TERKINI :

Thursday, August 16, 2012

[Kata Rakyat] Arena Politik Bukan Pentas cipta nama tapi tempat kumpul harta..!!


Aduhai Kesian Mat Bashah dekat-dekat nak raya nie baik diam je la lagi baguih rasanya..!!!


Ucapan Raya dari KRISK


 Salam Aidilfitri 1433 Hijri buat semua teman-teman remaja sekalian, semoga kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Wahai UMNO..siapa yang guna agama sebenarnya sekarang nie..???

 'Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik

SHAH ALAM: PAS Selangor bertegas bahawa Umno sudah tidak bopleh dijadikan tempat bergantung umat Islam yang cintakan kepada agamanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Umno sepatutnya sebagai sebuah parti pemerintah harus membuat penjelasan secara konsisten tentang Islam agar difahami oleh semua termasuk bukan Islam.

Namun malangnya, Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi.

"Tindakan Umno yang berdiam diri setelah fatwa 'kafir harbi' menunjukan mereka tidak serius untuk memartabatkan Islam, melainkan untuk politik mereka sahaja," jelasnya pada sidang media di Pejabat PAS di sini.

Nasha: 'Saya tidak ada niat masuk Umno'

Wartawan Sinar Harian
16 Ogos 2012
 Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa
 
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

[Bongkar] Disebalik rampasan kuasa di Perak..!!!

 Rampasan Kuasa Perak - Kisah sebenar Rampasan Kuasa !!

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Tinggalkan Kebiasaan Menyokong UMNO.. mai sokong PR pulak...

Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.

Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.

Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. Demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.

Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.

Bye.. Bye... Nasa..!!!

oleh AnakKedah

Apa la mangkaq si NASA nie... orang dah nak humban Najib tetiba dia pulak boleh jadi lidah Najib.. awat sponser2 utama hang yang dok buat kolection bagi kat hang dah tak bagi dah ka... modai hang dah habis dah ka.... bil-bil servis hang depa dah tak bayaq dah ka....

Awat hang jadi mereng lagu nie... itu laa dulu orang habaq dah jangan naik laju sangat... nanti jatuh pun boleh laju jugak...tengok masa jatuh dulu tu awai2 dia ok la lagi..tapi bila dah dok mula keluaq statement merapu tu dah nampak sangat hang macam dah mula nak jilat Najib.. awat najib janji berapa ?? Dia janji nak seattle bil tertunggak hang kaa...??? Agak-agak jika hang dapat kompom lebih RM2juta.... jika Ulamak Pondok 25 org murid tu pun boleh di kasi RM2juta takan hang Najib nak bagi bawah tuu...

Nasa oh Nasa.. teman tapi mesra nampak..!!!


Hudud pada malam Lailatul Qadr

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, 16 Ogs 2012

1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al-Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripada Allah.

Oleh sebab agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al-Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Ini adalah iman orang yang beriman kepada al-Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al-Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya dengan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.

Justeru, penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al-Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia.

MKK Gunung Bongsu tak buat kerja kaa..???

  

Depa tanya siapa la MKK di Gunung Bongsu nie sampai boleh biaq rakyat kawasan dia duduk rumah berlantaikan tanah... takan Kerajaan Negeri Kedah tak ada budget nak beli simen 2,3 bag dan pasir selori untuk pie bubuh lantai simen kat rumah makcik tuu...

Hangpa nie buat kerja ka dak sebenarnya nie...???? 
 http://www.depakata.co.cc

Dunia.. Malaysia... Islam & Fatwa...!!!

 Umat Islam terkujat setempat?

NONEMinggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

Dalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Saya tidak gesa keluar parti - Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'.

NUKILAN RAYA - KERAJAAN YANG BAIK...ADALAH KERAJAAN YANG LEMAH...


(istimewa utk Kerajaan Baru Pakatan Rakyat- usinwafer)

INI LAH HIKMAH TURUN KE JALAN RAYA
BILA RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA KERAJAAN AKAN JADI TAKUT..

INI LAH HIKMAH NYA KERAJAAN LEMAH...
BILA KERAJAAN LEMAH.... RAKYAT DAPAT BANYAK BARANG....
PASTIKAN KERAJAAN TERUS LEMAH....

