TERKINI :

Thursday, August 23, 2012

MCA Kedah buat U-Turn pasal Hudud...

he he he terpaksa buat kona baring sahabat MCA sepusat sepusing dengan UMNO nie...sebelom nie bukan main kemaih terima hudud tetapi bila soi lek ehem ehemmmm terus sentot...

MCA Kedah konsisten dengan pendirian Pusat
Itt Chew
Itt Chew (kanan) pada sidang media, semalam
ALOR SETAR - Pendirian MCA Kedah, khususnya melibatkan isu-isu sensitif termasuk perlaksanaan hudud di negara ini adalah seiring dengan MCA Pusat.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, pendirian MCA Kedah berkaitan hudud selari dengan kenyataan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini, yang berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa MCA tidak menyokong pelaksanaan hudud-Pas.

Inilah Punca Sebenarnya negara rosak, melayu pecah belah....


Sebenarnya negara rosak, melayu pecah belah akibat angkara MAMAK inilah...akibat tamak kuasa dia paksa umno menyokong tindakan dia, iaitu :

1. bergaduh dgn Ku Li = paksa Umno sokong dia, Melayu berpecah.
2. bergaduh dgn Anwar = paksa Umno sokong dia, Melayu berpecah.
3. Musa Hitam letak jwtn TPM akibat tdk sehaluan dgn MAMAK.
4. Pak Lah dijadikan kambing hitam akibat angkara MAMAK nih.
5. merebut kuasa dr Tun Hussein On secara halus.
6. Menekan pembangkang Melayu.....dan pelbagai lg..

dan sekarang terus melalut, dan terus meroyan....yg pasti semua ini adalah angkara ketamakan kuasa MAMAK tua nih...

Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau terima, saya rasa pelik

 Mat Sabu: Isu Nasha dibawa ke biro politik PAS

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 1PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Nasharuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.

Kenyataan ‘Goyah’ Tun Mahathir Bukti Perubahan Kerajaan Pusat Akan Berlaku PRU-13


Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Ogos 2012

Kenyataan ‘Goyah’ Tun Mahathir Bukti Perubahan Kerajaan Pusat Akan Berlaku PRU-13

Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/Bn tumbang menyembah bumi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan 5 negeri Bn tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim Bn hilang kuasa sebagai pemerintah. Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi ‘fixed deposit’ Bn, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/Bn bakal kehilangan kuasa pada PRU-13.

Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.

Mungkin Tun Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa 5 kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan Bn telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

UMNO akan mati akal kalau PAS tak layan Nasha

oleh Subky Latif



Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Raya Kalu...Accident...Mati...Mati... Accident....

 Padah lumba haram, seorang pelajar maut
Padah lumba haram, seorang pelajar maut
Nik Mohd Razali
 
PENDANG - Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung di sini, maut apabila motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selepas bergeser dengan dua motosikal rakannya lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Saga, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam di Jalan Air Puteh Luar itu, Mangsa, Mohd Rafizal Mahammad, 15, tinggal di Kampung Paya Saga Mukim Air Puteh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar ketika mendapatkan rawatan bersama dua lagi rakannya yang turut mengalami cedera parah.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Pendang, Asisten Superintendan Nik Mohd Razali Husin berkata, mengikut laporan yang diterima, mangsa dipercayai berlumba bersama 10 motosikal di laluan itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...