TERKINI :

Saturday, August 11, 2012

Macam nie punya dok ada hangpa nak bagi negeri kat Stopa dan Awang Adek lagi..!!!

 Istana Kubang Kerian Catat Sejarah

oleh Mohd Sayuti Omar, 

Sultan Mohamad Ke V, Tok Guru dan Nasaruddin khusus mengaminkan doa.
Ketika timbul masalah Ustaz Azhar Idrus dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan, (mungkin disebabkan masalah teknikal) saya menyatakan kekesalan atas kejadian itu menerusi sebuah catatan di dalam blog ini.
Dalam catatan itu saya menyebut dan mempersoalkan kenapa masalah itu berlaku. Bagi saya Kelantan sebagai sebuah negeri dikenali dengan serambi Makkah tidak seharusnya timbul soal-soal sebegitu. Apa lagi dengan pembawaan dan keperibadian Tuanku Sultan yang dilihat jinak dengan agama tidak patut sama sekali kalau salah teknikal itu terjadi.

Ustaz Azhar dikatakan perlu memohon permit untuk menyampaikan kuliyyah di Kelantan. Saya persoalkan kenapa perlu memberi syarat-syarat ketat kepada Azhar untuk menyampaikan kuliyyahnya misalnya seperti diperlukan mengambil tauliah. Kata saya apa yang sepatut berlaku, Azhar tidak payah diminta mengambil tauliah sebaliknya Maik perlu memberi tauliah kepadanya. Kerja-kerja baik dilakukan Azhar perlu dipermudahakan bukan kena melalui banyak birokrasi.

Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa

KUALA LUMPUR: Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sudah tidak ketentuan apabila menyuruh orang-orang Melayu melumurkan najis ke muka mereka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Sebelum ini Dr Mahathir yang tulis bahawa Umno sudah menjadi parti perasuah dan sudah busuk hingga ke usus (rotten to the core), sudah jadi najis. Hari ini, tiba-tiba beliau mendakwa Umno yang mampu satukan orang-orang Melayu.

"Ia seperti menyuruh orang-orang Melayu mengambil najis dan melumurkan ke muka mereka," kata beliau.

Menurut Mahfuz, sebelum ini Dr Mahathir yang begitu jijik dengan Umno sehingga beliau sendiri yang isytihar diri keluar Umno.

"Dr Mahathir keluar dari Umno kononnya kerana benci sangat kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu dan juga kerana terlalu benci kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang orang anggap sebagai Perdana Menteri de facto atau Perdana Menteri sebenar ketika itu.

Inilah Masalahnya Apabila Pemimpin Negara Cakap Ikut Sedap Mulut dan DAP iKut Perlembagaan..!!!

DAP: Mahathir 'nakal' isytihar Negara Islam

NONEBekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap "nakal" apabila berkata, beliau tidak sama dengan DAP apabila mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, kata Karpal Singh.

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.

Malah, kata Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

"Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.

Jom Kuningkan Dataran Merdeka..[HALAL]

Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.

"Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Khamis lalu, sebanyak 20 badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Anak Bekas Timb Perdana Menteri pulak sertai PAS malam ini..!!!


Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba dijangka akan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) malam ini di Taman Melewar, Gombak, Selangor. Sekaligus secara automatik keahliannya bersama Umno-APCO terbatal secara automatik kerana mengikut perlembagaan Umno-APCO, keahlian seseorang ahli akan terbatal sekiranya menyertai parti lawan, berbeza dengan tindakan Lajim Ukin yang diberi surat tunjuk sebab 14 hari kerana keluar Umno-APCO tetapi tidak menyertai parti lawan sebaliknya menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang mesra-Pakatan Rakyat.

Memetik sumber, Tamrin akan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas solat Tarawih malam ini.

Kemasukan Tamrin yang sudah berada di pentas ceramah PAS sejak beberapa bulan lalu pasti akan menyebabkan Umno-APCO semakin hilang kepercayaan daripada ahlinya sendiri kerana Tamrin lantang mengkritik dasar-dasar Umno-APCO yang sanggup memberi kerakyatan kepada pendatang asing supaya mengundi parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Sambil berseloroh, semalam, Tamrin berkata beliau menyertai PAS setelah mendapat ilham yang akhirnya diterjemahkannya malam ini.

