TERKINI :

Monday, August 27, 2012

Budaya Umno ini masih kuat dalam PKR.. manakala PAS pula mula dok belajaq meniru..!!!

Panas! Pasai Apa...Budaya AMNO menebal dalam PKR ?

SB dalam parti

Semalam aku janji untuk menceritakan macam mana modus operandi SB dalam parti. Sebelum tu aku nak lepas geram dulu sebab ramai yang kata aku ejen Umno atau SB setiap kali aku belasah hangpa.

Pertama sekali, kalau hangpa tau aku ejen perisik ..tak kira la ejen Umno atau SB polis, maka aku adalah ejen yang paling tak guna. Ejen yang paling baik ialah bila dia berjaya bergerak tanpa dikesan. Dan perkara paling utama yang ejen perlu jaga ialah glamer dan populariti. Sebab bila dah glamer, macam-macam cerita kita orang mula bongkar. Kalau ikut style KGB, the minute your identity is exposed..you’ll be shot dead.

So, the best agent is still in the party. Orang macam aku kalau jadi ejen..tak boleh cari makan sebab mulut capui dan gatai tangan.

Kedua, hangpa ingat lagi semasa krisis Raja-Raja Melayu zaman Mahathir dengan Anwar dulu? Bila berlaku krisis, Mahathir mengarahkan dibuat satu siri penerangan secara besar-besaran kepada rakyat. Lantas dicipta satu program yang dinamakan “SEMARAK bersama rakyat.” Hangpa tau sapa yang menguruskan program tersebut?

Kenapa KUIN @ Insaniah sering menjadi fokus media perdana?




Ekspo Hijau Ke Putrajaya peringkat Padang Terap

Cerita Insaniah nie tak ada ka yg baik-baik..semuanya buruk-buruk sahaja di mata Pembangkang Kedah..!!


Sedih dan pilu terasa di hati ini , Kerajaan Pembangkang (UMNO KEDAH) hanya ingin memperburukkan dan memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah yang tercinta.. 

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Bincang apa lagi Fathul Bari oi...pie la suruh Najib laksanakan Hudud Versi UMNO nu...

LU SIAPA BEB NAK AJAK TG NIK AZIZ BERBINCANG... KAH KAH KAH !

Siapa lu nak ajak TG Nik Aiz berbincang berkenaan Hudud... cuba lu cermin dulu muka lu tu sebelum nak ajak TG Nik Aziz untuk berbincang berkenaan Hudud... sedangkan menjadi Jurubahasa semasa Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib (DSHN) berada di Mekkah pun lu tak dipanggil... dan yang dijadikan Jurubahasa adalah Bekas Timbalan Presiden Pas yang kalah... ini sedap-sedap aje lu nak ajak TG Nik Aziz berbincang pasal Hudud... kah kah kah !.
Sudah lah tajuk perbincangan bukan nya nak menjalankan Hudud tapi nak berbincang bagaimana susahnya Hudud untuk dijalankan... kah kah kah.... lebih baik aje le lu berbincang dengan Pemimipin United Munafikun National Organisations (Umno) macam mana nak menipu orang Melayu Islam bagi Hudud tidak dijalankan... sebab itu gua katakan tiada bezanya antara Pemimipin Umno termasuk lu dengan Pengerusi Dap Karpal Singh yang pengampu-pengampu Umno panggil Kafir Harbi tu... kah kah kah !.

BN Makin Celaru.. MIC Parah Dilanda Krisis..

Itulah perkembangan terbaru yang melanda Kongres India Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MIC!

Ibarat retak menanti belah, itulah perumpamaan yang paling molek bagi menggambarkan betapa parti komponen Barisan Nasional (BN) ini yang dikatakan 'tenang seketika' sudah mula bergolak semula.

Semuanya gara-gara spekulasi yang tercetus pada Mei lalu, setelah masih menemui jalan buntu ekoran hasrat Presiden MIC, G Palanivel untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands yang mendapat kecaman Umno kerana penyandangnya, SK Devamany masih diperlukan untuk dikekalkan di kerusi tersebut.

