TERKINI :

Tuesday, August 14, 2012

Mengapa rakyat Sarawak miskin sedangkan ia adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar?

 'Janji dicapati' rakyat Sarawak lebih mengerti..


Perdana Menteri kata, negara akan bankrap jika rakyat bersedia melakukan perubahan dengan menyokong 'Tawang Jingga' yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat.

"Segala-galanya (janji pembangkang) kalau kita hitung negara akan bankrap dalam satu malam, dia pun tahu tidak boleh buat sebab itu dia takut apabila kita gunakan tema Janji Ditepati," kata Najib Razak di Utusex.

Lihat berita di atas. Belumpun pembangkang mengambil alih Putrajaya, adakah rakyat Sarawak kaya raya? Rakyat Sabah paling miskin?

Mengapa rakyat miskin sedangkan Sarawak adalah pengeksport LNG ke-2 terbesar dunia selepas Qatar?

Tiada polis cedera ketika perhimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu

Oleh Thanusya Shanmuganathan
August 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Tiada polis cedera dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) pada 28 April di tengah ibu kota, berbeza dengan laporan kecederaan teruk pegawai polis yang didakwa menjadi punca polis menyerang balas, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu.

Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.

“Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya,” katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar).

“Jika ada yang tercedera, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk para pegawai memberitahu saya, tetapi saya tidak mendapat sebarang maklumat,” katanya lagi.

Norazmee adalah orang kedua yang dipanggil hari ini, selepas seorang pegawai polis, ASP Ahamad Jais Ujang.

Kit Siang bidas sikap dolak dalih Umno dalam isu agama

Oleh Nomy Nozwir
August 13, 2012

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Lim Kit Siang hari ini membidas sikap dolak dalih Umno dengan kenyataan dari naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata Umno tidak mempergunakan dan memanipulasi agama dalam politik di Kota Belud, semalam.

Menurut ahli parlimen Ipoh Timur (gambar) itu, sikap hipokrit itu terserlah dengan kenyataan tidak rasional dan tidak bertanggungjawab dengan membiarkan kempen dan fatwa “Haram Mengundi DAP” selama enam hari ini.

“Semakin hampir pilihan raya, semakin menyerlah karenah terdesak pemimpin Umno/BN berhubung dengan prospek mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Apa yang boleh dilihat adalah sejauh mana pemimpin Umno/BN akan pergi untuk memastikan mereka kekal berkuasa – walaupun dengan menggunakan taktik kotor yang tidak berprinsip dan tidak beretika.

“Bagaimana Shafie dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ini walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya yang dilihat dalam kempen berbisa “Haram Sokong DAP” UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab dan anti-nasional dalam enam hari ini?” kata pemimpin veteran DAP itu dalam sebuah kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Minggu lalu, pengasas sekolah agama Pondok Geting, Ustaz Abdullah Sama’ah berkata “adalah haram mengundi DAP kerana mereka adalah ‘kafir harbi’ yang jelas mahu memerangi Islam.”

Kenyataan itu kemudian turut dipersetujui Mufti Pahang dan disiarkan di Utusan Malaysia.

“Adakah Shafie menafikan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” Umno/Utusan ini adalah contoh terbaik Umno mempergunakan dan memanipulasikan agama bagi kepentingan politik tanpa menghiraukan akibat perbuatan mengapi-apikan ketegangan dan prasangka buruk di antara kaum dan pada masa yang sama menggugat kestabilan dan perpaduan negara?

Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi'

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106WAWANCARA Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".

Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.

Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.

Berikut adalah wawancara dengan Dr Juanda Jaya yang dijalankan melalui emel:

PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda.

Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.

Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.

“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.

"Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”, kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?

Izmil Amri, Roketkini.com, 13 Ogs 2012


Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.

Usah bazirkan detik berharga penghujung Ramadan

Ahmad Lutfi Othman, 14 Ogs 2012

Ramadan melewati hari-hari terakhirnya. Ya, begitu cepat dan pantas sekali. Tahun ini dijangka bulan penuh keberkatan berakhir pada hari ke-29, kurang sehari daripada biasa.

