TERKINI :

Thursday, August 9, 2012

Fatwa Baru dari ULAM-MAK UMNO & MCA..!!


Pakatan Lancar LOGO MERDEKA dengan Tema Sebangsa Senegara Sejiwa..!!


NONEPakatan Rakyat menolak dakwaan bahawa tema berbeza yang akan digunakan oleh negeri Pakatan Rakyat untuk sambutan Hari Kebangsaan menunjukkan ketidakepakatan di kalangan mereka.

Ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri berkenaan tetap menggunakan tema kebangsaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" walau menggunakan tema berlainan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Sebenarnya Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dah buat keputusan awal, umum tema awal," katanya.

Ayuhh Matlamat mahu KUNING kan DATARAN MERDEKA akan tercapai di malam Ambang Merdeka..!!!

 Kuning akan warnai Dataran lagi di ambang merdeka


Sebanyak 20 NGO akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Mana dia ULAM-MAK UMNO Lah Geting & Fathul Bhari.. Hangpa Jawab Soalan Nie Sat..???

  Fasa baru UMNO... telan muntah sendiri!

Oleh: Kakitaboh

Ada lagi peluang aku taboh pagi ni. Tudienn.. baik punya fatwa ulamak songsang UMNO. Sebelum nak komen pasai isi fatwa aku nak ingatkan balik kapada rakyat jelata semua akan sikap UMNO terhadap segala pandangan politik yang dibuat oleh UMNO sejak berpuluh tahun. Apa yang PAS sebut pasai isu berkaitan agama yang tak selari dengan nafsu serakah UMNO semua dikatakan fatwa politik, PAS dituduh sewenang-wenangnya keluaq fatwa politik bahkan samapai peringkat majlis fatwa dan majlis raja-raja diminta bertindak terhadap PAS yang keluar fatwa mengenai halal haram sewenang2nya.

Tup tup hari ni Allah Maya Kaya segala ayaq lior yang depa ludah kelangit terejun masuk kemulut depa balik, segala muntah yang depa termuntah habih dimakan dan dijilat sampai licin. Baru kelmarin aku tibai UMNO yang halalkan kapiaq (MCA) masuk masjid tapi dulu depa haramkan, waktu Cina DAP hampiri masjid, harini pula berita ulamak songsang UMNO dah mula keluaq fatwa halai haram pasai politik padahai depa dulu bantah PAS keluar hukum agama berkaitan politik, kerana depa berfahaman agama dan politik takleh campoq. Krek krek krekkkk.

[Seruan Wajib] Kerahan Tenaga Untuk Semua Ahli PAS...

  Kerahkan ahli-ahli PAS berqiyamullail 10 malam terakhir

Himpunan Kuning, Hijau, Merah, Oren... boleh himpun beribu2 manusia. Jom pi berhimpun kat masjid pulak 10 malam terakhir Ramadhan!!!

Oleh: ZUKIFLI YAHAYA

PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

Andaian Presiden itu ada logiknya, kerana antara cabaran utama BN ialah undi golongan menengah dan terpelajar, khususnya yang berhijrah ke Lembah Kelang. Mereka sangat terdedah dengan maklumat, justeru majoritinya tidak memihak kepada kerajaan BN yang yang sudah terlalu tua dan korup. Ketakutan BN bukan sangat kerana undi mereka, kerana setiap seorang yang pulang mengundi di kampung hanya membawa satu undi. Tetapi ketakutan BN ialah kuasa mempengaruhi yang dimiliki oleh golongan terpelajar.

MB Kedah nie Tak Kenal Maka Tak Cinta

 Ust Azizan tak la teruk sangat rupanya...

Sebelum ni aku dah ulas panjang pasai tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh Pakatan Rakyat tapi Kerajaan Negeri Kedah tak mau guna tapi nak guna tema sendiri atas alasan Kedah lagi awal umumkan tema depa sendiri dan katanya depa takmau membazir pasai dah keluarkan belanja tempah banner guna tema "55 Tahun Merdeka Terus Berbakti ".

