TERKINI :

Monday, August 6, 2012

JERLUN - Kawasan Bakal MB Kedah di lihat tersisih dari kemudahan asas..!!

Permohonan Menurap Tar, Membersihkan Sungai & Menyediakan Tong Sampah Untuk Penduduk Kampung Jerlun

YB Ust Hj Abd Ghani B Hj Ahmad (ADUN Air Hitam)
YB Dato' Mukhriz Mahathir (MP Jerlun )
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
Datuk Seri Najib Razak ( Perdana Menteri Malaysia )

5hb OGOS 2012

Zulkifli Bin Yaacob
No 11, KM16 Jalan Putra
Kampung Jerlun
06150 Air Hitam
Kedah Darulaman.

YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz

Permohonan Menurap Tar, Membersihkan Sungai & Menyediakan Tong Sampah Untuk Penduduk Kampung Jerlun

Merujuk kepada perkara diatas, saya Zulkifli Bin Yaacob anak jati Kampung Jerlun ingin membuat permohonan dari pihak YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz untuk menyediakan sedikit budget bagi menaik taraf kemudahan asas seperti diatas untuk penduduk Kampung Jerlun.
YAB Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’/Ustaz
Kampung Jerlun terletak didalam Kawasan Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, sebagai anak jati Kampung Jerlun yang dibesarkan dan mendapat persekolahan awal di kampung ini saya amat berbangga dengan kampung saya lebih-lebih lagi nama Parlimen Jerlun diambil sempena dengan kampung saya, dan yang lebih membanggakan lagi saya Parlimen Jerlun ini diwakili oleh seorang anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang cukup saya kagumi. 

Hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal

Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS

TELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai parti itu semalam.
Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan.

[Gambar: Azhar (dua dari kiri) bersama Mohamad dan pemimpin PAS Perak.]

Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.

Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.

Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.

“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS.

Mana UMNO Penang ?? Lu Olang Tak Nak DEMONTRASI ka Marah Cina Guan Eng Bagi Rasuah sama rakyat nie..!!

P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600

(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)

TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan  mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.

"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.

"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

[Kantoi] Bodoh ZAMIL terdedah...

KANTOI LAGI...
ZAMIL IBRAHIM YANG SIAPKAN SKRIP BANGANG TUH...
HADOIIII....

SUNGAI PETANI – H’ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.
“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.

Gempar !!!! 9 NGO proUmno bantah BN guna masjid untuk tempat politik..!!

Lucu! 9 NGO pro Umno malukan Barisan Nasional

NAK tergelak tengok gelagat 9 NGO-NGO pro Umno, katanya seramai 50 orang berhimpun di bangunan JAIS beberapa hari lalu berlagak bagaikan pejuang kerana tidak mahu masjid dipolitikkan.

Siap bawa sepanduk kononnya tindakan mereka itu sebagai mentaati titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dipolitikkan [Utusan].



Mereka nak bantah masjid dipolitikkan, terpulanglah. Mereka ada kaki, ada tangan ada mulut, nak bantah lantaklah kita tak perlu persoalkan kerana mereka juga berhimpun secara aman tanpa senjata.

Namun yang lucunya, mereka sebenarnya telah memalukan Barisan Nasional yang baru sahaja beberapa hari lalu mempolitikkan masjid.

Lihat bukti-bukti di bawah ini, biarlah gambar berbicara seribu bahasa.

Ini dia 12 LOGO HARI KEBANGSAAN yang lebih 'cun' dari RAIS punya..!!

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.
(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)

Pas turut gesa kerajaan turunkan cukai kereta

Jamilah Hamzah
5 Ogos 2012

GOMBAK - Susulan janji PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, Pas hari ini turut menggesa Kerajaan Pusat menurunkan cukai eksais bagi membolehkan harga kereta diturunkan dan tidak membebankan pembeli.

Pakar ekonomi Pas, Dr Rosli Yaakop berkata, hutang yang ditanggung pemilik kenderaan berkali ganda daripada harga asal mengikut model kereta.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menghentikan pengananiayaan terhadap rakyat dengan membebankan hutang yang perlu ditanggung kerana memiliki kereta.

"Kita lihat cukai kereta yang dikenakan kerajaan kepada pembeli kereta sangat tinggi.

"Hal ini bebankan rakyat dan sepatutnya cukai itu perlu dikurangkan ke peringkat yang lebih murah," kata beliau pada seminar berkaitan dasar Negara Berkebajikan Pas di sini hari ini.

Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang

Wartawan Sinar Harian
5 Ogos 2012
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang
Penutup besi yang hilang membahayakan pengguna jalan raya.
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang
Keluar masuk. Kegiatan golongan belia yang sering mengunjungi premis ini menjadi tanda tanya.
Fokus Langkawi: Pantang terlepas pandang
Salah satu kawasan premis berkenaan yang dikatakan kebal dan dilindungi.
 
LANGKAWI - Kes kecurian barangan berasaskan besi sekitar taman perumahan, di sini mengundang rasa resah kalangan penduduk. Mereka tidak bertanggungjawab sanggup menggeledah rumah tinggal atau rumah bakal diduduki bagi menjalankan kegiatan terbabit.

Habis segala pendawaian terdapat dalam rumah tidak berpenghuni dirembat dan dijual kepada pengusaha premis besi buruk haram.

Pantang terlepas pandang, tindakan mencuri segala apa boleh dijadikan duit oleh mereka ini cukup menimbulkan kegusaran apatah lagi dengan bertambahnya bilangan kedai besi buruk haram di Langkawi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...