TERKINI :

Friday, August 10, 2012

Konon dedah ‘skandal’ Talam, akhirnya BN jerut diri sendiri


Oleh Hafiz Zainuddin


Gambar ehsan Pejabat Menteri Besar Selangor

10 OGOS – Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tidak nampak. Begitulah yang sedang berlaku sekarang kepada ‘ayam sabung’ MCA-BN Datuk Chua Tee Yong apabila terus menerus membuka mulut mengomel dan membuat kenyataan terhadap pengutipan semula hutang Talam oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malangnya bagi Chua yang merupakan anak kepada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, tanpa ragu lagi beliau terbukti melakukan kesilapan besar yang melucukan. Apa tidaknya, tindakan Tan Sri Khalid adalah mengutip semula hutang untuk kerajaan negeri, dan bukannya ‘menyelamatkan’ syarikat Talam, sebanyak RM392 juta dalam bentuk aset dan tunai.

Sudahlah hutang RM392 juta tersebut warisan ‘pusaka’ pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini di mana ia tidak dipungut dengan baik, tetapi bila kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu menyelamatkan wang rakyat dengan kutip hutang semula, mereka dituduh selamatkan syarikat. Memang tak masuk dek akal.

Aduhai IGP... nak pakai KUNING pun tak boleh kaa..???

Jangan kuningkan 31 Ogos, kata IGP

NONEPolis menggesa sekumpulan NGO proreformasi sistem pilihan raya agar tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan adalah sambutan yang bersangkut paut dengan semua rakyat. Jangan jadikannya isu politik.

"Kita rakyat Malaysia hendak bergembira menyambut kemerdekaan kita yang ke-55.

"Jadi janganlah mana-mana pihak menggunakannya untuk politik mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Shah Alam pagi tadi.

Beliau membuat gesaan itu sewaktu ditanya tentang cadangan 26 NGO untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Diskaun, rebat tol Aidilfitri hingga 37.5 peratus

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.

"Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada Rabu dan Khamis, dan pada 22 dan 23 Ogos.

"Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini hari ini.

Hubungan PAS-DAP stabilkan Malaysia - Fauzi

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.

(Datuk Fauzi - gambar Malaysiakini)

Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.

"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.

Dr Asri tegoq ulamak UMNO bab haram halal mengundi DAP..!!

 Dr Asri: Soal haram dosa undi jangan sampai mudarat negara
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap pandangan seperti haram dan berdosa mengundi DAP tidak membawa kemudaratan, dan 'fatwa' sedemikian perlu diteliti semula dalam konteks politik sebenar negara ini.

Mohd Asri berkata, oleh kerana perkara tersebut merujuk kepada DAP, rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) juga ada parti komponen yang mempunyai pendirian seakan sama dengan DAP.

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Jika Anwar yang jumpa s/u Parti Komunis nie kompom 24jam masuk TV3 & RTM...

 Muhyidin terima kunjungan Setiausaha parti Komunis China

(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.
 
Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa.

Beliau yang diiringi empat anggota delegasi yang mewakili Kongres Wilayah Shaanxi dan kerajaan Wilayah Shaanxi, tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

POLIS AKUI MEMILIKI DAN MEMAKAI BAJU BERSIH 2.0 TIDAK SALAH

PERBICARAAN BERSIH 2.0: POLIS AKUI MEMILIKI DAN MEMAKAI BAJU BERSIH 2.0 TIDAK SALAH

20 Ramadhan 2012 bersamaan 09 Ogos 2012

9/8/2012- Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menyambung perbicaraan Kes Musafri bin Abdullah Azmi di dalam kes saman beliau terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “BERSIH 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.

Beliau diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd Nazruddin Abdullah, 37, Noorazmir Zakaria, 30 dan Azizzul Shariman, 36.

Curi kabel: Telekom rugi RM4 juta

9 Ogos 2012

ALOR SETAR - Telekom Malaysia (TM) mengalami kerugian hampir RM4 juta sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, akibat kecurian kabel milik syarikat telekomunikasi itu di Perlis dan Kedah.

Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Noor Lela Baba berkata sepanjang tempoh itu lebih 800 kes direkodkan dengan sebanyak 167 kes direkodkan sepanjang bulan Julai sahaja.

"Kes kecurian meningkat sejak Julai tahun ini mungkin disebabkan musim perayaan," katanya kepada pemberita pada program Bubur Lambuk Ihya Ramadan TM, di sini hari ini.

memang sesuai la 55 tahun merdeka tu umur 'PENCEN' bagi BN

Mahathir Mengakui BN Akan Kalah PRU 13 


SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah."Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. 

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.

Penyamun bermaharajalela.. Jiran tidoq Lena...

 Tabung dikebas penyamun
Wartawan Sinar Harian
9 Ogos 2012

PENDANG - Sepasang suami isteri di Taman Seri Puteh Fasa Dua dekat Jalan Jenun di sini kerugian RM4,000 apabila barang kemas termasuk wang syiling simpanan anak lesap dalam kejadian pecah masuk rumah mereka, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu mangsa, Izat Zakaria, 26, dan isterinya, Azlina Jaafar, 28, tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu selepas mereka pulang berehat tengah hari di rumah kira-kira sejam selepas kejadian itu.

Izat berkata, dia terkejut setelah tiba di rumah mendapati pintu gelongsor bersama pagar besi rumahnya terbuka serta terdapat kesan bakar pada besi pagar yang dipatahkan.

“Sampai di rumah, saya dapati pagar ditutup tetapi jeriji pintu rumah terbuka menyebabkan saya bergegas masuk melihat keadaan rumah lalu mendapati bilik tidur utama digeledah sehingga pakaian berselerak di lantai.

Petani mengeluh.. bila harga subsidi padi untuk depa hendak dinaikkan...???

 Pusat perlu pertimbang cadangan kenaikan subsidi padi 

ALOR SETAR -  Cadangan para petani supaya Kerajaan Pusat menaikkan harga subsidi padi sebanyak 50 peratus amat wajar dipertimbangkan semula.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah, cadangan itu memang wajar dikaji semula kerana tiada kenaikan sebelum ini.

“Tiada kenaikan harga subsidi padi sejak berpuluh-puluh tahun dan cadangan untuk menaikkan harga subsidi padi wajar dipertimbangkan kerana kos dan kesan kewangan (kenaikan 50 peratus) tidak setara mana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kampung Kubang Siam, Alor Janggus, di sini bagi meninjau perkembangan proses kacukan benih padi variati baru yang dihasilkan oleh seorang petani, Ishak Mahmud, 52 tahun.

"Tuan, puan bayar bayar cukai tanah, kerajaan negeri bagi balik dekat tuan, puan,” Azizan

 Duit cukai kutip dari rakyat, kerajaan pulangkan balik

SIK – “Banyak tanda berada, sikit tanda ingat, apa yang tuan, puan dapat sebenarnya hasil dari tuan, puan juga. Tuan, puan bayar bayar cukai tanah, kerajaan negeri bagi balik dekat tuan, puan,” demikian petikan tazkirah Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Berucap sempena majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama guru-guru Al-Quran sukarela dan bidan di Masjid Kampung Senam, Sik, beliau melahirkan rasa penghargaannya kepada golongan berkenaan kerana jasa dan bakti mereka terhadap masyarakat.

“Apabila kita mengambil alih pemerintah Kedah sejak empat tahun yang lalu, kita mengambil keputusan untuk memberi penghargaan kepada mereka ini, terutama ketika menjelang hari raya. Sumbangan mereka sangat besar dan memberi bakti kepada generasi dulu hingga sekarang,“ tambahnya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...