Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah
 
Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

Ini kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).