tak pernah lagi nak pie lepak kat Dataran Merdeka untuk sambut MERDEKA kena buat permohonan permit....

Tetapi mai merdeka ke 55 nie puak yang dok jaga Dataran Merdeka nie dah buat macam harta mak bapak mereka dah...

takan nak pergi ramai-ramai pakai baju kuning salah pada malam tersebut....adakah kerana jika ada yg pakai baju kuning... terus hangpa nak cop geng "JANJI BERSIH".... entah-entah mereka geng penyokong Safee Sali pakai baju Kuning Malaysia....besa laa tuuu...

Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan
Jamilah Hamzah
27 Ogos 2012
SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur Himpunan Janji Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, jika permohonan dikemukakan, pihaknya perlu meneliti mengikut peraturan yang ada.

Apabila dah takut dengan bayang-bayang maka KSU yang cerdik pun dah jadi bangang..!!


ini komen sahabat di fb :
Ini hari Kebangsaan lah bukan hari KPKK. Semua rakyat meraikan hari kebangsaan tidak kira bangsa atau ugama, berhak meraikan hari kebangsaan kita. Apa hal Dato macam tak sekolah saja cakap!
Muhammad Jundullah · Pengulas Tertinggi
Jangan la bagi alasan yang paling bodoh!! Ingatkan dah tua cerdik sikit.

Politik di IPT - Antara 2 darjat.. BN sembang boleh.. Jika PR.. Sorry To Says...

Apa beza antara 2 berita ini.... 

Berita 1 :

Pemuda Umno mahu tubuh kelab penyokong di IPT

Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di Rembau hari ini.

Asas perbezaan sebenar PAS dengan Umno

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Dalam beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri, sehin gga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.

Adakah di kalangan kita, boleh menerima alasan, bahawa isu mengenai hukum hudud ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan media massa yang dikuasai kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerana mereka kini sudah sedar dan benar-benar ikhlas, bangkit untuk memperjuangan Islam?

Dan dengan kesedaran ini juga Umno-BN akan bangkit melawan bermati-matian, terhadap semua tentangan golongan bukan Islam terhadap hukum hudud?

Sudah tentu tidak. Tujuan utama media pro Umno-BN membangkitkan isu ini hanya satu sahaja. Iaitu mereka memang mahu memecahbelahkan perpaduan dan kerjasama yang wujud di antara PAS dan DAP. Oleh sebab itu apabila DAP menentang hudud, mereka akan bangkit dan memaki hamun DAP, tetapi apabila MCA menentang hudud, Umno 'duduk menikus di belakang pintu'.

Jelas kepada kita, Umno-BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP. Kerana Umno tahu, PAS dan DAP merupakan tonggak yang kuat dalam Pakatan Rakyat.

Selama mana PAS dan DAP berpadu, selama itulah Umno-BN takut untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

Hasil Cukai kereta setahun RM6 bilion – Biar Rakyat Derita, Kroni Senang Lenang

Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.

Kontroversi mengenai cadangan pemansuhan cukai tersebut oleh Pakatan Rakyat, menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan duti eksais kenderaan yang bernilai RM6 bilion setahun kepada Perbendaharaan boleh digunakan untuk membantu projek-projek pembangunan di seluruh negara.
"Kira-kira RM6 bilion kepada RM7 bilion dikumpul setiap tahun hanya dari duti eksais kenderaan. Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital kita dapat bina dengan jumlah wang itu, "kata Datuk Khazali Ahmad.
Tetapi mengikut Penganalisis Ekonomi, dengan pemotongan duti eksais kenderaan - yang kini mencecah setinggi 105 peratus - boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah yang berjumlah RM581 bilion.

Aduhai Zamil... dok kalut bab pengganti MB awatnya.. jenis nak boh api bagi kat hang..!!!


Amboi jenih nak boh api memang kerja hang Zamil nooo.. nak buat camna dah waktu nie dia nak kena penyakit..sakit maut dan ajal nie kita bukan boleh tau.. 

itu semua kerja Allah.. jadi kita redho dan terimalah...yang hang dok pandai-pandai ajaq orang tu pasai apa.. 

selepas nie bila dia lega dari penyakit yg Allah bagi tu insya'alah dia akan berkhidmat semula laa.. saja nak boh api...
PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan pada PRU-13

SUNGAI PETANI, 27 Ogos — Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

Insya'Allah Zamil.. Hang jangan risau PAS tahu la nak lantik siapa ganti Azizan...!!!

PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan pada PRU-13
SUNGAI PETANI, 27 Ogos — Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

“Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13,” kata Zamil kepada Bernama di sini, hari ini.

Kedah nafi swasta ambil alih Kuin

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah menafikan dakwaan bahawa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Exco Agama, Pelajaran, Koperasi Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (gambar) berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri.

Apatah lagi, katanya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kuin langsung tidak membincangkan perkara itu.

"Siapa yang nak ambil alih, tidak pernah disebut dalam mesyuarat kita," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kuin.

Malah beliau turut menolak tuduhan bahawa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat daripada syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

Kjaan Negeri Kedah - Denda cukai tanah dikurang 75 peratus


oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah telah mengurangkan denda cukai tanah sebanyak 75 peratus kepada pemilik yang menjelaskan cukai masing-masing, sebelum akhir tahun ini.

Tawaran terbuka kepada pemilik-pemilik tanah yang mempunyai denda atas tunggakan cukai tanah.

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pendaftaran dan Hasil), Haji Mohd Shahadan Abdullah berkata, keputusan ini diambil bertujuan untuk mengurangkan beban dan menggalakkan mereka untuk menjelaskan tunggakan serta denda tersebut.

“Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 27 Jun 2012, kerajaan negeri bersetuju beri pengurangan sebanyak 75 peratus bagi bayaran denda cukai tanah.

Biarkan je NASA & KARPAL meroyan sama mereka

Depa dok kata dalam isu NASA vs KARPAL nie.. kita semua jangan ambik port....

biarkan je NASA & KARPAL meroyan sama mereka sahaja dalam isu nie..jika kita pecat NASA dan biarkan dia bebaskan nanti musuh ambik kesempatan usung dia tour 1malaysia macam hasan JATI tuu....

jika dibiarkan dalam PAS dia boleh dijadikan modal kita untuk bagi Karpal tu berfikir sikit bila nak sembang bab hudud kerana ada orang yang dah nak sanggah beliau dan menentang keras Karpal dalam penolakan hudud tersebut serta kes dikatakan dia hina hudud dah nak dibawa kemahkamah.. jadi kita biaq depa bersilat 2org sahaja...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...