Palanivel dikatakan 'menggunakan kuasa sebagai presiden' bagi memaksa Devamany menyerahkan kerusinya kerana kuota kerusi parlimen parti yang lain seperti Tapah atau Sungai Siput dikategorikan sebagai tidak selamat.

Inilah yang menimbukan kemarahan parti komponen BN lain termasuk MCA yang dipercayai menggerakkan usaha mengumpul tandatangan sokongan untuk Devamany yang mahu bertanding sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Kupasan Isu Nasharudin dan Karpal oleh Khalid Samad

Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal
Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
 
SAMBIL kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadan, tercetus pula isu baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud!

Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.

Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.

Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.

Kalau BN adalah Parti Syaitan, maka UMNO mestilah Iblis

 Politik Parti Iblis dan Syaitan

Semakin hari, kita tengok kedudukan UMNO/BN semakin lemah. Mengapa orang Melayu yang beragama Islam duduk sibuk nak tahu pendirian DAP mengenai hudud? DAP bukan parti yang memperjuangkan Islam dan majority pimpinan nya bukan beragama Islam. Yang UMNO hendak sibuk dan rebut mengenai pendirian DAP apa hal? Pendirian UMNO macam mana? Ini yang orang Melayu lebih minat. Bukan kah kerja bodoh kita hendak dengar apa pandangan Kit Siang, Karpal Singh keatas Islam? Islam bergantung kepada orang Islam sendiri lah samdol. Kuman diseberang lautan nampak sangat, gajah didepan mata, tak nampak.

Saya ada tiori sendiri mengapa UMNO menentang hudud. Nanti mereka takut, PM, TPM dan semua pemimpin UMNO bermesyuarat cabinet semua tidak ada tangan. Kerana semua kena potong tangan. Projek tidak boleh berjalan sebab hendak tanda tangan surat kelulusan tak dapat. Hendak belajar sign dengan mulut ambil masa yang agak lama. Bayangkan. Najib tak boleh sign projek Sungai Besi. Dia tak boleh lulus projek Sungai Buloh. Dia tak boleh endorse Tan Kay Hock. Tangan takde, nak buat macam mana?

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis

oleh Aspan Alias

UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.
Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.
Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.

Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa


Idris Ahmad, 24 Ogs 2012
Tun  Dr Mahathir sanggup mengaku  BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.

Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).


Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.

Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang  pernah memimpin BN selama 22 tahun  sanggup mengaku parti BN syaitan.

KENYATAAN AKHBAR TENTANG AIR PERCUMA DI SELANGOR.


Migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas.

Pada awalnya Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan.

Tetapi setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan.

Dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri. Satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu.

Ini bermakna bagi pemilik yg tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu. Sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma.

Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program utk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma.

Teknik Mudah saja nak jawab serangan UMNO Be End pasai hudud...

Tudia... Pulun sungguh nak pecahbelah Pakatan, tapi masih gagal

Mudah saja nak jawab serangan UMNO Be End pasai hudud...



Oleh SAIBURI SUDIN

Pulun sungguh akhbar Utusex Meloya anak didik Yahudi APCO ni berusaha pecahbelahkan Pakatan Rakyat tapi malangnya para pemimpin serta penyokong PR terlalu bijak untuk diadu-domba.

Puak2 tu sedar hanya dengan memecahkan kerjasama antara PAS-DAP-PKR maka hasrat BN untuk terus berkuasa bagi membolehkan mereka merampok khazanah kekayaan negara melalui rasuah dan penyelewengan akan terlaksana. Mereka berharap jika ada pemimpin PAS yang melatah, terburai ikatan kerjasama dalam Pakatan maka Najib akan cepat2 bubarkan Parlimen.

Mahathir Vs Karpal sedang panas bertembung dalam mahkamah..!!!

 Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.

Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

Khutbah Raya: Pihak mana sebenarnya berpolitik

KOTA BHARU: Usaha pihak tertentu cuba mengaitkan Dewan Ulamak PAS menyediakan khutbah Aidilfitri kononnya mengajak perpecahan, akhirnya mendedahkan pekung sebenar.