FGV Turun Tangga


Felda Global Venture, FGV yg dipaksa senarai secara tergesa-gesa oleh Najib, Isa dan kuncu2nya, ternyata mengambil jalan yg tak memperhitungkan segala kemungkinan.

Bermula sumbang dengan memasukkan tanah belum dimiliki, kepada pemaksaan keatas peneroka, kemudian melantik syarikat konsultan Yahudi, seterusnya menekan glc membeli saham pada harga yg cukup tinggi.

Peneroka yg tak jelas apa sebenarnya penyenaraian, gagal memahami risiko terlibat, seterusnya tidak terjangka apa erti saham 800 unt? Sekarang hampir semua tepuk dahi bila jual semula saham 800 unit (utk elak dari hutang bank atas modal asas), dgn keuntungan bersih sekitar rm400 sahaja.

Haram, berdosa undi Umno

Oleh Penarik Beca

Ada Mamat yang saya yakin ilmu agamanya sekangkang kera kata, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud (lihat juga liputan Malaysiakini). Saya tak nak kotorkan blog ini dan tulis nama dia di sini.

Suka hati dialah nak try lebih buat fatwa konon. Tapi jangan buat fatwa sesat dan jahat yang berat sebelah. Undi dan sokong MCA, Gerakan, MIC dan yang seBarisan Nasional dengan parti-parti tu tak haram? Kerana dia buat fatwa sesat dan jahat, tak payah mengaji Islam tinggi-tinggi pun saya yang jahil ini yakin dan pasti adalah haram belajar agama dari musibat macam tu.

Kita tengok line of argument Mamat tu. Mamat tu kata haram sokong DAP sebab parti itu menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Dengan mengambil line of argument dia, tak payah mengaji agama tinggi-tinggi pun saya yang jahil ini yakin dan pasti adalah haram dan berdosa undi Umno.

Bayar royalti sekarang, buktikan 'janji ditepati'

Oleh Aspan Alias

Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas

Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.

Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.

Mengapa Akhil Hayy Resah Artis Ramai Berhijrah ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik.  Mungkin beliau kini sudah glamo ur seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS.  Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu

Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP".  Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang.  Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS.  Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.  
Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah.  Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain?  Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak?  Atau sehingga ke tahap beliau sekarang?  Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?  

Fatwa tentang DAP: Tanda dalil dunia nak kiamat

Oleh Aspan ALias

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya

Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.

Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Di sekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.

Mulai Esok Jika siapa rasa duit banyak..silakanlah langgar peraturan..!!!

 Ops Selamat bermula esok


ISMAIL (dua dari kanan) melepaskan konvoi anggota polis trafik sempena pelancaran Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2012 di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Ops Selamat yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan Ops Sikap akan bermula esok hingga 26 Ogos ini dengan menggunakan konsep ronda dan statik di 150 lokasi black spot yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad

KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?

KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.


Aduhai kak Jat.. Baguih sungguh jadi mak & isteri..sampai tak tau pa apa anak dan laki buat..???

Kes NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik

KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersambung hari ini dengan sesi pertanyaan dari peguam defenden berhubung keterangan beliau sebelum ini.

Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.

Namun sebelum itu, Mahkamah yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah telah dipertontonkan rakaman video sidang media yang dibuat Rafizi dan Zuraida pada persidangan parlimen yang lepas.

Siapa nak tolong depa nie..???

 Suami isteri ternanti-nanti bantuan PPRT
Suami isteri ternanti-nanti bantuan PPRT
Latifah menunjukkan rumahnya yang daif dan menunggu masa untuk runtuh.
 
JENUN - Sepasang suami isteri di Kampung Banggol Sawa dekat sini masih ternanti-nanti maklum balas berkaitan permohonan Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon melalui Lembaga Kemajuan Kedah (Keda) sejak tiga tahun lalu.

Md Shukri Abd Rashid, 51, dan Latifah Chin, 46, memaklumkan bahawa mereka pernah memohon bantuan rumah daripada pihak berkenaan lebih tiga kali, namun setiap permohonan yang dilakukan masih tiada maklum balas sehingga kini.

Latifah berkata, dia merujuk perkara itu kepada pihak berkenaan memandangkan rumah pusaka yang diduduki bersama suami dan tiga anaknya semakin reput, namun jawapan yang diperoleh adalah meminta dirinya menunggu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...