TERKINI :

Sunday, August 12, 2012

he he he ROYALTY PR 20%.. ROYALTY BN hanya 5%.... hangpa nak yang mana wahai rakyat SABAH..??

Salleh: Jangan politikkan dokumen 20 Perkara
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
KOTA BELUD - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata penjelasan sebenar berhubung dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat bagi mengelak parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu berkata Barisan Nasional (BN) terus memperjuangkan asas-asas dalam dokumen itu tetapi hakikatnya ialah 20 Perkara itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.

AZIZAN and The gangs - hangpa buat Kerja Elok-Elok Nooo..!!

oleh AnakKedah007

Tuuu dia dah kalah terlingkop baru dok teringat rakyat...nie rakyat sampai dok atas LANTAI apa cerita....nie semua warisan dari hangpa laa..ingatkan semua dah senang dah mai PR perintah jaa rumah tu tak ada lantai.... apa punya turrrr la hangpa.. kepada Azizan sila pastikan pihak rangkaian anda di bawah iaiatu AHLI MAJLIS, MKK dan KETUA-KETUA CAWANGAN buat kerja bagi cekap sikit... jangan dok gila makan ELAUN buta sahaja... nie rumah sampai tak ada lantai apa kejadahnya.....

ini ada sedikit cerita rakyat..

1. Di Gunung Bongsu inilah saya melihat beberapa orang kaum hawa menitis air mata atau pun merah bergenang air mata mereka. Tak dapat mereka bayangkan bagaimanalah agaknya keluarga 5 beranak ini boleh menyambung hidup hari-hari dengan rumah berlantai tanah dan hanya ada pangkin sebagai tempat duduk, makan dan tidur. Tambah sayu lagi bila mana si Ibu yang sedang sarat mengandung hanya menunggu masa untuk melahirkan.
(Tuan rumah berbaju merah, ada penyapu tapi luar dan dalam sama sahaja, kedua-duanya lantai tanah)

Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah sudah tidak boleh menyelamatkan Sabah

  Pertemuan Sulit Yang Terbuka Di Sabah

Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.
Anwar berkata sesuatu sebelum memasuki ke bilik pertemuan.
Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.

Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.

Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.

Ini sah belajar cara guna C4 di Bukit Cerakah dalam bom Altantuya...

 Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah
# Tak apa kita masih AMAN kata NAJIB...
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Anggota polis menjalankan siasatan di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah berikutan kejadian letupan untuk melarikan ATM.
ATM Bank Rakyat Masjid Tanah
Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM. 
 
MELAKA - Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah di sini, awal pagi ini.
  
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).

Nazri dah pening..dah tak tahu siapa 'BAPAK KATAK' yang sebenarnya..!!

 Bapa katak: Nazri kena terima hakikat BN ditolak


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diingatkan agar menyemak semula sejarah pada 1998 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun tersebut, negara mencatat sejarah apabila Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, tegas Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, tidak timbul isu Anwar melompat parti sepertimana yang dikatakan Nazri.

"Jangan kerana sikap terlalu ingin mempertahankan BN dan Umno, sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa meneliti semula sejarah, dan hanya memperlihatkan kebodohan sendiri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Kafir Harbi Kafir Zimbi pun tak reti beza ada hati nak sembang..!!!

PKR: Konsep kafir harbi-zimmi, satu penjelasan
Dr Muhammad Nur Manuty
12 Ogos 2012

SESUNGGUHNYA, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Sa'amah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong Pas dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP.

PKR berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syariah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi,

Kickdefella mohon maaf kepada Ladang Rakyat

Aslani M, 12 Ogs 2012

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".

Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.

Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.

Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.

Lampu hijau 'bunuh' ahli DAP?


Salam,

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peribgkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim tang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.
Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.

Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik...

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kepelbagai tema hari kemerdekaan diperkenakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai raksasa berkepala tiga seperti mana dalam mitos Yunani. Aduh... sedap bunyi komen Khairy Jamaluddin! Komen beliau itu sudah tidak terpakai lagi kerana kalau beliau meng up-date kan pengetahuannya komen itu tidak relevan

Kesemua negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggunakan tema sama yang diluluskan oleh PR iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Timbul sedikit kekalutan dan keplebagaian itu disebabkan Pakatan Rakyat lewat dalam mengemukakan tema khusus. Kalau PR awal-awal lagi menyediakan tema dan slongan khusus nescaya kepelbagai itu tidak timbul.

Bertolak dari itu tidak timbul Pakatan Rakyat berkepala tiga seperti mana dakwa Khairy. Pakatan Rakyat tetap berkepala satu walaupun tubuhnya tiga. Kalau PR berkepala tiga sudah pasti Kedah dan Kelantan tidak akan akur dengan kehendak PR yang mencadangkan tema hari kemerdekaan hendaklah seragam kerana mereka sudah pun ada tema sendiri. Tidak salah kalau Kedah dan Kelantan enggan mematuhi atau bersetuju dengan tema khas itu.

Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.

Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Masjid Yang Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.


Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Petani Kedah hasil benih padi baru..!!!

