TERKINI :

Sunday, August 5, 2012

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

Harakahdaily, 04 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.

Di Malaysia betulkah Pelacur setaraf dengan mercun?

Pelacur setaraf dengan mercun?
ABD JALIL ALI

Walaupun amat berbeza dari segi bentuk dan rupa, ada satu persamaan antara pelacur dengan mercun, iaitu keduanya haram, tetapi dibiarkan berleluasa macam benda halal.

Mula-mula, sempena Ramadan al-Mubarak, kita bercakap mengenai mercun. Dulu, kini – mungkin selamanya! – bulan puasa dan raya telah diterima sebagai musim mercun. Sepatah kata Saloma: “Dam, dam, dum, mercun berdentum...”

Sebenarnya lirik lagu itu sudah tidak relevan, sebab sejak lebih sedekad lalu mercun telah diharamkan di negara kita. Adalah menjadi kesalahan – boleh dihukum denda dan penjara – bagi siapa sahaja yang menjual, menyimpan atau bermain mercun.

Mengimport mercun dan bunga api adalah dilarang di bawah Butiran 34, Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, kecuali dengan permit import yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, itu pula hanya untuk dua jenis mercun iaitu PoP PoP dan Happy Boom.

Royalti Petroleum: Tidak Perlu Jawatan Kuasa

PANDANGAN SENJA

Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkaran ini tanpa jemu-jemu.

Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?

Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.

Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.

Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.

Harga Saham jatuh ISA kata... Biasalah....!!!!

Felda: Naik turun saham perkara biasa, kata ISA
Empat peneroka dapat kebenaran cabar status Mohd Isa
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
 
KUALA LUMPUR - Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya.

"Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain.

KWSP - Tak Jadi Naik pengeluaran di 55 tahun sebelum pilihanraya...

Keluar caruman KWSP usia 55 tahun kekal, umum Husni
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
 
IPOH - Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor tersebut dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

"Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60.

Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

- Bernama

Ambil Pengajaran dari BERNAS...

Oleh Mazlan Aliman
Jawatan Kosong di Padiberas Nasional Berhad BERNASDulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.

Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...

Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...

PAS KEDAH - Tenang Di Luar Tsunami Di Dalam..!!!

oleh Mat Alishah

Jika sesiapa ada mengikuti perjalanan urusan gerak kerja PAS Kedah sejak beberapa menjak ini sudah tentu anda akan merasa ada satu pertembungan yang bisa mengjadi Tsunami jika tidak di bendungnya... Bermula dari kisah EXCO menolak jawatan sehingga tiba ke budaya cantas mencantas Timb Presiden PAS bertanding di Parlimen Pendang yang dikatakan wujud bebarapa hari lepas.

Dalam waktu yang sama ada satu pertembungan ideologi dan pendedahan masalah dalaman ke alam maya oleh beberapa orang facebooker untuk menegak hujah masing-masing bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.

Tidak perlu di senaraikan siapakah mereka-mereka itu tetapi jika anda ada facebook dan bersahabat dengan pimpinan serta yb-yb insya'allah sudah tentu anda dapat follow tag yang mereka letakan di wall-wall facebook mereka....

RM4 juta menunggu Chong Wei...!!!

Habuan RM4 juta menanti Chong Wei

Oleh AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya RM4 juta akan berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei andai jaguh badminton negara itu meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Sebanyak RM2 juta berupa wang tunai dan RM2 juta lagi berbentuk jongkong emas bakal menjadi milik Chong Wei yang kini semakin hampir menjelmakan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia.

Selain RM1 juta yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik, sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd. turut menawarkan ganjaran yang sama.

Terbaharu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) tampil dengan ganjaran tersendiri apabila menawarkan jongkong emas bernilai RM2 juta hanya kepada pemain badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari London.

Cong Wei mampu menang sekiranya...... ............... ........... .......!!!

CHONG WEI MAMPU DAPAT EMAS ASALKAN BETINA PUAKA ITU TIDAK HADIR?


Oleh:  WFAUZDIN NS

SYABAS Lee Chong Wei !! Melangkah ke Final sudah cukup membanggakan kita buat jaguh badminton kesayangan rakyat Malaysia ini.  Esok (05 Ogos) jam 08.00 Mlm, kita menantikan kelahiran sulung sebutir Pingat Emas buat Malaysia dari Sukan Olimpik kali ini dan harapan kita terletak di bahu Chong Wei yang akan bertemu jaguh paling lasak dari China, Lin Dan.

Elak pembaziran di bulan Ramadan

S. M. Mohamed Idris
25 Julai 2012

RAMADAN menjelma lagi dan seperti biasa umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malam harinya dengan melakukan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.

Ramadan adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi ALLAH.

Laporan khas sebuah media berhubung berbuka puasa ala bufet yang kini semakin popular dalam kalangan umat Islam di negara ini menunjukkan kehidupan umat Islam di negara ini pada masa kini semakin dilimpahi dengan kemewahan.

Setiap kali Ramadan menjelma, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tetap menyuarakan pandangan kepada umat Islam agar mengelakkan pembaziran dan kegelojohan di bulan Ramadan dan bulan-bulan yang lain serta turut menginsafi akan nasib umat Islam di negara lain yang tidak bernasib baik dalam memenuhi keperluan harian mereka.

"Melayu dengan Melayu gaduh, Cina tepuk tangan"

"Melayu dengan Melayu gaduh, Cina tepuk tangan"

Itu laa ye sedagha sedaghi yang saya hormati. Peribahasa supreme dari puak-puak lembu. Inilah yang dinamakan peribahasa Racist. Peribahasa berbau perkauman. Betul ke kalau Melayu dengan Melayu gaduh Cina tepuk tangan? Waaaah, sikit punya sedap dorang ni fitnah bangsa Cina kat Malaysia ni ye. Habis kalau Melayu dengan Cina pula gaduh siapa tepuk tangan? India ke? Selalu sangat aku jumpa perkataan macam ni terpacul kat komen-komen di Facebook mahupun blog-blog PR oleh puak-puak akal kat tempurung lutut.

Sumber: News Straits Times
Dilaporkan oleh News Straits Times, isteri perdana menteri tersayang kita telah terbang ke London untuk memberi pelukkan sokongan kepada Dato Lee Chong Wei yang akan bertemu dengan pemain dari negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir acara badminton perseorangan Olimpik 2012.

Inilah Manusia Yang Dicaci & Dihina Paling UTAMA Di Malaysia..!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...