TERKINI :

Friday, August 24, 2012

UMNO jadi lembu yang ditarik hidung dalam Be End

Oleh Kedah Times/KedahLa


Setelah menjadi keldai tunggangan MCA dan Gerakan untuk sekian lama, pemimpin UMNO masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja UMNO akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Be End apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin UMNO seperti Rosmah dan Najib begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan MCA dan Gerakan yang sedang melaksanakan agenda menyisihkan masa depan Islam dan Melayu.

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong MCA kerana anti Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak besar di Malaysia, UMNO begitu beria-iya mempertahankan MCA.

Pernahkan kita lihat MCA melakukan perkara yang sama mempertahankan UMNO dalam mana-mana isu selama ini?

Ayaq kat negeri depa pon tunggang langgang masih ada hati nak supply pie Selangor...


Mohamad Asri A. Bakar - lihat kejernihan air yg di salurkan kepada 
Peneroka FELDA Bukit Puchong, di Pahang...negeri PM !!!!

Judi bola nak, Umno usah berlagak mahukan Islam

KUALA LUMPUR: Kalau judi bola pun hendak dilaksanakan oleh pemimpin Umno, tidak perlulah parti itu berlagak mahukan Islam, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola.

"Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya.

Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP.

Harga beras la pulak nak naik...kita ada beras sendiri pun menteri tak boleh nak handle kaa..???

Jika PR nak turun harga kereta macam-macam hangpa kata..tapi dalam diam-diam dok kaji harga......

PKR: Proton masih mampu bersaing
Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli & Sim Tze Tzin
24 Ogos 2012

SEMAKAN semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan di dalam industri automotif negara.

Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputera) akan hilang pekerjaan.

Apa akan jadi apabila PR turunkan harga kereta...???


Apa beza Karpal, Nasruddin Tantawi & Hasan Ali

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA desakan yang meminta PAS mendesak DAP agar memecat Pengerusinya Karpal Singh kerana Karpal dilihat lantang menentang hukum Hudud. Pertamanya secara peribadi aku tidak bersetuju dengan cara Karpal yang langsung tidak berhikmah atau bijak di dalam menyuarakan pendapatnya. Ada yang mahu menyamakan isu Karpal ini dengan isu pemecatan Hasssan Ali oleh PAS.

Mereka mendakwa jika PAS boleh pecat Hassan Ali, mengapa DAP tidak boleh pecat Karpal Singh? Benarkah isu ini boleh disamakan? Apa salah Karpal Singh terhadap DAP dan apa pula salah Hassan Ali terhadap PAS?

Baiklah, kita semua tahu sejak dahulu lagi bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Hudud dan hal ini PAS pun maklum lama sudah. PAS pula konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam termasuk hukum Hudud walaupun dengan berbagai pendekatannya. Pendirian PAS yang tegas ini pun DAP sudah lama tahu.

Metos tembelang trajedi 13 Mei di bongkar semula...



Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007.."Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar. "Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol. "Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar.

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ" (Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan). Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

PR Selangor kempen Tour Guna Bas ala Election Amerika..

 BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR
BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR
Bas dua tingkat jentera ceramah baru PR
 
Kerajaan Negeri buat kali pertamanya mempamerkan bas yang dilengkapi dengan sistem audio visual untuk acara itu di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, di sini.

Kenderaan berkenaan disewa khas oleh Abdul Khalid menggunakan wang poketnya sendiri selama tiga hingga empat bulan bagi membawa pemimpin PR menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk berkempen menjelang PRU13.

Khyril menandatangani kontrak baru dengan KFA sehingga 2015

Khyril Terkilan Saksi Pasukannya Tewas
oleh Bashah Zainol Abidin/metro


PENYERANG kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri geram apabila menyaksikan Kedah tewas 0-2 kepada ATM pada perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia, kelmarin.

Dia yang baru menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sehingga 2015, terkilan kerana tidak dapat turun membantu.

“Saya kecewa kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan kerana di gantung satu perlawanan ketika bertemu Pahang pada perlawanan play off di Melaka pada 17 Julai lalu,” kata Khyril,” katanya.

Apapun dia kini sudah bersedia diturunkan apabila Kedah bertandang ke Kota Bharu bertemu Kelantan, Sabtu ini.

FGV business Venture mengalami ujian

oleh IR ZAMRI YUSUF



Perbandingan prestasi revenue FGV utk perhatian bersama :
2011
Perladangan 44% 3,286j
Industri Gula 31% 2,300j
Downstream 25% 1,889j

Q1 2012
Perladangan 57% 977j
Industri Gula 31% 532j
Downstream 12% 211j
Usaha penerokaan business oleh FGV begitu berani. Dengan latar belakang kewangan terkumpul yg banyak, serta fasiliti pinjaman bank & tabungan kewangan agensi kerajaan, FGV benar-benar mengembangkan sayapnya meneroka sehingga keluar negara.

Bidang business downstream dikembangkan ke United Arab Emirate, dan industri refineri di beberapa negara termasuk Afrika selatan. Dengan melantik agen jualan yg berpengkalan di Perancis.

HUDUD - Walaupun sukar PAS akan tetap tidak berputus asa...

 Pas Pusat akui sukar laksana hudud sekarang
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.

Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.


"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adakah SADA telah sabotaj 2000 penduduk Kupang untuk memalukan Kjaan Negeri..???

 Lebih 2,000 keluarga terputus bekalan air
BALING - Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.
  
Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak.
  
Keadaan tersebut dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1 Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak menitis.
          
Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.
  
Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahaan sekitar pekan Kuala Ketil.

DAP yakin PR terus perintah Kedah

 
 
 
ALOR SETAR - DAP Kedah yakin Pakatan Rakyat (PR) akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, DAP yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah selepas PRU-13 nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.

“Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.

Alunan zikir dorong peluk Islam

Alunan zikir dorong peluk Islam
Ahmad akan membaca al-Quran apabila berasa tertekan.

POKOK SENA - Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan memeluk Islam.

Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun lalu.

Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa sesiapa.

Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan.

“Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...