 Hasil padi berlipatganda dengan benih padi baru
ALOR SETAR -  Usaha seorang petani melakukan proses kacukan benih padi MR276 dengan Radin Emas atau benih Jarum Emas berjaya menghasilkan benih baru yang berbeza dengan benih padi lain.

Ishak Mahmud, 52 tahun dari Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini berkata, pada awalnya dia hanya ingin mencuba untuk melihat hasil kacukan yang masih belum pernah dilakukan petani lain.

Menurutnya, usaha yang dilakukan kira-kira dua tahun lalu dengan hanya mencuba empat bekas berjaya menghasilkan benih yang diberi nama KS299.

“Pada peringkat awal, hanya satu tangkai sahaja yang berhasil, kemudian pada musim kedua saya mampu menghasilkan 80 tangkai,” ujarnya.

Ishak memberitahu, sekarang beliau berjaya menghasilkan kira-kira satu ekar (0.4 hektar) benih padi KS299 yang berbeza dengan benih padi lain.

Ishak yang menjadi petani hampir 30 tahun lalu berkata, benih padi yang dihasilkan itu mempunyai tangkai yang lebih panjang dan isinya lebih padat serta warnanya seakan-akan berwarna perang.

BERSYUKURLAH negara kita masih aman..nie kes terpencil ja nie.... #ABU

 Penduduk Bandar Tasik Puteri bimbang kes pecah rumah berleluasa

11 Ogos 2012

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 kes pecah rumah melibatkan 10 buah rumah dilaporkan berlaku dalam tempoh dua tahun lalu di Jalan 6/33 Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ada rumah yang dipecah masuk sebanyak dua kali.

Ahli Jawatankuasa Penduduk, Abdul Halid Zakaria berkata kesemua 28 keluarga di kawasan itu kini sentiasa dalam keadaan bimbang dan merasa tidak selamat.

"Perkara ini amat membimbangkan kami kerana keselamatan penduduk berada di tahap yang terancam dan tidak selamat seperti sebelum ini," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk sudah membuat laporan kepada pihak polis dan tindakan susulan telah diambil oleh polis dengan membuat rondaan pada setiap malam.

Sajian Mee Abu terus popular

Sajian Mee Abu terus popular
Pekerja Restoran Mee Abu menyediakan hidangan mi goreng untuk jualan kepada pelanggan, petang semalam.
 
Sajian Mee Abu terus popular
Seeni Mohamed di hadapan Restoran Mee Abu, Jalan Sultanah, Alor Setar, semalam.
 
ALOR SETAR - Bilangan orang ramai yang meminati makanan kegemaran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah seperti popia Mohammad dan Mee Abu sentiasa meningkat setiap tahun.

Pengusaha Mee Abu, Seeni Mohammad Abd Kadir, 58, berkata, mereka sedang berusaha untuk membuka dua cawangan baru pada tahun depan iaitu di Kuala Lumpur dan Alor Mengkudu, Kedah bagi memberi peluang lebih ramai orang merasainya. Menurutnya, selain Tuanku Abdul Halim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sering menikmati makanan itu setiap kali pulang ke Kedah.

“Sejarah pembuatan Mee Abu sudah bermula sejak 1935 di Pulau Pinang dan pada 1945 moyang saya membawanya ke sini.

Rohingya "Gaza Kedua"



KUALA LUMPUR, Jumaat – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam dengan menjemput wakil-wakil parti politik tanah air, NGO-NGO serta wakil Persatuan Rohingya Sedunia.

Himpunan aman tersebut menampilkan pidato-pidato khas oleh Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzzaman Muhammad, Professor dari Institut Pemikiran Rantau Asia Barat Dr. Kamaruzzaman Yusuf, Presiden Union of World Rohingya Organization Rashid Roslan dan Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Himpunan yang dihadiri lebih 200 mahasiswa dari pelbagai kampus di seluruh pelusuk tanah air kelmarin sebulat suara mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam di Rohingya serta mendesak pihak kerajaan dan organisasi antarabangsa PBB, ASEAN dan OIC agar segera bertindak menghentikan pergolakan yang berlaku di negara Myanmar.

Rakyat Sakit Kepala Tengok Berita TV3 tapi pimpinan PR buat apa..!!??

oleh King Jason Ori

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 .. pemimpin PR lemah tak buat apa.. nampak sangat ketara tv3 jadi tukang provokasi untuk kempen BN.. namun pemimpin PR duduk tak buat apa ...

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3.. dok kempen projek langat 2.. tanya noh omar,menteri pertanian? apa kaitan menteri pertanian ntah!!!

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 ... dok tutuh2 PR pasal air.. sikit pun tak tergerak ati nak temubual Menteri Besar Selangor tanya keadaan sebenar isu nih!! cukop berat sebelah!!!

Aku sakit kepala bila tgk berita tv3 .. bila pemimpin PR lemah tak buat apa.. walhal kalu susun 1 demontrasi besar2an di depan Sri Pentas tv3 tu rasanya tak susah pun..stakat desak tv3 lapor berita yg adil...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...