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat pun dah setuju, bukan saja Kedah tapi juga Kelantan gua tema lain dari "Sebangsa, Senegara dan Sejiwa" yang dipilih Pakatan Rakyat atas alasan yang sama macam Kedah.

Tak lama lepas Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat buat keputusan tu tiba-tiba kerajaan Kelantan bersetuju nak guna tema yang sama, tinggal negeri Kedah saja yang tetap akan guna tema sendiri.

Tiba-tiba semalam, Kedah pun setuju nak guna tema yang sama, satu keputusan yang aku pun tak jangka. Aku dok agak Kedah akan tetap dengan keputusan nak guna tema depa sendiri tu.

LCW punya pasal... Solat Tarawih saya terganggu

 Solat Tarawih saya terganggu
ABD JALIL ALI
9 Ogos 2012


Lebih baik mengaku, saya bukan minat sangat pada sukan. Tetapi Ahad lalu, malam ke-16 puasa, solat Tarawih saya tidak berapa khusyuk sebab badminton. Setiap selepas salam dua rakaat, saya melihat seketika pada skrin BlackBerry.

Ada sms daripada anak saya di rumah: ‘Set pertama kita menang 21-15’. Sms seterusnya agak mendukacitakan: ‘Set kedua China menang 10-21’. Pada sujud terakhir rakaat kelapan, saya berdoa agar Datuk Lee Chong Wei menang set penentuan.

Doa saya, juga doa 28 juta rakyat, tidak dimakbulkan. LCW tewas, kali kedua dalam Olimpik, di tangan musuh yang sama, Lin Dan @ pemain No.1 dunia. Dan, Malaysia terus kempunan pingat emas sepanjang penyertaan dalam sukan tersohor dunia itu sejak merdeka.

Walaupun emas tidak berkilauan, secara peribadi saya tabik pada pemain No.2 dunia itu. Sebenarnya dia telah berusaha sedaya upaya, bermandi peluh dan berhempas pulas lebih kurang sejam untuk tiga set yang amat cemas itu.

Awat Laa Buruk Sangat Kelaku Petugas DBKL nie.. siap tunjuk jari tengah lagi tuu..!!!

 Buruk Betul Perangai Petugas DBKL Neyh .. Bikin Malu Sama Kompeni


Petugas wanita DBKL yang bernama Samsinah kelihatan sedang mengeluarkan surat saman ketika pemunya kenderaan sedang beratur untuk membayar tiket parkir di mesin pembayaran. Malangnya ketika itu, 2 unit mesin pembayaran di kawasan terbabit iaitu sekitar Prima Setapak dalam keadaan tidak berfungsi, dan apabila beberapa pemilik kenderaan cuba bercakap kepada beliau dengan baik, memeranjatkan apabila beliau menjawab dengan nada menjerit "you ingat aku sangat senangkah? Duduk sana tunggu you orang bayar?".

Petugas DBKL ini juga meneruskan sumpah seranah kepada pemilik pemilik kenderaan yang berada disitu dengan mengeluarkan ayat:
"celaka punya orang, bodohkah kamu semua?"
"sohai punya cina"
"tak suka pergi buat report la, babi"
"you ingat you saja ada kamera? saya pun ada" sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

BUKTI UMNO PARTI ZALIM - Pegawai cukur jambul anak dengan Nik Aziz pun kena buang kerja..!!

  Kes Cukur Jambul Anak Dengan Nik Aziz, Pegawai Dipecat

Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.

Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas.

Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.
Inilah gambar menyebabkan pegawai berkenaan dipecat.
Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.

Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.

Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.

Mengapa sekarang kerajaan mahu polis berbaiah?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

“Bagi DPPM, tindakan kerajaan dilihat usaha untuk memastikan pegawai PDRM terus terikat dengan kerajaan sama ada masih bekerja ataupun sudah pencen,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Ini, ujarnya berdasarkan kepada sentimen pegawai tinggi polis kebelakangan ini menyertai Pakatan Rakyat seperti Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta ura-ura ada bekas pemimpin tertinggi lain PDRM yang dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi.