Antara lain khutbah disediakan pihak tertentu menyebut, "Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan".

Bagi banyak pihak ia jelas ditujukan kepada BERSIH 3.0 yang dituduh sebagai pencetus pergaduhan dan perbalahan.

Selain itu khutbah yang dikeluarkan pihak berkenaan juga mengajak orang ramai menyedari bahawa Malaysia bukan Mesir, Malaysia bukan Syria, Malaysia bukan Pakistan, Malaysia bukan Ira

Gerakan Anak Muda Tolak Umno (AMTU) mempersoalakan apakah tujuan petikan itu dimasukkan dalam khutbah Hari Raya.

“Tidakkah ini bahasa pemimpin Umno yang seringkali berhujah agar dipertahankan kerajaan Malaysia yang sedia ada biar pun terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa,” kata setiausaha AMTU, Muhammad Hanif Wan Ahmad.

Ribuan rakyat jelata serbu rumah terbuka di Seri Mentaloon

ALOR SETAR – Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar pada tahun ini amat terasa apabila menerima kunjungan orang ramai di luar jangkaan, dianggarkan lebih 40 ribu menghadirinya.

Jika sehari sebelum (Jumaat) sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hujan di bumi Kedah begitu lebat dan berterusan selama sehari. Namun, dengan izin dan kurniaan Allah, pada hari Sabtu, cuaca amat baik tidak mengahalang rakyat Jelapang Padi menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar ini.

Malah, kesesakan lalulintas juga tidak menghalang mereka untuk berkunjung ke rumah terbuka ini. Ada di kalangan mereka yang sanggup berjalan sejauh lima kilometer untuk ke Seri Mentaloon.

Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9 pagi walaupun masa yang dijadualkan bermulanya majlis sekitar 11 pagi bagi membuktikan kesejahteraan di kalangan rakyat Kedah. Walaupun terpaksa berasak-asak mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana dapat berkunjung ke kediaman pemimpin yang dekat di hati rakyat. Hidangan yang disajikan juga disediakan seawal pagi untuk tidak membuatkan orang ramai menunggunya dengan lebih lama.

Jangan Hidupkan Tarikh Luput...!!!

(BIARKAN TEMEKONG, JANGAN DIANGKAT JADI SEMBILANG)
IBN ABDULLAH ALAWAB
KHAMIS: 5 SYAWAL 1433 / 23 OGOS 2012

Saya menyeru kepada kepimpinan PAS, parti yang saya sokong dan dukungi sejak 1960 ketika saya kecil mengenalinya melalui Almarhum Ustadz Abu Bakar Hamzah. Apalagi ketika beliau menjadi calun PAS di PRU tahun 1969. Beliau, Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika itu masih segar bugar dalam ingatan saya bertanding di Kadun Sanglang beliau tewas 5 undi dengan pencabarnya Almarhum Pengulu Japaq (Dato' Jaafar Hassan akhirnya menjadi MB Perlis ganti TS Sheik Ahmad Mohd Hashim). Dan kalah di Kapar Perlis Selatan dengan Almarhom Tuan Haji Mokhtar Ismail.

Ketika itu, dipenghujung saya belajar sekolah rendah kebangsaan, Allah berikan kelebihan saya melukis. Maka saya membantu membuat poster bulan bintang (simbul PAS ketika itu) di belahan tin minyak tanah dan di papan lapis dan memasang poster merangkai ditali rapiar. Seronok ketika tu lawan dengan perikatan simbul kapal layar. Ustaz Bakar Hamzah sebaik selesai penamaan calun, malamnya mai kerumah menemui ibuku (keluarga rapat UABH) pinta emak sokong dan beri undi untuknya. Daripadanyalah saya mengenali cicak berak kapoq, mengkarong, keridik dan sebagainya. Yakni bidalan mehnah dan kerenah kepimpinan PAS ketika itu. Dah 52 tahun berlalu dan usia saya sendiri menjangkau 60 tahun lebih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...