TERKINI :

Monday, August 13, 2012

berhentikanlah undang-undang haram jadah ini...!


Umno 100X lebih haram untuk diundi!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Separuh abad Umno menempelak PAS kerana mencampuradukkan agama Islam dan politik. PAS dikatakan mengeluarkan fatwa politik apabila mengaitkan perjuangan Islam yang dibawa dengan halal, haram, dosa dan pahala.

Hari ini seluruh umat Islam di negara ini dapat menyaksikan bahawa tempelakan Umno itu kembali menikam diri sendiri apabila seorang ulamak penjilat Umno mengisytiharkan fatwa bahawa haram mengundi DAP kerana menolak negara Islam dan hukum hudud. Ulamak songsang Umno itu turut memfatwakan bahawa haram juga menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP iaitu PAS dan KeADILan.

Terdesak sungguh Umno apabila sampai ke tahap menunggangi ulamak mereka bagi mengeluarkan fatwa merapu bagi memuaskan nafsu serakah para pemimpin Umno untuk terus kekal berkuasa hingga kiamat.

DAP tidak bersaing dengan calon Melayu Islam dalam pilihanraya. Mereka berlawan dengan calon bukan Melayu/Islam di kawasan di mana peratus pengundi bukan Melayu adalah tinggi. DAP bersaing dengan calon bukan Melayu dari MCA, Gerakan, MIC, KeADILan dan sebagainya.

IPU di Klang, Alor Setar, Kangar meningkat

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia sejak Sabtu lalu, membawa asap jerebu merentasi sempadan dan menyebabkan kemerosotan kualiti udara terutama di kawasan pantai barat semenanjung.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya hari ini berkata, kawasan Pelabuhan Klang, Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118, diikuti Alor Setar (IPU 103) dan Kangar (IPU 103).

“Sebanyak 18 kawasan berada pada tahap baik daripada 49 stesen pengawasan kualiti udara JAS, manakala 28 lagi sederhana.

“Pengaruh angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera Tengah telah membawa asap jerebu merentasi sempadan, menyebabkan kemerosotan kualiti udara terutama di kawasan pantai barat semenanjung," kata kenyataan itu.

“Kafir harbi mai kot celah mana?”


Tak terhujah dek UMNO-BN perihal rasuah dan perasuah yang tak terjawab tu. Tak terbalas pantun yang dijual, tak terkejar angin bertiup. Maka terpaksalah mereka cipta fitnah dan tohmah terbaru, atau tidak-tidaknya memuntahkan kembali modal politik lama.

Kepada yang belum faham, ketahuilah bahawa DAP bukanlah parti ‘agama’, DAP juga tidak gemar menggunakan hujah agama, akan tetapi, sering sahaja DAP diheret ke kancah politik ‘agama’.

Sudah beberapa kali Utusan Malaysia kalah saman tapi nampaknya mereka makin tidak serik dan tidak cerdik. Modal terbaru mereka katanya “Haram sokong DAP”. DAP si kafir harbi, kata pecacai UMNO. Ini kerja buat yang bahaya dan ancaman terhadap keamanan Malaysia dan mampu menggugat demokrasi berparlimen. Rasanya, Utusan dan UMNO peduli apa kan?

Slogan "Turunkan Harga Kereta" dilancarkan..!!!

 
PKR meneruskan kempen menurunkan harga kereta dengan mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata sebanyak 40,000 pelekat itu telah siap dicetak dan bakal diedar pada pengguna jalan raya dalam kempen itu.

NONEKatanya, pelekat dengan slogan "Turunkan Harga Kereta" itu akan diedarkan oleh pemimpin PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan di tiga pintu keluar utama di ibu negara - plaza tol Sungai Besi, Gombak dan Jalan Duta.

"Kita berharap apabila kita mengagih-agihkan kepada orang yang pulang ke kampung. Mungkin cuti hari raya ini, kempen turun harga kereta ini tersebar ke seluruh negara," katanya kepada Malaysiaini hari ini.

Katanya, beliau sendiri akan melancarkan kempen tersebut bersama ADUN Pantai Jerjak Sim Tze Sin pada Rabu ini di ibu pejabat PKR.

Pada majlis pelancaran itu, mereka akan meletakkan pelekat tersebut pada sebuah "kereta maskot" model Proton Tiara berusia 15 tahun sebagai satu gimik kempen, tambahnya.

"Kita juga melancarkan kereta (maskot) kempen ini. Kita juga akan gunakan untuk turun bersama-sama ke kawasan tertentu untuk mengedar risalah dan pelekat itu," katanya.

Rafizi berkata kereta itu masih berada di dalam bengkel untuk proses mengecat dan baik pulih dan dijangka siap Rabu ini.

Fitnah Maha Dahsyat blogger UMNO Kedah


Oleh Tok Senapi

Apakah mereka sudah tidak sabar menunggu 'rakan-rakan mereka' yang sedang dirantai dibebaskan menjelang akhir Ramadhan? Maka mereka mengambil alih kerja jahat iblis syaitan untuk terus menyesatkan manusia dengan fitnah yang maha dahsyat ini?

Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu. Mereka sangat percaya dengan falsafah Goeble Menteri Propaganda Hitler yang berkata, "Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai orang." Mereka langsung tidak takut azab Allah terhadap pemfitnah, pembohong, penipu dan penyesat umat manusia.

[MEROYAN] Ramai pencacai UMNO BN terjun bangunan bila baca benda nie..


[LINGKOP] Harussani pun setuju darah ahli DAP halal dibunuh


BN bankrap Idea... Itu yang dok laksana manifesto pakatan

< div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

Sejak 2008, sangat jelas kepada umum bahawa Umno/bn sangat ketandusan idea untuk memahami keperluan rakyat. Mereka juga gagal memahami alasan disebalik rakyat tolak Umno/bn ?

Sebab itu, sejak pelancaran buku jingga hingga sekarang, satu persatu permasalahan rakyat Malaysia yang dikupas terperinci oleh Pakatan Rakyat, ditiru & ciplak Oleh umno/bn. Kita bercakap soal peranan guru & pendidik yg perlu diperkasakan Dan dihargai, mereka cuba cuba tiru dengan buat semakan skim perguruan. Buku Jingga iktiraf peranan warga emas dan isteri tidak bekerja, mereka ciplak dengan skim bantuan 1Malaysia. Buku Jingga komited untuk beri peluang kepada pemandu teksi memiliki permit sendiri, Umno/bn tiru dengan bagi tayar teksi.

Bahana bawa kereta mengantuk..!!!

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk
Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk
Ahli PPKM melihat kenderaan mangsa yang rosak sebelum ditarik ke bengkel.
 
KULIM - Seorang wanita berusia 20-an nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Kilang Lama kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun keluar dari kereta dalam keadaan trauma.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai memandu kenderaannya dengan laju tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di jalan ni. Walaupun jalan ini lurus, tetapi pemandu kereta sering terbabas dan punca utama mengapa ini berlaku adalah mengantuk. Mujurlah mangsa hanya merempuh pembahagi jalan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...