“Cadangan ini dilontarkan mungkin kerana kerajaan BN merasa gerun dengan kebangkitan rakyat dan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan khususnya dari PDRM memberi impak yang besar kepada UMNO-BN dalam PRU13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau DPPM merasa musykil mengapa sekarang kerajaan mahu PDRM berbaiah dengan mereka.

Dalil Tok Mufti Pahang mengesahkan bahawa UMNO tidak WAJIB di Sokong..!!!

 Terbaik! Mufti Pahang kata haram dan berdosa sokong BN

BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?

Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.

Jangan di layan sangat KARPAL SINGH nie.. Tiba masanya nanti kita bagi dia terjun dengan labu-labunya..!!!


hangpa jangan susuah hati memang betoi pun apa yg karpal katakan tu...memang dalam perlembagaan negara malaysia nie bukan negara islam ia sekadar negara mengamalkan ajaran islam..jd jangan dok salahkan dia dah jenis basa undang2 biaq la dia sembang lagu tuu...insya'allah kita bagi faham 1malaysia apa itu hudud nanti bila dah kita dapat masuk dalam parlimen dengan kuasa majority dan kita ubah perlembagaan tersebut dan waktu tu kita tengok siapa nak sokong siapa....
 
jika dah banyak MP PAS dan MP beragama Islam dicampor dgn MP yg faham apa itu hudud maka masa tu KARPAL nie tak mahu angkat tangan pon tak apa... kita kais ketepi ja dia waktu tu..dan bila PERLEMBAGAAN dah diubah habis dia nak kata apa lagi.... masa itulah dapat kita lihat tertegaknya suruhan ALLAH itu...apa lagi kereta pon dah murah waktu tuuu...jadi tak ada la geng curi kereta lagi...dan tak ada la yg nak kena kerat tangannnya....takbirrrrr......
 
Hudud hanya boleh dilaksana dalam negara Islam, kata Karpal
Karpal Singh
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.

Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.


Antara ULAM-MAK UMNO & MUFTI Pahang berkata-kata..!!


Kelab penyokong ada kuasa tukar presiden

Alor Setar: Persatuan kelab penyokong, ahli gabungan serta peminat skuad Hijau Kuning kini mempunyai kuasa menukar kepimpinan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) termasuk jawatan Presiden melalui pemilihan akan datang.

Berdasarkan perlembagaan baru, jawatan Presiden dan eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti amalan dulu iaitu Menteri Besar Kedah secara automatik adalah Presiden KFA.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menjelaskan, mulai 2010, semua jawatan dipertandingkan termasuk Presiden.

Bagaimanapun, kes berbeza dengan pengurusan pasukan termasuk pengurus dan barisan jurulatih yang boleh ditukar berpandukan ketetapan Jawatankuasa Peraturan dan Teknikal FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), katanya.

Kelmarin, gabungan empat kelab penyokong pasukan bola sepak Kedah mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA berikutan prestasi buruk pasukan dalam kancah Liga Super.

Menu sederhana tetapi berkat



SEBAIK selesai menunaikan solat Asar di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, Jamal Adam bersama tiga ahli jawatankuasa masjid bergegas menuju ke bahagian belakang masjid yang menempatkan 10 buah khemah berbumbung putih.

Mereka bergotong-royong mengemas kerusi dan meja untuk orang ramai berbuka puasa di masjid itu. Masing-masing bagaikan sudah memahami tugas yang perlu dilaksanakan sebelum menjelangnya Maghrib. 

Ada yang bertanggungjawab membersihkan ruang di dalam masjid, sementara yang lain mengalas meja khas untuk menyajikan hidangan berbuka. Meja hidangan pula dibahagikan kepada dua bahagian untuk jemaah lelaki dan wanita.

"Segala-galanya perlu dilaksanakan pada kadar segera. Kami tak boleh mengambil sikap lewa dan melewat-lewatkan persiapan kerana bimbang makanan tidak dapat dihidangkan sebelum waktu berbuka puasa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...