Saturday, August 4, 2012
Najib sedang menanam tebu di bibir dalam isu Royalty..!!!
""Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh
masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua
aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan
persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari
ini."
Kalau dalam POLITIK, ini digelar PANCING UNDI.
Kenapa ia digelar demikian?
Sebab konon2nya Rakyat akan nampak USAHA ini usaha yang MURNI sedangkan dah berpuluh2 tahun Kerajaan Negeri menuntut ROYALTI.
Sebelum 6 bulan, PRU ke 13 akan berlaku. Kenapa tak buat dalam masa sebulan @ 2 bulan? Sebab KANTONG Kerajaan Pusat bakal digunakan untuk PRU ke 13. Maka alasan 6 bulan digunakan bagi mengaburi mata Rakyat.
Bagi mereka2 yang dah JEMU dengan STRATEGI ini, bagilah 6 bulan ker, setahun ker, 4 hari ker, itu semua adalah RETORIK untuk memancing UNDI.
Sedangkan BN bakal TERKUBUR pada PRU ke 13 nanti.
Najib hanya MAMPU BEERJANJI. Sedangkan JANJInya TIDAK DITEPATI bahkan DI KETEPI.
TUMBANGKAN REJIM BN!!!
Kalau dalam POLITIK, ini digelar PANCING UNDI.
Kenapa ia digelar demikian?
Sebab konon2nya Rakyat akan nampak USAHA ini usaha yang MURNI sedangkan dah berpuluh2 tahun Kerajaan Negeri menuntut ROYALTI.
Sebelum 6 bulan, PRU ke 13 akan berlaku. Kenapa tak buat dalam masa sebulan @ 2 bulan? Sebab KANTONG Kerajaan Pusat bakal digunakan untuk PRU ke 13. Maka alasan 6 bulan digunakan bagi mengaburi mata Rakyat.
Bagi mereka2 yang dah JEMU dengan STRATEGI ini, bagilah 6 bulan ker, setahun ker, 4 hari ker, itu semua adalah RETORIK untuk memancing UNDI.
Sedangkan BN bakal TERKUBUR pada PRU ke 13 nanti.
Najib hanya MAMPU BEERJANJI. Sedangkan JANJInya TIDAK DITEPATI bahkan DI KETEPI.
TUMBANGKAN REJIM BN!!!
Pakatan kini berlawan polisi dengan BN, kata penganalisis
Oleh Amin Iskandar and Ida Lim
August 04, 2012
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Dengan pilihan raya yang semakin hampir,
Pakatan Rakyat (PR) kini mula mencorakkan permainan mereka dengan
menekan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding melalui polisi,
berbanding polemik, yang mana melihatkan apa keupayaan dan tawaran
kerajaan alternatif berkenaan di bawah pentadbiran mereka, kata
penganalisis.
Gabungan kerajaan antara PKR, DAP dan PAS, dahulu pernah bercanggah
pendapat dan ideologi, kini mula mengorak langkah seiring menuntut
perubahan polisi untuk memantapkan ekonomi rakyat Malaysia, dengan
kepercayaan pilihan raya kali ini bakal menyaksikan menang kalah mereka
berkenaan ekonomi.
Rencana permainan mereka mula meliputi janji pendidikan tinggi
percuma untuk semua rakyat Malaysia, pentadbiran bebas rasuah, harga
bahan api yang lebih murah, penurunan harga kereta, dan kesamarataan
pendapatan antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia.
Ibrahim
berkata Paktan Rakyat (PR) cuba membuktikan keupayaan mereka dengan
mencadangkan polisi-polisi berkenaan perkara yang disedari akan memberi
kesan terhadap ekonomi rakyat biasa. — Gambar fail
Ibrahim
Suffian dari Merdeka Center berkata PR jelas cuba membuktikan keupayaan
mereka mencadangkan perubahan polisi-polisi berkenaan perkara yang
mereka sedar akan memberikan kesan terhadap ekonomi rakyat biasa.
“Mereka mula beralih daripada polemik politik seperti menimbulkan
isu,” katanya, menambah PR kini mula membayangi BN berhubung isu
“integriti, ketelusan dan tatakelola kerajaan yang baik.”
Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri
Oleh Shahbudin Husin
Di gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan ikla
n-iklan
yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar sambil
memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat. Iklan itu
bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan kembali Selangor
daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga melambangkan keinginan
untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra dengan keluh kesah serta
derita rakyat.

Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.
Tetapi benarkah apa yang diucap sama dengan apa yang dibikin? Cuba kita imbas satu persatu.
Dalam kes penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR yang mendedahkan isu lembu NFC dan canpurtangan Najib dalam penganugerahan projek tambahan LRT Ampang kepada syarikat kroninya, George Kent jelas sekali menunjukkan bahawa Najib langsung tidak mendengar cetusan hati rakyat.
Kesian kat Mukhriz..terlebih perasan yang bapaknya tuu hebat
Mukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan’ untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya. Najib sebelum ini berbangga dengan bapaknya sebagai perdana menteri dan sering kali menjual pencapaian bapaknya di mana dan ke mana saja dia pergi.
Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya.
Keghairanan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda.
Siapa ada RAHSIA pemimpin negara tidak kira BN @ PR jom kita dedah disini..!!!
Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru
Idris Ahmad,