Sesungguhnya setiap saat (bukan lagi dalam ukuran hari) yang berlalu cukup berharga; tidak ternilai dengan ukuran dunia. Sekali terlepas, ia tidak datang lagi.

Siapa pun tidak berupaya memastikan dia bakal mengimarahkan lagi Ramadan pada tahun depan. Lihat di sekeliling, ramai saudara-mara dan kenalan yang kita temui dan dakap erat semasa Aidilfitri lalu kini tiada lagi bersama.

Ada pula yang dahulunya sihat bugar kini terlantar sakit, tidak mampu berpuasa. Semasa menjalani ujian fisioterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, merawati serangan strok kedua yang saya alami awal Julai lalu, saya dapati ramai pesakit yang tiba-tiba hilang upaya dan kudrat, hatta untuk menggerakkan jari dan menelan makanan.

Apa itu HUKUM ALLAH..???


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang
munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam
ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah
Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah 
  1. hudud
  2. qisos
  3. diat  
  4. takzir.

Ini baru nama 'Pemimpin'...!!!

 Presiden Mesir: 2 jeneral 'disarakan' demi negara
Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
 
KAHERAH - Presiden Mohammed Mursi berkata beliau mengeluarkan arahan membersarakan dua jeneral tertinggi Mesir demi "kebaikan negara" - perkembangan terbaru di sebalik 'ketegangan' hubungan antara kerajaan dan pihak tentera.

Laporan media termasuk BBC dan CNN menyebut bahawa Mohammed yang dipilih sebagai Presiden Mesir dua bulan yang lalu telah 'menyingkirkan' Fil Marsyal Mohamad Hussein Tantawi dan Ketua Staf Sami Annan.

Mohamad juga merupakan Menteri Pertahanan. Jawatan itu juga dilucutkan.

DAP yang Ulamak UMNO kata Haram tu pun nak muzakarah bab Hudud

Hudud: DAP sedia muzakarah
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
13 Ogos 2012
Hudud: DAP sedia muzakarah
Muka depan Sinar Harian Ahad 12 Ogos 2012 (semalam)
 
SHAH ALAM - DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu.

"Komponen kita berbeza dengan Umno yang tidak hirau dengan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) sama ada MIC, MCA, mahupun parti komponen di Sabah dan Sarawak.

"Saya mahu tahu adakah persetujuan parti-parti lain diminta oleh Umno bagi mengisytiharkan negara Islam secara unilateral? Bagi saya, kenyataan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan pendirian Pas yang juga dihormati dan diiktiraf oleh DAP," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kepada Majlis Fatwa - Jika DAP haram Tolak Hudud, Bagaimana dengan UMNO yang juga tolak Hudud?

'Pas tetap tuntut Majlis Fatwa segera sidang'
Tuan Ibrahim Tuan Man
13 Ogos 2012
tuan-ibrahim-tuan-man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat
 
KENYATAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan  lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas Umno juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011.  Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi Umno kerana menolak hukum ALLAH.

Bahkan bagi Pas dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.

Media pro-Umno sering cuba menghinakan minda orang Melayu berkait hubungan antara Pas dan DAP.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci,” - TG Nik Aziz

Jangan caci hudud, kata Nik Aziz
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Ogos 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun  berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung  memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai  mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Mahkamah tolak saman Umno Selangor ke atas Harakah, pemimpin Pas

Wartawan Sinar Harian
13 Ogos 2012

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Di bawah seksyen itu, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Abdul Rauf Jusof selaku Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membawa kes.

Hakim turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

[Hebat Undang-Undang MalaysiaKu] Mengaku ROGOL dalam mahkamah pun tak kena penjara.

 Terlepas Hukuman W'pun Mengaku Salah Merogol Gadis Bawah Umur


PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pohon Lembaga Biasiswa Negeri Kedah


Jika hangpa nak cari pasai puasa 2 blan berturut-turut hangpa buatlah benda nie...!!!

 HUKUM BERSETUBUH PADA BULAN RAMADHAN

Diwajibkan Kaffarah Al-Uzma – iaitu membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...