TERKINI :

Saturday, August 18, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya dari admin KedahLanie



dari Admin fb aka Jijie, Adie & CNN
dan Admin Web aka Tokan & Siput

dengan ucapan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Utk Makluman laman web bercuti 2 hari
manakala fb terpulang pada admin fb nak update atau tidak jika mereka rajin Insya'allah mereka akan update...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....


Meroyan lagi UMNO nampaknya... PAS tak kelapaq Kerjasama dengan hangpa aihh..!!!

Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU

Menjelang PRU 13

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.

“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.

Hospital Yan hadapi kekurangan mesin hemodialisis

YAN - Hospital Yan yang mempunyai 14 mesin hemodialisis kini menghadapi masalah bagi menampung jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat, kata Pengarahnya, Dr Khadijah Sani.

Beliau berkata, setakat ini mesin hemodialisis yang ada digunakan untuk merawat 37 pesakit yang datang dari daerah Yan dan kawasan berhampiran.

Pada masa sama, terdapat 10 pesakit buah pinggang yang baru mendaftar sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut yang mengenakan bayaran minimum untuk perkhidmatan itu, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berikutan masalah itu, pesakit yang dalam senarai menunggu terpaksa mendapatkan rawatan di pusat hemodialisis swasta yang mengenakan caj RM250 bagi satu sesi, dan ini membebankan pesakit.

Full Video : Borak bersama Anwar Ibrahim #BorakAnwar


Hudud Umno sudah mati

Subky Latif, 17 Ogs 2012

Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap.

Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam.
Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati.

Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu.

Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud.

Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya.

Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu.

Gabungan JANJI: "Kami bukan mewakili BERSIH'


Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO untuk bersama dengan anak semua bangsa merayakan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini menjelaskan bahawa ia bukan mewakili BERSIH 2.0 seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Gabungan JANJI ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kami bukan mewakili BERSIH 2.0 sepertimana yang telah dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi"," kata gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah tema “Janji Demokrasi”, katanya, Gabungan JANJI akan bersama rakyat Malaysia pada pukul 10 malam di kawasan pancuran air sekitar Dataran Merdeka dengan mengenakan pakaian kuning sebagai warna tema.

Hasil KLPK bertambah 13 peratus - Exco Kedah

SIK – Hasil ladang Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di bawah Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah pada tahun ini meningkat sebanyak 13 peratus berbanding tahun lepas.

Exco Industri & Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan, hasil ladang pada tahun ini meningkat sebanyak 13 peratus iaitu daripada 495,584 kilogram getah kering pada tahun 2011 kepada 564,386 kilogram pada tahun ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian dividen kepada penduduk Beris Jaya, di Beris Jaya.

“Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan ianya adalah bagi memastikan dividen yang dibayar kepada tuan-tuan juga adalah berpatuatan. Keuntungan ladang pada tahun ini bagi tempoh dari bulan Julai 2011 hingga Jun 2012 adalah sebanyak RM4006,240.56.

“Sebanyak RM2,375,133 diagihkan sebagai dividen hasil keuntungan ladang dan RM125 ribu disalurkan sebagai imbuhan kepada Koperasi Pembangunan Beris Berhad,” katanya.

Menurutnuya lagi, sebanyak RM1.5 juta akan dimasukkan ke dalam tabung tanaman semula yang dijadualkan akan dapat mengeluarkan hasil pada tahun 2017 nanti.

Peruntukan RM180,000 untuk pondok di Kedah

Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Peruntukan RM180,000 untuk pondok
Musodak (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil sekolah pondok sambil diperhatikan Ahmad (kiri) serta Mohd Rejab (dua, kanan).
 
KOTA SARANG SEMUT - Kerajaan Negeri mengagihkan peruntukan berjumlah RM180,000 kepada 30 pondok seluruh Kedah yang berdaftar dengan Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa).

Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musodak Ahmad berkata, sumbangan itu bagi membolehkan pengurusan pondok menggunakannya untuk keperluan menyambut Aidilfitri serta pembangunannya.

“Kita menyokong langkah diambil Hesa untuk menghimpunkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta pondok dalam satu organisasi supaya dapat memantau aktiviti serta program mereka.

“Setakat ini terdapat 30 pondok serta lebih 40 SAR yang berdaftar di bawah Hesa termasuk maahad tahfiz persendirian di semua daerah,”
katanya pada majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pondok, di Kompleks Pas, di sini, semalam.

Golongan Asnaf diraikan di Seri Mentaloon


ALOR SETAR- Seramai 986 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, golongan kurang berkemampuan serta mualaf dari Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis dan Persatuan Saudara Baru diraikan dalam majlis penyampaian sumbangan sempena hari raya dan majlis berbuka puasa di Dewan Seri Mentaloon.

Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam tazkirahnya berkata, kebajikan bukanlah satu publisiti tetapi ianya merupakan amanah dan tanggungjawab kepada pemerintah untuk melaksanakannya.

“Anak-anak yatim perlu diberi keutamaan kerana mereka kehilangan bapa atau ibu bukan atas kehendak mereka. Begitu juga dengan ibu-ibu tunggal dan orang-orang kurang berkemampuan, mereka juga tidak mahu hidup mereka sebegitu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...