Ini satu cadangan yang akan membentuk satu pemikiran politik alaf baru yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini.
Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta.
Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak.
Penubuhan pusat ini memberi tamparan kepada pihak kerajaan BN yang telah terhakis keyakinan. Kadang-kadang suatu isu boleh diselesaikan dengan tindakan politik.
Akai Sempit Blogger UMNO sampai Kacang Ngan Yin dan PKR pun dah jadi Geng Sokong LGBT
Bukti PKR penyokong tegar LGBT tersebar!
Dah faham?
Kantoi.
Habis kantoi. Bukan dengan PKR jek yang kantoi. Dengan aku2 sekali kantoi. Dengan neh nak taknak terpaksa lah aku reda dengan apa yang diperkatakan oleh bloggers umno mengenai persamaan tersebut.. almaklumlah benda neh lumrah bhai.. hanya pkr dan pro lgbt jek gunakan icon tangan yang kita sepatutnya sedia maklum icon rasmi pro hak asasi kemanusiaan..
kah kah kah
Bukti yang dimaksudkan ada kat bawah neh hah ;
Nampak tak DSAI pegang logo yang menunjukkan icon tangan tue? Good. Dan tengok pula bawah neh ;
Nampak tak? Icon kat atas neh kan berbentuk tapak tangan?
Oke ;
Icon tapak tangan = icon yang merujuk kepada perjuangan pro LGBT.
Icon tangan2 demi rakyat [PKR] = icon tapak tangan LGBT = pendokong2 LGBT = kesimpulan umno.
Dah faham?
'perlawanan terbesar hidup saya'
Chong Wei: Final esok 'perlawanan terbesar hidup saya'

SHAH ALAM - Datuk Lee Lee Chong Wei, yang mara ke final badminton
perseorangan Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut malam tadi,
menyifatkan pertarungan esok sebagai perlawanan yang paling 'penting'
dalam hidupnya.
Dalam mesej yang dihantar menerusi Twitter sejurus selepas menewaskan pencabarnya dari China dalam separuh akhir di London, Chong Wei, pilihan utama temasya Sukan Olimpik London berkata:
"Terima kasih semua, Ahad adalah perlawanan terbesar dalam hidup saya," kata beliau yang kelihatan bersemangat untuk mengutip emas kali ini selepas kecundang empat tahun lalu.
Dalam mesej seterusnya, Chong Wei yang akan bertemu sekali lagi dengan Lin Dan dalam final badminton Sukan Olimpik berkata: "Tunjukkan saya sokongan anda."
Dalam mesej yang dihantar menerusi Twitter sejurus selepas menewaskan pencabarnya dari China dalam separuh akhir di London, Chong Wei, pilihan utama temasya Sukan Olimpik London berkata:
"Terima kasih semua, Ahad adalah perlawanan terbesar dalam hidup saya," kata beliau yang kelihatan bersemangat untuk mengutip emas kali ini selepas kecundang empat tahun lalu.
Dalam mesej seterusnya, Chong Wei yang akan bertemu sekali lagi dengan Lin Dan dalam final badminton Sukan Olimpik berkata: "Tunjukkan saya sokongan anda."
Pegawai Polis nak terima saman pun berlagak apa kejadahnya..!!!
Pesalah trafik bingung RM100 atau RM300?
YANG KECEWA & TERANIAYA
Selayang, Selangor.
SAYA terpanggil untuk berkongsi pengalaman ketika membayar saman polis baru-baru ini. Pada pukul 1.30 petang (Sabtu 28 Julai 2012), saya memandu dari Jalan Duta ke arah Kuala Lumpur melalui Bulatan Segambut. Disebabkan ingin mengejar masa, saya cuba memotong lori itu yang pada ketika itu berada di garisan berkembar.
Kebetulan polis trafik berada di hadapan menahan saya.
Setelah memberikan butir-butir diri dan anggota polis trafik itu telah menyerahkan surat saman kepada saya. Dia menasihatkan saya untuk membayar saman dalam tempoh kurang 14 hari dari tarikh disaman dan saman hanya dikenakan sebanyak RM100 di mana-mana cawangan trafik.
Apabila mendengar perkara itu saya tidak teragak-agak untuk membayar pada hari ini (Isnin 30 Julai) di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Gombak.
Blogger Umno tibai Pemuda Umno Kedah kow punya!

Pemuda UMNO Kedah tak sedar diri
(Petikan dari blog pro Umno, Mummy Rokiah)
Kedah Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim telah melahirkan hasrat semoga kepimpinan tertinggi UMNO dapat memberi 8 kerusi calun kepada pemuda dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Mereka telah mencadangkan nama-nama lapan calon kepada ibu pejabat parti yang dirasakan mempunyai kredibiliti, sangat komited dan sering turun padang bersama rakyat dan kononya mempunyai ciri-ciri winnable candidate. Permintaan kerusi tambahan dibuat kononya lagi berdasarkan satu kajian mereka baru-baru ini yang menunjukkan perubahan mood pengundi, yang kini berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Teladani puasa Rasulullah
Oleh WAN MARZUKI WAN RAMLI
Beliau ialah Guru Pendidikan Islam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di SK Jerek, Gua Musang, Kelantan.
Beliau ialah Guru Pendidikan Islam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di SK Jerek, Gua Musang, Kelantan.
AL-QURAN sebagai kalamullah telah mengabadikan Rasulullah SAW sebagai
utusan Allah dan penutup sekelian nabi. Sebagai nabi terakhir, baginda
merupakan uswatun hasanah dan menjadi contoh teladan yang baik kepada umatnya.
Dalam ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang
terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW telah bersabda dalam
sebuah hadis baginda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu
sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila
dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini
sedang berpuasa.
Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang
berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum
daripada bau kasturi.
Sama-sama kita renungi beberapa tatacara dan adab puasa yang telah
diamalkan oleh baginda sebagai teladan dan iktibar untuk diikuti oleh
semua umatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)