TERKINI :

Tuesday, August 7, 2012

Rupa-rupanya Masih Ada Lagi Pemimpin PR PERAK yang "BANGANG".. itupun Jangan Nak Tawan Perak semula..!!!

Rebel dalam DAP Perak
Oleh: MSK

Katakanlah aku ahli DAP dan jadi Pengerusi untuk satu cawangan. Macam mana kalau aku buat satu program majlis makan malam untuk mendapatkan dana untuk Pilihanraya? Lagi best, kawasan Parlimen aku bukan kawasan DAP tapi kawasan PKR. Dan DUN didalam Parlimen tu pun tak ada satu pun yang ditandingi oleh DAP.

Kalau susah nak bayangkan..ambik contoh Parlimen Lumut. Parlimen …PKR bertanding. DUN Pangkor juga ditandingi oleh PKR manakala DUN Pasir Panjang diwakili oleh PAS. DAP langsung tak bertanding tapi aku sebagai Pengerusi DAP cawangan cuba menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip dana untuk pilihanraya. Sudah pasti PKR tak ada masalah. Sebab aku buat untuk depa. PAS juga dah tentu seronok sebab aku tolong depa.

Tapi masalahnya, aku Pengerusi DAP cawangan dan nak buat program untuk kutip duit macam ni kena minta kebenaran dari DAP negeri. Patutkah DAP negeri luluskan program aku?

Kalau DAP negeri mempunyai semangat Pakatan Rakyat, aku tak nampak ada masalah. Lagi pun DAP negeri bukan payah keluar duit satu sen pun. Sebaliknya, DAP negeri akan dapat kredit dan boleh dijaja kesana sini bahawa DAP bersedia membantu parti-parti dalam PR walau kat mana saja!!

Ini dia Jurulatih baru KEDAH untuk kempen Piala Malaysia

Jurulatih Mario Tot dari Crotia hampir pasti bersama Kedah

ALOR SETAR – Mario Tot, 40, dari Croatia hampir pasti bersama pasukan Kedah untuk menggantikan Wan Jamak Wan Hassan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung pertengahan bulan ini.

Mario Tot yang ditemani penolong jurulatih, Radzi Md Din dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib hadir di pejabat KFA kira-kira 3 petang tadi dipercayai bagi membincangkan kontrak jurulatih itu.

Mario ketika ditemui berkata perkara tersebut masih dalam perbincangan dan beliau belum menandatangani sebarang kontrak untuk bersama pasukan Kenari sehingga satu keputusan bersama dicapai.

Bagaimanapun, bekas jurulatih sebuah kelab divisyen satu di Croatia itu enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Persamaan antara PAP dan Umno

Oleh Mazir Ibrahim.

 
Setelah Tunku Abd Rahman ditekan kuat oleh ultra Melayu UMNO dan elit-elit politik Perikatan pada pertengahan 1960-an, maka Singapura ditendang keluar dari Malaysia.

Apabila Singapura bukan lagi sebuah entiti yang sah dalam Persekutuan Malaysia, maka secara automatiknya Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menerajui negeri/negara itu tidak boleh bergiat aktif lagi dalam Malaysia.

Jika ada, maka ia dianggap seperti pertubuhan haram sama seperti Parti Komunis Malaya (PKM) atau Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah dilarang wujud oleh penjajah British dan dipersetujui kemudiannya oleh kerajaan Perikatan.

Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.

Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.

Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.

Oic... Ini Jawapan Kedah pasai apa depa tak boleh guna tema PR...!!!

Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’
Kedah kekal tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’
Tema Terus Berbakti pilihan Kedah
 
Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad ALOR SETAR - Kedah kekal dengan tema ‘55 Tahun Merdeka Terus Berbakti’bagi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri walaupun Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ bagi negeri-negeri PR.
         
Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco sejurus majlis pelancaran sambutan kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu.
         
“Kita hormati keputusan Sekretariat PR yang mengumumkan tema ‘Sebangsa Sejiwa Senegara’ pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik,” katanya.
         
Beliau percaya tidak timbul pertikaian dalam penggunaan tema itu kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Pusat iaitu ‘Janji Ditepati’.
         
“Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula pemasangan kain rentang sudah dibuat. Yang penting tema kita berbeza dengan Pusat, yang jelas membuktikan diselitkan dengan kempen politik Barisan Nasional (BN),” katanya.
           

3 negeri guna tema merdeka PR kecuali Kedah....Mmmmmmmmmmmm....!!!! Pakat Apa Macam Nie...??

salahudin-ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan tiga negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan menggunakan tema Hari Kemerdekaan sendiri iaitu “Sebangsa Senegara Sejiwa”.

Ia berbeza berbanding tema Kedah - 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti untuk menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan telah membuat keputusan tiga hari lalu bagi menggunakan tema yang mereka cadangkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan.

“Kami akan meneruskan tema yang kami cadangkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan nanti tetapi sedikit berbeza dengan negeri Kedah yang mahu menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti," katanya.

Usaha giat bantu usahawan Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian terhadap program yang melibatkan para usahawan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, terdapat seramai 1,500 usahawan Bumiputera terlibat dalam bidang perniagaan yang terdiri daripada usahawan baru dan juga sedia ada di negeri ini.

“Terdapat 17 kategori usahawan meliputi makanan, minuman, pakaian, percetakan, perkilangan, perusahaan kuih tradisional, saloon dan pusat kecantikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bazar Ramadhan dan Karnival Eksponiaga Sejahtera 2012 di Taman Perniagaan 2010, Mergong, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membuat pelbagai program dalam menampilkan usahawan-usahawan muda untuk menjadi usahawan yang berjaya.

“Antara program yang dilaksanakan ialah mengadakan Bazar Sinar Sejahtera di Pekan Rabu dan Bazar Sinar Malam di Perkarangan Stadium Darul Aman,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...