TERKINI :

Sunday, August 26, 2012

Adakah PAS wajib bersama UMNO seperti kata chedet


Menurut Dr. M pula, PAS wajib bersama UMNO supaya hudud dapat dilaksanakan!? Hei, apa pula ini? Bukankah PAS parti lemah sehingga kononnya diperkudakan DAP dan UMNO pula parti gagah perkasa boleh buat apa yang dikehendakinya tanpa takut kepada sesiapa?

Tiba-tiba tidak boleh laksana hudud tanpa PAS bersama? Maka adalah, jelas UMNO tunduk pada MCA! Sudahlah, kalau UMNO memang berhajat untuk melaksanakan hudud sudah lama ianya boleh dilakukan. Jangan cuba jadikan PAS sebagai parti yang mengkhianati perjanjiannya, tinggalkan PR supaya bersama UMNO hanya untuk ditikam kembali oleh UMNO selepas itu.

Jika benar UMNO ikhlas ingin melaksanakan hudud, maka silakan. PAS akan sokong. Selepas itu PAS akan menuntut supaya didakwa semua perasuah dan perosak Negara melalui satu institusi kehakiman yang bebas! Ini juga merupakan tuntutan Islam.

Baca sahaja kisah bagaimana Saidina Ali berhadapan dengan Qadi bernama Syuraih yang bertindak bebas dan adil tanpa menghiraukan bahawa yang di hadapanya adalah seorang Khalifah!

Khalid Samad

Isu Hudud : Tak payah dok ulas layan si Karpal & Umno tu sangat..

Rupa-rupanya dah beberapa minggu arahan dari pimpinan agar ulasan berkenaan isu Hudud hanya boleh dibuat oleh Tuan Guru Presiden dan kerana arahan itu, saya diajar untuk mematuhinya. Saya diajar untuk sentiasa TAAT ketika senang dan susah, ketika malas dan rajin. Rasa-rasanya pimpinan kawasan, negeri dan pusat lebih arif soal ini dari saya. Saya hanyalah pimpinan rumahtangga dan ahli biasa sahaja. Saya seiring dengan kenyataan Tuan Guru Presiden PAS berkenaan isu Hudud ini.

Tidak ada isu dengan DAP sebenarnya, sebab PAS tetap akan berjuang untuk melaksanakan Hudud melalui sistem demokrasi yang sedia ada. Kita hanya mempersoalkan kenapa UMNO tidak mahu Hudud dan kenapa pula menghalang PAS dari melaksanakannya apabila mereka juga mengaku diri mereka ISLAM. Tak pelik DAP tolak sebab mereka bukan ISLAM.

Sah!! BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN."Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
 
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

PAS cadang 'BUNGA' Loan penjawat awam 4% di hapuskan

PAS cadang mansuh 4% faedah pinjaman penjawat awam

Anis Nazri, 25 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.

Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.

"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun. Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.

MB ok laa... tak ada masalah apa pun... doktor suruh rehat jaa..!


Hadi: Pendirian Karpal tidak patah semangat Pas dalam isu hudud

hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
 
KUALA LUMPUR - Pas menerima secara positif kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam soal hukum hudud dan Negara Islam, tetapi akan meneruskan perjuangan parti bagi menegakkan syiar Islam di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal itu tidak sedikit pun mematahkan semangat perjuangan Pas terus mempertahankan hukum hudud.

"Apa yang Karpal katakan sebelum ini, kita terima saja secara positif. Umno sebelum ini pun pernah memperlekehkan dan memperkecilkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas, hari ini.

Karpal sebelum ini mengatakan pelaksanaan hukum hudud kemungkinan tidak berupaya mengurangkan jenayah.

Mercun Ohh Mercun......

Murid Tahun Empat putus dua jari akibat mercun bola
Murid Tahun Empat putus dua jari akibat mercun bola
Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk dan patah pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan. - Foto Bernama
 
SUNGAI PETANI - Seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dekat sini putus dua jari tangan kiri setelah mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum dia sempat membalingnya.

Dalam kejadian 5 petang Rabu lepas, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka.

Bapanya, Moh Rosyam Hanafiah, 39, berkata akibat kejadian itu juga penglihatannya anaknya kini kurang jelas.

"Saya selalu nasihatkan Anas jangan bermain mercun dan dia sememangnya tidak pernah bermain mercun. Tak sangka pula kejadian ini boleh berlaku ke atasnya," kata Moh Rosyam ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim Shah, di sini hari ini.

Kedah kecundang lagi

 

KOTA BHARU -- Pemain Kelantan Mohd Afiq (merah) dikawal ketat oleh pemain Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia Kelantan diantara Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam ini.

Afiq Azmi menyelamatkan Kelantan apabila menjaringkan dua gol untuk menewaskan Kedah 2-1, sekali gus mencerahkan peluang skuad bimbingan Bojan Hodak ke suku akhir. -




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...