KALAU PAKATAN MENANG PUN ...PASTIKAN BUKAN KEMENANGAN BERSAR...
KALAU MENANG BESAR...PAKATAN AKAN ANGGKUH....

KERAJAAN YANG LEMAH ADALAH BAIK UNTUK RAKYAT....
KERAJAAN LEMAH AKAN SENTIASA IKUT CAKAP RAKYAT
KERAJAAN YANG LEMAH AAKN BERLAKU ADIL KPD RAKYAT

TERBUKTI:

Nasa Oh Nasa - Mula-mula ULAMAK.. kemudian..ALAMAK.. Sekarang.. FULLLAMAK...


Mula-mula ULAMAK..kemudian..ALAMAK..Sekarang..FULLLAMAK...

Kalau la aku boleh tunjuk gambaq Nasa dengan Najib kat salah seorang veteran PAS kat kampung aku.. huhuh.. maU menyumpah seranah dia si Nasa nie..huhuh... 

 bab dia jumpa Najib... Itu teman tak kesah, teman anggap sebagai rakyat malaysia, kena hormat jempuitan. Yang Isu Hangat bukan ini, Kena dia Keluaar dalam TV semalam, "PAS perlu keluar dari PR sebab DAP tentang Hudud". Ini majority orang PAS Marah. huhuhu

bukan hapa..masa pertandingan Timbalan Presiden PAS antara Abg Mat dan Nasa..aku tanya dia ...dia pilih sapa..dia kata Nasa..atas alasan..Nasa ni ULAMAK...Abg Mat Sabu bukan ulamak...huhuhh sekarang nie..apadah jadi dengan Nasa..FULLLAMAK....huhuhu
Usin Wafer

Nie Awat dok guna juruukur swasta la pulak... tak bagi kat pej. daerah?

RM2,600 upah ukur tanah wat
MOHD IDROS MOHD ALI
15 Ogos 2012
Boon Som
Boon Som menunjukkan salinan surat jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Wat Siam Kampung Kura, Sik.
 
ALOR SETAR - Perlukah Kerajaan Negeri menggunakan khidmat juruukur swasta untuk kerja-kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma oleh kakitangan pejabat tadbir tanah daerah di seluruh negeri.

Ahli Dewan Negara mewakili Masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong mendakwa, setiap Wat Siam di Kedah dikehendaki membayar RM2,600 sebagai bayaran kerja mengukur yang diserahkan kepada juruukur yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu Syarikat Restu Ukur Consultants.

Beliau berkata setakat ini, 11 daripada 45 wat sudah membuat bayaran 50 peratus atau RM1,300 untuk membolehkan mereka mendapat surat keterangan.

Menurutnya, semua wat Siam terbabit dikehendaki menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan yang berlangsung di Wat Siam Kampung Kura, Sik pada 28 Julai lalu. Mereka dikehendaki membayar deposit 50 peratus ketika mengisi borang persetujuan bagi membolehkan kerja mengukur itu dilakukan.

OIC gantung Syria

Wartawan Sinar Harian
16 Ogos 2012
Presiden Bashar al-Assad
Presiden Syria, Bashar al-Assad
 
MAKKAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengambil keputusan drastik dengan menggantung keahlian Syria, negara yang berhadapan dengan konflik lebih 17 bulan.

Perkara itu diputuskan pada sidang khas OIC yang berlangsung di sini dan diumumkan awal pagi ini.

"Wujud kebimbangan yang mendalam berkenaan dengan pembunuhan (orang ramai) dan tindakan tidak perikemanusiaan ke atas rakyat Syria," kata Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Nizar Obaid Madani.
Bagaimanapun keputusan itu dikatakan dibantah oleh Iran. OIC dianggotai negara yang mewakili 1.5 bilion umat Islam.

[Fitnah Lagi] Ya Allah kau kuatlah ketabahan manusia bernama Anwar Ibrahim..memanjang kena fitnah..!!

BAPA segala katak pisang, si Ibrahim Ali tampil dengan dokumen bukti kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi dunia, Freemason.



Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.

Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...